ARTIKEL

Isnin, 23 April 2018

ANALISA : BN SELANGOR CALONKAN PEMIMPIN AKAR UMBI, PELUANG MENANG CERAH

0
Sebentar tadi Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding dalam PRU ke-14. Walaupun diuji dengan terputusnya bekalan elektrik, majlis tetap berjalan seperti yang dirancang. Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional Negeri Selangor:

P 092 Sabak Bernam
Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh

N 01 Sungai Air Tawar
Rizam Ismail

N 02 Sabak
Sallehudin Mohd Iskan

P 093 Sungai Besar
Budiman Zohdi

N 03 Sungai Panjang
Imran Tamrin

N 04 Sekinchan
Lee Yee Yuan

P 094 Hulu Selangor
Datuk P Kamalanathan

N 05 Hulu Bernam
Datuk Rosni Sohar

N 06 Kuala Kubu Baru
Datuk Wong Koon Mun

N 07 Batang Kali
Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan

P 095 Tanjong Karang
Tan Sri Noh Omar

N 08 Sungai Burong
Datuk Samsudin Lias

N 09 Permatang
Datuk Sulaiman Abdul Razak

P 096 Kuala Selangor
Datuk Irmohizam Ibrahim

N 10 Bukit Melawati
Jakiran Jacomah

N 11 Ijok
K Parthiban

N 12 Jeram
Zahar Azlan Ariffin

P 097 Selayang
Kang Meng Fuat

N 13 Kuang
Datuk Shukor Idrus

N 14 Rawang
Chan Wun Hoong

N15 Taman Templer
Datuk Md Nasir Ibrahim

P 098 Gombak
Datuk Abdul Rahim Pandak Kamarudin

N 16 Batu Caves
Datuk N Rawisandran

N 17 Gombak Setia
Datuk Megat Zulkarnain Megat Omardin

N 18 Hulu Kelang
Ismail Ahmad

P 099 Ampang
Liong Kim Soon

N 19 Bukit Antarabangsa
Salwa Yunus

N 20 Lembah Jaya
Mohd Nizam Zain

P 100 Pandan
Leong Kok Wee

N 21 Pandan Indah
Mohd Haniff Roslan

N 22 Teratai
Liew Pok Boon

P 101 Hulu Langat
Azman Ahmad

N 23 Dusun Tua
Mohd Zin Isa

N 24 Semenyih
Johan Abdul Aziz

P102 Bangi
Liew Yuen Keong

N 25 Kajang
Teh Yeow Meng

N 26 Sungai Ramal
Abdul Rahim Mohd Amin

N 27 Balakong
Lim Chin Wah

P 103 Puchong
Ang Chin Tat

N 28 Seri Serdang
Chang Toong Who

N 29 Seri Serdang
Mohammad Satim Diman

P 104 Subang
Tan Seong Lim

N 30 Kinrara
Chiew Kai Heng

N 31 Subang Jaya
Chong Ah Watt

P 105 Petaling Jaya
Chee Hian Tat

N 32 Seri Setia
Yusoff M Haniff

N 33 Taman Medan
Abduk Mutalif Abd Rahim

N 34 Bukit Gasing
Chai Ko Thing

P 106 Damansara
Ho Kwonk Xheng

N 35 Kampung Tunku
Tan Gim Tuan

N 36 Bandar Utama
Chng Soon Chau

N 37 Bukit Lanjan
Syed Abdul Razak Syed Ling Alsagof

P 107 Sungai Buloh
A Prakash

N 38 Paya Jaras
Zein Isma Ismail

N 39 Kota Damansara
Halimahton Saadiah Bohan

P 108 Shah Alam
Azhari Shaari

N 40 Kota Anggerik
Jumaeyah Masdi

N 41 Batu Tiga
Ahmad Muadzam Shah Yaakop

P 109 Kapar
M Mohana

N 42 Meru
Khairuk Anuar Saimun

N 43 Sementa
Saroni Judi

N 44 Selat Klang
Dr Mohd Khairi Hussin

P 110 Klang
Ching Eu Boon

N 45 Bandar Baru Klang
Teoh Kah Yeong

N 46 Pelabuhan Klang
Sheikh Raj Sheikh Ahmad

N 47 Pandamaran
Tee Hooi Ling

P 111 Kota Raja
V Gunalan

N 48 Sentosa
R Subramaniam

N49 Sungai Kandis
Kamaruzzaman Johari

N 50 Kota Kemuning
Tiew Hock Huat

P 112 Kuala Langat
Shahril Sufian Hamdan

N 51 Sijangkang
Sulaiman Karli

N 52 Banting
Ng Siok Hwa

N 53 Morib
Rozana Kamarulzaman

P 113 Sepang
Marsum Paing

N54 Tanjong Sepat
Dr Karim Mansor

N 55 Dengkil
Shahrum Mohd Shariff

N 56 Sungai Pelek
Ng Chok Sin


Daripada senarai tersebut, ramai pemimpin di peringkat Bahagian parti komponen BN dicalonkan dalam PRU kali ini. Calon-calon payung terjun dari luar pula tidak kelihatan. Dalam hal ini, penulis mendapati pencalonan tersebut sangat berkesan kerana ianya akan memantapkan lagi pergerakan jentera parti di peringkat PDM, DUN dan Parlimen. Ianya akan meningkatkan lagi bilangan ahli dan penyokong parti untuk keluar mengundi pada 9 haribulan nanti. Peningkatan keluar mengundi blok pengundi putih ini memastikan peluang untuk menang lebih cerah kerana undi atas pagar belum dapat dipastikan bilangannya lagi.


Sementara blok pengundi pembangkang telah berpecah kepada Pakatan Harapan dan PAS, BN boleh 'jalan terus' berkempen dan memastikan kemenangan di pihak mereka. Tempoh pengumuman yang dibuat lebih awal memberi kelebihan kepada BN berbanding Pakatan Harapan yang masih belum dalam melengkapkan senarai calon mereka akibat perbalahan dalaman PKR.


Sungguh pun begitu, pencalonan dari pemimpin akar umbi mungkin kurang dikenali oleh pengundi atas pagar dan pengundi baharu. Berbanding PAS yang ada mencalonkan penceramah agama popular sebagai calon, menjadi tugas tambahan kepada BN untuk memperkenalkan calon sama ada secara bersemuka atau melalui media siber.


Bagi Negeri Selangor, sudah tentunya calon-calon perlu memaksimakan pengguna media sosial untuk memperkenalkan diri memandangkan kadar capaian internet melebihi 90% di negeri ini. Pemerhatian secara rambang mendapati, ada calon-calon kali ini belum cukup mudah untuk dijumpai apabila di'Google' nama mereka. Penulis suka untuk memetik kenyataan Bridget Welsh, seorang pemerhati politik dari luar negara: 
Welsh turut membangkitkan tinjauan yang menunjukkan lebih satu pertiga pengundi berdaftar masih berada di 'atas pagar', menjadikan tempoh kempen lebih penting.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan lebih penting yang perlu dibuat bukannya pihak mana yang perlu diundi, tetapi sama ada perlu keluar mengundi.

"Parti mana yang mampu membawa pengundinya keluar akan mendapat kelebihan. Jentera BN lebih kuat tetapi dengan mengambil kira rasa tidak suka pengundi BN sendiri terhadap Najib, ia bukan jaminan.

"Halangan pembangkang (HARAPAN) pula lebih besar selepas kehilangan PAS yang dahulunya menjadi tulang belakang jentera Pakatan Rakyat," katanya.

Pada akhirnya, katanya lagi, segmen pengundi ini yang perlu ditumpukan HARAPAN dan BN.

"Kedua-dua BN dan pembangkang yakin akan menang, tanpa melihat betapa ramai pengundi yang hanya berada di tepi, memerhati dan memikirkan pihak mana yang akan dipilih.
Sebagai penutup, strategi BN kali ini dengan menyusun dan merapatkan jentera parti melalui pemilihan pemimpin-pemimpin akar umbi sudah pasti akan membuahkan hasil sekiranya pemimpin-pemimpin ini dapat memastikan pengundi putih mereka keluar mengundi. Mereka juga perlu meminimakan jumlah ahli parti terutamanya UMNO yang bersimpati dan memberi undi kepada pembangkang kerana 'faktor Tun Mahathir'.

*Semoga berjaya.



AMBIGA KECEWA, PKR MASIH BEREBUT KUASA MENJELANG PENAMAAN CALON.

0
Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan menyelar kepimpinan PKR berhubung krisis parti itu dalam menamakan calon-calonnya pada Pilihan Rayau Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

"Apabila rakyat melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk melepasi halangan untuk memastikan mereka dapat mengundi dan membantu pada pilihan raya, perbalahan mengarut dalam PKR ini tidak boleh dimaafkan" katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudian, Ambiga berkata rakyat di seluruh negara, dan bahkan di luar negara cuba melakukan yang terbaik untuk melepasi pelbagai halangan ini untuk memastikan mereka boleh mengundi pada 9 Mei.

"Rakyat Malaysia cuba membantu rakan-rakan mereka dalam pelbagai cara untuk PRU14. Kita sedang menyaksikan satu gelombang yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk memastikan pilihan raya tidak dicuri," katanya.

Justeru, kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu, adalah begitu mengecewakan dan sesuatu yang tidak dapat diterima untuk menyaksikan kepimpinan terbabit dalam perbalahan cuba merebut kerusi sesama mereka.

"Saya yakin bahawa parti-parti lain juga ada masalah masing-masing tetapi mereka dapat mengatasinya demi kepentingan rakyat.

"PKR begitu menonjol tidak mampu melakukannya," katanya.

Logo PKR

Ambiga mendedahkan dirinya menerima banyak panggilan dan mesej yang menyatakan rasa kekecewaan berhubung apa yang berlaku, lebih-lebih lagi dengan hari penamaan pencalonan calon pada Sabtu ini.

"Memandangkan belum ada satu pun calon dari PKR telah diumumkan, ini sekali gus menghalang mereka daripada menghabis masa yang berharga dengan pengundi," katanya.

Sambil mendesak perbalahan itu segera ditamatkan, Ambiga menekankan bahawa kepimpinan PKR harus berlapang dada dan megutamakan kepentingan negara bagi mengatasi masalah kritikal mereka itu.

"Logo PKR yang akan digunakan pada pilihan raya ini. Lagi banyak alasan bahawa mereka sendiri harus berlaku adil terhadap keyakinan yang disandarkan itu.

"Saya menggesa semua pihak untuk mempertimbangkan kedudukan negara dan kehendak rakyat mengatasi segala-galanya," katanya.

Krisis dalam PKR tercetus berikutan keputusan untuk menggugurkan beberapa nama yang dicadangkan sebagai calon di Selangor.

Menurut laporan, nama-nama berkenaan, termasuk naib presiden PKR, Tian Chua, mendapat restu daripa timbalan presiden parti yang juga menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali.

Spekulasi juga bertiup kencang tentang wujudnya perbalahan di antara kem atau kumpulan yang masing-masing diketuai oleh Azmin dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Pada sidang akhbar semalam, Tian Chua menasihatkan kepimpinan PKR lebih berhati-hati dalam pemilihan calon pilihan raya.

Langkah itu dikaitkan dengan cakap-cakap beliau tidak berpuas hati selepas calon-calon direstui Azmin dicantas, oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penamaan calon untuk PRU14 ditettapkan pada Sabtu ini manakala hari mengundi adalah pada Rabu, 9 Mei.



PKR DAH MACAM KONGSI GELAP, ADA GROUP KARTEL UGUT PRESIDEN PARTI?

0
PKR semakin berkocak.

Selepas spekulasi Tian Chua keluar parti tidak menjadi kenyataan, Otai Reformis pula tampil membidas Ketua Wanita Zudaida Kamaruddin, Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali, dan pasukan 'Kartel'.

“Pemilihan calon bagi DUN negeri dan parlimen yang diputuskan oleh presiden parti tidak perlu dipertikaikan lagi, khususnya dari kumpulan pendesak ketua wanita dan pasukan timbalan presiden yang dilabelkan Kartel.

“Otai Reformis 1998 dan aktivis-aktivis parti PKR menentang keras ugutan dan penentangan terhadap keputusan presiden.

“Dasar pemilihan calon telah ditetapkan KPI yang digariskan telah diambil kira serta pengorbanan calon pada tahun tahun sebelumnya diambil kira,” kata setiausaha kumpulan veteran aktivis reformasi 1998 itu, Shaiful Ariffin.

Dalam kenyataan petang ini, Shaiful (atas) berkata Datuk Seri Wan Azizah Ismail telah membenarkan semua saluran sedia ada untuk mengemukakan senarai calon.

“Fakta fakta calon disaring ,disemak uji, diverifikasi dan diberi penilaiaan seadil-adilnya oleh jawatankuasa pemilihan maka tidak Perlu adanya tentangan atau ugutan di peringkat ini.

“Politik itu murni jika kita mengikhlaskan tindakan kita kerana Allah, bangsa dan negara,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Shaiful mengesahkan istilah 'Kartel' itu merujuk kepada Azmin dan Zuraida.

Diminta menjelaskan maksud ugutan itu, Shaiful menjelaskan terdapat ugutan peribadi yang tidak perlu dijelaskan.

“Nampaknya ada ugutan nak keluar parti, tapi saya dengar ada rumours daripada Tian Chua, tapi saya tengok kenyataan media tak sebegitu.

“Ada ugutan peribadi yang tak payah payah dimaklumkan. Biasalah ada ugutan keluar parti.

“Ada yang nak boikot,” katanya.

Ditanya berkaitan pertemuan Zuraida dan Azizah, Shaiful berkata terdapat perbincangan ringkas tetapi belum jelas apa isinya.

https://www.malaysiakini.com/news/421090

Gambar dari Harian Metro.

KRISIS PKR MELETUS KERANA ISU CALON

0
PETALING JAYA: Krisis bakal meletus dalam PKR berhubung calon pilihan raya untuk Selangor dengan nama-nama yang dicadangkan oleh timbalan presiden parti Datuk Seri Azmin Ali dikatakan dipotong daripada senarai itu.

Difahamkan sehingga lapan nama yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor itu telah digugurkan atau ditolak oleh presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Satu delegasi yang diketuai Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin tiba di kediaman Dr Wan Azizah di Segambut, yang mana ahli PKR menggelar sebagai "Istana Segambut," pada 8 pagi Ahad (22 April) untuk membincangkan perkara itu.

Difahamkan Zuraidah sedang cuba untuk berbincang dengan Dr Wan Azizah supaya memikirkan semula senarai calon.

Penyandang yang digugurkan dikatakan termasuklah Ahli Parlimen Tian Chua (Batu) dan Datuk Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju) manakala Ahli Dewan Undangan adalah Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Hanizah Mohd Talha (Taman Medan) dan Gan Pei Nie (Rawang).

Tiga nama lain yang dicadangkan oleh Azmin juga dilaporkan ditolak.

Mereka termasuklah pembantu akhbarnya, Hilman Idham, yang dicadangkan untuk kerusi DUN Gombak Setia, dan pembantu Azmin, Khaled Jaafar, yang dicadangkan untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Seorang lagi sekutu Azmin, Mohd Razlan Jalaluddin, penyelaras untuk Kota Damansara, juga ditolak sebagai calon.

Delegasi yang diketuai oleh Zuraidah itu termasuklah Gan, Hanizah dan Ahli Parlimen PJ Selatan Hee Loy Sian, mereka yang mempunyai hubungan baik dengan Dr Wan Azizah.

Difahamkan bahawa Dr Wan Azizah telah bersetuju untuk berjumpa dengan Azmin untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Ketidaksefahaman dalam penamaan calon itu adalah kesinambungan perselisihan antara dua kumpulan dalam PKR, satu yang diketuai oleh Azmin dan satu lagi oleh naib presiden Rafizi Ramli, yang menyebelahi Dr Wan Azizah.

Pakatan Harapan dijadual mengumumkan calon mereka di perhimpunan di Sungai Besar pada malam Isnin (23 April).


Ahad, 22 April 2018

TAUKEH DAP BELI MAT SABU RM50 JUTA DENGAN SYARAT BERI PERAK

1







Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menggesa Parti Amanah Negara (Amanah) menjawab dakwaan yang sedang tular berhubung sumbangan RM50 juta oleh seorang tauke kepada DAP dan parti berkenaan bagi membiayai Pilihan Raya Umum ke-14.
Beliau mendakwa individu yang sama pernah memberi sumbangan kepada Amanah Perak sebanyak RM 500 ribu, dan berjanji akan memberi 10 kali ganda lagi sumbangan untuk Amanah Perak supaya berkerja keras menawan Perak.
“Sekiranya sumbangan 10 kali ganda itu diperolehi sekarang bermakna Amanah Perak sahaja memperolehi sumbangan RM 5 juta,” katanya.
Dalam kenyataannya, Mohd Zuhdi menyelar dakwaan Amanah berhubung sumbangan dana yang diperoleh Pas bagi membiayai PRU14.
Beliau menyifatkan Amanah sebagai sebuah parti yang tidak menyumbang kepada pembangunan pendidikan politik sihat, tetapi hidup bergelumang dengan politik fitnah dengan memberi persepsi buruk kepada parti lawan.
“Jika Datuk Mahfuz Omar yang bergelumang dengan pendekatan itu mungkin boleh diterima kerana sememangnya itulah modal politik beliau.
“Akan tetapi, sekiranya dua orang pimpinan Amanah yang mempunyai ijazah PhD dalam bidang Sains politik turut bergelumang dengan politik fitnah, ia sememangnya menyedihkan,” katanya.
Mohd Zuhdi berkata, seperti yang telah dijelaskan dalam kenyataan sebelum ini, kaedah Pas memperolehi dana untuk membiayai kempen PRU melalui dana awam, merupakan satu kaedah yang paling berintegriti.
“Melalui kaedah itu, Pas tidak terikat dengan apa-apa kepentingan penyumbang dana dan kemasukan sumbangan dana ke akaun umum Pas adalah telus dan boleh disemak oleh khalayak umum.
Kebanyakan parti politik memilih cara yang tidak bermoral dalam memperolehi dana politik, iaitu sumbangan melalui proksi dan penyumbangnya mempunyai kepentingan,” ujarnya.
Tambahnya, sebelum ini, banyak parti-parti yang terlibat dengan pilihanraya di Malaysia mendapat sumbangan dengan cara yang tidak berintegriti.
“Sumbangan yang diterima sama ada dimasukkan ke akaun individu atau akaun proksi untuk mengelakkan disemak oleh khalayak umum.
“Dengan kaedah ini mereka boleh memperolehi sumbangan dari tauke-tauke berkepentingan, industri haram seperti kongsi gelap dan pihak-pihak asing seumpama Zionist serta Evangelis. Hanya Pas yang menolak kaedah seperti ini,” jelasnya.
Tegasnya seperti yang telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung Pas baru-baru ini, parti itu sangat tegas untuk tidak menerima sumbangan yang haram dan sumbangan yang bersifat sogokan.
“Dengan sebab itu sejak tahun 1951, kaedah pengumpulan dana Pas adalah telus iaitu melalui pendanaan awam dan di setiap Mesyuarat Bulanan Pas Pusat serta Muktamar Tahunan Pas kemasukan sumbangan ini akan diaudit,” katanya.
Sehubungan itu kata beliau, bila kerajaan berhasrat menggubal akta berkaitan dana dan perbelanjaan politik, Pas yang paling awal mengalu-alukan – SH

TUN MAHATHIR TERKEDU LIM GUAN ENG WARNING LANTIK 2 DAP JADI MENTERI PENUH

1

Apa kuasa yang dimiliki oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sehingga membolehkan beliau mendahului Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan dua calon Ahli Parlimen DAP sebagai menteri kabinet jika PH berjaya memerintah Putrajaya pada PRU 14, soal bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
“Sedangkan kita tahu, calon Perdana Menteri sementara, Dr. Mahathir, timbalannya pula daripada PKR. Jadi mana datang Guan Eng, apa kuasa beliau nak umum anggota Kabinet?,” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Tunku Aziz menambah, keberanian Guan Eng itu telah mengesahkan bahawa DAP adalah tuan sebenar PH dan semua parti kompenan lain-PKR, Amanah dan PPBM-tidak akan membantah kenyataan yang dibuat oleh pemimpin nombor satu parti Cina tersebut.
“Pada pandangan saya, pengumuman Guan Eng yang dua pemimpin mereka akan dilantik sebagai menteri itu telah membuktikan DAP yang mengawal semua parti dalam gabungan pembangkang,” katanya
Tambahnya lagi keberanian Guan Eng membuat pengumuman itu memberi signal bahawa DAP amat berpuas hati dengan pembahagian kerusi PH.
“DAP sudah tahu mereka dalam keadaan amat selesa sebaik sahaja pembahagian kawasan diputuskan dengan berpotensi besar untuk menambah bilangan kerusi yang dimenangi berbanding PRU-13.
“Ini menyebabkan DAP merasakan semua parti dalam gabungan pembangkang PKR perlu ikut mereka,”katanya lagi.
Empat hari lepas, Guan Eng ketika mengumumkan Nga Kor Ming sebagai sebagai calon DAP di Parlimen Teluk Intan, Perak berkata Pengerusi DAP Perak itu akan dilantik menteri pusat jika PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.
Guan Eng juga turut mengumumkan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sebagai menteri pusat jika menang di Parlimen Ayer Hitam.

Sabtu, 21 April 2018

AZMIN HINA ORANG KELANTAN: KALAU KELANTAN HEBAT KONONNYA SERAMBI MEKAH,KENAPA BERHIJRAH KE SELANGOR ?

2


Kelemahan kepemimpinan kerajaan Kelantan yang dinaungi PAS didakwa menjadi punca rakyat negeri terbabit berhijrah ke Selangor untuk memanfaatkan pelbagai peluang.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata gabungan pembangkang mampu memimpin negeri lebih baik berbanding satu parti.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR, menyatakan kehairanan dengan sikap segelintir pemimpin dalam PAS mempertikaikan kepemimpinan pembangkang di Selangor.
"Bukan saya nak sombong tetapi berapa ramai orang Kelantan pindah ke Selangor? Jika Kelantan hebat seperti gelarannya Serambi Makkah, kenapa ramai orang Kelantan datang Selangor?
"Ini kerana Selangor negeri yang aman, makmur, maju, adil dan sejahtera untuk semua rakyat berbilang bangsa.
"Sejak dilantik menjadi Menteri Besar, saya diingatkan wajib berlaku adil dan melakukan ihsan," katanya pada majlis minum petang anjuran Parti Amanah Negara (PAN) Pokok Sena di sini, hari ini.
Mohamed Azmin turut berharap PAS tidak 'membuat kacau' pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana menyifatkannya sebagai pertembungan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).
"Pertembungan 9 Mei ini adalah untuk dua parti saja, maka kalau ada parti yang sibuk-sibuk, tolonglah jangan kacau hingga pecahkan undi.
"Sebuah parti tidak mampu menjadi kerajaan negeri, apatah lagi Kerajaan Persekutuan," katanya.

SAYA DIBUANG KERANA TIDAK MAHU IKUT CARA REVOLUSI DAP

0

Ahli Parlimen Kepong selama lapan penggal Dr Tan Seng Giaw berkata beliau tidak sanggup menjadi pendusta dengan memutarbelitkan kebenaran semata-mata untuk kekal menjadi calon DAP dalam pilihan raya umum (PRU).

Misalnya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), beliau berkata hasil siasatan mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak bersalah walaupun ia bertentangan dengan kehendak partinya sendiri.
Dr Tan berkata beliau tidak sanggup melawan kedaulatan undang-undang, sanggup menjadi pendusta dengan menjadi sumber penyebar berita palsu serta menolak kebenaran semata-mata untuk menjatuhkan musuh politik partinya.
“Adakah anda mahu revolusi di Malaysia? Saya tidak mahu. Saya tidak fikir anda mahu revolusi di Malaysia berlaku. Kerana anda tidak mahu revolusi, maka anda perlu mempunyai perjuangan yang damai, yang kita panggil ‘perjuangan perlembagaan’ melalui aturan undang-undang.
“Dalam kedaulatan undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehingga dia terbukti sedemikian oleh pengadilan hukum.
“Apabila laporan Ketua Audit Negara keluar, saya membacanya berkali-kali.
“Laporan itu disimpan di bawah OSA. Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB membuat banyak kesilapan. Kami telah meminta siasatan lanjut untuk mengetahui kebenarannya. Tetapi untuk menyabitkannya dengan orang lain dan mengatakan seseorang itu bersalah, anda tidak boleh berbuat demikian.
“Dalam kedaulatan undang-undang, anda perlu mengeluarkan bukti, maka kita akan tahu kebenarannya,”katanya ketika ditermubual Fernando Fong dari NST.
Beliau turut mengesahkan pendiriannya berkaitan dengan isu IMDB yang tidak sealiran dengan kehendak DAP merupakan salah satu sebab beliau tidak dicalonkan semula dalam PRU.
“Saya telah mendengar perkara ini di media sosial, khususnya daripada orang Mahathir, Matthias Chang.
“Pada masa ini, ramai yang memanggil saya sebagai ‘running dog’, seorang pengkhianat dan juga menghina keturunan bangsa saya.
“Orang-orang Kepong boleh membaca komen-komen ini di media sosial dan mereka boleh menilai sendiri.
“Masa akan menentukan siapa yang bercakap benar,”katanya.

Jumaat, 20 April 2018

ANALISA : PAS SEDIA TUMBANGKAN PAKATAN HARAPAN DI SELANGOR. SENARAI CALON PAS HEBAT-HEBAT

7

Semalam PAS baru sahaja mengumumkan calon-calon PRU mereka di Selangor bertempat di Dewan Perkim Village, Seksyen 8 Shah Alam. Melihat kepada senarai calon, ianya bukanlah calon yang tangkap muat. Berikut adalah senarai calon PAS Selangor (sumber Harakah).

P.092 SABAK BERNAM: USTAZ MUHAMMAD LABIB BIN ABDUL JALIL
N.01 SUNGAI AIR TAWAR: TUAN HAJI ZAMRI BIN YAHYA
N.02 SABAK: USTAZ SALLEHIN MUKHYI

P.93 SUNGAI BESAR: HAJI MUHAMMAD SALLEH BIN MOHD HUSSIEN
N.03 SUNGAI PANJANG: MOHD RAZALI BIN SHAARI
N.04 SEKINCHAN: TH FAZDLIN BIN TASLIMIN

P.094 HULU SELANGOR: DR WAN MAT BIN SULAIMAN
N.05 HULU BERNAM: MOHAMMED SALLEH BIN RI
N.06 KUALA KUBU BAHARU: NAHARUDIN BIN ABDUL RASHID
N.07 BATANG KALI: TH MOHD HASNIZAN BIN HARUN

P.095 TANJONG KARANG: NOR AZ AZLAN BIN AHMAD
N.08 SUNGAI BURONG: USTAZ MOHD ZAMRI BIN MOHD ZAINUDDIN
N.09 PERMATANG: MUHAMMAD JAFARUDDIN BIN SYEIK DAUD

P.096 KUALA SELANGOR: TH MUHAMMAD RASHID BIN MUHAMMAD KASSIM
N.12 JERAM: MOHD NOR MOHD SHAHAR

N.13 KUANG: MOHD FAUZAN BIN MADZLAN
N.14 RAWANG: KONG TUCK WAH PJK
N.15 TAMAN TEMPLER: HAJI ZAIDY BIN ABDUL TALIB

P.098 GOMBAK: IR HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN
N.16 SUNGAI TUA: MOHAMMAD BIN IBRAHIM
N.17 GOMBAK SETIA: HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN
N.18 HULU KELANG: KAMALULHYSHAM BIN MOHD SUHUT

P.099 AMPANG: NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
N.19 BUKIT ANTARABANGSA: SYARIFAH HAZLIZAH BT SYED ARIFFIN
N.20 LEMBAH JAYA: KHASIM BIN ABDUL AZIZ

P.100 PANDAN: MOHAMED SUKRI BIN OMAR
N.21 PANDAN INDAH: ISKANDAR ABDUL SAMAD
N.22 TERATAI: MOHD IRMAN ABDUL WAHAB

P.101 HULU LANGAT: DR CHE ROSLI BIN CHE MAT
N.23 DUSUN TUA: HJ RAZALY BIN HASSAN
N.24 SEMENYIH: TH MAD SHAMOUR BIN MAD KOSIM

P.102 BANGI: USTAZ NUSHI BIN MAHFODZ
N.25 KAJANG: ZAITON BINTI AHMAD
N.26 SUNGAI RAMAL: MOHD SHAFIE BIN NGAH
N.27 BALAKONG: SDRA MOHAMAD IBRAHIM BIN GHAZALI

P.103 PUCHONG: MOHD ROSARIZAN BIN MOHD ROSLAN
N.29 SERI SERDANG: NOOR HANIM BINTI ISMAIL

P.105 PETALING JAYA: NORAINI BINTI HUSSIN
N.32 SERI SETIA: TH MOHD GHAZALI BIN DAUD
N.33 TAMAN MEDAN: TH ARIFFIN BIN MAHAIYUDDIN

P.107 SUNGAI BULOH: NURIDAH BINTI MOHD SALLEH
N.38 PAYA JARAS: MOHD HANAFI BIN ZULKAPLI
N.39 KOTA DAMANSARA: SITI ROHAYA BT AHAD

P.108 SHAH ALAM: DR MOHD ZUHDI MARZUKI
N.40 KOTA ANGGERIK: USTAZ AHMAD DUSUKI BIN ABD RANI
N.41 BATU TIGA: TH ABDUL HALIM BIN OMAR

P.109 KAPAR: DR HAJI ABDUL RANI BIN OSMAN
N.42 MERU: NOR NAJHAN BIN MOHD SOLEH
N.43 SEMENTA: WAN HASRINA BINTI WAN HASSAN
N.44 SELAT KLANG: DR HALIMAH ALI

P.110 KLANG: KHAIRULSHAH KOTAPAN BIN ABDULLAH
N.46 PELABUHAN KLANG: USTAZ KHALID BIN NAYAN

P.111 KOTA RAJA: TH MOHAMED DIAH BIN BAHARUN
N.48 SENTOSA: RAJAN MANIKESAVAN
N.49 SUNGAI KANDIS: USTAZ MOHD YUSOF ABDULLAH
N.50 KOTA KEMUNING: HJ BURHAN BIN ADNAN

P.112 KUALA LANGAT: DATUK DR YAHYA BIN BABA
N.51 SIJANGKANG: DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
N.53 MORIB: DR SALAHUDIN BIN HAFIZ

P.113 SEPANG: TH SABIRIN BIN MARSONO
N.54 TANJONG SEPAT: IR HAJI MOHD HASLIN BIN HASAN
N.55 DENGKIL: USTAZ YUSMI HANIF BIN ARIFFIN
N.56 SUNGAI PELEK: PN ROHAYA BINTI DATUK MOHD SHAHIR

Daripada senarai di atas, ada di antara mereka adalah selebriti TV seperti Ustaz Zamri (Mari Mengaji), Ustaz Nushi Mahfodz (personaliti ASTRO) dan Ustaz Ahmad Dasuki. Secara keseluruhannya, PAS bertanding sebanyak 20 kerusi Parlimen dan 47 kerusi DUN.

Tidak hairanlah kenapa Pakatan Harapan masih belum memuktamadkan senarai calon mereka di Selangor. Dikhabarkan beberapa pemimpin PH terutamanya dari PKR terpaksa lari mencari kerusi selamat termasuklah DS Wan Azizah dan Azmin Ali. Ini kerana sebelum ini mereka memenangi kerusi DUN dan Parlimen dengan bantuan ahli dan penyokong PAS. Dalam senario sekarang, kerusi sedia ada bukan lagi fix deposit bagi PKR.

Nampaknya Selangor menjadi medan terbuka kepada mana-mana gabungan parti politik sama ada Barisan Nasional, Pakatan Harapan ataupun Gagasan Sejahtera (PAS) untuk mentadbir negeri tersebut adalam PRU ke 14. Mari sama-sama kita tunggu dan lihat adakah pemimpin tertinggi PKR masih lagi berani bertanding di kerusi yang sama atau lari mencari kawasan selamat bagi kelangsungan riwayat politik mereka.

*Sama-sama kita tunggu dan lihat.

PAKATAN HARAPAN PILIH CALON ADA KES RASUAH UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA DARI RASUAH?

0
PENGUMUMAN PENCABAR DATUK MUSTAPA TONJOLKAN KELEMAHAN HUSAM

Pagi tadi saya ditanya oleh seorang wartawan mengenai pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa, bahawa pakatan itu akan meletakkan bekas Pengarah MITI Kelantan, Azran Deraman, sebagai calonnya di Parlimen Jeli pada PRU14 nanti.

Jawab saya kepada wartawan itu, Pakatan Harapan Kelantan silap besar jika meneruskan hasrat meletakkan Azran di Parlimen Jeli malah Husam juga tidak betul bila menyebut pemilihan Azran adalah tepat dan diyakini mampu memberi kemenangan kepadanya.

Berdasarkan rakaman ucapan Husam, didapati beliau sangat yakin Azran akan mengalahkan Datuk Seri Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli pada PRU14 nanti di atas asas beliau “orang muda, handsome, ada kelulusan, dan pernah bersama dengan Datuk Seri Mustapa".

Kata Husam, “(Azran) ada bersama dengan Datuk Mustapa, dalam dan luar Datuk Mustapa dia tahu, rahsia Datuk Pa dia tahu, kekuatan Datuk Pa dia tahu, kelemahan Datuk Pa dia tahu”, seolah-olah banyak rahsia dan kelemahan Datuk Seri Mustapa akan dibongkar.

Begitupun, selain langsung tidak memasukkan faktor PAS ke dalam perkiraan menang kalah pertarungan di Parlimen Jeli, pengumuman ini menunjukkan kelemahan Husam yang seolah-olah tidak menyelidik dengan teliti latar belakang individu yang beliau julang ini.

Azran pernah berdepan masalah peribadi yang serius bila beliau ditahan reman seminggu dari 16 ke 21 Mac 2017 kerana didakwa menggunakan proksi untuk mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM600,000 ketika bertugas sebagai Pengarah MITI di Kelantan.

Penahanan Azran ini agak mengejutkan rakyat tempatan waktu itu, apatah lagi bila Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusoff, mendedahkan pihak SPRM mengesan wang tunai berjumlah RM190,000 yang berada di dalam akaun bank milik beliau.

Kes tuntutan palsu yang dikatakan terbongkar ketika audit tahunan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara di MITI pada akhir tahun 2016 ini menyebabkan Azran disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Walaupun Azran belum didakwa dan dibuktikan bersalah di mahkamah, tetapi liputan media mengenai kes tuntutan palsu ini boleh mempengaruhi persepsi rakyat serta boleh memudaratkan beliau dan Pakatan Harapan jika dicalonkan pada PRU14 nanti.

Jika benar Azran akan diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan di Parlimen Jeli, tidak mustahil kes tuntutan palsu ini akan menjadi hangat kembali sekali gus boleh menyukarkan peluang beliau dan Pakatan Harapan untuk mencapai kemenangan nanti.

Serangan boleh dibuat oleh musuh Azran bahawa beliau adalah seorang individu yang kecewa menyebabkan tindakan beliau melawan bekas boss beliau di Parlimen Jeli sebagai misi untuk melunaskan masalah peribadi bukan untuk membela rakyat Jeli.

Begitu juga dalam bidang politik di mana Azran diberitakan pernah dikenakan tindakan disiplin oleh bekas parti beliau kerana didakwa terlibat dengan politik wang sewaktu mahu merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah sebelum ini.

Dalam suasana Pakatan Harapan sedang giat menggunakan integriti pemimpin sebagai antara isu utama untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan dan Kerajaan BN di Putrajaya maka pemilihan calon yang dilihat bermasalah pasti boleh menikam diri sendiri.

Saya mahu bersangka baik dengan Azran yang mungkin sahaja dianiayai oleh musuh-musuh beliau, cuma hakikatnya ialah politik adalah melibatkan persepsi, dan Husam yang giat menaburkan persepsi kepada pemimpin lain tentulah lebih arif mengenainya.

Sumber : FB Dr. Kamarul Yusoff


*Dah macam lagu Permata Pemotong Permata la pulak.....

Khamis, 19 April 2018

KP KASTAM JAWAB: PENGECUALIAN CUKAI (TERMASUK GST) UNTUK PROJEK KERAJAAN SEJAK ZAMAN TUN MAHATHIR

0
Pengecualian cukai kepada beberapa projek besar milik kerajaan telah diberikan sejak tahun 1980-an dan isu pelepasan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi perolehan barang dan perkhidmatan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak seharusnya diputarbelitkan pihak tertentu.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata pelepasan cukai kepada projek ECRL diberikan dengan mengambil kira faktor bahawa projek itu dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui syarikat pelaburan kerajaan iaitu Malaysia Rail Sdn Bhd.

“Memang benar kerajaan ada bagi pelepasan kepada projek ECRL kepada syarikat China tetapi kita perlu ingat projek ini kepunyaan Malaysia dan pemilik sebenar adalah Malaysia yang mana akhirnya dapat manfaat adalah Malaysia bukan China,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

“Isu ini tidak seharusnya diputarbelitkan kerana kerajaan juga telah memberikan pengecualian seperti ini ketika era cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada beberapa projek besar ketika tahun 80-an iaitu sejak ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

Di bawah Insentif Untuk Projek Perkhidmatan Diluluskan (ASP), duti import dan pengecualian cukai jualan ke atas mesin dan peralatan telah diberikan untuk projek-projek dalam sektor pengangkutan, telekomunikasi dan utiliti,” katanya.

Subromaniam berkata syarikat-syarikat telekomunikasi, pengeluar tenaga bebas (IPP), pelabuhan dan lapangan terbang, kereta api dan lain-lain adalah di antara penerima manfaat di bawah insentif ini.

“Antara projek-projek besar yang mendapat pengecualian adalah projek yang melibatkan IPP, Terowong SMART, Stadium Bukit Jalil, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Express Rail Link (ERL), Transit Aliran Massa (MRT) dan banyak lagi projek-projek lain untuk mengurangkan impak kos projek,” katanya.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menegaskan memang terdapat mekanisme dalam GST yang bertujuan untuk mengurangkan impak golongan yang disasarkan.

"JKDM dari semasa ke semasa akan mempertimbangkan permohonan pelepasan kepada syarikat yang memohon serta layak,” katanya.

Secara amnya, beliau berkata pelepasan ke atas syarikat berkenaan adalah bagi memastikan projek strategik ECRL tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

“Sekiranya pelepasan ini tidak diberikan sekalipun, kerajaan terpaksa menanggung kos GST ke atas perolehan ini di mana kerajaan perlu menambahkan pinjaman untuk menampung kos atau mengalami kerugian,” katanya.

- Bernama


LINTANG PUNGKANG: AZMIN LARI KE AMPANG, WAN AZIZAH LARI KE PANDAN

0





Putusnya kerjasama politik PKR dan PAS memberi kesan besar kepada pemimpin-pemimpin utama parti Keadilan itu, di mana mereka cuba mencari kawasan ‘selamat’ untuk menggelakkan pergantungan daripada akar umbi Parti Islam itu.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan bakal meninggalkan Parlimen Permatang Pauh dan bakal bertanding di kerusi campuran iaitu Parlimen Pandan, Selangor.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali juga turut dilaporkan bakal beralih dari Parlimen Gombak ke Ampang yang disandang Zuraida Kamaruddin.
Zuraida sudah menyuarakan minat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya yang disandang oleh ADUN PAS, Khasim Abdul Aziz.
Bekas pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah pula sedang dipertimbangkan untuk kerusi Parlimen Petaling Jaya, dahulu dikenali sebagai Petaling Jaya Selatan.
Penyandang Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan adalah Hee Loy Sian dari PKR.
Dalam sebaran di salah satu kumpulan WhatsApp, Hee Loy Sian bakal bertanding di DUN Kajang.
Dalam sebaran itu, Azmin melalui kumpulannya yang dikenali sebagai Kartel telah mendominasi calon-calon PKR di DUN Selangor.
Antaranya, DUN Permatang (Rozama Zainal Abidin), Gombak Setia (Hilman Idham), Sungai Tua/Batu Caves (Amiruddin Saari), Sementa (Daroyah Alwi), Kota Anngerik (Yaakob Sapari).
Dr Xavier Jayakumar dilaporkan melepaskan DUN Sungai Kandis (Seri Andalas) untuk memberi laluan kepada anaknya, Sangheta Jayakumar.
Begitu juga Setiausaha Politik Azmin, Mat Suhaimi Shafie berpindah dari DUN Kota Kemuning (Sri Muda) ke DUN Sentosa (Kota Alam Shah).
Selain Azmin kekal bertanding di DUN Bukit Antarabangsa, PKR juga turut bertanding di tiga DUN yang sebelum ini dimenangi PAS, iaitu Lembah Jaya (Zuraida Kamaruddin), Seri Serdang (Saifullah Zulkifli) dan Paya Jaras (Khairuddin Othman).
Laporan itu menyebut, penyandang DUN Ijok, Dr. Idris Ahmad diganti dengan muka baharu, Sivamalar Genapathy dan penyandang DUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad diganti dengan Prof Shaharuddin Badaruddin.
Penyandang DUN Taman Medan, Haniza Mohamed Talha diganti dengan Nurainie Haziqah.
Seorang penyokong utama Azmin, Azmizam Zamanhuri bakal dicalonkan di DUN Pelabuhan Klang yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Selain mengekalkan Rodziah Ismail di DUN Batu Tiga, Gan Pei Nei (Rawang) dan Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Azmin dilaporkan telah menyusun orang-orangnya di DUN Dengkil (Borhan Aman Shah), Semenyih (Hamidi Hasan), Kuang (Muhaimin Harith), Bukit Melawati (Juwairiyah Zulkifli) dan Kota Damansara (Radzlan Jalaluddin)

LINTANG PUNGKANG: WAN AZIZAH LARI KE PANDAN, AZMIN ALI LARI KE AMPANG

4








Sebaik sahaja anak bekas Imam Masjid Negara Allahyarham Datuk Taib Azamudden, Afnan Hamimi diumumkan sebagai calon PAS bagi Parlimen Permatang Pauh, sebuah portal meramalkan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail patut kecut perut dan boleh lari waktu malam.
“Silap-silap boleh lari malam penyandang kerusi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kalau macam ini.
“Selalunya Wan Azizah yang mesra dipanggil Kak Wan menang mudah dengan undi PAS di kawasan tersebut, tapi jika PAS letak calon, teruklah PKR,” ulas portal Agendadaily.
Seperti mengesahkan ramalan portal itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Wan Azizah mungkin tidak akan bertanding di Permatang Pauh dan memilih untuk bertanding di salah satu Parlimen di Selangor.
“Pengumuman (rasmi) akan dibuat tidak lama lagi,” kata Saifuddin kepada The Star.
Bagaimanapun Saifuddin berkata kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah ‘hak milik keluarga Anwar’, justeru itu nama Nurul Izzah disebut-sebut bakal bertanding di Parlimen tersebut.
Sebelum ini Nurul Izzah adalah penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Wan Azizah dilaporkan FMT mengesahkan beliau sedang mempertimbangkan hasrat untuk melepaskan Parlimen Permatang Pauh dan meneroka sebuah kerusi di Selangor iaitu Parlimen Pandan.
“Suatu jawatankuasa ditubuhkan untuk lihat bagaimana dan dimanakah saya akan bertanding, termasuk kerusi Pandan,” katanya.

Rabu, 18 April 2018

PKR Turut Rapuh, Dalam Senyap Krisis Menular

0
Oleh Estafa Fahaqim

PKR juga bergolak. Dalam senyap krisis kepimpinan menular sejak berlakunya tsunami pilihan raya umum ke-13. Bukan sahaja krisis antara kepimpinan, hari ini juga krisis berlaku sejak mereka bersetuju melamar Tun Dr Mahathir Mohamad.

PKR Selangor menolak cadangan lamaran tapi menerima semula sungguh pun dalam kalangan ahli dan penyokong masih berbalah.

PKR juga mempunyai pemimpin yang sedang membentuk dominasi dalam PKR. Nama Datuk Seri Azmin Ali, menteri besar Selangor yang naik hasil konspirasi Langkah Kajang, dikatakan sedang membentuk dominasi dalam PKR, wadah yang terhasil dari gerakan Reformasi cetusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada pemilihan lepas, iaitu mandat 2014 – 2017, kepimpinan PKR dikatakan didominasi oleh penyokong Azmin dan rungutan kalangan ahli mula kedengaran. Azmin dikatakan mula membentuk “kartel” – memetik kata-kata ahli PKR sendiri – untuk memastikan beliau menyandang jawatan presiden pada pemilihan akan datang. Keadaan ini disedari ahli parti dan penentangan terhadap Azmin sudah berlaku.

Krisis tersembunyi dalam PKR memang wujud. Perebutan jawatan menteri besar, dengan usaha menjatuhkan menteri besar sebelum itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, bukti jelas dalam PKR berlaku perebutan kuasa. Melanggar cadangan presiden PKR menjawat jawatan menteri besar Selangor satu bukti PKR sedang bergolak.

Keadaan dalam PKR tidak setenang mana. Nama Rafizi Ramli dikaitkan dengan kem yang tidak menyokong Azmin. Rafizi dikatakan mempunyai kaitan khusus dengan presiden PKR dari segi sokongan, juga berbalah dengan Azmin. Beberapa pendedahan dilakukan terhadap pentadbiran Selangor di bawah Azmin kini muncul.

Nama lain seperti Datuk Saifuddin Nasution juga dikaitkan sebagai penentang Azmin sungguh pun tidak kelihatan jelas.

Keredaan hanya berlaku sementara dalam mana ia masih berterusan ada. Pergolakan tetap ada dan menurut sumber, pencabar Azmin satu-satu mula tersingkir dan dikeluarkan.

Adakah tidak ada persamaan parti ini dengan cara pengendalian Dr Mahathir sewaktu dalam Umno, dengan usaha menutup suara-suara penentang dengan cara yang tidak demokrasi dan menggunakan pengaruh kuasa pentadbiran untuk menguatkan kedudukan dalam parti.

Azmin menjadi menteri besar Selangor banyak mengukuhkan kedudukannya dalam PKR. Sokongan kerana beliau adalah menteri besar Selangor mula meningkat. Kaitan kuasa yang ada padanya memberi loncatan kepada usaha beliau menerbitkan sokongan dalam kalangan ahli PKR.


Benar kata Rafizi

Tidak banyak yang berbeza dalam politik baru yang dicanangkan PKR, politik tetap politik. Benar juga dalam ceramah Rafizi baru-baru ini, untuk tidak mempercayai ahli politik yang memegang kuasa. Mungkin ahli PKR sendiri perlu memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Rafizi.

Sesuatu yang amat menarik untuk kita perhatikan apabila Anwar bebas dari penjara. Persoalan adakah mampu kartel Azmin berdepan Anwar? Adakah akan ada perubahan dalam sengketa kepimpinan atau mungkin tercetus perbalahan baru yang lebih hebat dalam PKR?

Dalam PKR sendiri sudah ada api dalam sekam. Setakat ini mungkin matlamat untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak menghalang kebangkitan penentangan antara kepimpinan PKR tetapi apa yang jelas ia sedang berasap.

Pembebasan Anwar dijangka tidak lama lagi. Adakah pengaruh Anwar akan memberi kesan baru pada kartel yang disebutkan dibentuk oleh Azmin? Adakah Azmin berani untuk memulakan perbalahan dengan Anwar atau Anwar terpaksa akur demi matlamat yang lebih besar?

Politik jelas tidak banyak berubah. Penilaian kepimpinan perlu diperhalusi, kerakusan untuk mendapatkan kuasa, memegang kuasa bukan sesuatu kriteria untuk memilih kepimpinan.

PKR juga sedang bergolak dan akan bergolak lebih hebat lagi. Ini baru urusan pergolakan dalam parti yang sudah mula timbul. Kita belum lagi memikirkan pergolakan sekiranya PRU14 ini dimenangi oleh mereka. Adakah dapat mereka membendung perebutan dalam PKR, tentangan dan pergeseran dalam bukan sahaja jawatan dalaman tetapi jawatan-jawatan sekiranya mentadbir negara?

Banyak perubahan sudah berlaku pada parti yang dikatakan wadah kepada perjuangan Reformasi dahulu. Ahli dan penyokong hari ini bersengketa melihat usaha mempolitikkan hampir semua perkara termasuk apa yang dikatakan “perjuangan”.

Adakah kita tidak mungkin melihat perbalahan antara Anwar dan Azmin kelak?