Ahad, 22 Oktober 2017

TAHUN 1982 MAHATHIR BAWA TANDAS KOREA UNTUK BANDUAN KOREA BERAK !


Kasihan Tun Mahahthir, di bawa ke sana sini ke sana ke mari serupa apa yang dia buat dulu kepada Tunku Abdul Rahman Putra sekarang kena semula kepada dirinya.

Tun M tanya kenapa ramai pekerja dari negara China. Sama jugalah dahulu semasa membina Jambatan Pulau Pinang, kenapa pekerja, paku, besi dan segalanya didatangkan dari Korea. Makanan pun dari Korea. Gaji pun dalam wang Korea. TANDAS PUN BAWA DARI KOREA ! 

Tak caya pi sana tanyak orang Penang noo. Nak tahu lagi pekerja Korea yang bina Jembatan Penang itu Banduan-Banduan Korea tau, kalau depa mati main buang kat laut jer...Meka duk mana? Meka dikurung dalam kapal laut makan minum semua kat situ. Apasal tak da berita? Sebab masa tu takdak internet ler, takde whatsapp, tak der Handphone , lagi TV Akhbar Mahathir Kontrol! Tak caya? Tanya Nuar Berahim?

Dulu masa buat Proton tak ada ker pekerja Jepang di Shah Alam? Cuba cerr..

Bahasa Mandarin tu syarat tambahan yang memberi kelebihan kepada pemohon supaya boleh berkomunikasi. Memang terdapat ramai tenaga kerja mahir dalam kalangan warga China di MCKIP dan sudah tentu syarikat di situ memerlukan orang tempatan yang memiliki kelebihan bahasa Mandarin untuk berhubung dengan keperluan di bandar Kuantan misalnya.

Bab pagar tembok Tun M tak kanlah tak tahu, kawasan tapak merupakan kawasan merbahaya kepada umum dan larangan memasuki kawasan adalah prosedur biasa yang dilakukan pemaju bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan sehingga kini pihak syarikat masih membenarkan delegasi luar dan juga agensi kerajaan memasuki kawasan tapak. Tapi macam biasalah kena ada Pass Lawatan lapor diri macam kita masuk Yayasan Kepimpinan Perdana ler, macam kita nak pergi rumah mewah Tun M tepi tasik Sri Kembangan tu, security guard punyalah jauh kena isi borang kena minta pass.


Mahathir melakukan penipuan yang terlalu ketara atau lebih tepat terlalu “bodoh” apabila beliau mendakwa kawasan tersebut tidak boleh dimasuki. Kawasan mana-mana syarikat pun, jika tanpa pass masuk yang sah maka tidak ada sesiapa pun dibenarkan masuk tanpa mengira bangsa pun.

Kawasan perindustrian ini dimajukan oleh sebuah syarikat pemaju hartanah dari Malaysia dan ia adalah syarikat dari Malaysia juga, Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd yang memegang 51% ekuiti manakala baki 49% dipegang oleh Guangzhi Beibu Gulf Asean Investment dari China.

Mahathir mendakwa kawasan ini tidak dibenarkan orang Malaysia untuk memasukinya dan konon semua pekerja adalah dari China seolahnya ada bahagian dalam negara ini yang telah digadaikan kepada negara China. Ini untuk menyokong pembohongan Mahathir kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggadaikan negara ini kepada China. Aduhai Tun cara lama nak jatuhkan Anwar Ibrahim tak sesuai lagi lah Mahathir ooi...

Dakwaan ini ternyata tidak berasas sama sekali. Bagaimana sebuah kawasan perindustrian yang dimiliki secara majoritinya oleh syarikat dari Malaysia, pemajunya pulak juga syarikat dari Malaysia tapi orang Malaysia tidak boleh masuk? Lagipun, tidak ada pos imigresen negara China dikesan di kawasan tersebut sehingga nak dikatakan orang Malaysia tidak dibenarkan masuk.

Kalau orang Malaysia tak dibenarkan masuk, bagaimana pula satu-satunya syarikat yang beroperasi dalam kawasan perindustrian tersebut mengiklankan kekosongan melalui portal mencari kerja di Malaysia dan ironinya, jawatan yang diiklankan itu ialah Eksekutif Sumber Manusia yang antara lain memerlukan calon tersebut mahir dengan undang-undang buruh di Malaysia!!! Siapa pulak rakyat China yang mahir dengan undang-undang buruh Malaysia?

Tapi itulah Mahathir, reputasinya sebagai penipu semakin terserlah dari hari ke hari. Sudah tentulah “masuk” yang dimaksudkan ni bukan main redah bangunan orang begitu saja, nak kena ada kebenaran pemilik bangunan lah dulu. Tapi ini benda biasa, Yayasan Kepimpinan Perdana pun bukan semua orang boleh redah masuk, tapi tak bermaksud ia milik negara asing.


MAHATHIR MUDAH LUPA !

3 comments:

Tanpa Nama berkata... 22 Oktober 2017 10:29 PTG

Masa'alah nya MCKIP Mamnak Karala tu tak dapat duit sa sent pun, makatu si mamak tu meroyan.Tapi Mamak Karala tu duduk berkepit tidor sabantal dengan Lim Kit Siang tu bukan dari China ka?
MCKIP bawak banyak faedah kepada ra'akyat,yang Lim Kit Siang yang dari China tu banyak buat faedah kepada Malaysia ka?
Jangan lupa PAS-----dari UMNO
DAP-----dari PAP
PBBM----dalam kawalan DAP
Mamak sudah 22 tahun berkuasa kaya sudah,lagi pun banyak yang Mamak kata 'saya tak tahu'elok Mamak balik dulu ka Karala.Bugis lebeh baik banyak bukti yang sudah nampak,Mamak banyak lubang sudah pecha.
Lagi banyak Mamak berhujah lagi banyak kata2 bodoh yang kita dengar.Munkin yang 4000 tu dulu pun si bodoh.

Tanpa Nama berkata... 23 Oktober 2017 4:01 PG

Org marah kat proton sbb mahathir..

MAzizan ARashid berkata... 23 Oktober 2017 7:14 PG

Nak masuk kuburpun kena tanya. Jenazah dari khariah mana? Dah masuk kuburpun kena tanya. Kamu buat apa di atas dunia?

Catat Ulasan