Rabu, 21 Mac 2018

LIM GUAN ENG TAKUT LAWAN WEE KIA SIONG



Walaupun  Lim Guan Eng marah dengan pendedahan Datuk Seri Wee Ka Siong terhadap kelantangan Timbalan Presiden MCA itu berkaitan dengan skandal projek terowong dasar laut, namun beliau sendiri dilihat tiada keberanian untuk bertanding di Parlimen Ayer Hitam.
Sebaliknya, Guan Eng hanya mengarahkan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong bertanding melawan Ka Siong di Parlimen Ayer Hitam yang dimenangi Timbalan Presiden MCA itu pada PRU 13.
Azizi Safar berkata Guan Eng hanya ‘berani’ mengarahkan orang lain mewakili dirinya, sedangkan dia sendiri masih kekal bertanding di Parlimen Bagan, Pulau Pinang.
“Lim Guan Eng umum Liew Chin Tong bertanding lawan Wee Ka Siong di Ayer Hitam. Dia puji keberanian Chin Tong untuk berdepan dengan Ka Siong. Malangnya Lim Guan Eng sendiri tidak berani lawan Ka Siong di Ayer Hitam.
“Oo… Lim Guan Eng no 1 DAP. Maka tidak setanding Lim Guan Eng nak lawan Wee Ka Siong yang hanya no 2 dalam MCA.
“Anehnya, Lim Guan Eng menamakan Nga Kor Ming untuk lawan Mah Siew Keong di Telok Intan. Mah Siew Keong orang No 1 Gerakan. Setanding dengan Lim Guan Eng orang No 1 DAP. Kenapa pula Lim Guan Eng sendiri tak berani lawan Mah Siew Keong di Telok Intan?
“Lim Guan Eng boleh juga cuba nasib di Pekan. Lawan orang No 1 BN atau Marang lawan orang No 1 PAS. Why not?,”katanya dalam Facebook.

0 comments:

Catat Ulasan