Selasa, 31 Januari 2017

PAS TUNJUK BUKTI PENINDASAN DAP TERHADAP ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM

3
MEMPERBODOH UMAT ISLAM DENGAN MENGGUNAKAN NAMA BAIK KHALIFAH ISLAM
PAS P.Pinang berpendirian bahawa apa yang disebutkan oleh Presiden PAS YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika disoal wartawan mengenai pembelaan Islam dan Melayu di Pulau Pinang mempunyai asas dan hujah tersendiri. PAS P.Pinang mempertahankan pandangan YB Presiden PAS tersebut berdasarkan hujah dan fakta berikut:-

*1. ISU PERKAMPUNGAN WARISAN MELAYU P.PINANG*

1.1 Ketika PAS masih bersama Pakatan Rakyat, satu Manifesto Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dipersetujui bersama antara PAS dengan DAP dan PKR, telah memutuskan untuk mewujudkan ‘Persempadanan Perkampungan Warisan Melayu’ sebagai usaha memelihara kampung-kampung Melayu warisan yang telah sedia wujud seawal tahun 1700 masihi lagi. Antara contoh kampung Melayu warisan tersebut adalah seperti Kampung Batu Uban (1734) dan Tanjung Tokong (1786).

1.2. Namun, DAP dan PKR melalui kuasa di dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang didapati tidak melaksanakan manifesto untuk mewujudkan ‘Persempadanan Perkampungan Warisan Melayu’ ini. Berdasarkan maklumat yang direkodkan, terdapat 25 buah kampung warisan Melayu di P.Pinang yang terhapus sejak zaman pemerintahan BN hingga kini, akibat projek pembangunan. Jika DAP dan PKR bersungguh-sungguh mahu membela Melayu, sewajarnya dilaksanakan manifesto mengenai ‘Persempadanan Perkampungan Warisan Melayu’ bagi mengelakkan terhapusnya perkampungan warisan Melayu akibat projek pembangunan.

*2. TINDAKAN DWI STANDARD TERHADAP PENJAJA MELAYU DAN PENJAJA BUKAN MELAYU*

2.1. Didapati wujud tindakan yang berbeza terhadap penjaja yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada kalangan melayu dan bukan Melayu. Terdapat sebilangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai mereka berbanding penjaja bukan Melayu yang tidak dikenakan tindakan perobohan.

2.2. Sebagai contoh, penjaja Melayu yang berniaga dikawasan luar bandar seperti Teluk Bahang dan Sungai Tiram dirobohkan gerai perniagaan mereka berbanding dengan penjaja bukan Melayu yang berniaga di Jalan Baru (berhadapan Hotel Sunway), sekitar KOMTAR, Jalan Chulia dan gerai sekitar Kompleks MBPP di Sungai Ara Bayan Lepas tidak diambil tindakan yang sama walaupun dilaporkan melakukan kesalahan yang sama seperti penjaja Melayu yang diambil tindakan perobohan gerai. Bahkan, difahamkan terdapat dikalangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah merupakan warga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang juga penerima pinjaman TEKUN.

2.3. Wakil PAS ketika masih berada di dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (sebelum dipecat pada bulan September 2014) pernah menyatakan bantahan terhadap tindakan dwi standard ini. Namun, bantahan tersebut disanggah oleh wakil DAP di dalam MBPP ketika itu dengan alasan bahawa penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah kumpulan yang cenderung kepada UMNO dan tidak perlu dipertimbangkan rayuan mereka. Bahkan wakil PAS tersebut pula dituduh sebagai rasis dan pro-UMNO semata-semata kerana mempertahankan penjaja Melayu berkenaan.

*3. PROJEK TAMBAK LAUT UNTUK MEWUJUDKAN 3 BUAH PULAU DI TELUK KUMBAR, IMPLIKASI TERHADAP PENDUDUK MELAYU ISLAM*

3.1. Langkah DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan 3 buah pulau di Teluk Kumbar bagi membiayai kos projek mega Penang Transportation Master Plan (PTMP) memberi implikasi negatif terhadap ribuan penduduk Melayu Islam yang sejak sekian lama menetap di kawasan berkenaan.

3.2. Projek ini akan memusnahkan ekologi pembiakan hidupan laut dan alam sekitar. Lebih kritikal, projek ini akan menghapuskan lubuk pembiakan ikan dan udang yang menjadi sumber rezeki kepada penduduk Melayu Islam setempat. Tawaran pampasan yang diberikan pula difahamkan tidak setimpal, ibarat “kenyang sekali tetapi melarat bertahun-tahun”.

*4. CAMPUR TANGAN TERHADAP INSTITUSI FATWA NEGERI P.PINANG*

4.1. Berdasarkan maklumat yang diterima, DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sengaja telah mencampuri urusan pemfatwaan apabila mengarahkan supaya semua fatwa yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (JKFNPP) perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri P.Pinang terlebih dahulu, sebelum dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA).

4.2. Dalam isu ini PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan bantahan secara tertutup kepada YB Dato' Abdul Malik Abul Kasim (Ahli MMK Agama). Namun, sehingga kini, amalan campur tangan dalam proses penfatwaan masih berlaku. Fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang perlu dimaklumkan kepada mesyuarat MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada YDPA. Sedangkan menurut Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, fatwa tersebut hendaklah terus disyorkan kepada YDPA selaku Ketua Agama Islam di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan, tidak perlu melalui mesyuarat MMK.

4.3. Berdasarkan maklumat, terdapat fatwa yang telah 'dibekukan' oleh Kerajaan Negeri P.Pinang dan tidak dipersembahkan kepada YDPA, kerana tidak mengikut selera DAP dan PKR. Keadaan ini seolah-olah menjadikan MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dalam hal ehwal hukum orang Islam, secara tidak langsung meletakkan fungsi Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YDPA lebih rendah daripada sepatutnya mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

*5. TIDAK BERSETUJU DENGAN CADANGAN PINDAAN AKTA 355*

5.1. Berhubung usaha memartabatkan institusi kehakiman syariah di negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri secara terang-terangan telah menghalang hak umat Islam dalam memartabat dan memperkasa undang-undang syariah apabila tidak menyokong pindaan Akta 355. Tindakan Kerajaan Negeri memberikan tanah bagi membina Mahkamah Syariah hanya dilihat sekadar kosmetik sahaja sekiranya tidak memberi bidangkuasa yang sewajarnya kepada Mahkamah Syariah seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah. Sekiranya kerajaan negeri menghormati dan memberikan hak kepada umat Islam bagi mengamalkan undang-undang syariah di negeri ini, kerajaan negeri harus bersedia menyokong bukan sahaja RUU Pindaan Akta 355, bahkan lebih dari itu kerajaan negeri mempunyai kuasa di dalam Dewan Undangan Negeri untuk mengubal suatu enakmen yang lebih lengkap sebagai mana yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan.

*6. PROMOSI PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL MELALUI PENANG INSTITUTE*

6.1. DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri P.Pinang juga gagal mengawal ancaman-ancaman terhadap Islam di negeri ini apabila dilihat sengaja membiarkan Penang Institute iaitu sebuah institut dibawah kelolaan kerajaan negeri mempromosikan pemikiran Islam Liberal yang jelas bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah difatwakan haram. Fahaman ini diberi ruang seluas-luasnya oleh Urusetia Penerangan di bawah Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dengan diberikan slot dan menyiarkannya di dalam Buletin Mutiara iaitu buletin rasmi kerajaan negeri dalam setiap keluaran.

6.2. Lebih buruk lagi, seorang penggerak Penang Institute yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, YB Zairil Khir Johari secara terang-terangan telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempromosikan pemikiran Islam Liberal. Beliau juga didapati memperkecilkan institusi Mufti dan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri apabila tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Fatwa walaupun dipanggil beberapa kali oleh Mufti Kerajaan Negeri untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau.

6.3. Dalam isu ini, sekali lagi DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri telah gagal menjaga kesucian agama Islam dan sengaja membiarkan fahaman Islam Liberal dipromosikan melalui lidah rasmi kerajaan serta lidah pimpinan mereka sendiri. Senario ini sangat membimbangkan kerana Buletin Mutiara bukan sahaja dibaca oleh masyarakat dewasa tetapi juga disebarkan kepada anak-anak di sekolah-sekolah termasuk di sekolah agama. Situasi ini bercanggah dengan usaha membenteras dan mengawal fahaman ini yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khariah Masjid dan Surau di seluruh negeri Pulau Pinang sekaligus menggambarkan bahawa pihak kerajaan negeri tidak mengendahkan suara anak-anak khariah Masjid dan Surau yang membantah fahaman ini.

Oleh yang demikian, PAS P.Pinang berpendirian bahawa DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri P.Pinang tidak serius membela Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Bahkan, usaha-usaha yang dilakukan oleh DAP dan PKR untuk membela Melayu dan Islam di Pulau Pinang, didapati masih berada di dalam kerangka pembangunan konvensional yang hanya memfokuskan aspek material semata-mata dan mengabaikan aspek pembinaan insan, spiritual dan ruhiyah. Pembelaan Melayu dan Islam yang hanya difokuskan kepada aspek material ini sama seperti kaedah yang digunakan oleh BN, bersifat jangka pendek untuk menang pilihan raya dan kekal berkuasa, namun tidak akan dapat melahirkan rakyat dan negeri yang bertamadun.

Sekian, terima kasih.

*MUHAMMAD FAUZI YUSSOF*
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang
2 Jamadil Awwal 1438H / 30 Januari 2017

Isnin, 30 Januari 2017

RAKYAT MALAYSIA DI USA KRITIK LIM KIT SIANG

3

DESAK OIC,  LKS TIDAK FAHAM DASAR LUAR AMERIKA

1. Lim Kit Siang kelihatan semakin kalut, cacamerba dan Kacau bilau. Terkini, LKS mendesak Perdana Menteri DS Najib Tun Razak memanggil mesyuarat tergempar OIC supaya menuntut Trump membatalkan perintah menyekat kemasukan warga dari tujuh negara Islam daripada masuk ke USA. Jelas LKS tidak faham dasar luar USA, dalam hal ini LKS tidak membuat homework.

2. Rakan saya di Universti Harvard berkata, LKS tidak menggambarkan dirinya seorang ketua pembangkang yang berilmu pengetahuan. Dia laksana orang tua yang bermulut murai, bercakap apa sahaja asalkan sedap mulut. LKS tidak studi politik USA yang up-to-date. Trump mahu mengembalikan kegemilangan USA dalam politik dan ekonomi dunia. Sebab itu Trump mengamalkan Dasar Protectionist dan White Supremecy. Trump mahu USA lebih hebat dari negara saingan seperti China atau Rusia.

3. Perintah ekskutif Trump menghalang kemasukan 7 negara itu hanya kepada Terrosist sahaja, terutama mereka yang mencari Suaka Politik dan Migrasi haram termasuk dari Mexico. Terrorist adalah musuh semua negara termasuk musuh LKS. Adakah Lim Kit Siang mahu Terrorist memasuki Pulau Pinang dan halaman rumahnya?.

3. Tidak ada negara di dalam dunia hatta Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi mahu negara mereka dimasuki terrorist yang akan mengancam keselamatan rakyat. Terrosrist akan membunuh sesiapa sahaja, mereka mengebom berani mati diri di pasar dan di tempat awam. Tidak ada sesiapa mengenali wajah terrorist. Adakah LKS berupaya mengecam wajah terrorist?

4. Di negara-negara yang bergolak sekarang seperti Iran, Iraq, Syria, Sudan, Somalia, Libya dan Yaman dipenuhi oleh pemberontak-pemberontak dari pelbagai kumpulan-kumpulan seperti ISIS, ISIL, Al-Qaeda dan sebagainya. Ketika saya menetap di USA, memang sudah ramai rakyat Somalia, Sudan, Yaman dan negara-negara Timur Tengah dan Afrika yang telah menjadi Permastautin Tetap USA di mana mereka bekerja sebagai pemandu teksi, pengawal keselamatan, peniaga makanan halal dan sebagainya.

5. Apabila LKS mendesak DS Najib supaya memanggil mesyuarat OIC untuk membincangkan perintah ekskutif Trump, itu satu tindakan kebudak-budakan. Itu dasar kerajaan baharu USA. Di Amerika Dasar pemerintahan bergantung kepada Presiden. Trump perlu melakukannya kerana itu janji pilihanraya Trump. Bukan seperti DAP yang diketuai LKS, berjanji untuk menghapuskan Tol Sg Nyior (2008) sampai hari ini (2017) tidak berjaya menghapuskannya apatah lagi mengurangkan bayaran tol. Bercakap mudah melakukannya tidak mampu, itu LKS dan DAP.

THE LIM KIT SIANG CRISIS IDENTITY

6. Saya telah membaca beberapa buku LKS antaranya The Crisis Identity of Malaysia. Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya iaitu The Crisis Identity of Lim Kit Siang. LKS tidak dapat membezakan antara kepentingan politik dengan kepentingan Negara. Negara Malaysia merdeka tahun 1957, negara USA merdeka tahun 1776. Ketika saya melawat Universiti-universiti ternama di Harvard (1636), Ohio University (1871), John Hopkins University (1876) dan sebagainya saya dapati universiti-universiti tersebut ditubuhkan dalam tahun 1600an dan 1800an. Ketika itu tanah air kita masih dijajah British dan belum ada bandar moden. Sedangkan ketika itu bandar moden pencakar langit sudah berdiri di New York. Negara kita adalah negara kecil, untuk mendesak dengan cara salah dan membabi-buta seperti idea LKS itu adalah idea orang gila dan tidak keruan.

7. LKS perlu tenang dan tetap pendirian. Janganlah hari ini memujuk DS Najib untuk bekerjasama http://www.malaysiakini.com/news/370371 , esok menghentam pula. Itu ada udang di sebalik batu. Ketua Pembangkang perlu bekerja untuk negara, tidak perlu mengharapkan sesuatu. Jika Lim Guan Eng diidapati bersalah, DS Najib tidak ada kuasa untuk membebaskannya kerana ianya dibidang kuasa Kehakiman. Kalaulah DS Najib berkuasa untuk memerintah Hakim-Hakim, sudah lama DS Najib mengarahkan pembebasan DS Anwar dengan apa jua alasan kerana DS Najib tidak ada masalah peribadi dengan DS Anwar. Yang memecat dan memalukan DS Anwar pada tahun 1998  bukan DS Najib. DS Najib tidak akan mengulangi kes Tun Salleh Abas yang diganggu oleh bahagian Eksekutif.

8. LKS kena faham, Dasar Luar USA sekarang 360 darjah berubah. Trump mengamalkan dasar protectionist.LKS tidak studi perkembangan dasar luar USA yang terkini. Lebih baik LKS bercakap mengenai BMF yang pernah ditulisnya dahulu kerana hari ini bekas Penolong Gabenor Bank Negara telah menimbulkan isu BMF.

9. Nasihat saya, LKS perlu melantik pakar-pakar pelbagai bidang di belakangnya sebelum bercakap mengenai Islam atau dasar luar negara, jika tidak LKS akan menjadi one man show, kukubesi dan syok sendiri.

Ahad, 29 Januari 2017

PAS MAHU KERAJAAN SIASAT TUN M KEHILANGAN WANG NEGARA USD10 BILLION

4

Kertas siasatan baru perlu dibuka ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dari pendedahan terbaru oleh CIA melibatkan pelbagai skandal semasa di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri itu. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti segera bertindak atas maklumat tersebut.
Info badan antarabangsa itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja cantuman dari begitu banyak keraguan pada masa lalu semata-mata. Tetapi lebih utama, perlunya siasatan dari pihak berkuasa negara berikutan dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sendiri bahawa pada ketika itu tiada siasatan dilakukan walaupun saiz kerugian dialami negara amat besar iaitu USD10 bilion.
Malah, ia demi menyelamatkan kredibiliti dan integriti Malaysia yang terjejas dengan pelbagai dakwaan skandal sebelum ini berkaitan 1MDB juga melibatkan banyak pihak serta jumlah yang sangat besar kewangan. Ia juga bagi membolehkan prosedur perundangan dapat dilakukan ke atas mereka yang terlibat sekiranya didapati bersalah.
Inilah masa kita membuktikan ketelusan dan kecekapan badan-badan penguatkuasaan berkaitan serta membuang keluar segala dilema selama ini akibat dari birokrasi dan kediktatoran yang mencengkam. Palitan kekotoran lalu mesti dibersihkan, sekali gus hak pihak-pihak pernah teraniaya dapat dikembalikan, selain memulihkan semula sistem negara yang ternoda kembali ke landasannya.
Sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenarnya yang tersirat di sebalik pelbagai skandal yang pernah didakwa berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Malaysia, Bank Negara, PDRM dan SPRM perlu membongkar sedalamnya skandal BMF dan Forex 1992 agar keadilan dapat ditegakkan.
“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
29 Rabi‘ul Akhir 1438 | 28 Januari 2017

Jumaat, 27 Januari 2017

MANTAN PENOLONG GABENOR BANK NEGARA DEDAH HILANG RM44BILLION OLEH TUN M

2

murad1

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan kerugian sebanyak AS$10 bi­lion (RM44 bilion) melalui ke­giatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993, jauh lebih besar daripada jumlah yang dilaporkan bank pusat tersebut.
Bekas Penolong Gabenor BNM ketika itu, Datuk Abdul Murad Khalid berkata, Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion sahaja akibat kegiatan itu, sedangkan angka sebenar adalah jauh le­bih besar.
Menurut beliau, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah meminta BNM memberi penjelasan tentang kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa itu.
“Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bi­lion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia dan New Straits Times di sini hari ini.
Isu kerugian yang dialami BNM akibat kegiatan perdaga­ngan mata wang itu menggemparkan negara pada 1994 namun tiada tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat. Pada masa itu, pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mempersoalkan mengapa BNM dilibatkan dalam kegiatan spekulasi mata wang yang beri­siko tinggi untuk mengalami kerugian.
murad
Walau bagaimanapun, pada 3 April 1994, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerugian sebanyak RM5.7 bilion yang dialami oleh BNM dalam transaksi perdaga­ngan wang asing pada 1993 tidak menjejaskan kedudukan kewa­ngan negara.
Abdul Murad menambah, transaksi berbentuk spekulasi melibatkan pelbagai mata wang asing termasuk pound sterling, dolar Amerika Syarikat (AS), mark Jerman dan yen itu direkodkan oleh seorang kakitangan berpangkat rendah BNM.
Beliau memberitahu, sebarang kerugian dalam transaksi berkenaan sepatutnya dilapor­kan kepada Bahagian Akaun BNM namun perkara itu didakwa tidak berlaku.
“Mereka mungkin menyembunyikan maklumat tentang kerugian tersebut dengan memindahkan caj kepada akaun rizab yang lain,” jelasnya.
Abdul Murad berkata, tindakan dalaman juga tidak diambil bagi memastikan pihak yang terlibat menggantikan semula dana rezab BNM yang hilang akibat transaksi berkenaan.
“Tiada jawatankuasa dalam BNM yang memantau transaksi ini. Semuanya dilakukan oleh seorang individu,” katanya.
Beliau berpandangan, kegiatan spekulasi mata wang adalah di luar skop BNM dan bank pusat itu sepatutnya memainkan pe­ranan mengawal peredaran ringgit.
Sehubungan itu, Abdul Murad menggesa pihak berkuasa membuka semula siasatan kes tersebut dan beliau bersedia memberi kerjasama jika diperlukan. UM

Khamis, 26 Januari 2017

AZMIN ALI: PAS PARTI KUKUBESI, LUPAKAN PAS PARTI SOMBONG

3

azmin-pas

 Azmin Ali dilaporkan lebih memilih PPBM berbanding dengan PAS dalam isu kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Menurut portal Malaysiakini, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR turut melabel PAS sebagai tidak demokratik dan mengamalkan kepimpinan “kuku besi”.
“Obama pun pernah katakan proses demokrasi adalah satu proses yang riuh. Ada yang setuju ada yang tak setuju. Tapi itu demokrasi.
“Tetapi kalau paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku itu bukan demokrasi, tetapi itu kuku besi,” tegas Azmin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada ada PKR masih mahu bekerjasama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah ‘menasihati’ mana-mana pihak yang berhasrat untuk bekerjasama dengan parti Islam itu perlu mengikut rentak PAS.
Dalam masa sama, Azmin turut memaklumkan bahawa beliau bertemu dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan strategi pembangkang untuk PRU 14.
“Kita tidak tahu tarikh pilihan raya, strategi tidak boleh beritahu media ini..ini strategi. Kalau saya boleh umum (pilihan raya) saya setuju,” katanya ketika ditanya apa topik perbincangannya dengan wakil PPBM.
Walaupun, berita Azmin mengkritik PAS dan Abdul Hadi sebagai ‘kuku besi’ sudah menjadi tular di media sosial sejak semalam, namun tiada pembetulan dilakukan oleh pihak Azmin sehingga ke hari ini.
Ini seolah-olah mengesahkan bahawa Azmin memang berniat untuk menghina Abdul Hadi dan PAS dan bersedia untuk menolak parti Islam itu dalam PRU 14.

Rabu, 25 Januari 2017

PAS KATA MEREKA ADA DOKUMEN SULIT BMF DAN PEMBUNUHAN MISTERI JURUAUDIT

2
ORANG hari ini terkejut dengan pembongkaran salah laku Tun M isu BMF 30 tahun dulu. Tapi PAS dah lama siapkan dokumen ini, mendahului CIA sejak 1984 lagi. Ini adalah buku penerangan isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang pernah menggemparkan negara pada awal zaman Tun M memerintah, yang turut melibatkan pembunuhan misteri juruauditnya.

Isu ni juga pernah dibangkitkan Lim Kit Siang dalam parlimen. Apakah sekarang dosa itu dah dimaafkan kerana matlamat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?

Ini yang sebenarnya membimbangkan Tun M. BMF hanya salah satu dari beribu sejarah salahlaku Tun M yang sedang ditutup. Sebab itu orang pertama menentang idea UG adalah Tun M sendiri, sampai terguling Pak Lah.

Ini kerana idea UG akan meletakkan semua parti berada dalam kerajaan. Institusi kehakiman ditadbir bersama. Pasti PAS akan heret isu-isu Tun M ke muka pengadilan.

Musuh sebenar Tun M adalah PAS. Walaupun tahu Umno tidak akan berjaya jatuh selagi tak bersama PAS, dia tetap menolak PAS. Matlamat sebenar bukan untuk menumbangkan Umno, tapi menyelamatkan empayarnya daripada diancam PAS yang tidak pernah berkompromi dengan penyelewengan. – HARAKAH.

VIDEO: TUN M PERLU JAWAB CIA SKANDAL BMF

3


Dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan Tun Dr. Mahathir Mohamad, menurut laporan portal berita.
The Asian Correspondent berkata dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), juga mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.
Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia membabitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan UMNO pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan.
“Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata portal itu memetik kertas siasatan CIA bertarikh Mac 1985 bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”.
“Tidak mungkin kerajaan tidak tahu mengenai peningkatan had pinjaman Bank Bumiputera bagi cawangan luar negaranya bagi membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong,” katanya.
Pendedahan dokumen itu berlaku ketika Dr Mahathir sedang mengkritik cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengendalikan skandal 1MDB, syarikat pelaburan milik negara yang sedang disiasat beberapa agensi asing termasuk Jabatan Kehakiman AS (DoJ).
Mahathir pada Mei 2015 berkata skandal BMF tidak boleh dibandingkan dengan 1MDB kerana katanya Najib memegang jawatan dalam syarikat pelaburan itu, sementara beliau ketika menjadi perdana menteri tidak ada kedudukan dalam BMF.
Skandal BMF menggemparkan pada awal 1980-an, selepas ia mendedahkan cawangan banknya di Hong Kong menyediakan “pinjaman tidak lancar” kepada beberapa syarikat yang mencurigakan, termasuk Carrian Holdings Ltd, konglomerat diterajui George Tan.
Ratusan juta dolar hilang sekelip mata apabila kumpulan Carrian terkubur pada 1983, sekali gus menjadi kes kebankrapan paling teruk di Hong Kong.
Seorang juruaudit Bank Bumiputera yang menyiasat skandal itu malah dibunuh, dan kerajaan membawa masuk berbilion-bilion ringgit konon untuk membantu Bank Bumiputera.
Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat skandal itu tetapi berakhir tanpa sebarang pendakwaan rasmi di mahkamah.
Pengerusi BMF, Lorrain Esme Osman ironi terpaksa hidup dalam buangan di luar negara sehingga kematiannya di London, Britain pada 2011.
The Asian Correspondent memetik dokumen CIA sebagai berkata: “Tidak mungkin kerajaan tidak tahu peningkatan had pinjaman bagi cawangannya di luar negara bagi membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong.
“Tindakan itu diambil selepas dikatakan wang Tan daripada sumber lain sudah habis,” katanya.
Dokumen itu berkata kedua-dua Mahathir dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, yang pada masa itu ialah menteri perdagangan dan industri, mempunyai ikatan rapat dengan mereka terbabit, termasuk pengerusi bank itu, Nawawi Mat Awin.
“Aspek yang paling merosakkan dalam hal itu ialah kaitan Tan Sri dengan mereka dalam UMNO, diketuai Mahathir dan gabungan parti dominan dalam kerajaan,” kata laporan CIA.
“Kerahsiaan siasatan kerajaan – mempertahankan seperti yang diperlukan di bawah undang-undang kerahsiaan perbankan Malaysia – dan tempoh lewat setahun selepas masalah itu timbul menjejaskan perubahan pengurusan di BMF menyebabkan kerajaan disyaki.
“Ramai ahli perniagaan dan pegawai bank percaya kerajaan menggunakan 6 tertuduh yang juga pegawai BMF sebagai ‘kambing hitam’ dalam usaha mengelak mengaitkan pegawai kanan kerajaan,” katanya – FMT

Isnin, 23 Januari 2017

KAMI PAS TIDAK PERLUKAN PEMIMPIN ANGKUH SEPERTI TUN M

1
Image result for nasrudin hassan tun mahathir
Oleh: Nasrudin Hassan, PAS PUSAT

1. Tun Mahathir belum puas dengan gaya kepimpinan diktatornya. Kini beliau mahu menguasai PH. Memang beliau boleh menguasai PH dan PH dilihat sangat perlukan orang seperti Tun Mahathir untuk kekalkan survival politik mereka. Tetapi tidak PAS.

2. PAS tidak perlukan pemimpin angkuh seperti Tun Mahathir. Tun Mahathir sebenarnya bukan merendahkan PAS tetapi gerun dengan keupayaan PAS.

3. Target utama Tun Mahathir bukan untuk mengalahkan UMNO tetapi sasaran utama beliau ialah PAS. Hasil dendam dan keangkuhan beliau yang gagal menundukkan PAS agar menurut kemahuannya menyebabkan beliau meletakkan PAS sebagai musuh utama.

4. Serangan beliau sering dihala kepada PAS. Namun mereka cuba bersembunyi disebalik tohmahan yang mereka cipta kononnya PAS akan bergabung dengan UMNO dan memenangkan UMNO melalui pertandingan 3 atau 4 penjuru.

5. PAS tidak akan pernah berganjak dari pendiriannya. Sejak dulu kita konsisten menentang kemungkaran politik dan ekonomi negara tanpa mengira dari blok mana kemungkaran itu berlaku.

6. Saban kali pilihanraya umum menyaksikan PAS menentang UMNO samada diperingkat parlimen mahupun dun. Satu lawan satu. Malangnya sehingga kini beberapa parti lain seperti PAN membuat pengisytiharan bahawa mereka akan bertanding di kerusi yang ditandingi oleh PAS.

7. Maka inilah yang akan membuatkan berlakunya 3/4 penjuru. Kenapa mereka nak salahkan PAS ? PAS akan pertahankan kerusi kerusi tradisi yang ditandingi oleh PAS sejak sekian lama.

8. Jika benar mereka mahu satu lawan satu, sepatutnya mereka bahagi-bahagi kerusi dikalangan kompenan PH tanpa ganggu kerusi PAS. 

9. Malangnya mereka gagal selesaikan pembahagian kerusi sesama mereka, mereka nak masuk bertanding di kawasan PAS bertanding, kemudian mengisytiharkan bahawa PAS lah punca berlakunya 3/4 penjuru dan memberi kemenangan kepada UMNO. Jenaka kelas mana Tun Mahathir lakukan ini ?

10. Sebagai contoh saya kemukakan di sini ialah kerusi DUN Semantan. Sejak sekian lama kerusi itu ditandingi oleh PAS vs UMNO. PAS menang 2 penggal di DUN Semangan. Malangnya ADUNnya lari menyertai PAN.

11. Apapun PAS akan kembali mengambil DUN Semantan dan bertanding dalam pilihanraya akan datang untuk menentang UMNO di kerusi tersebut. Sekali lagi malang berlaku, PAN dilihat berminat untuk bertanding di DUN Semantan. 

12. Persoalannya , siapa yang membuatkan berlakunya 3 penjuru ? Kenapa mereka salahkan PAS ?

13. Tidak mungkin PAS akan menyerahkan kerusi Semantan kepada PAN atas beberapa sebab yang sangat kukuh.

Pertama : kerusi itu adalah kerusi PAS sejak sekian lama dan memenanginya sejak dua penggal yang lalu.

Kedua : PAN tidak mempunyai kekuatan dan jentera yang baik untuk menentang kekuatan UMNO

14. Selayaknya nafsu besar ingin bertanding di satu - satu kerusi mestilah diselarikan dengan kekuatan  dan jentera parti bagi menghadapi parti lawan. Baru nampak kejujuran berjuang. Ini tidak, hanya tahu dan mahu menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahan sendiri.

Sekian.

Sabtu, 21 Januari 2017

SUARA PAS: PENDEDAHAN TUN M DAP MINTA TPM ANCAM KEHARMONIAN NEGARA, CINA PALING SIKIT BERANAK KENAPA MEREKA MAJORITI ?

1



DARIPADA baca dapatan gempak Rafizi yang dah terbukti beberapa kali meleset, baik baca dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Semalam Dr Zuhdi selaku CEO PPP merangkap AJK PAS Pusat membuat kesimpulan dari pendedahan tak sengaja Mahathir tentang persetujuan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya merampas kerajaan.

PPP melihat laluan untuk PAS bekerjasama dengan parti Mahathir PPBM semakin sukar setelah pengakuan itu dibuat. Ini kerana keadaan tersebut sangat mengancam keharmonian negara sekarang. Tanpa menafikan ketempangan yang ada pada kerajaan sedia ada, dengan meletakkan sebuah parti Chauvinis dan Rasis Cina di posisi kerajaan sebuah negara majoriti Melayu akan membuatkan krisis perkauman sekali lagi akan meletus.

PAP Borek, DAP rintik
DAP sehingga kini masih lagi berideologikan PAP, parti pro-Israel yang kini mentadbir Singapura. Bukan sahaja hubungan antara mereka masih intim, bahkan Lim Kit Siang sendiri pernah cuba menghidupan semula kempen Malaysian Malaysia, sebuah gagasan PAP yang menyebabkan Singapura terkeluar dari Malaysia.

Lihatlah apa yang berlaku pada Singapura selepas 50 tahun di bawah pemerintahan PAP sekarang. Dahulu, populasi kaum CIna di Singapura hanya sekitar 50%. Tapi kini sudah sampai 77%! Ironinya, daripada ketiga-tiga bangsa utama di sana iaitu Melayu, Cina dan India, Cina merupakan bangsa paling sedikit melahirkan anak. Bagaimana boleh jadi ramai mendadak itu?

Politik di sana juga teruk. Walaupun mendakwa mengamalkan demokrasi, tetapi sebarang usaha untuk menyaingi pengaruh PAP akan disekat berbagai cara, sama sebagaimana Israel di peringkat antarabangsa. PAP didakwa menggunakan akta ala ISA bagi menyekat sebarang usaha yang menggugat kedudukan mereka Badan antarabangsa seperti Asian Legal Resource Centre dan Human Right Watch turut tidak terlepas dari belenggu akta ini.

Dahulu Singapura diperintah di bawah kesultan Johor. Selepas wilayah itu diserahkan kepada penjajah, cahaya Islam di Singapura kian kelam. Kini, umat Islam tinggal minoriti, kira-kira 15% sahaja di sana. Pendidikan Islam sangat terhad mengakibatkan ramai muslim tidak mengenal Islam, lebih terpengaruh dengan kehidupan barat.

Paling mengejutkan, Singapura kini menjadi pengkalan tentera dan risikan terbesar Israel di Asia Tenggara. Hubungan kedua negara tersebut sangat rapat, walaupun cuba disembunyikan sedaya upaya. Tahun lepas Presidennya telah ke Tel Aviv dan merakamkan penghargaan kepada Israel kerana menyelia pertahanan Singapura sejak kemerdekaan tahun 1965. Februari ini, Perdana Menteri Israel pula dijadualkan ke Singapura.

Taktik Singapura berulang di Malaysia
Bagaimana PAP boleh menukar Singapura sampai jadi begitu? Panjang ceritanya. Tetapi titik permulaannya seakan seperti apa yang sedang diusahakan DAP sekarang. Mereka tidak gelojoh. Mula-mula mereka berikan jawatan ketua pentadbir negara kepada orang Melayu Islam. Mereka cuma ambil posisi nombor dua.

Dahulu selepas Singapura ditubuhkan, orang pertama menjadi Presiden ialah Yusof Ishak. Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri sahaja.

Namun selepas sahaja Yusof Ishak meninggal, sehingga kini tiada lagi orang Islam yang diberikan jawatan tersebut. Bukan sahaja parti Islam sehingga kini tidak berjaya ditubuhkan, malah daripada 20 orang menteri kabinet, hanya dua orang melayu, tiga India manakala 15 selebihnya Cina.

Pasti anda dapat membaca apa permainan DAP daripada tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu. Oleh sebab itu amat wajar PAS menimbang semula kerjasama dengan PPBM, sebagai tekanan untuk mereka menilai semula perjanjiannya dengan parti Chauvinis Cina yang sangat rakus itu.

Di ambang ketengangan kaum
Jika DAP meneruskan sikap politiking dan cauvinisnya, tentu sekali umat Melayu tidak akan redha dengan DAP nanti. Oleh sebab negara ini diperintah begitu lama dengan ideologi nasionalisme, NGO yang memperjuangkan ketuanan Melayu pula bersepah-sepah kini, maka perlantikan Kit Siang tentu sekali akan mencetuskan ketegangan kaum. Seorang Melayu ditipu di Low Yatt sahaja, beribu anak muda Melayu mengepung bangunan tersebut!

Untuk sebuah kestabilan politik, sesebuah negara mesti diperintah oleh kaum yang paling berpengaruh. Menafikan hakikat ini ibarat menafikan fitrah manusiawi, juga bakal mengulang kesilapan sejarah.

Kerana itu Nabi bersabda dalam sebuah hadis, pemimpin mesti daripada kalangan Quraisy. Bukan kerana hanya kaum itu yang layak, tetapi kerana kaum itu adalah kaum paling berpengaruh pada zaman tersebut. Lalu dalam konteks Malaysia, kaum manakah yang anda fikir sebagai teras politik?

Tapi Mahathir bukan peduli semua ini. Asal saja keturunan dan kroni dia berkuasa, semua halal! – HARAKAHDAILY 21/1/2017

Jumaat, 20 Januari 2017

PANAS: BIRAS EX-SPRM BUAT LAPORAN POLIS, ADAKAH EX-SPRM TERLIBAT MENDESAK ISTERINYA DALAM PEREBUTAN HARTA BERNILAI RM100JUTA ?

0


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan menerima laporan dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap bekas pengarah operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zain pada tahun lepas.
Beliau berkata, siasatan sudah dibuat dan dibawa ke Jabatan Peguam Negara.
“Laporan terhadap Bahri kita terima di Kelantan.
“Seperti biasa, kita akan jalankan siasatan kerana ada laporan dan apa jua penemuan akan kemukakan ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 10/2017 bagi Perayaan Tahun Baru Cina di Persada PLUS, Subang hari ini.
Bahri sebelum ini telah mengambil keputusan untuk bersara awal kerana didakwa terbabit dalam penyalahgunaan kuasa menyekat siasatan polis ke atas isterinya dalam pertikaian wasiat keluarga.
Isteri Bahri didakwa terbabit dalam pertikaian wasiat abangnya, Zamri Abdullah yang juga bekas presiden Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist).

Pengarah Kolej Islam Sains Teknologi (Kist)  Noraihan Che Ali (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Bahri dan peguam Ahmad Zaharil Muhayar (kanan)
Pengarah Kolej Islam Sains Teknologi (Kist) Noraihan Che Ali (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Bahri dan peguam Ahmad Zaharil Muhayar (kanan)

Semenatara itu, Pengarah Kist, Noraihan Che Ali mendakwa, Bahri yang merupakan birasnya telah mengarahkan sepasukan anggota SPRM Putrajaya menggeledah rumahnya dan merampas sejumlah dokumen berkaitan perniagaan kolejnya beserta dokumen-dokumen perniagaan lain.
“Suami saya telah pulang ke rahmatullah pada September 2015 dan telah meninggalkan harta berjumlah sekitar RM100 juta dan hutang piutang bernilai RM85 juta.
“Kemudian berlaku perebutan harta pusaka peninggalan suami saya diantara adik beradik Allahyarham dengan saya dan anak saya,” katanya dalam sidang media hari ini.
Mengulas lanjut mengenai pertikaian harta berkenaan, Noraihan menjelaskan, adik kepada suaminya yang juga isteri kepada Bahri, Datin Norhaslina Abdullah memintanya menandatangani surat penolakan harta yang ditinggalkan suaminya.
Katanya, satu surat peguam turut diserahkan bagi tujuan berkenaan di samping meminta anaknya untuk menurunkan cap jari bagi tujuan menolak harta yang ditinggalkan bapanya.
“Mereka mendesak saya supaya menandatangani surat penolakan harta, malah cuba mendapatkan cap jari anak saya yang merupakan anak yatim dan baru berusia 9 tahun.
“Yang mendesak saya ialah Datin Norhaslina Abdullah dan suami beliau, Datuk Bahri Mohd Zain.
“Selepas keengganan kami anak beranak untuk menandatangani surat penolakan harta tersebut, sepasukan Unit Khas SPRM Putrajaya telah datang ke rumah saya pada 16 Januari 2016 untuk menggeledah dan menyita kediaman saya dan mengambil semua dokumen berkaitan Allahyarham suami saya terutama berhubung Kolej Islam Sains dan Teknologi,” katanya sambil mendakwa operasi tersebut didalangi oleh Bahri.
Bimbang akan ancaman yang dihadapinya, satu laporan polis telah dibuat pada 19 Februari 2016 bagi membuat aduan terhadap salah guna kuasa Bahri dalam usaha merebut harta pusaka, namun kata Noraihan, tiada tindakan diambil pihak polis.
“Saya tekad untuk membuat satu lagi laporan polis di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pada 1 Mac 2016. Malangnya sehingga hari ini, tiada tindakan yang dilakukan,” katanya.
Tambah Noraihan, beliau mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) meakukan siasatan terhadap aduan berkenaan sambil meminta SPRM menjalankan siasatan dalaman berhubung salah guna kuasa oleh Bahri.
Sementara itu, peguam Noraihan, Ahmad Zaharil mempersoalkan mengapa isu berkaitan anak guamnya masih belum selesai selepas lebih setahun aduan kepada pihak polis dibuat.
“Mengapa pula isu berkaitan wasiat dan harta pusaka mendapat campurtangan pihak SPRM dan bukannya polis?” soal Zaharil

PAS MINTA AZMIN ALI TARIK BALIK CAJ 20 SEN, MENYUSAHKAN RAKYAT

0

Beg Plastik: Bayaran 20 sen bukan jalan terbaik

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Bayaran 20 sen dikenakan setiap beg plastik kepada pengguna di negeri Selangor bukanlah jalan penyelesaian yang bijak bagi merealisasikan kempen bebas plastik di negeri itu, demikian menurut Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor, Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman.

Beliau berkata, walaupun hanya 20 sen dikenakan tetapi ia sebagai tambahan kepada bebanan rakyat negeri ini yang kini sangat tertekan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.

"Kenapa kerajaan (Azmin Ali) boleh mencari alternatif dengan menyediakan bekas makanan plastik bagi menggantikan bekas polisterin, kenapa tidak untuk beg plastik," soal beliau.

"Di manakah nilai perkerti dan kasih sayang dari pemimpin (Azmin Ali) untuk rakyat? Malaysia dari semua negara yang maju makmur dan harmoni satu ketika dahulu berubah menjadi kacau atas kekalutan dan ketamakan dari sesetengah pemimpin," soal beliau kepada Harakahdaily.

Tambahnya, setiap hari akan mendengar keluhan kesusahan rakyat sehingga ada yang menderita kerana kerakusan pemimpin negara.

"Saya sangat berterima kasih kepada rakyat bangsa Malaysia yang selalu sabar dan sentiasa bersyukur atas keadaan dan situasi yang menimpa mereka dan keluarga lebih-lebih lagi mereka yang tidak berpendapatan seperti pemimpin," ujarnya.

Justeru, katanya, kempen bebas plastik ini perlu dilaksanakan secara bijak tanpa membebankan rakyat dalam masa yang sama menepati matlamat kerajaan negeri bagi memelihara alam sekitar.

"Bayaran 20 sen yang dikenakan tidak dijalankan dengan teratur sehingga menimbulkan kekeliruan ramai pihak sejak ia dilaksanakan awal bulan ini," katanya ketika ditemui.

Sejak awal Januari lalu, pelbagai reaksi timbul di kalangan pengguna selepas kerajaan Selangor mengisytiharkan pengharaman beg plastik di negeri itu.

Sehingga ada yang menyifatkan usaha itu tidak berjaya kerana pengguna masih dibekalkan beg plastik walaupun dikenakan bayaran.

Bermula 1 Januari 2017, Hari Tanpa Beg Plastik yang sebelum ini hanya diadakan setiap hari Sabtu di Selangor akan dipanjangkan kepada tujuh hari seminggu.

Ini bermakna peniaga di Selangor tidak lagi akan membekalkan beg plastik secara percuma bermula tahun 2017. – HARAKAHDAILY 18/1/2017

Khamis, 19 Januari 2017

LAPORAN POLIS IPAR DUAI: BAHRI EX-SPRM PERLU BERSIHKAN NAMA

1


Selasa, 17 Januari 2017

PAS ARAH BOIKOT FMT

1

Pesuruhjaya PAS Selangor difitnah hadir himpunan

MOHD PRASAD HANIF | .

PORTAL berita Free Malaysia Today (FMT) terus menerus mengadu domba dan menyebarkan fitnah. Di dalam laporannya yang terbaru, FMT mendakwa bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor telah menghadiri program Parti Pribumi semalam.

PAS Selangor menafikan fitnah tersebut sekeras-kerasnya. Pesuruhjaya PAS Selangor menghadiri program parti sepanjang hari semalam dalam program bertemu rakyat.

FMT, dalam laporan-laporannya sebelum ini juga, banyak mengandungi fakta menyeleweng, berunsur fitnah dan mengadu domba. FMT mungkin menjalankan tugas sebagai lidah bagi pihak-pihak tertentu untuk menyerang Pesuruhjaya PAS dan PAS Selangor.

Ahli PAS Selangor disarankan untuk memboikot portal tersebut dan mendapatkan berita yang sahih di laman web PAS atau di Harakah.

Walaupun difitnah dan ditohmah, PAS Selangor yang dipimpin YB Iskandar Samad, selaku Pesuruhjaya, akan terus fokus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. PAS Selangor tidak akan terjerumus ke dalam politik murahan mana-mana pihak.

MOHD PRASAD HANIF
Ketua Penerangan
PAS Selangor - HARAKAHDAILY 16/1/2017

Isnin, 16 Januari 2017

SULTAN JOHOR SANGAT MURKA KEPADA TUN M, LUKA HINA SULTAN-SULTAN DAHULU MASH BERDARAH

2

Sultan Johor mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana cuba memainkan “politik perkauman” dalam cubaannya menghalau pelaburan China dari negeri itu, lapor The Star dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan hari ini.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendakwa bekas perdana menteri itu “mencipta ketakutan, menggunakan kaum untuk memenuhi motif politik”.
“Dia bermain dengan politik ketakutan dan kaum, yang tidak ada tempat di Johor kerana saya tidak percaya kepada politik perkauman.
“Dia menghina pelabur hartanah China yang kaya ini. Mereka bukannya mahu kerakyatan Malaysia. Ramai antara mereka ada hartanah di negara lain termasuk Australia dan United Kingdom.
“Dia tidak bodoh, dia hanya pentingkan diri dan oportunis,” katanya kepada The Star, memetik tuduhan Dr Mahathir mengenai hasrat Putrajaya memberikan kerakyatan kepada 700,000 rakyat China yang mahu menetap di Johor Bahru.
Sultan Ibrahim berkata Dr Mahathir juga melampaui batas dengan “pembohongannya” mengenai isu tanah dijual kepada China.
“Dia kata sejumlah besar tanah dijual kepada China, memberikan tanggapan yang Johor menyerahkan tanah kepada China dan kami melepaskan kedaulatan kami.
“Dia juga membandingkan bagaimana kami menyerahkan Singapura kepada British,” katanya dipetik sebagai berkata kepada The Star.
Sultan Iskandar merujuk kepada laporan sejak beberapa bulan lalu, di mana Dr Mahathir menyerang projek pembangunan Forest City di Johor, berkata yang “beberapa ribu unit sudah siap dan dijual kepada China”.
Selain berkata tanah dijual kepada warga asing, Dr Mahathir juga berkata pemindahan warga asing ke kawasan perumahan baharu di negeri itu.
“Saya hendak tanya dia, Forest City dibina atas tanah yang ditambak, dan kebanyakan unitnya ialah kondominium. Dalam bahasa mudah, unitnya tinggi di atas. Ia unit strata.
“Saya hendak tanya Dr Mahathir jika pembeli warga asing itu boleh ambil pangsapuri mereka balik,” katanya, menurut The Star.
Merujuk kepada Dr Mahathir memetik Wall Street Journal dan Bloomberg mengenai isu 1MDB dan projek pembangunan yang menari pelabur China ke Johor, Sultan Ibrahim berkata sebelum ini Dr Mahathir membenci media barat.
“Dulu dia benci media barat tetapi sekarang dia pula memetik segala apa daripada media barat. Dia dah lupa banyak benda yang dia buat sebelum ini.
“Saya rasa Dr Mahathir dan sekutunya hanya bercakap perkara negatif, kebanyakannya ialah imaginasi dan fikiran jahatnya.
“Saya kasihan kepadanya kerana dia merendahkan dirinya hingga ke tahap ini. Tidak mengapa untuk tidak bersetuju tetapi tolonglah jangan mereka-reka benda,” katanya dipetik daripada The Star