Isnin, 12 Februari 2018

3 VIDEO, KELUARGA LIM BERJAYA PECAH BELAHKAN MELAYU, KETAWA BERSAMA RAKAN CINA.

Ada 3 video yang ada kaitan antara satu sama lain.



Video Pertama
Video pertama adalah bagaimana lawatan Lim Kit Siang ke Kampung Melayu telah berjaya menyebabkan Melayu sama Melayu bergaduh. Seperti bos-bos kepada Melayu Pembangkang, Lim Kit Siang hanya diam dan membiarkan 'macai-macainya' yang bekerja, beria-ia mempertahankan ketuanya.



Video Kedua
Video ini menunjukkan bagaimana strategi yang digunakan oleh Pakatan untuk memasuki kawasan / kubu kuat orang Melayu iaitu dengan menggunakan pengaruh Tun Mahathir. Dan dengan cara ini, kaedah lawatan seperti video pertama berjaya dilaksanakan. Jangan terkejut jika lebih banyak lawatan seperti ini akan diadakan untuk memecah belahkan lagi pengundi Melayu.




Video Ketiga
Yang terakhir boleh lihat bagaimana mesranya antara seorang lagi Lim dalam DAP dan pemimpin pihak lawan yang sama kaum dengannya. Jika video ini antara pemimpin UMNO dan PAS dalam hubungan mesra, sudah pasti tuduhan-tudahan dari parti Pakatan, menuduh kerjasama politik atau PAS kini bersama UMNO. Video seperti kemesraan antara dua pemimpin parti Melayu / Islam akan disebarkan tetapi dalam propaganda yang negatif.

Ulasan
Untuk artikel ini, penulis tidak perlu mengulas panjang. Video-video ini menjadi bukti bahawa perpaduan semakin renggang antara kita saudara seIslam dan orang Melayu itu sendiri. Sebelum ini mungkin renggang antara dua parti Melayu yang kuat iaitu UMNO dan PAS, kini apabila PAS semakin rapat dengan UMNO, ada pula parti lain yang cuba menjadi jaguh perpecahan ummah dengan rela dan suci hati diperkudakan oleh bangsa lain.

Berpolitik tak salah, tetapi kalau sampai berpecah belah yang halal pun  boleh jadi haram. Mungkin akan ada yang berkata bahawa agenda bangsa tidak releven sekarang ini. Mungkin bagi anda tidak, tetapi masih ramai orang Melayu yang berpegang kepada jati diri dan adat budaya. Sekurang-kurangnya, kalau nak masuk kampung orang, bagi salamlah dahulu. Ini bukan kali pertama DAP cuba memprovakasi kawasan hardcore orang Melayu. Sebelum ini di pasar. Strategi mereka mudah, provoke, rakam video dan viral. Kemudian berduyun-duyunlah Melayu acah-acah liberal yang akan mengutuk rakan seagama dan sebangsa dengan mereka kesan daripada provokasi tersebut. 

*Kita makin berpecah tetapi ada yang semakin bersatu.

0 comments:

Catat Ulasan