Jumaat, 13 April 2018

VIDEO RUPANYA TUN MAHATHIR TIPU SULTAN JOHOR

UMUM maklum, hingga hari ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak pernah tarik balik kenyataan baginda menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada 7 April lalu.
Ia mengenai cerita pembohongan kepimpinan negara pada 1987 dalam kes seorang askar dikenali sebagai Prebet Adam atau nama sebenar Adam Jaafar yang mengamuk di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur ketika itu.
Kejadian amuk anggota tentera darat yang mengemparkan seluruh negara itu turut mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang. Kes itu kemudian didakwa konon melibatkan pihak Istana Johor.
Gara-gara kes tersebut, kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada waktu itu telah mengambil langkah meminda perlembagaan yang mengehadkan kuasa raja sekali menghapuskan kekebalan institusi kesultanan.
Tahun lalu, bekas wartawan jenayah terkenal, Syahril A. Kadir bongkar semula kes itu menerusi pelancaran buku tulisannya, Konfesi Prebet Adam sekali gus bersih nama almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang difitnah.
Untuk rekod, baginda diketahui amat lantang menentang rancangan jahat Mahathir yang dikenali sebagai tidak begitu mesra kepada pihak istana tetapi ditohmah aib konon pernah membunuh adik Adam di padang golf.
Susulan kejayaan buku itu laris di pasaran, Tunku Ismail bertitah mengimbau semula pengalaman pahit almarhum nendanya diburuk-burukkan pentadbiran perdana menteri pada waktu tersebut ketika mengulas isu politik semasa.
“Media pernah mengeluarkan kenyataan konon prebet Adam mengamuk apabila dapat tahu adiknya dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Walhal dia tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang sudah meninggal dunia.
“Adiknya itu ketika berumur 2 tahun maut dalam tragedi rumah terbakar. Saya juga ada berjumpa dengan seorang individu berasal dari Kedah pada tahun lepas. Beliau bercerita kepada saya yang beliau berjumpa Prebet Adam.
“Ia cerita bagaimana dipaksa sepanjang 10 hari dalam bilik sel yang gelap oleh polis untuk mengaku konon Sultan Johor bunuh adiknya. Inilah sanggup dilakukan kepimpinan tertinggi ketika itu demi dapat kuasa sepenuhya.”
Pada Khamis, keluarga Prebet Adam yakni adiknya Hawa Jaafar di Pulau Pinang tampil mengadakan sidang akhbar untuk memohon maaf kepada Tunku Ismail kerana keluarga baginda terpalit akibat fitnah melibatkan kes abangnya.
Mereka turut menafikan dakwaan jahat pihak tertentu sebelum ini kononnya seorang adik mereka dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor tersebut ketika pernah berkhidmat sebagai kedi golf kepada baginda di istana.
Hawa seterusnya berkata bahawa mereka sekeluarga terpaksa menahan malu dan marah selama 30 tahun kerana tidak dapat menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat dan pihak berkuasa.
“Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 1987 kerana masalah di tempat kerja dan ia memang tidak ada kena mengena pun dengan dakwaan adik kami dibunuh. Semua adik beradik kami masih hidup.
“Hanya seorang saja sudah meninggal dunia pada 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah,” katanya. Hawa yang juga anak kedua daripada sembilan beradik itu berkata, mereka tidak pernah mengenali keluarga kerabat Johor.
Malah wanita berusia 53 tahun itu mendakwa, mereka sekeluarga turut difitnah menerima wang sogokan sebanyak RM10,000 sebulan bagi menafikan perkara terbabit dan berkata: “Lihatlah kediaman saya, kami cuma orang biasa.”
Soalnya sekarang kenyataan Tunku Mahkota Johor mengenai pembohongan itu adalah serius. Siapa hendak jawab untuk memberi gambaran sebenar mengenai kes itu yang jelas mengubah sistem pemerintahan beraja di Malaysia.
Apakah Mahathir sedia memberi penjelasan atau sekadar menjawab ‘saya tidak tahu’? Sebagai bekas perdana menteri pada waktu kejadian, semua pihak kini sedang teropong ke arah dirinya.  (MNH)

2 comments:

Tanpa Nama berkata... 13 April 2018 9:49 PG

Awat puak UMNO ni bodoh-bodoh belaka.

Tanpa Nama berkata... 13 April 2018 11:35 PG

Kenapa tak teruskan cerita kerugian Forex 30 tahun dulu?

Cuba perhalusi isu sebelum cuba untuk sensasikannya. Apa isu yang boleh menjadikan ia sebagai isu??? Adakah kepentingan rakyat tidak diutamakan???

Sifat bodoh itu pada dasarnya tidak salah, tetapi apabila sifat bodoh itu ditonjolkan sangat, ianya boleh mengaibkan diri sendiri. Politik juga bukan medan untuk memperbodohkan rakyat. Rakyat perlukan parti dan pemimpin yang cerdik untuk membela kehidupan rakyat.

Catat Ulasan