Sabtu, 17 Mac 2018

Rekod Mahathir Dan Pakatan Untuk Mengurangkan Hutang Tidak Begitu Baik

Saya begitu teruja dengan kenyataan Tun Dr Mahathir baru-baru ini dalam reaksi balasnya kepada PM Najib bahawa manifesto Pakatan ialah untuk mengurangkan hutang kerajaan.

Manifesto Pakatan untuk PRU 14 ialah untuk menghapuskan semua dan memberi dedak kepada rakyat termasuk yang tidak masuk akal seperti memberi RM250 sebulan kepada setiap orang yang berpendapatan minimum.

Malahan, di dalam manifesto tersebut kaedah untuk mereka mengurangkan hutang kerajaan hanya disentuh secara sepintas lalu sahaja.

Rekod di kedua-dua kerajaan Selangor dan Pulau Pinang sejak jatuh ke tangan mereka pada tahun 2008 adalah petunjuk yang baik bahawa Pakatan telah gagal untuk mengekang perbelanjaan tahunan. Terdapat di tahun-tahun di mana perbelanjaan tahunan di kedua-dua negeri tersebut meningkat secara mendadak khasnya di Kerajaan Pulau Pinang dengan kenaikan 500% sejak tahun 2008.

Bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat tersebut, Kerajaan Pulau Pinang telah menjual atau melupuskan hampir RM40 bilion sama ada berupa tanah kerajaan atau pun aset malahan kedua-dua negeri tersebut juga telah menaikkan bayaran kepada pemilik hartanah dan pemaju yang akhirnya meningkatkan kos hartanah tersebut.

Kerajaan DAP di Pulau Pinang juga telah menjual sejumlah tanah sejak mengambil alih kuasa dalam tahun 2008 dan saya menganggarkan kurang 5% sahaja tanah di Pulau Pinang masih lagi dipegang oleh kerajaan negeri – kurang dari 18% berbanding di tahun 2008.

Di dalam kes Pulau Pinang, bayaran pembangunan telah dinaikkan sebanyak dua kali ganda dan tiga kali ganda yang akhirnya menyebabkan pihak pemaju melepaskan kos kenaikan tersebut kepada pembeli.

Perkiraan telah menunjukkan bahawa kenaikan kos tersebut secara purata RM120 untuk satu kaki persegi untuk hartanah di Pulau Pinang di mana ianya telah dilepaskan kepada pembeli di dalam bentuk jumlah pinjaman yang lebih tinggi dan kenaikan kadar sewa yang akhirnya meningkatkan kos hidup.

Begitu juga, ramai rakyat Malaysia kini mulai sedar bahawa pengurangan hutang sebanyak 95% Kerajaan Pulau Pinang yang mana pihak DAP dengan tidak malu mengatakan atas usaha mereka sebenarnya adalah tindakan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2010 untuk mengubah hutang bayaran air kepada 45 tahun sebanding bayaran setiap tahun.

Semasa Azmin Ali di tahun kedua beliau sebagai Menteri Besar Selangor juga telah menyebabkan negeri tersebut pada tahun 2016 kembali kepada keadaan defisit. Dalam masa yang sama juga, Azmin telah menandatangani perjanjian untuk meminjam sebanyak RM7 bilion dari Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula bekalan air Selangor.

Di dalam kes Tun Mahathir, rekod beliau untuk mengurangkan hutang tidak begitu memuaskan. Antara tahun 1981 dan 2003, Tun Mahathir telah meningkatkan jumlah hutang kerajaan sebanyak 706%.


Dalam tempoh 6 tahun Mahathir sebagai PM iaitu antara tahun 1998 dan 2003, Mahathir telah meningkatkan hutang kerajaan sebanyak 112% bilamana beliau mengalami bajet defisit secara berterusan antara 4% dan 6% berbanding dengan bajet defisit pada hari ini hanya 2.8% dan 3% sahaja.

Malahan dalam 6 tahun pertama beliau berkuasa, Mahathir telah meningkatkan lebih dari dua kali ganda hutang berbanding dengan KDNK iaitu 44% dalam tahun 1980 kepada 103.4% tahun 1986. Kadar hutang berbanding KDNK ini terus kekal sebanyak 60% untuk selama satu dekad.

Sebagai kesannya, kadar keberhutangan negara (jumlah hutang yang kerajaan perlu bayar berbanding dengan KDNK) adalah setinggi 31.8% dalam tahun 1987 dan seterusnya kekal sebanyak 20% untuk tahun-tahun seterusnya.

Berbanding di masa PM Najib kini kadar hutang dan KDNK ialah 50% dan kadar pembayaran semula hutang sebanyak 12% sahaja.

Hanya sekali sahaja apabila hutang kerajaan semasa PM Najib naik mendadak ialah semasa beliau mengambil alih tampuk kerajaan dalam tahun 2009 di mana beliau memperkenalkan 3 pakej ransangan yang besar yang menyebabkan kadar hutang naik dari 40% kepada 50.8% dalam tempoh satu tahun ekoran kekurangan pelaburan masuk dan penurunan eksport kesan Kemelesetan Ekonomi Dunia pada tahun 2007 hingga 2012 – terburuk sejak tahun 1930an. Pada masa itu kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menyelamatkan Citibank, General Motors dan AIG.

Kesan daripada pakej ransangan tersebut telah berjaya menyuntik dana yang besar di dalam ekonomi negara, dan ekonomi Malaysia telah pulih dengan cepatnya walaupun rakyat negara ini tidak sedar tahap mudarat dan skalanya jika malapetaka berlaku jika pakej ransangan tidak dilakukan walaupun menyebabkan hutang meningkat.

Ironinya, ramai rakyat Malaysia menyalahkan PM Najib kerana menaikan hutang kerajaan tetapi hakikatnya tindakan ini yang telah menyelamatkan Malaysia dalam tahun 2009.

Berdasarkan kepada rekod pencapaian Mahathir dan Pakatan serta tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk “memansuhkan semua” sebagaimana di dalam manifesto, sudah pasti hutang kerajaan kita akan melonjak naik dengan mendadak.

Eric-See-To.

https://www.facebook.com/EricSeeTo/

0 comments:

Catat Ulasan