Jumaat, 31 Mac 2017

VIDEO DR TAN SENG GIAW PERTAHAN DS NAJIB, PARTI GERAKAN SEDIA TERIMA

0


Public Accounts Committee vice-chairman Dr Tan Seng Giaw says that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak should not be held accountable over the dealings by 1Malaysia Development Berhad. The DAP's Kepong MP also says Datuk Seri Najib Tun Razak was not involved in the company’s dealings as he was just a chairman of the advisory board.

Google Translate:

Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira, Dr Tan Seng Giaw berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus dipaksa bertanggungjawab ke atas urusan oleh 1Malaysia Development Berhad. MP DAP Kepong juga mengatakan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam urusan syarikat kerana dia hanya seorang pengerusi lembaga penasihat.

Sementara itu, seorang pemimpin tertinggi GERAKAN yang ditemui bersedia menerima keanggotaan Dr Tan Seng Giaw dan isterinya sekiranya Lim Kit Siang and the geng berjaya menyingkirkan Dr Tan Seng Giaw tidak lama lagi.

Khamis, 30 Mac 2017

Bitcoin: Visi Tun M yang menjadi nyata

0
Tun Dr Mahathir pernah menyarankan pada sekitar tahun 2010 agar emas menggantikan matawang US Dollar terutamanya dalam urusan perdangangan import eksport. Beliau telah membincangkan skop permasalahan selain turut mengusulkan beberapa cadangan bagaimana kaedah terbaik untuk mengguna pakai nilai emas dalam urusan perdangangan antarabangsa:

1. Izinkan saya jelaskan pandangan saya terhadap kegunaan dinar emas yang saya cadangkan.

2. Saya telah cadang dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa sahaja. Saya tidak pernah cadang dinar emas diguna sebagai matawang mana-mana negara untuk kegunaan harian.

3. Walaupun harga emas lebih stabil daripada matawang, tetapi nilai emas juga bergerak. Semasa Perjanjian Brettonwoods satu auns emas bernilai $35 Dolar Amerika. Tetapi sekarang satu auns emas bernilai $1,300 Dolar Amerika. Ini bermakna nilai Dolar telah jatuh degan teruk. Namun untuk dagangan antarabangsa Dolar masih diguna.

4. Jika satu syiling emas diberi nilai 1 Ringgit hari ini umpamanya dan kemudian nilai emas meningkat maka sudah tentu pemilik syiling emas tidak akan gunanya untuk membeli-belah dengan bernilai satu Ringgit. Mereka akan guna wang kertas 1 Ringgit. Syiling emas akan disimpan.

5. Lama kelamaan semua dinar emas yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa akan hilang dari pasaran. Walau banyak mana sekali pun pihak berkuasa mengeluar dinar emas akhirnya akan habis emas yang disimpan. Inilah yang berlaku pada Amerika Syarikat yang pada satu masa memiliki 80 peratus daripada simpanan (reserve) emas dunia.

6. Mekanisma yang lain akan diguna untuk dagangan antarabangsa dengan dinar emas. Simpanan matawang emas tidak perlu dalam bentuk syiling tetapi sebagai bata atau jongkong emas yang nilai-nilai akan mengikut harga emas dalam pasaran.

7. Bayaran untuk dagangan akan dibuat oleh bank pusat setelah dihitung nilai eksport dan nilai import antara dua negara. Jika import melebihi eksport maka negara berkenaan akan bayar dengan nota kredit bersamaan jumlah nilai emas sebanyak kelebihan nilai import tolak nilai eksport.

8. Jika pada bulan hadapan eksportnya ke negara berkenaan melebihi nilai import maka bayaran untuk kelebihan ini boleh dibuat dengan nota kredit bulan lepas.

9. Dengan cara ini tidak ada keperluan membayar dengan emas walaupun emas menentukan nilai barangan yang didagangkan. Hanya bayaran dibuat untuk lebih atau kurangnya eksport dengan import secara total dengan negara-negara berkenaan tiap bulan atau minggu. Jika nilai import adalah sama dengan eksport, bayaran tidak perlu dibuat. Ia menjadi dagangan secara barter (tukar barang).

10. Dengan menggunakan emas untuk menentukan nilai dagangan, Dolar Amerika yang jelas tidak stabil tidak perlu digunakan lagi. Permainan oleh penyangak matawang juga akan terhenti.



Namun pada ketika itu, Tun M hanya mencadangkan agar matawang emas ini digunakan bagi urusan perdagangan yang melibatkan jumlah yang besar sahaja. Dan tujuan utamanya adalah bagi mengelakkan spekulator matawang memanipulasi pasaran. Kemudian timbul persoalan sama ada usaha ini dapat diterjemahkan pula kepada pengurusan ekonomi yang lebih mikro, iaitu yang melibatkan urusan perbelanjaan antara individu? Dengan perkembangan teknologi ICT pada masa kini, ia bukanlah satu perkara yang mustahil lagi. 


Cadangan Tun M ini telah berjaya diterjemah dengan baik oleh Saudara Arai Ezzra melalui syarikatnya, DinarDirham yang menyediakan penyelesaian kepada permasalahan untuk membelanjakan pelaburan emas secara mikro; tanpa perlu melalui sistem kewangan konvensional yang melibatkan penyusutan nilai matawang, kadar faedah dan upah tersembunyi yang tinggi. Coin News Asia turut meringkaskan beberapa kemudahan yang disediakan oleh DinarDirham ini seperti berikut:

1) Mana-mana individu boleh membeli, menyimpan dan membelanjakan emas menggunakan matawang digital seperti bitcoin.

2)  Nilai bitcoin yang dibeli adalah bergantung kepada nilai emas semasa, para pengguna pada bila-bila masa boleh menjual semula bitcoin tersebut dan digantikan dengan matawang biasa atau emas sebenar mengikut kadar semasa, dengan kos tersembunyi yang hampir tiada.

3) Setiap transaksi adalah telus, selamat dan terjamin melalui sistem teknologi Blockchain. Kaedah penipuan melalui penukaran hak milik bitcoin secara tidak sah juga hampir mustahil sama sekali berikutan maklumat setiap transaksi yang disimpan secara tidak berpusat.

4) Bitcoin membolehkan lebih ramai orang biasa melibatkan diri dalam ekonomi perdagangan emas tanpa perlu melalui sistem ekonomi dan kadar faedah yang mahal yang ditentukan oleh bank dunia (yahudi).


Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh diperoleh melalui URL berikut: http://www.coinnewsasia.com/dinardirham-where-gold-meets-blockchain/


REPORT NO 4287: SENARAI HARTA RASUAH AZMIN ALI, DAN SAHAM ISTERI AZMIN DI 3 BANK

3
Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.
Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saham Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?
Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work.
Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.
Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.
Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).
Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.
Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.
Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.
Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.
Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.
Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.
Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.
Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75. Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00.
Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.
Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan. Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.
Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??
Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT.












Advertisements

Rabu, 29 Mac 2017

TUN M TROJAN HORSE TULIS PAS

0
TROJAN Horse dibina dari serpihan kapal Sparta, musuh Troy. Ia begitu hebat dan pemimpin Troy merasa kagum, lalu dibawa masuk ke dalam kota Troy dengan penuh keraian.
Rupa-rupanya ia strategi penyusupan Sparta bagi memusnahkan Troy dari dalam.
Kepada yang memerhati, Tun M sedang jadi batu api melagakan penyokong pembangkang dengan PAS, meneruskan usaha memperlekehkan PAS yang telah dibuatnya sejak dalam Umno lagi. Misinya gagalkan PAS. Kerana hanya PAS ancaman sebenar Umno. Rebah Umno, rebahlah BN.
Beliau sudah meneutralkan gelombang "reformasi Anwar" dengan meletakkan dirinya sendiri sebagai idola baru pakatan pembangkang.
Beliau telah secara terbuka minta PH jadikan BN sebagai contoh ikutan.
Orang kepercayaan beliau Zaid Ibrahim menulis artikel bertajuk PAS bakal musnahkan BN tanpa sedar tulisannya adalah bayangan keresahannya dan seruan kepada pencinta BN supaya selamatkan BN.
Beliau minta guna satu logo dalam pilihan raya untuk PH. Sedangkan untuk membolehkan rakyat kenal dan biasa dengan satu satu logo memakan masa bertahun-tahun. Ia akan mengelirukan rakyat lebih jauh lagi sedangkan PRU14 boleh berlaku bila-bila masa dan tidak lewat setahun dari sekarang.
Beliau minta tukar nama Pakatan Harapan kepada Barisan Rakyat. Sekali lagi pertukaran nama adalah beban baru penerimaan rakyat dan strategi halus. Seperti Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan disebut secara mudah sebagai  "Pakatan". Kecenderungan orang menyebut secara mudah "Barisan" hanya menguntungkan BN.
Terbaru beliau menuntut partinya menjadi ketua Pakatan Harapan pula.
Adalah munasabah untuk berjaga-jaga jika mereka sedang meraikan Trojan Horse yang punya agenda menghancurkan Troy.
Jangan lupa Achilles pahlawan terbilang Sparta yang bersama dalam Trojan Horse itu juga bukan kepalang benci dan permusuhannya kepada Raja Sparta ketika itu. Tetapi tetap tindakannya memenangkan Sparta.
PAS lebih kenal Mahathir dengan segala dramanya sejak dulu. Drama 'pergaduhannya' dengan Nazri Aziz, ini bukan benda baru. Mereka mesra sejak dulu. – HARAKAHDAILY 27/3/2017

DR TAN SENG GIAW DIJANGKA SERTAI BARISAN NASIONAL

0
Lim Kit Siang dan Tun Dr Mahathir Mohamad kedua-duanya berkongsi satu persamaan – kedua-duanya mahu mewujudkan dinasti politik dengan anak-anak mereka sebagai pengganti (itulah sebabnya kedua-dua boleh bekerja bersama walaupun mereka membenci antara satu sama lain dan tidak mempercayai antara satu sama lain). Dan itulah sebabnya Kit Siang menjadikan anaknya, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang (manakala Mahathir mengacau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menjadikan anaknya, Mukhriz, Menteri Besar Kedah).
Ketua Menteri / Menteri Besar adalah jawatan yang sangat berpengaruh dan membantu mendorong anda ke atas. Dan ia kelihatan seperti kedua-dua anak Mahathir dan Kit Siang yang ‘terkenal’ itu mudah dalam perjalanan mereka. Dan pada pemilihan parti 2012 Guan Eng sepatutnya mengukuhkan kedudukannya dalam parti beliau (manakala pada tahun berikutnya, pada tahun 2013, Mukhriz sepatutnya melakukan perkara yang sama). Walau bagaimanapun, terdapat satu halangan kepada masa depan Guan Eng dalam politik dan parti. Dan halangan tersebut itu adalah dari individu bernama Tan Seng Giaw.
Walaupun Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Seng Giaw lebih popular daripada beliau. Seng Giaw sangat disukai oleh veteran parti dan dianggap baik walaupun oleh penyokong bukan pembangkang dan pemimpin. Lebih penting lagi, panglima perang DAP seperti Teng Chang Khim, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow dan Boo Cheng Hau menganggap Seng Giaw lebih baik daripada Guan Eng yang sebenarnya sangat sombong dan sentiasa kurang ajar.
Ahli DAP berbangsa India juga melihat Seng Giaw sebagai lebih berprinsip dan tidak bersikap perkauman dan diskriminasi terhadap bukan Cina seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin DAP yang lain. Melayu juga suka kepadanya kerana dia boleh bercakap Bahasa Melayu hampir sempurna, tidak seperti pemimpin-pemimpin DAP lain yang bertutur dalam Bahasa Melayu pasar hinggakan kanak-kanak sekolah rendah melihatnya sebagai kelakar. Tambahan pula, akar umbi PAS dan pemimpin parti menyukai Seng Giaw – dan jika beliau dan bukannya Kit Siang adalah pemimpin DAP maka perpecahan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2013 tidak akan berlaku.
Bagaimanapun, pada bulan Ogos 2012, Kit Siang meminta Anthony Loke Siew Fook untuk menjalankan kaji selidik beliau di kalangan akar umbi DAP untuk melihat bagaimana popular Seng Giaw dibandingkan dengan pemimpin lain. Pada bulan Oktober, Anthony Loke datang dengan informasi dan laporan tersebut begitu membimbangkan. Seng Giaw akan mendapat undi tertinggi. Kit Siang akan menang sekitar kedudukan ketujuh manakala Guan Eng tidak akan berada walaupun di antara 20 teratas. Dan jika Guan Eng berada dalam senarai 20 teratas ia adalah sekitar 18 atau ke-19. Lebih buruk lagi, ahli-ahli India tidak akan mengundi untuk Guan Eng, yang mereka melihat sebagai perkauman yang mendiskriminasi kaum India.
Ini menyebabkan Kit Siang hampir kena serangan jantung. Jika dia tidak boleh mendapatkan kedudukan teratas dengan Guan Eng sebagai orang nombor dua maka ianya akan menjadi pengakhiran bagi dinasti politik Lim dan aspirasi beliau untuk Guan Eng bagi mengambil alih kepimpinan DAP. Ini bermakna bahawa pemilihan parti itu perlu ‘diaturkan’ untuk mengelakkan keruntuhan dinasti Lim dan mengakhiri harapan Guan Eng mengambil alih DAP selepas Kit Siang meletakkan jawatan atau meninggal dunia.
Kit Siang meminta Anthony Loke, Vincent Wu Him Ven dan Chong Chieng Jen untuk datang dengan pelan tentang bagaimana mereka boleh ‘mengawal’ pemilihan parti pada Disember 2012 dan memastikan bahawa keputusan keluar seperti kehendak mereka. Seng Giaw mesti ditendang keluar manakala Kit Siang mesti menang slot teratas dengan Guan Eng sebagai nombor dua. Terdapat enam orang yang disasarkan untuk ‘pembunuhan’: Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow dan Boo Cheng Hau. Dan keenam mereka ini mesti dibawa keluar satu demi satu bermula dengan Seng Giaw pada Disember 2012 diikuti oleh yang lain pada ketika yang sewajarnya.
Pertama sekali, mereka lewat menghantar notis untuk mesyuarat tersebut; hanya lima hari dan bukannya yang diperlukan 14 hari. Seterusnya mereka menghantar notis kepada hanya separuh perwakilan dan menangguhkan notis kepada kira-kira 1,300 perwakilan, kebanyakannya ahli-ahli berbangsa India. Kemudian mereka membenarkan 547 perwakilan haram mengundi, terutamanya ahli-ahli berbangsa Cina. 547 ini diminta untuk mengundi hanya enam orang manakala Anthony Loke dan Vincent Wu ‘memangkah’ baki 14 nama.
Hasilnya adalah Kit Siang mendapat nombor satu, nombor Guan Eng dua, dan Seng Giaw telah ‘dibunuh’.
Ini bukan kali pertama Kit Siang menipu dalam pemilihan parti untuk menghilangkan ancaman terhadap kepimpinan beliau. Ramai yang masih ingat ‘pembunuhan’ yang paling terkenal sekali, Lee Lam Thye, yang sepatutnya akan menjadi pemimpin DAP dan bukannya Kit Siang sekiranya dia tidak ‘dibunuh’ pada akhir 1980-an. Sejak itu banyak lagi telah ‘dibunuh’, dan dua yang terbaru adalah Seng Giaw dan Dr Boo.
Dengan Kit Siang mengawal 20 ahli CEC, dia memutuskan siapa yang menjadi pengerusi parti, setiausaha agung parti, Ketua Pembangkang di Parlimen, dan sebagainya. Beliau juga memutuskan siapa yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Pendek kata, Kit Siang mengawal DAP dan memutuskan apa yang berlaku dalam parti. 
Dan sesiapa yang menentang beliau dan pertikai apa yang dia kata berakhir seperti apa yang akan kamu alami di Korea Utara. Dan Kit Siang akan menggunakan pilihan raya umum akan datang untuk membersihkan parti itu sebelum membolehkan pemilihan parti akan datang diadakan, yang akan diadakan selepas pilihan raya umum. Jadi Kit Siang masih belum ‘selesai’ dengan Seng Giaw dan panglima perang yang lainnya.
Khabar terbaru di Jinjang dan Kepong lama dan Kepong Baru, sebuah parti berteras Cina dari BN dijangka akan menerima keahlian Dr Tan Seng Giaw dan mencalonkan beliau di kawasan lama Kepong selepas Lim Kit Siang semakin hampir menyingkirkan Dr Tan Seng Giaw.

DAP TOLAK NAMA BARISAN RAKYAT, DAP KEKAL MAHU MENDOMINASI PAKATAN HARAPAN

0

Pakatan Harapan menolak cadangan Muhyiddin Yassin yang mencadangkan nama gabungan pembangkang itu ditukar kepada Barisan Rakyat.
Presiden Parti PAN Mohamad Sabu berkata nama gabungan pembangkang kekal PH dan akan didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dalam masa terdekat.
“Kami dari Pakatan Harapan hari ini bermesyuarat dengan rasminya bersama parti pribumi, yang hadir sebagai anggota penuh dalam Pakatan Harapan.
“Selepas ini, empat parti ini akan terus bermesyuarat, berbincang terutama sekali untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.
“Kami juga telah membuat keputusan untuk mendaftar Pakatan Harapan di mana 18 orang pimpinan tertinggi, nama mereka dimasukkan untuk mendaftar Pakatan Harapan sebagai satu pakatan untuk hadapi pilihan raya yang akan datang. Itu keputusan yang kita buat hari ini,” kata Mat Sabu lagi.
Sebelum ini, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mencadangkan mencadangkan Pakatan Harapan ditukar nama kepada Barisan Rakyat, 

Selasa, 28 Mac 2017

1.5 JUTA TOK LEBAI TOLAK AZMIN ALI PRU14

0




Nik Mohamad Abduh menjelaskan, mereka yang memperlekehkan golongan Tok Lebai berpandangan lebai hanya layak menyampaikan khutbah di masjid atau mengetahui solat Jumaat.



“Hujungnya nanti keluarga mereka pun akan ziarah Tok Lebai juga. Siap bawa sekujur tubuh di kain putih. Tolonglah Tok Lebai solatkan dia” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
 
“Tok lebai tahu sempadan kuasanya adalah masjid. Di luar masjid, Tok Lebai tahu khutbahnya tak laku. Jika Tok Lebai berkeras mahu berkhutbah dan bersyarah juga di luar masjid, bersedialah untuk rebah tersungkur. Tak kena gaya, ditertawakan saja.
 
“Jadi ingatlah, jika Tok lebai nak selamat hidup aman sentosa, Tok Lebai berkhutbahlah di masjid seberaninya. Jangan tunjuk berani di luar masjid. Rebah tersungkur lagi ditertawakan nanti,” sindirnya lagi dalam satu kenyataan semalam.
 
Mohamed Azmin sebelum ini mencemuh pemimpin PAS sebagai Tok Lebai yang sedang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.
 
Lebai adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.
 
Mohamed Azmin dipercayai mengeluarkan kenyataan itu gara-gara berang dengan pengumuman PAS mahu memenangi kerajaan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
“Tok Lebai tersungkur kerana nak sangat kacau orang politik. Angan-angan nak ambil negeri orang. Nak tawan Putrajaya la. `Last-last’ tersembam jatuh. Ditertawa lagi,” sindir Nik Mohamad Abduh lagi.
 
Justeru, beliau menyindir, “Jangan jadi Tok Lebai seperti beliau jika mahu hidup aman damai, jaga masjid, jaga madrasah dan tunggu sahaja orang mati.
 
“Jangan sedih, orang politik akan ziarah tok lebai dengan senyum manis nanti pada hari Jumaat. Nasib diuntung ada wang RM100 masuk poket Tok Lebai hadiah daripada orang politik yang baik-baik,” katanya sinis.

Ahad, 26 Mac 2017

MALAYSIAN INDIAN BLUEPRINT (MIB) BANGUNKAN TARAF HIDUP KAUM INDIA

0
Image may contain: text

MALAYSIAN INDIAN BLUEPRINT (MIB) BANGUNKAN TARAF HIDUP KAUM INDIA
MIB telah dilancarkan pada 23 April 2017. 
MIB merupakan pelan tindakan 10 tahun yang bertujuan untuk membangunkan taraf hidup kaum India di Malaysia. 
Bagi menjayakan pelan MIB, satu unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), diketuai oleh seorang Ketua Pengarah akan melaksanakan pelan tindakan tersebut. Unit khas tersebut akan dipantau oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India (CCIC) yang di Pengerusikan oleh YAB Perdana Menteri manakala pelaksanaannya akan dipantau Jawatankuasa Exco yang dipengerusikan oleh Dr Subramaniam.
Inisiatif-inisiatif MIB yang diumumkan merangkumi; 
1. RM500 juta bagi skim dana saham di bawah Permodalan Nasional Berhad untuk golongan B40 India;
2. Pertolongan khas meningkatkan kemasukan pelajar India ke universiti, kolej dan politeknik kerajaan dengan kerajaan mensasarkan penglibatan sekurang-kurangnya 7%;
3. Kerjasama dengan Yayasan Pendidikan Indus melibatkan RM40 juta bagi tempoh 4 tahun bagi membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan bagi melanjutkan pendidikan tinggi;
4. Meningkat penyertaan kaum India dalam Perkhidmatan Awam pada semua peringkat gred menjelang 2026, sekurang-kurangnya 7%;
5. Sistem Kelulusan Khas oleh KDN bagi membantu kaum India yang lahir di Tanah Melayu sebelum 1957 mendapatkan taraf kewarganegaraan; dan
6. Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) akan dijadikan ‘touch point’ antara Kerajaan dan masyarakat India melalui 10 pusat perkhidmatan di kawasan yang mempunyai ramai kaum India.


Isnin, 20 Mac 2017

Selepas Aramco, syarikat Emas terbesar di DUBAI pula menjalinkan kerjasama dengan Malaysia! #Negaraku

0


Baru-baru ini, PM Najib mendedahkan bahawa Saudi ARAMCO hampir sahaja menarik semula keputusan mereka untuk membuat pelaburan di Malaysia, gara-gara fitnah dan dakyah penyokong pembangkang yang mengatakan negara ini bakal bangkrap. Jelas sekali pihak yang 'menguasai' ekonomi di negara ini telah mengambil kesempatan menyebarkan berita palsu ini ke seluruh rangkaian mereka di serata dunia bagi mensabotaj ekonomi negara, dengan harapan agar rakyat akan tertekan dan menjadi susah kerana tidak mempunyai wang dan pekerjaan, yang akhirnya akan menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui demonstrasi jalanan.




Selaras dengan usaha kerajaan ini jugalah, pihak DinarDirham telah mengambil inisiatif membangunkan perisian aplikasi atau apps khas yang mampu untuk menyokong sistem kewangan berasaskan kepada teknologi blockchain selain menyediakan penyelesaian kepada beberapa masalah yang melibatkan sistem kewangan konvensional. Dengan pelancaran aplikasi ini tanggal April 2017, adalah diharapkan sekurang-kurangnya keyakinan umum kepada sistem kewangan alternatif ini dapat dipertingkatkan dan mengatasi masalah skim penipuan seperti yang pernah didedahkan sebelum ini.



Usaha ini tidak terhenti setakat itu apabila DinarDirham telah turut diberikan kepercayaan penuh oleh syarikat penyedia emas terbesar di Dubai bagi menyediakan bentuk dokongan emas fizikal bagi setiap bitcoin yang diperdagangkan kelak. Bagi yang memahami syarat-syarat sah muamalat yang dianjurkan dalam Islam, perkara ini adalah sangat penting kerana setiap urusniaga adalah WAJIB diasaskan kepada barangan fizikal bagi mengelakkan unsur Gharar atau penipuan. Ini juga merupakan satu lagi usaha yang baik oleh pihak DinarDirham bagi memastikan para pelanggannya memperoleh hasil urusniaga yang sentiasa mematuhi syariah.

Oleh kerana itu, bagi mana-mana pihak yang masih skeptikal terhadap usaha DinarDirham dalam merombak sistem kewangan konvensional ini, adalah dijemput untuk sama-sama hadir ke program meja bulat pengurusan kekayaan Islamik dan isu-isu berkaitan Fintech pada 15 April 2017 ini di PWTC, Kuala Lumpur. Segala persoalan dan pertikaian yang terbuku di hati dapat diutarakan dalam program ini. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan marilah kita sebar berita baik tentang negara kita!

  

PRU14 : DIJANGKA TSUNAMI HJ HADI KE ATAS PAKATAN KATA PENGANALISIS DARI WASHINGTON

1
Ada seorang berkata dalam PRU14 kali ini akan berlaku 'tsunami Tun Dr. Mahathir'. Pada tahun 2008, berlaku tsunami Cina bilamana pengundi-pengundi Cina meninggalkan MCA dan Gerakan. Salahsatu kelemahan BN pada tahun 2008 ialah BN tewas melawan fitnah di alam siber.

Semasa PRU tahun 2013, Rafizi khususnya menjaja isu cincin DS Rosmah. Kemudiannya, pada tahun 2015 Rafizi mengaku dia hanya main-main sahaja menuduh Rosmah. Sebagai orang Islam, Rafizi sepatutnya memohon maaf kepada Rosmah kerana fitnahnya itu turut melibatkan ramai orang tidak berdosa mempercayainya bulat-bulat. Sampai ke hari ini Rafizi belum memohon maaf.

Saya tidaklah hairan kerana seorang AMT PKR memberitahu saya, sememangnya Rafizi ditugaskan untuk menyerang dan spin apa sahaja usahabaik DS Najib dan kerajaan. Walaupun mereka kadang-kadang tension kerana Rafizi over attack dan memberi kesan buruk kepada parti. 

Beberapa rakyat Malaysia di sini berkata rakyat sudah mula mempersoal keikhlasan dengan spin Rafizi yang sukar untuk ditelan bulat-bulat. Kepada mereka, kesilapan Rafizi ialah mengandaikan rakyat Malaysia tidak berfikir.

Kerajaan Trump
Di Amerika Syarikat, saya bertemu beberapa orang Muslim dan bertanya perasaan mereka mengenai Presiden Trump. Ada yang berkata gila dengan dasar-dasar terbaharunya. Ada yang berkata dia menyusahkan kerana banyak welfare seperti dasar-dasar ObamaCare yang baik dikurangkan atau dihapuskan menyebabkan mereka terpaksa membayar lebih untuk insuran. Namun, mereka juga berkata dasar Trump memberi fokus kepada American baik untuk pertumbuhan ekonomi mereka.

Namun begitu, daripada pemerhatian saya sejak 2015, umat Islam di Amerika Syarikat hidup dengan aman. Isunya hanya mainan media yang mencipta pelbagai isu tipu seperti Islam Fobia, Islam terrorist dan sebagainya.

Seorang Muslim Indonesia yang sudah bermastautin di sini berkata, "kami membuka kelas agama Islam setiap minggu, bos saya seorang Jew tetapi apabila masuk waktu solat saya menutup pintu dan mereka faham saya sedang bersolat, apabila hari Jumaat saya memberitahu bos saya akan ambil masa panjang berehat kerana orang Islam solat Jumaat agak lama". Mereka faham apabila diterangkan keindahan Islam. Terdapat lebih 1.5 Billion umat Islam di dunia, katakanlah 100,000 (0.0001%) daripada mereka terlibat dalam kes jenayah, adakah boleh dimomokkan Islam itu terrorist? Bagaimana dengan 90% lebih umat Islam yang baik?

Saya bertemu beberapa pemandu teksi, seorang Melayu dan seorang Bangladesh. Pemandu teksi Bangladesh ini dahulunya seorang guru, tetapi terpaksa berhijrah ke Amerika Syarikat. Katanya setiap bulan dia boleh mendapat USD5,000 sebulan. Pemandu teksi Melayu tadi pula mantan kakitangan kerajaan katanya mendapat kira-kira USD4,500 sebulan. Mereka juga menghadapi saingan daripada Uber Cab. Malah khabar terbaharu bertiup kencang di New York, syarikat Yellow Cab hampir bankrap. Saya melihat isu teksi dan uber cab di Malaysia dan Amerika Syarikat adalah sama.

Semalam seorang Cina Kuala Lumpur menulis surat bertulis tangan mengucapkan terima kasih kepada DS Najib kerana memberikan mereka rumah moden baharu di Razak Mansion. Dahulu ianya rumah pangsa sahaja juga diusahakan oleh allahyarhan Tun Abdul Razak. Sebelum itu, perumahan moden Kerinchi berjaya diserahkan kepada penduduk, malangnya segelintir penduduk tidak dapat kerana terpengaruh dengan hasutan pembangkang untuk menolak projek itu tempohari.

Mantan-mantan Presiden USA, Obama, Clinton, Bush, Jimmy Carter, Reagan, mereka dan anak-anak mereka tidak pernah lagi mengganggu,  apatah lagi memburukkan kerajaan yang sedang memerintah. Di Amerika Syarikat, selepas pilihanraya, apa jua isu yang dicipta oleh musuh-musuh politik, ianya tidak digunakan untuk menggangu kerajaan yang sedang memerintah.

Pilihanraya yang sudah berlalu biarkan ia berlabuh dengan aman dan berikan kerajaan peluang melaksanakan dasar-dasar mereka. Tugggu lagi 4 tahun akan datang. Jika kerajaan gagal mengotakan janji mereka, rakyat Amerika sendiri akan mengubah semula kerajaan mereka. Sebab itulah Republikan dan Demokrat silih berganti memerintah Amerika Syarkat dengan aman.

Tsunami Hj Hadi
Di Malaysia, parti pembangkang tidak sematang itu, kerja menggangggu kerajaan dilakukan dari hari pertama keputusan PRU diumumkan, ianya berterusan sehingga pilihanraya seterusnya. Hj Hadi mengubahnya dengan 'politik matang' namun hanya DS Najib menyambut baik politik matang PAS. Sangat jelas Najib-Hj Hadi adalah pasangan politik yang paling serasi sekarang.

Apabila pelabur China melabur mereka kata Malaysia jual negara, walhal sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi pelabur China melabur di Malaysia. Semalam saya berjala-jalan di China Town Washington dan tulisan China melambak di kedai-kedai China Town Washington. Sama juga suasananya semasa saya melawat China Town di Boston, New York dan Pennyslavania. Adakah itu boleh ditafsir Amerika telah menjual Washington, Boston atau New York kepada China?

Apabila Aramco dari Arab Saudi melabur di Malaysia, ada pihak yang memberi gambaran buruk mengenai Malaysia dengan harapan Aramco akan membatalkan pelaburan mereka. Kenapa hendak hairan, pelaburan Aramco di Amerika Syarikat ini boleh dilihat di mana-mana. Baru-baru ini sahaja di China, negara Arab Saudi melabur sebanyak US$65 Billion. Adakah negara China menjual negaranya kepada Arab Saudi?

Sebab itulah saya tidak hairan jika DS Hj. Hadi dan PAS akan bersama-sama dengan UMNO dalam PRU14 nanti. MCA dan Gerakan tidak perlu takut dan terikut-ikut dengan hasutan DAP, kerana PAS bukan tidak pernah bersama UMNO (1974-1978).

Saya melihat tsunami Hj Hadi akan beri kesan besar dalam PRU14 nanti. Sebab itulah Hj Hadi dan PAS akan bersama kerajaan, bukan kepada DAP, PKR juga Amanah.

Beberapa rakyat Malaysia di Amerika Syarikat yang saya temui meramal Hj. Hadi bagus jika dapat menganggotai kabinet baharu Malaysia bersama-sama dengan kerajaan sedia ada. Mereka bersetuju dan berharap. Anda bagaimana ? Saya ramal akan berlaku tsunami Hj Hadi ke atas pakatan.