Sabtu, 14 April 2018

KADIR JASIN DIMINTA KEMBALIKAN WANG YANG DICURISIMPANNYA ATAS ARAHAN TUN MAHATHIR, BUKAN ISU DUA ISTERI



1. Orang Cina juga perlu berhati-hati jika mahu percayakan Dr Mahathir kerana beliau hanya bersahabat dengan Vincent Tan dan Francis Yeoh sebelum ini, sementara yang lain dianggap sebagai “komunis” oleh Mahathir.
2. Orang Melayu juga perlu perlu berhati-hati dengan Dr Mahathir kerana kini beliau memohon maaf kepada DAP dan mengakui bahawa menyemai kebencian terhadap cina DAP dikalangan orang Melayu adalah satu kesilapan. Malah Dr Mahathir juga menyalahkan PDRM kerana menghukum Anwar Ibrahim.
3. Saya bersama Dr Mahathir sebelum 100,000 orang bekas ahli PPBM menyertai parti itu. Dr Mahathir bencikan DAP ketika itu dan mahukan kami menjatuhkan Najib Razak untuk menghalang DAP, PKR dan AMANAH mengalahkan BN pada PRU14. Beliau kerap mengecam DAP sebagai parti rasis yang merbahaya bagi orang UMNO dan saya berjuang bermati-matian untuk “Selamatkan UMNO” pada 2015 hingga 2016.
4. Fasa 2 perjuangan saya bersama Mahathir adalah apabila tertubuhnya PPBM. Beliau telah menukar ucapannya dari “Selamatkan UMNO” kepada “Musnahkan UMNO” melalui kempen “Selamatkan Malaysia”. Dr Mahathir sudah tidak lagi memperlekehkan Lim Kit Siang di hadapan saya kerana beliau tahu, tanpa DAP, PPBM hanya parti pocisan yang ditubuhkan tanpa asas prinsip yang kukuh selain hanya untuk kempen #UndurNajib.
5. Dr Mahathir sengaja membiarkan PPBM dibubarkan kerana kempen “Tabung Derma” PPBM adalah satu kesilapan besarnya setelah saya membongkar tentang kekayaan anak-anaknya, kroni-kroninya serta diri nya sendiri. Tiada manusia yang akan meminjamkan jet peribadi kepada kawannya sejak 2014 hingga 2018 secara percuma. Bagaimana beliau masih dilayan istimewa oleh pemilik independent Power Producer (IPP) yang mencekik darah rakyat melalui mangsanya, TNB. (Kini 1MDB telah membeli IPP yang menyebabkan YTL kerugian berbillion ringgit setiap tahun hingga kiamat).
6. Dr Mahathir sengaja membiarkan PPBM dibubarkan kerana gagal mentadbir parti bidan terjun tersebut. ROS hanya meminta minit mesyuarat dan laporan kewangan PPBM, tetapi Dr Mahathir menggunakan kesempatan tersebut supaya beliau boleh menyalahkan kerajaan dan menutup kegagalannya.
7. Dr Mahathir dan (Kadir Jasin) juga tidak pernah lagi menyebut tentang RM 2.6 billiion setelah beliau gagal menjawab persoalan yang saya lontarkan kepada beliau yang mengaitkannya dengan pemilikan syarikat UMNO atas nama peribadi beliau sendiri dan kroninya yang juga MPT PPBM iaitu A Kadir Jasin pada tahun 2000. Ternyata Dr Mahathir telah menipu saya untuk mempercayai bahawa Dana Khas Presiden UMNO itu tidak wujud, sekaligus membakar kemarahan saya untuk menentang Najib Razak. Sehingga kini soalan saya tidak dijawab sedangkan saya lah yang menyaman Najib Razak berkaitan isu tersebut. Secara umumnya PPBM ditubuhkan atas isu RM 2.6 billion. Apabila ianya sudah tidak boleh lagi digunakan, maka Dr Mahathir sengaja membiarkan PPBM itu terbubar.
8. Adakah anda percaya PPBM akan ditubuhkan kembali selepas Dr Mahathir, Muhyiddin Yasin, Mukhriz Mahathir dan yang lain-lain bertanding atas tiket PKR? Sebagai insan yang menjadi sayap kanan Mahathir, izinkan saya beritahu anda bahawa Dr Mahathir tidak akan mempedulikan berapa banyakpun pelaburan anda untuk PPBM dan jika anda menanyakan soalan tersebut kepadanya, jawapannya adalah “sekarang kita perlu ketepikan kepentingan peribadi terlebih dahulu kerana yang penting adalah untuk menjatuhkan Najib Razak”.
9. Adalah anda semua akan menyertai PKR yang telah anda perangi, musuhi dan aibkan selama 20 tahun? Jika anda kecam saya menyokong Najib Razak selepas 2 tahun menentang nya, anda perlu pandang ke cermin kerana anda telah 20 tahun menentang Anwar Ibrahim.
10. Saya menyokong Barisan Nasional setelah saya berjaya bentangkan bukti dan argument yang “valid” untuk membuktikan bahawa Najib Razak telah difitnah oleh Mahathir. Mahathir bukan sahaja gagal buktikan Najib Razak bersalah MALAH beliau juga GAGAL BUKTIKAN ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH. LEBIH MENYEDIHKAN BELIAU MAHU ANWAR MENJADI PM KE 8. Biar Dr mahathir hilang kehornatan dirinya kerana beliau sudah dihujung usia. Namun, hiduo anda mungkin masih panjang.
Terlalu banyak yang mahu saya senaraikan, tetapi jika anda masih belum nampak apa yang saya cuba sampaikan di sini, saya TIDAK LAGI BOLEH MEMBANTU ANDA. ANDA PERLU SELAMATKAN DIRI ANDA SEMDIRI DARI TERUS DIPERHAMBAKAN OLEH MAHATHIR MOHAMMAD.
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 14 April 2018 2:01 PTG

adlh kwn dlm grup wasap ni melaungkan hidup madey.. takda sorg pun yg respon.. mayb sbb org semua tak brapa yakin madey akan hidup utk jangka masa yg panjang kot..hehe..

Catat Ulasan