Khamis, 18 Januari 2018

LIM KIT SIANG BELUM MATI, PILIH HOSPITAL LUAR NEGARA, TIDAK YAKIN DOKTOR MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dikatakan kini dirawat secara rapi gara-gara penyakit kanser buah pinggang.
Keadaan Ketua Parlimen DAP itu dikatakan koma selepas dan doktor berjaya membuang tumor kecil itu pada Disember tahun lepas.
Justeru, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan status terkini kesihatan bapanya khususnya kepada pengundi Parlimen Gelang Patah.
Katanya, ada sumber dalaman DAP memaklumkan , Kit Siang kini dalam keadaan kritikal namun ia tidak dihebahkan kepada umum.
“Adakah benar Lim Kit Siang berada dalam keadaan koma serta tidak sedarkan diri dan kini beliau berada di Singapura?
“Saya mendesak Guan Eng menjelaskan keadaan sebenar kerana rakyat khususnya di kawasannya ingin tahu ke mana hilangnya wakil rakyat mereka,” katanya hari ini.
Sebelum ini, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengesahkan ayahnya menghidap kanser buah pinggang tahap pertama dan selamat menjalani pembedahan membuang tumor kecil berkenaan pada 19 Disember lalu.
Ramesh juga berkata, sumber dalaman parti itu juga memberitahu, nama hospital di mana Kit Siang menjalani pembedahan turut dirahsiakan atas sebab tertentu.
“Guan Eng beritahu Kit Siang menjalani prosedur Laparoscopic Partial Nephrectomy pada 19 Disember lepas. Guan Eng kata prosedur itu berjalan dengan baik dan doktor menjangkakan beliau akan pulih seperti sedia kala tanpa sebarang komplikasi,” katanya.
‘Kehilangan’ Kit Siang disedari ramai pemimpin pembangkang selepas beliau tidak hadir ke Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam pada 7 Januari lepas dan sehingga kini masih menjadi tandatanya.
Ekoran ketidakhadiran bapanya, Guan Eng menjadi wakil Kit Siang pada konvensyen itu bagi menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sementara sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU-14.
“Sebagai anak, lebih elok Guan Eng beri penjelasan kepada orang ramai berkenaan status bapanya,” kata Ramesh.-(malaysiangazzete)

4 comments:

Tanpa Nama berkata... 18 Januari 2018 2:23 PTG

ini pun nak jadi isu?..biarlah duit dia. kita bebas kemana selagi mampu. jgn ko susah hati bro

Tanpa Nama berkata... 18 Januari 2018 2:25 PTG

blogger tulislah benda lain..byk lg isu besar yg rakyat nak tahu. jgn buang masa

Tanpa Nama berkata... 18 Januari 2018 3:19 PTG

Semakin lama semakin bodohlah Ramesh Bab mana Ada wakil Rakyat yg betul2 membawa isu Rakyat setempat. Yg saya tahu Adun dan MP UMNO sibuk cari pompuan je di kawasan mrk. Kalau buat lawatan tak turun Dari kereta, cakap dan jabat tangan Dari tingkap kereta VIP.

Tanpa Nama berkata... 19 Januari 2018 10:33 PG

All expired politicians, regardless whether you are in the Government or in the Opposition, please leave now. Many have left. Why wait? Malaysia must be driven by young leaders. Those above 60, please go first. Those who have been elected more than two terms, kindly depart. Exception is given to those who are still needed by the rakyat. Please think deeply and do not be so pig-headed.

Catat Ulasan