Isnin, 19 Mac 2018

PERDANA MENTERI AUSTRALIA MALUKAN TUN M, MALAYSIAKINI DILARANG LAPOR PENUH INSIDEN MEMALUKAN DI PARLIMEN SWITZERLAND ?


PERDANA MENTERI AUSTRALIA TOLAK CARA TUN M, PARLIMEN SWITZERLAND TOLAK USUL FITNAH

1. Keputusan Parlimen Switzerland dua hari lepas menolak fitnah dari segelintir rakyat Malaysia mengesahkan dana 104 juta Swiss Franc (RM430 juta) yang cuba dikaitkan dengan Malaysia sebenarnya bukan pun milik 1MDB. Ianya milik negara-negara lain yang dikumpulkan. Parlimen Switzerland menyifatkan penolakan usul pelik dari Carlo Sommaruga dengan 138 wakil mengundi menentang, hanya 53 yang menyokong.

2. Parlimen Switzerland menyifatkan mereka tidak sepatutnya dipaksa mempercayai fitnah dari segelintir rakyat Malaysia. Usaha beberapa rakyat Malaysia menyalurkan info palsu kepada ahli parlimen Switzerland itu bertujuan memalukan Kerajaan Malaysia telah memalukan mereka sendiri dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang terlibat.

3. Semasa era Tun Dr. Mahathir, antara dalang asing yang dipercayai memberi dana besar ialah NED (National Endowment For Democracy), National Democratic Institute (NDI), Konrad Adeneur Foundation (KAF), Open Society milik George Soros dan banyak lagi di mana mereka dikenali di seluruh dunia sebagai agen pelaksana ‘regime change’ yang membantu menjatuhkan sesebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat yang tidak memenuhi citarasa mereka.

4. Begitu juga insiden pertemuan segelintir duta asing di Kuala Lumpur baru-baru ini jelas menunjukkan campurtangan mereka dalam politik dalaman negara. Nasib baik bantahan Wisma Putra dan rakyat Malaysia telah menyedarkan mereka. Dalam hal ini, data-duta asing di Malaysia patut mencontohi Duta USA dan Pegawai-pegawai kedutaan USA di Kuala Lumpur, kerana sebelum mereka bertugas di Malaysia, terlebih dahulu mereka menghadiri kursus orientasi mengenai budaya Malaysia di Washington (2016).

5. Sehari dua yang lalu, Tun M melalui channel TV Australia mendesak Perdana Menteri Australia supaya tidak menemui Perdana Menteri DS Najib di Sydney dalam Mesyuarat ASEAN-Australia. Malang kepada Tun M, Perdana Menteri Australia tidak memperdulikan desakan Tun M. Berbeza ketika dahulu, Tun M mengambil langkah drastik mengkritik Australia kerana campurtangan Australia dalam politik Malaysia. Hari ini Australia menolak cara Tun M.

6. Dalam kes Switzerland, kerajaan patut menyiasat dan jika terbukti hendaklah menarik balik kerakyatan individu rakyat Malaysia yang memburuk-burukkan Negara.

7. Jika Kerajaan Switzerland boleh menolak fitnah yang diusahakan oleh satu dua orang rakyat Malaysia yang tidak patriotik itu, Kerajaan Malaysia juga boleh mengambil tindakan yang tegas seperti mana pemilik resort warga Singapura di Johor yang ditarik balik kerakyatannya (2013). Jika hal ini berlaku semasa era Tun M memerintah, sudah pasti mereka akan dikenakan ISA.

sumber

3 comments:

Tanpa Nama berkata... 20 Mac 2018 1:15 PG

apa yg madey cuba buat ialah menagmbil kesempatan diatas pemansuhan ISA..

Tanpa Nama berkata... 20 Mac 2018 10:24 PG

Madey banyak uturn macam mana aku nak pilih pembangkang? Baik aku undi bn juga kan, kik3

nur jannah berkata... 22 Mac 2018 10:03 PTG

cantil...dah senja begini carilah sejadah..mohon taubat nasuha kepada Allah.

Catat Ulasan