Jumaat, 13 Oktober 2017

PEG PENERANGAN LIM GUAN ENG DITAHAN AKTA HASUTAN KERANA CADANG SISTEM RAJA-RAJA DIHAPUSKAN



Polis telah menahan Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin ( gambar-tengah) di luar Masjid Sembilang,Seberang jaya selepas solat Jumaat.
Ia dipercayai ada kaitan dengan satu kes hasutan yang melibatkan dirinya.
Katanya Wan Ji hari ini menyampaikan khutbah Jumaat di masjid itu.
Menurutnya Wan Ji dibawa ke Ibupejabat Polis Seberang Perai Tengah.
Wan Ji yang juga Ketua Biro Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) terlibat dalam kontroversi hina Sultan.
Pada awal September lalu beliau dilantik sebagai Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang – Agendadaily
PENAHAN USTAZ WAN JI WAN HUSIN
Kenyataan Media | 13 Oktober 2017
1. Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ustaz Wan Ji Wan Husin sebentar tadi telah ditahan oleh pihak polis.
2. Ustaz Wan Ji hari ini menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya Pulau Pinang.
3. Sejurus selesai solat Jumaat sepasukan anggota polis telah menahan beliau.
4. Kini beliau dibawa ke IPD Seberang Perai Tengah. Belum lagi diketahui alasan penahanan beliau.
5. Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Ustaz Wan Ji ditahan.
Saifuddin Nasution Ismail
Penasihat Strategik
Ketua Menteri Pulau Pinang

0 comments:

Catat Ulasan