Khamis, 22 Mac 2018

Mana agenda Islam dalam janji Pakatan Harapan?


BANGI, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Melihat kepada janji Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sangat menimbulkan kegusaran apatah lagi langsung tidak menyentuh aspek Islam.

Mengulas berkaitan janji 100 hari gabungan parti itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Tuan Aminuddin Yahaya berkata, ia agak merisaukan apabila janji-janji tersebut tidak menampakkan kesungguhan mereka untuk memperkasakan Islam.

“Ya betul, ini hanya janji 100 hari, tetapi jika isu Islam tidak ditekankan di peringkat awal lagi, maka adakah ada jaminan Pakatan Harapan akan membawa agenda ini pada masa depan sekiranya mereka menang?

“Melihat komposisi parti dan pimpinan yang ada, perkara ini amat membimbangkan rakyat. Apatah lagi mereka ini lah yang secara lantang menentang Akta 355.

“Adakah dengan kemenangan PH kelak akan membawa perubahan sebenar masyarakat di negara ini atau hanya sekadar pepatah orang-orang terdahulu kata, “keluar mulut singa, masuk mulut buaya”,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas janji Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan yang diumumkan semalam. Antara yang dijanjikan ialah menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol, memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat dan memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh.

Gabungan itu turut berjanji untuk memerangi rasuah hingga ke akar umbi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB dan memulihkan FELDA.

Apapun janji mereka Tuan Aminuddin berkata, beliau tidak dapat pastikan sekiranya ada terselit janji yang menyentuh soal Islam.

Tetapi dari maklumat media sosial katanya, ia jelas ia tidak menampakkan agenda islamisasi PH.

“Di kala Islam ditekan di sana sini oleh golongan Liberal, LGBT, Evangelist dan pelbagai lagi, ia seolah-olah tidak dilihat secara serius oleh PH. Perjuangan mereka hanya berlegar dari aspek maddi sedangkan aspek rohi dan pembinaan manusia seperti ditinggalkan,” katanya.

2 comments:

SUHARLI MASROP berkata... 22 Mac 2018 3:27 PTG

ISMA ni dah tau.... tapi masih cenderung kepada kelompok ini... baca sahaja dalam isma web.... atau sebenarnya hanya s3kelompok sahaja yang menentang kerajaan kalaupun tidak semua.... sedari awal lagi dilihat persekongkolan PAS dgn DAP adalah kesilapan... syukur PAS mula sedar.... lalu mengapa ISMA masih mahu memandang sepi hal ini.... mudah cakap ... jangan mimpi yang indah jika DAP adalah bantalnya...keindahan palsu.

Tanpa Nama berkata... 25 Mac 2018 7:24 PTG

Hrp isma tidak sekongkol dgn parti yg tidak ada agenda Islam

Catat Ulasan