Rabu, 7 Februari 2018

SALLEHEN MUKHYI: KITA AKAN PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR SELEPAS TAHUN BARU CINA, KERAJAAN SELANGOR TERBUBAR TAK CUKUP KORUM






PAS Selangor hari ini memberi kata dua kepada Azmin Ali untuk menyelesaikan isu peruntukan kepada 13 ADUN PAS sehingga perayaan Tahun Baru Cina.
Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata jika isu peruntukan berkenaan gagal diselesaikan dalam tempoh itu, pihaknya akan mengambil langkah susulan, namun tidak memperinci dengan lebih lanjut.
“Insya-Allah kita telah tetapkan sehingga Tahun Baru Cina, kalau kami masih belum menerima juga dan apabila ADUN-ADUN lain yang kami difahamkan sudah ada yang boleh menggunakan peruntukan itu, maka selepas daripada Tahun Baru Cina kami akan membuat tindakan seterusnya.
“Ini termasuklah kami akan membuat kenyataan rasmi berhubung isu ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang medianya di Pejabat PAS Selangor, malam ini.
Ujar Sallehen beliau sudahpun menghubungi Azmin menerusi pesanan ringkas dan memaklumkan mahu berjumpa dengannya minggu hadapan, bagi menyelesaikan isu tersebut.
“Sebenarnya perjumpaan itu, bukan kami nak merayu sebab itu bukan amalan ADUN-ADUN PAS yang masih lagi sebagai ADUN kerajaan negeri untuk merayu.
“Tetapi sekadar mengingatkan Yang Berhormat tentang tanggungjawab tentang semangat untuk mendokong demokrasi, mesti masih lagi wujud atas semangat sebuah kerajaan.
“Kami sekadar mahu tanya sama ada kami dapat atau tidak peruntukan yang akan diberikan. Jadi jawapan itu yang kami perlukan.
“Kami mahu tahu adakah menteri besar merasakan keperluan membantu rakyat melalui dana ini, kalau boleh guna dana ini katakan boleh, kalau tak boleh, maka kami memerlukan jawapan sebegitu,” katanya lagi.
Pun begitu ujar Sallehen, beliau diberitahu terdapat ADUN-ADUN PAS tertentu yang sudah boleh menggunakan peruntukan daripada kerajaan negeri Selangor.
“MB sendiri memaklumkan pada kita dalam kenyataannya sudah ada beberapa ADUN PAS bertemu dengan beliau dan sudah ada yang boleh menggunakan peruntukan itu. Sebenarnya bukan ADUN tapi penyelaras-penyelaras DUN.
“Kita tidak diberitahu siapa ADUN itu dan kita pun tidak mahu periksa buat sementara waktu ini. (Sebenarnya) ini bukan amalan, tidak pernah berlaku sebelum ini (jumpa MB dulu baru dapat).
“Kalau ada peraturan serta arahan baru, Yang Amat Berhormat boleh keluarkan pekeliling (bagi nyatakan) syarat-syarat penggunaan dan sebagainya,” tegasnya.
Sallehen juga ditanya kemungkinan peruntukan ADUN-ADUN PAS disalurkan kepada penyelaras DUN (wakil PKR) bagi menjalankan program untuk rakyat, sepertimana yang dilakukan di kawasan yang diwakili ADUN Umno.
“Itu kita tidak ada maklumat. Sebenarnya itu tidak boleh berlaku kerana perkara sebegitu mesti diputuskan melalui mesyuarat Exco. Ia bukan semudah melantik seseorang untuk menggunakan dana itu,” tegasnya.
Exco PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad sebelum ini memberitahu Antarapos hanya ADUN-ADUN PAS yang belum belum diberi kelulusan untuk menggunakan peruntukan tahunan RM800,000 yang diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor.
Menurut Iskandar, pihaknya dimaklumkan bahawa peruntukan untuk ADUN sememangnya sudah sampai ke pejabat daerah, namun ia tidak dapat dikeluarkan oleh wakil rakyat PAS.
Azmin sebelum ini menafikan peruntukan itu disekat atau dibekukan sebaliknya mengalami masalah teknikal

0 comments:

Catat Ulasan