Jumaat, 20 Oktober 2017

TAN SRI MUHYIDDIN TERSINGGUNG, PENDAM KEMARAHAN KEPADA TUN M


Tindakannya yang mengejek masyarakat Bugis langsung tidak menunjukkan sifatnya sebagai seorang negarawan.
Disebabkan ucapan yang biadap itu, Persatuan Bugis Johor telah membuat laporan polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ucapan Mahathir Mohamad.
Yang Dipertuanya, Datuk Awang Mohamad, berkata kenyataan Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun, mengguris hati seluruh masyrakat Bugis di Malaysia dan Nusantara, yang dianggarkan seramai enam juta orang.
Sementara 200 anggota Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM) pula telah Yayasan Kepimpinan Perdana bagi mendesak beliau meminta maaf dan menarik balik kenyataannya itu.
“Sebagai negarawan dan bekas pemimpin negara, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Soal perkauman jangan kita bangkitkan kalau mahu Malaysia terus maju, keamanan perlu kita jaga. Soal politik itu adalah ideologi masing-masing, tidak perlu kita campur adukkan. Jangan khianati keamanan ini.
“Kita minta beliau tarik balik kenyataan itu kerana ia bukan hanya membabitkan masyarakat Bugis di negara ini tetapi juga negara lain seperti di Indonesia,” kata Timbalan Presidennya, Tasman Matto.
Tan Sri Muhyiddin banyak berdiam diri. Kemarahannya kepada Tun M dipendam-pendam.

0 comments:

Catat Ulasan