Selasa, 20 Mac 2018

TAKTIK DAP : PECAHKAN UMNO GUNAKAN PPBM, PECAHKAN PAS GUNA AMANAH

Strategi pecah dan perintah digunakan oleh British semasa menguasai Tanah Melayu. Ianya diambil dari Bahasa Latin, divide et impera memecahkan struktur kepada kelompok yang lebih kecil bagi mendapatkan atau menakluk sesuatu kawasan. Strategi ini pernah digunakan oleh Caesar semasa mengembangkan empayar Rom.

Bagi situasi politik negara ini, boleh dilihat taktik yang sama digunakan oleh DAP untuk memecah belahkan dua parti Melayu yang kuat iaitu UMNO dan PAS. Musuh DAP sejak azali iaitu UMNO kerana jika mengikut sejarah, DAP adalah antara parti yang tidak menyertai Barisan Nasional selepas pilihan raya tahun 1969 sedangkan parti pembangkang lain seperti PAS, Gerakan dan PPP bersama-sama Kerajaan. Walaupun DAP pernah bekerja sama dengan PAS sebanyak 2 kali iaitu semasa Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR), alam kedua-dua pakatan ini, DAP tahu bahawa PAS bukanlah parti yang mampu mereka kuasai. Kekuatan akar umbi PAS merupakan penghalang kepada cita-cita DAP.

Jadi, bagaimana mahu tewaskan kedua-dua parti Melayu ini? Pecah belahkan mereka. Perpecahan dalam UMNO sehingga tertubuhnya PPBM merupakan kelebihan bagi DAP. Kepimpinan Amanah pula telah diketahui umum bahawa mereka hanyalah barua dan broker DAP selama mereka dalam PAS. Sesuatu yang tidak boleh dikalahkan secara berdepan, boleh dirosakkan dari dalam.

Hasilnya, pengundi Melayu akan berpecah kepada tiga kelompok. Kuasa mengundi kaum Melayu telah dilemahkan. Manakala, pengundi kaum Cina tetap menyokong penuh DAP dan sekutunya. Adakah ini beri kelebihan kepada kaum Melayu? Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh pengundi kaum Melayu itu sendiri.




*Fikir-fikirkan.

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 29 Mac 2018 1:33 PTG

Bila tengok orang penyokong Pakatan Harapan yang semakin bodoh teringat cerita monyet yang memakan cili sedangkan kawan-kawan keliling beri nasihat "jangan monyet jangan" tapi monyet tu jawab "aku nak jugak ..." maka ketika ini cerita tu menjadi realiti bila orang yang tak tahu menilai tapi mahu berkerjasama dengan puak dajjal laknat sedangkan dah jelas depan mata diorang betapa laknatnya si dajjal tu. Jangan terkejut lepas ni berduyun-duyun orang PAN/PPBM/pendedak taik babi DAP akan balas komen ni dengan berbagai bahasa yang menunjukkan kebodohan mereka sendiri macam monyet yang termakan pedas cili lintang-pukang mencari air

Catat Ulasan