Selasa, 28 Februari 2017

DYANA LIM KIT SIANG MEROKOK ?

2

 


dyana
 
dyana1

dyana2


AIDCNews – 25/02/17 –Satu gambar yang mirip aktivis DAP, Dyana Sofya Mohd Daud sedang merokok mula tersebar di media sosial hari ini.

“Amaran Kementerian Kesihatan .. Merokok Punca Utama Menyebabkan Penyakit Barah Paru-Paru,” tulis Hanisya Abdul Hamid yang melampirkan tiga foto tanpa menamakan wanita yang sedang merokok itu.

MAHFUZ OMAR DIPECAT, HILANG TITLE YB

5

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar diminta agar meletak jawatan dan menyertai parti lain daripada terus menjadi ‘duri dalam daging’ dan mempergunakan jawatannya untuk mengkritik PAS.

Gesaan itu dilontarkan Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salam sambil menambah, Mahfuz tidak perlu terikat dengan sumpah bai’ah parti kerana beliau telah banyak melakukan tindakan yang menunjukkan beliau bukan lagi anggota PAS.
“Menurut Fasal 11 (4) perlembagaan PAS, mana-mana ahli mestilah patuh pada perlembagaan parti dari semasa ke semasa. Justeru mana-mana ahli yang tidak patuh dengan keputusan parti, dia bukanlah ahli PAS walaupun dia mendakwa dirinya sebagai ahli,” katanya dalam sidang media semalam.
Mahfuz yang merupakan YDP PAS Pokok Sena sebelum ini mengisytiharkan dirinya bercuti selama sembilan bulan bermula 1 Februari hingga 30 Oktober 2016, bagaimanapun beliau dilapor tidak menyambung tugasnya sebagai YDP selepas tempoh tersebut.
Setelah bermesyuarat, Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan kemudiannya mengeluarkan surat pemberhentian sebagai YDP dan AJK PAS Pokok Sena kepada Mahfuz pada November 2016, sebelum Wan Romani dilantik memangku jawatan itu sehingga kini.
Wan Romani berkata Mahfuz dilihat agak melampau apabila sering menggunakan kedudukannya sebagai anggota Parlimen untuk mengkritik pemimpin dan dasar parti, kononnya mendapat mandat dan mewakili golongan bawahan.
“Dia cakap janganlah retorik, sebenarnya dia bertopeng saja, walau dia anggota pimpinan dan bekas pimpinan parti, syarat ahli mesti mematuhi perlembagaan PAS dan mestilah mengikut arahan parti dari semasa ke semasa.
“Sebagai anggota parlimen yang menang kerana kerja keras peringkat kawasan dan cawangan, dia sepatutnya patuh pada keputusan parti. Sepatutnya pemimpin yang tiada integriti tidak layak duduk dalam PAS,” katanya.
Mahfuz sebelum ini dilihat secara terbuka mengkritik dasar parti dan pemimpin PAS.
Malah bekas naib presiden PAS itu juga sering dilihat berada sepentas dengan parti pembangkang yang tidak ‘selari’ dengan PAS seperti Amanah – AP



Isnin, 27 Februari 2017

RAFIZI TIDAK PERCAYA GAMBAR INI ..

2


Semalam rakan-rakan di meja kopi berkata, Rafizi tak akan percaya gambar itu. Rafizi akan minta team invoke nya katakan gambar itu palsu dan doctored. Rafizi sudah ada fahaman yang tidak boleh diubah, apa sahaja Kerajaan buat yang baik mesti cakap tak baik, mesti cakap tak betul, kalau buat salah buat bodoh sahaja, jangan minta maaf. 

Itulah Rafizi hasil MCKK. 

Dengan Rosmah pun Rafizi malu nak minta maaf, Rafizi hanya kata, "saya main-main ajer tuduh Rosmah" ketika ditanya bab cincin tempohari.

VIDEO SEMALAM PKR HINA TUN DR MAHATHIR FIRAUN, RAFIZI BUAT BODOH SAHAJA

1

Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam tanpa dijemput hadir secara mengejut di program yang dianjurkan oleh aktivis Reformasi pasca era 1998 yang diadakan di IDDC, Shah Alam.

Semasa Tun Dr. Mahathir mula memasuki dewan, para hadirin telah mencemuh dan mengkeji beliau dengan pelbagai tohmahan seperti Firaun, Zalim, serta melaungkan slogan lain seperti Reformasi dan BebasAnwar.


Sangat kasihan, seorang yang dahulunya sangat berkuasa kini terpaksa merayu sokongan dari mereka-mereka yang menghina beliau. Mukhriz pula hilang entah kemana tidak ada untuk menjaga ayah yang sudah hampir 92 tahun.

Video Mahathir dihina :  https://youtu.be/jIem-jFgtVo


Ahad, 26 Februari 2017

JAKIM SAHKAN NURUL HAQ BUKAN PEGAWAI JAKIM

1


TIBA tiba sahaja Free Malaysia Today menerbitkan artikel 'Usul Hadi Langgar Syariah, Kata Bekas “Pakar JAKIM” bertarikh 25 Februari  2017 yang memuatkan pandangan seorang yang bernama Nurul Haq Shahrir yang dijenamakan sebagai seorang 'pakar'.

Sepantas kilat hari yang sama juga tulisan itu dimuatkan dalam Blog Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.  Malah sempat artikel yang panjang lebar  itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris dalam masa sehari sahaja. Begitu bersungguhnya!

Pakar berkenaan dikatakan salah seorang ahli panel 'transformasi undang undang Islam' di bawah Majlis  Dakwah Negara.

Majlis Dakwah Negara ini salah satu organisasi di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,  YADIM.

Saya telah cuba mencari apa apa maklumat di alam maya jika pernah memuatkan apa apa tentang individu yang bernama Nurul Haq Shahrir yg mendapat perhatian  istimewa dari Lim Kit Siang ini. Malangnya tiada.

Tinjauan ke laman Majlis Dakwah Negara juga tidak menemui namanya. Maka tidaklah boleh kita menganggap pandangannya mewakili Majlis Dakwah Negara. Malah beliau disebut 'Bekas Pakar JAKIM' menunjukkan beliau bukan lagi seorang kakitangan dari JAKIM.

Malah pandangannya bahawa RUU 355 melanggar syariah adalah sangat pelik, ganjil dan bercanggah  dengan pendirian JAKIM,  YADIM malah Majlis Dakwah Negara sendiri.

YADIM melalui artikel di laman rasminya bertajuk antara lain "Pindaan Akta 355 tak rampas hak penganut agama lain”, "Pindaan Akta 355: Usaha Mengangkat Martabat Mahkamah Syariah" dan "Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pandangan" adalah jelas menegaskan pendirian YADIM yang merupakan induk kepada Majlis Dakwah Negara berhubung soal Pindaan Akta 355.

Dalam satu artikel di laman Islam dan Melayu bertajuk "Majlis Dakwah Negara Syor Kerajaan Laksana Undang Undang Jenayah Islam" memuatkan  pandangan Pengerusi  Majlis Dakwah  Negara  sendiri, Prof.  Emeritius Dato' Dr.  Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Laman Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  menyiarkan penjelasan pelbagai persoalan  tentang RUU 355, yang memuatkan soal jawab oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam usaha memberi faham kepada rakyat  mengapa RUU355 perlu disokong.

JAKIM sendiri terlibat aktif dalam siri penerangan berhubung Pindaan Akta 355.

Hampir kesemua mufti negeri negeri dan wilayah di Malaysia kecuali Mufti Perlis menyatakan sokongan kepada Pindaan Akta 355.

Hampir kesemua NGO berkait profesion kehakiman syariah, pegawai mahkamah,  para peguam muslim,  peguan syarie mendokong pindaan Akta 355.

Tiba tiba nama yang tidak dikenali yang membawa pandangan ganjil yg bermaksud "Pindaan Akta 355 Langgar  Syariah" yang dilonjakkan dan diberi publisiti oleh Free Malaysia Today dan sepantas kilat diterjemahkan ke bahasa Inggeris pada hari yang sama dimuat naik ke blog Lim Kit Siang,  Pengerusi DAP, ketika umat Islam semakin mengenali sikap DAP yang anti kepada usaha memperjuangkan Islam.

Siapa yang songsang sebenarnya sekarang? (Harakah)


JAKIM MENGESAHKAN NURUL HAQ BUKA PEGAWAI JAKIM.

bersambung esok

Sabtu, 25 Februari 2017

THE STAR TUDUH SAYA KATA AHLI PARLIMEN PAS, SAMAN ?

1

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairudin Aman Razali At-Takiri menafikan laporan akhbar The Star yang menyebut kononnya beliau ada menyatakan secara angkuh bahawa beliau boleh membeli apa sahaja termasuk lori dan kapal terbang

Sedangkan kata beliau, ayat asal yang disampaikan kepada wartawan The Star itu hanyalah menyatakan secara umum sahaja.

Kata beliau lagi, pihaknya ada menghubungi wartawan The Star agar membetulkan semula berita yang disiarkan pagi tadi memandangkan masih ada kenyataan yang disalahtafsir oleh pihak berkenaan.

Beliau mengesahkan hanya membuat kenyataan umum tentang hak pemilikan kenderaan dan tidak merujuk kepada dirinya sendiri.

Beliau berkata: "Setiap orang sama ada kaya atau miskin mempunyai hak memiliki apa sahaja kenderaan yang dia mahu dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing sama ada basikal, motosikal, kereta, lori atau kapal terbang.

"Saya tidak membuat kenyataan lain daripada itu. Mana-mana media yang melaporkan sebaliknya boleh diambil tindakan undang-undang," katanya kepada Harakah hari ini menolak laporan tersebut yang baginya hanya mengundang fitnah kepada beliau.

Beliau menegaskan kenyataan itu tidak merujuk kepada dirinya sendiri.

"Itulah adalah kenyataan umum menjelaskan prinsip Islam dalam pemilikan harta. Saya tidak bercakap tentang diri saya."tegasnya.

Beliau menekankan bahawa "setiap orang boleh membeli basikal atau kereta kancil untuk kegunaan dirinya menurut kemampuan masing-masing".

Tambah beliau, hanya golongan sosialis yang mempertikaikan pemilikan harta manusia dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor, Ustaz Muhammad Najhan Abd Halim pula berkata, dalam Islam, seorang pemimpin boleh memiliki kenderaan yang baik jika dia mampu apatah lagi jika ia datang dari hasil perniagaan sendiri setelah mana dia menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin kepada rakyatnya dari sudut bantuan dan sebagainya.

Apatah lagi tambahnya jika kenderaan yang baik digunakan ke sana sini bersama keluarga dan anak-anak kecil yang ramai berulang alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu dan pelbagai lokasi ceramah menjangkau ribuan kilometer sebulan.

"Memiliki kenderaan yang baik adalah sunat dalam Islam sebagaimana sabit dalam hadis," ujar beliau lagi.

Isu ini menjadi panas apabila The Star membuat laporan salah mengaitkan Khairuddin sebagai berkata "saya mempunyai hak untuk membeli kereta mewah". Laporan salah itu mengundang persepsi pelbagai oleh khalayak. The Star hari ini telah membetulkan semula kenyataan salah itu. – HARAKAHDAILY 24/2/2017

Jumaat, 24 Februari 2017

ISU SMEU/YAWAS: EXCO PAS GANTI AZMIN, TUNGGU PERKENAN SULTAN

0

azmin

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tidak boleh sekadar berdiam diri dan memeluk tubuh sahaja atas dakwaan salah guna kuasa membabitkan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE), ini kerana dakwaan tersebut melibatkan jumlah dana yang besar dan wang rakyat.
Azmin perlu menjawab tiga soalan utama berkaitan dana SMUE dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor kerana rakyat perlu tahu kebenarannya. Dokumen yang didedahkan mengundang kepada tiga persoalan yang perlu dijawab oleh Azmin iaitu menjelaskan benar atau tidak RM10 juta diseleweng dari dana warga emas, SMUE dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dimasukkan ke dalam akaun sembilan orang ahli parlimen pembangkang.
Azmin juga perlu menjawab dan menerangkan dari mana sumber RM10 juta ini diperolehi dan ketiga, ke mana perginya wang RM10 juta yang dimasuk dalam akaun sembilan orang ahli parlimen itu digunakan. Apakah benar diguna untuk tujuan kebajikan warga emas dan khairat kematian negeri Selangor atau sebaliknya?.
Lebih dari itu, laporan ketua audit negara pada 2011 merumuskan program di bawah Yawas ini meragukan dan tiada dokumen lengkap berkaitan perkara ini. Ini bermakna, biarpun ditegur oleh laporan audit negara, YAWAS terus beroperasi tanpa SOP dan dokumen yang lengkap sehingga ke tahun ini.
Ini adalah satu perkara serius dan perlukan penjelasan yang lanjut daripada kerajaan pimpinan Menteri Besar Selangor Azmin Ali di Selangor kerana rakyat negeri itu sedang terpedaya dengan mimpi indah SMUE dan YAWAS – DP

Khamis, 23 Februari 2017

Anak muda Melayu yang bakal menyaingi Paypal!

0

Satu ketika dahulu, siapa sangka yang kita boleh membeli-belah, menghantar dan menerima wang secara online ke seluruh dunia tanpa perlu ke bank? Paypal telah diwujudkan bagi merealisasikan idea kemudahan ini dan kini Paypal telah mencipta kejayaan sebagai medium pengurusan perniagaan online yang paling dipercayai di seluruh dunia. Boleh baca lanjut mengenai kejayaan Paypal di sini --> https://successstory.com/companies/paypal 

Tahukah anda juga bahawa kini kita ada seorang anak muda yang sedang mengorak langkah yang sama mencipta inovasi pengurusan kewangan dan pelaburan online? Ya, memang sukar untuk kita semua menerima perubahan dari kaedah konvensional tunai yang kita amalkan selama ini, namun tidakkah ceritanya sama juga seperti Paypal?

Paypal memperkenalkan kaedah melangkaui batasan bayaran dan caj bank untuk menghantar dan menerima bayaran dari seluruh dunia secara selamat. Begitu juga dengan kaedah yang diperkenalkan oleh anak muda yang dikenali sebagai Azrai Ezzra ini, cuma bezanya, kredit online yang digelar sebagai bitcoin ini boleh diperdagangkan untuk memperoleh keuntungan!


Jika Paypal hanya memautkan kad kredit atau debit bagi tujuan perbelanjaan dan penerimaan wang secara online, tetapi melalui bitcoin, jumlah wang yang diperuntukkan dalam bitcoin tadi boleh diperdagangkan mengikut nilai emas semasa dan memperoleh keuntungan. Pendek kata, jika tukarkan RM100 kepada 100 bitcoin, jika harga emas naik, maka 100 bitcoin tadi boleh meningkat lebih dari nilai asal. 

Apa yang lebih menariknya, hasil kenaikan nilai bitcoin tadi boleh ditukar semula kepada tunai atau digunakan untuk pembelian barangan. Kaedahnya sama juga seperti Paypal, di mana Paypal kredit tadi bergantung kepada nilai semasa tukaran wang asing.

Namun, untuk memperkenalkan sesuatu yang baharu ini satu bukan perkara yang mudah. Baru sahaja langkah awal, usaha anak muda ini telah dihujani dengan pelbagai tuduhan penipuan dan sebagainya. Oleh kerana salah faham, syarikat yang diusahakan beliau juga telah disamakan dengan satu lagi syarikat yang melakukan penipuan:


"We investigated further and found that Dinar Dirham Global is illegally using DinarDirham brand for their personal profit. We would like to clarify that DinarDirham does not have any relation with Dinar Dirham Global. Although we have registered DinarDirham’s name and logo as our trademark at the Intellectual Property Corporation of Malaysia (myIPO), we are not capable to completely supervise their unauthorised use by irresponsible parties. But once discovered, a serious legal action will be taken towards them.

We would like to inform that we did not receive any official information or inquiry from Bank Negara Malaysia (BNM).

We would like to emphasize that DinarDirham is registered in Hong Kong under its operational company, Gold Prime Technology Limited (Company Registration Number: 2325446). It has been our top concern to be regularized when entering market in any country, including Malaysia. We have appointed a legal representative in Malaysia to operate the trading process of certain DinarDirham’s products. It is Koperasi DinarDirham Berhad (KODINAR), registered under Malaysia Co-operative Societies Commission (SKM). KODINAR firmly complies every regulations and guidelines govern by SKM.

We are aware of parties who spread incorrect claims and assumptions regarding DinarDirham. There is no doubt that the technologies we are carrying; blockchain and cryptocurrency, have just emerged and only a few is able to grasp the concept on how they work. We will be glad to educate and present them to those who are still clueless about DinarDirham and our technology. We wish to collaborate with any organisation in order to achieve this mission. Besides that, we warmly welcome everyone to our gallery located at KODINAR’s building to get an insight on DinarDirham rather than spreading inaccurate information about us. On the other hand, we advise consumers to beware of individuals or entities using our brand for their personal benefits. Please do not hesitate to contact us should you suspect any individual, company or website abusing DinarDirham’s name and logo. For future updates on our products, please visit DinarDirham’s official website, www.dinardirham.com or KODINAR’s official website, www.coopdinardirham.com. For the latest updates on our activity, please like and follow our Facebook Page:www.facebook.com/DinarDirhamCom ."

Namun bukanlah tujuan kami untuk mengajak para pembaca untuk menyertai pelaburan bitcoin DinarDirham yang diusahakan oleh saudara Azrai ini, tetapi hanya untuk menjelaskan potensi pada masa hadapan di mana transaksi tunai hanya akan menjadi satu lagi catatan dalam lipatan sejarah manusia. Terpulanglah sama ada kita mahu lagi bertahan dengan cara lama hanya kerana kita sukar mempercayai benda baharu dan akhirnya ketinggalan. Atau kita boleh lebih proaktif melengkapkan diri kita dengan segala maklumat yang perlu bagi menghadapi ekonomi baru yang berasaskan elektronik ini.

Ketika microsoft, facebook dan ebay diperkenalkan dahulu pun ramai yang sukar nak terima dan percaya, bukan?

Selasa, 21 Februari 2017

RAKAM VIDEO ORANG KELANTAN TUMBUK HUSAM DAN HUSAM LARI ?

3

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ‘dilarikan’ daripada berada di pentas utama dalam ceramah PAS dibimbangi akan ditumbuk oleh penyokong PAS yang sedang marah dengan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh bekas pemimpin kanan PAS Kelantan dan pusat itu.

“Kekecohan bermula apabila seorang penyokong tidak dapat menahan kemarahan dan tampil ke hadapan pentas mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu (Husam) berdebat di hadapan mereka.
“Ketika itu, Ketua Penerangan PAS negeri, Datuk Nassuruddin Daud, sedang memberi ucapan berhubung tindakan Husam yang mengkhianati bai’ah apabila menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
“Tindakan lelaki itu menyebabkan beberapa penyokong lain mula mara ke pentas untuk bersemuka dengan bekas Naib Presiden PAS itu, namun dihalang anggota unit amal PAS dan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua penyokong.
“Akibat kekecohan itu, Husam dibawa keluar bagi meredakan kemarahan penyokong. Keadaan kembali tenang apabila Husam meninggalkan majlis berkenaan,” lapor Berita Harian yang menceritakan insiden kekecohan yang berlaku dalam Ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan bertajuk “Husam lari dari debat bai’ah” malam ini di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Dalam rakaman yang tersebar di media sosial menunjukan insiden kekecohan berlaku sebaik sahaja Nassuruddin membaca surat jemputan debat daripada Husam yang meletakkan syarat mesti berjumpa dengan Syeikh Dr Yusof Qardawi terlebih dahulu bersetuju untuk mengadakan debat.
Husam dan penyokongnya tiba sebagai tetamu yang tidak diundang di ceramah berkenaan pada jam 11 malam ketika Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, sedang menyampaikan ucapan, dan duduk bersama pemimpin PAS di pentas utama.
“Saya tiba lebih kurang jam 11 malam.
“Nazman selaku pengerusi majlis. Saya beritahu beliau, saya mesti diberi masa untuk berucap, kerana nama saya telah ‘dijual’.
“Nazman memberitahu, Dato Nasaruddin tidak benarkan!,”kata Husam dalam Facebooknya.
pas
pas1

Ahad, 19 Februari 2017

Sampai bila orang Melayu perlu berhasad dengki sesama sendiri? #AE

0
Gambar hiasan

Watak Melayu menolak permusuhan 
Setia dan sabar tiada sempadan 
Tapi jika marah tak nampak telinga 
Musuh dicari ke lubang cacing 
Tak dapat tanduk telinga dijinjing 
Maruah dan agama dihina jangan 
Hebat amuknya tak kenal lawan

- Petikan puisi 'Melayu' oleh Usman Awang


Inilah antara sifat orang Melayu yang tidak berapa 'cantik' untuk didedahkan tetapi merupakan hakikat yang tidak dapat dielakkan. Bukan hendak memburukkan bangsa sendiri, bangsa lain pun kuat juga berseteru. Tetapi  bak kata Tongkat Warrant sendiri, kalau sudah berdendam, apa juga cara akan digunakan untuk menghancurkan lawan. Sebab itu jugalah ramai orang Melayu yang tidak dapat maju dengan baik sekiranya wujud persaingan sesama mereka sendiri.

Ambil sahaja contoh politik. Baik di pejabat mahu pun dalam berparti, musuhnya akan ditentang habis-habisan walaupun perkara tersebut akan mengakibatkan perpecahan sesama saudara seagama. Baik cara halus, mahu pun dengan kasar, sungguh sukar sekali orang Melayu mengelakkan sikap dengki sesama sendiri jika berebutkan satu perkara yang sama.

Oleh kerana itu kita perlu mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam semua aspek kehidupan, terutamanya dalam perniagaan. Dengan mengusahakan penawaran produk yang unik, persaingan sesama sendiri dapat dielakkan, malah peluang untuk mendapat kelompok pelanggan yang baharu juga semakin meningkat. 

Sekurang-kurangnya kita tidak dianggap sebagai pencabar baru yang cuba mengancam pemain industri sedia ada, yang akhirnya boleh membawa kepada permusuhan dan kehancuran sesama sendiri. Namun begitu, walaupun ada usahawan muda Melayu seperti Azrai Ezzra yang cuba untuk keluar dari kepompong konvensional dalam perniagaan tanpa menjadi ancaman kepada sesiapa, ia ternyata tidak meredakan sifat hasad orang Melayu itu yang masih menebal seperti yang didedahkan oleh saudara Yuseri Yusoff --> http://yuseriyusoff.blogspot.my/2017/02/tuduhan-koperasi-dinar-dirham-berhad.html


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu 
Masihkan tunduk tersipu-sipu? 
Jangan takut melanggar pantang 
Jika pantang menghalang kemajuan; 
Jangan segan menentang larangan 
Jika yakin kepada kebenaran; 
Jangan malu mengucapkan keyakinan 
Jika percaya kepada keadilan. 
Jadilah bangsa yang bijaksana 
Memegang tali memegang timba 
Memiliki ekonomi mencipta budaya 
Menjadi tuan di negara Merdeka 

- Petikan Puisi 'Melayu' oleh Usman Awang

Jadi, di manakah titik hujung hasad dengki dan pergaduhan sesama sendiri ini dan membiarkan peluang untuk menguasai ekonomi itu diambil oleh orang lain? Mudahnya, kalau kita tidak yakin dengan apa yang seseorang itu tawarkan, kita ada pilihan untuk tidak membelinya bukan? Kalau kita tidak mampu menyokong, sekurang-kurangnya janganlah menyerang, lagi-lagi kepada sesama saudara seagama yang tidak berdosa kepada kita. Kalau ada rasa yang tidak kena pun, bukankah lebih baik jika laporkan sahaja kepada pihak berkuasa daripada terus memburukkan dan mengaibkan sesama muslim?

Sabtu, 18 Februari 2017

TUAN IBRAHIM: SAYA TIDAK PERNAH MEMBELAKANGKAN HAJI HADI, MEREKA FITNAH SAYA

1

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan wujudnya dua kumpulan yang bertentangan dalam PAS berikutan isu kerjasama dan rundingan dengan beberapa pihak sebelum ini.

"Tidak ada dua kumpulan. Ini persepsi yang sengaja dibuat oleh para wartawan," katanya ringkas menempelak beberapa soalan berbentuk provokasi oleh wartawan media arus perdana ketika sidang media di Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM) dekat sini hari ini.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa apa yang dibuat sebelum ini hanya pertemuan rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan keputusan mengenai rundingan diserahkan kepada PAS Pusat.

Beliau juga sebelum ini turut menegaskan PAS mengambil keputusan untuk tiada hubungan dengan mana-mana parti yang ada hubungan dengan DAP dan PAN.

Pendirian itu selari dengan apa yang digariskan parti dan ketegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. – HARAKAHDAILY 

Jumaat, 17 Februari 2017

AZMIN ALI, ZURAIDA: KENAPA KAMU LUPA PENDERITAAN & PENGORBANAN ANWAR IBRAHIM ?

1
1. MENGAPA pemimpin-pemimpin PKR tidak lagi bercakap mengenai DS Anwar Ibrahim impian Perdana Menteri mereka? Tidak ada lagi keyakinan oleh pemimpin-pemimpin PKR untuk menjadikan Anwar sbg PM ! Seolah-olah mereka semua berpuashati Anwar kekal dalam penjara & mereka boleh berjoli di luar menikmati keringat dan airmata darah Anwar!

2. Pada minggu lepas, di perkarangan Penjara Sg Buloh hanya kita-kira 200 orang sahaja yang hadir memperingati, memperjuangkan dan memberi semangat kepada perjuangan membebaskan Anwar. Yang lain walaupun dekat duduk dalam Selangor tetapi tidak pun menghadirkan diri.

2. Sebaliknya, mereka membawa ke sana ke mari Tun Dr Mahathir yang memecat Anwar (1998). Seolah-olah Tun M lah ketua baharu mereka. Anwar sudah menjadi sekunder.

3. Saya telah melawat seorang MT PKR. Beliau sampaikan hasrat supaya Anwar dibebaskan dengar apa cara sekalipun kerana Anwar sudah tua dan sering sakit-sakit. Beliau mahu DS Najib membantu Anwar.

4. Saya tidak yakin Tun M bersetuju Anwar menjadi PM. Sejak sekian lama Tun M berusaha menjatuhkan DS Najib, tidak pernah Tun M menyebut bersetuju Anwar dilantik sebagai PM. Jawapan standard "belum sampai masa, tunggu dan lihat". Bermakna Anwar bukan dalam perancangan mereka. Pasti orang lain.

5. Jika begini keadaannya, saya melihat PKR dalam krisis identiti. Mereka sudah tidak fokus.

6. Jika begitu, saya percaya satu-satunya jalan terbaik kepada Anwar ialah kembali kepada BN. Wakil rakyat UMNO beritahu kepada saya panggillah semula Anwar ke dalam UMNO. Tun M sudah tiada di dalam BN. DS Najib bukanlah musuh Anwar, dan Anwar bukanlah musuh politik Najib jua.

7. Anwar hanya boleh menjadi PM melalui BN. Di Indonesia, Jusuf Kalla tidak akan berjaya menjadi Naib Presiden jika tidak bersama kem Jokowi tempohari.

8. Begitu juga Anwar, dengan keadaan huru-hara dalam DAP sekarang, dan perebutan dalam Parti Pribumi, Anwar tidak akan berjaya menjadi PM selagi masih bersama mereka.

9. Pada bacaan saya, tujuan penubuhan Pribumi adalah untuk merosakkan Pakatan pembangkang dan menghalang Anwar menjadi PM. Terbukti 4 YB DAP keluar parti dan ianya tidak berlaku semasa Tun M tiada dalam pakatan. Ini satu pukulan mati kepada DAP.

10. Dikhabarkan beberapa YB DAP lagi akan keluar parti selepas kemasukan Zaid, kerana mereka tahu Zaid adalah proksi Tun M untuk merosakkan DAP.

11. Pada hemat saya parti Pribumi hanya bersandiwara. Jika anda tidak percaya cuba tanya soalan simple, "Jika Pakatan menang ada kah Anwar akan menjadi PM?". Saya pasti jawapan standard akan diulang lagi, "Tunggu lah, kita tidak bincang siapa akan menjadi PM".

12. Walhal pada tahun 2008 hingga 2013 jawapan muktamad pakatan pembangkang ialah "Anwar adalah PM jika menang". Hari ini mereka pening, tidak fokus, berpecah-belah dan hilang arah tuju.


13. Hanya Dr. Badrul Amin dan Ustaz Dr. Mohd. Nur Manutty kelihatan teguh pendirian dan fokus memperjuangkan pembebasan, keadilan dan meyakini Anwar Ibrahim? Yang lain kelihatan hanyut dengan seni politik Tun Dr. Mahathir.

Khamis, 16 Februari 2017

SHAFIE, BETULKAH INI ? AMBALINAK KATAHANAN INI

0

Ada urang kirim bah itu gambal, na katahanan aku melihatnya. Butulkah itu Shafie ? Waina ndak bulih tidur bah ku melihatnya.

Translate: Ada orang kirim gambar itu, saya tidak tahan melihatnya. Adakah itu benar Shafie? Aduh saya tidak boleh tidur melihat gambar itu.


Ahad, 12 Februari 2017

TERKINI: AZMIN ALI RAMAL ANUAR MUSA MENANG PRESIDEN FAM

2


wakilrakyat_dap_keluar.jpg
Selepas ramalan Azmin Ali semalam kononnya Menteri Kanan meletak jawatan, Seluruh rakyat Malaysia termasuk Anwar Ibrahim di Penjara Sg Buloh terkejut apabila 4 wakil rakyat DAP di Melaka, termasuk Ahli Parlimen tunggalnya di negeri itu, keluar parti kerana semakin kecewa dengan pimpinan Lim Guan Eng.
 
Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, Lim Jack Wong (Bachang) and Chin Choong Seong (Kesidang) mengambil tindakan mengejutkan itu ekoran perbalahan dalaman yang berlarutan.
 
Pada sidang akhbar sebentar tadi, Tong Him berkata beliau bersama rakan-rakannya kecewa kerana perjuangan DAP semakin tersasar daripada landasan asal.
 
"Selepas berfikir mendalam, saya dengan rasa kesal menyatakan saya sudah hilang keyakinan dan amat dukacita dengan kepimpinan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng dan pimpinan pusat beliau dalam menangani isu-isu dalaman dan luar DAP.
 
“Saya juga tidak boleh menerima dan menyokong dengan  penjajaran semula perjuangan politik yang diambil oleh DAP baru-baru ini,” kata Tong Him kepada wartawan.
 
Selepas lebih tiga dekad menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai diktator dan zalim, Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang menjalin kerjasama politik dengan mantan Perdana Menteri itu yang memimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Malah Kit Siang dilihat mempertahankan rekod buruk Mahathir, khususnya berhubung dengan isu forex Bank Negara Malaysia dan skandal kewangan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
 
Menurut Mahathir,  PPBM, DAP bersama PKR dan Amanah akan menggunakan logo sama dan meletakkan calon yang dipersetujui  untuk menyaingi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
 
Menurut Tong Him, mereka kini akan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas dan tidak berhasrat menyertai parti lain.
 
Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan bertanding sebagai calon bebas pada PRU14.
 
Jawatankuasa Disiplin DAP menggantung keahlian Tong Him dan Leong San selama setahun sejak 7 Februari tahun lalu kerana didakwa merosakkan reputasi parti.
 
Perkembangan terbaru itu menyaksikan DAP kini hanya menyandang tiga kerusi ADUN iaitu Kota Laksamana, Bandar Hilir and Ayer Keroh.
 
Tindakan keluar parti oleh Tong Him juga bererti DAP tidak lagi mempunyai sebarang Ahli Parlimen di Melaka.

KHABARNYA Azmin Ali akan membuat tweet baru bertajuk "Anuar Musa Akan Menang Presiden FAM". Kita tunggu dan lihat.

Malaysia sebagai kuasa ekonomi dunia menjelang 2030? #AE

0
PricewaterhouseCoopers, one of the world's largest professional-services firms, just released its predictions for the most powerful economies in the world by 2030.
The report, titled "The long view: how will the global economic order change by 2050?" ranked 32 countries by their projected global gross domestic product by purchasing power parity.
PPP is used by macroeconomists to determine the economic productivity and standards of living among countries across a certain time period.
While PwC's findings show some of the same countries right near the top of the list in 13 years, they also have numerous economies slipping or rising massively by 2030.
Check out which countries made the list. All numbers cited in the slides are in US dollars and at constant values (for reference, the US's current PPP is $18.562 trillion):
32. Netherlands — $1.08 trillion 
31. Colombia — $1.111 trillion 
30. South Africa — $1.148 trillion 
29. Vietnam — $1.303 trillion 
28. Bangladesh — $1.324 trillion 
27. Argentina — $1.342 trillion 
26. Poland — $1.505 trillion 
25. Malaysia — $1.506 trillion 
24. Philippines — $1.615 trillion 
23. Australia — $1.663 trillion 
22. Thailand — $1.732 trillion 
21. Nigeria — $1.794 trillion 
20. Pakistan — $1.868 trillion 
19. Egypt — $2.049 trillion 
18. Canada — $2.141 trillion 
17. Spain — $2.159 trillion 
16. Iran — $2.354 trillion 
15. Italy — $2.541 trillion 
14. South Korea — $2.651 trillion 
13. Saudi Arabia — $2.755 trillion 
12. Turkey — $2.996 trillion 
11. France — $3.377 trillion 
10. United Kingdom — $3.638 trillion 
9. Mexico — $3.661 trillion 
8. Brazil — $4.439 trillion 
7. Germany — $4.707 trillion 
6. Russia — $4.736 trillion 
5. Indonesia — $5.424 trillion 
4. Japan — $5.606 trillion 
3. India — $19.511 trillion 
2. United States — $23.475 trillion 
1. China — $38.008 trillion 
Kedudukan Malaysia mungkin bukan dalam 10 yang paling berkuasa, tetapi jelas sekali Malaysia berjaya mengatasi Singapura sebagai 30 negara yang bakal menguasai ekonomi dunia menjelang 2030. Ini secara jelas menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ekonomi Malaysia semakin merosot di bawah pentadbiran PM Najib Razak. Sebagai seorang graduan ekonomi, jelas sekali beliau berjaya meletakkan negara dalam arah yang betul dalam mencapai misi negara maju dan berpendapatan tinggi, selaras dengan  aspirasi Transformasi Nasional 2050 atau TN50.

Namun begitu, adakah kita sebagai rakyat telah turut mempersiapkan diri untuk menghadapi perubahan yang mendadak ini? Atau kita masih lagi di takuk lama mengharapkan pembelaan pihak Kerajaan akibat tempias langsung perkembangan ekonomi kapitalis ini? Satu perkara yang perlu diingat, untuk mencapai sesuatu, sesuatu yang lain perlu dikorbankan, dan dalam aspek mencapai negara maju ini, keselesaan kerana dibela oleh Kerajaan setiap masa perlu dikorbankan jika kita berkehendakkan negara berdiri sama tinggi dengan ekonomi maju seluruh dunia. 
Hakikatnya, tiada negara maju di dunia ini yang menawarkan kos hidup yang rendah seperti di Malaysia ketika ini. Malah, kos hidup di Malaysia ketika ini masih lagi jauh lebih baik berbanding kos hidup di sesetengah negara dunia ketiga.
Tiada lagi subsidi, tiada lagi bantuan dari pihak Kerajaan. Setiap rakyat seharusnya sudah mampu untuk berdikari dalam asas ekonomi sendiri yang kukuh yang dibina atas kreativiti dan inovasi sendiri. Mentaliti hidup makan gaji dan mengharapkan belas ehsan orang lain sepatutnya sudah lama ditinggalkan jika kita serius untuk lihat Malaysia menjadi sebuah negara MAJU.
Oleh kerana menyedari akan hakikat inilah, seorang anak muda Malaysia telah mengorak langkah untuk menjadi kelompok yang menguasai ekonomi masa hadapan dengan menandingi kemampuan pakar dalam bidang teknologi kewangan. Azrainuddin Zainal atau Arai Ezzra melalui teknologi DinarDirham telah berjaya memenangi anugerah Most Innovative Gold Fintech Provider di Shenzen Forex Expo tahun lepas - Rujukan: http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/dompet-digital-emas-pertama-di-malaysia-1.592625
Kita mungkin tidak lagi mampu untuk menguasai pasaran emas dunia yang dikongkong oleh negara-negara bekas penjajah dan yang memenangi perang dunia, namun anak muda tersebut telah mengatasi halangan yang wujud melalui kaedah yang tidak konvensional, iaitu mengaplikasi kuasa media sosial dan internet yang tidak terbatas. Ini baru contoh seorang anak muda Malaysia, sebenarnya ramai lagi sedang mengorak langkah serupa agar mereka tidak ketinggalan dalam merebut peluang yang ada.
Jadi, berapa banyak masa lagi kita hendak bazirkan dengan memaki hamun GST dan pihak Kerajaan hanya kerana duit belanja dan gaji yang tidak mencukupi untuk menampung gaya hidup kita? Orang lain pula semakin jauh meninggalkan kita.