Selasa, 24 Oktober 2017

KATA PAS: TANAH RUNTUH KERANA DOSA LIM GUAN ENG DAN PKR


Tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah yang mengorbankan lebih daripada 10 nyawa berpunca daripada keangkuhan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Perkara itu dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu semasa melawat lokasi kejadian.
“Pesuruhjaya (PAS negeri) sempat menyatakan kepada YB DAP Tanjung Bungah hasil dari kesombongan Ketua Menteri Guan Eng mengadakan Oktoberfest di Pulau Pinang, negeri bukan Taliban menyebabkan Kemurkaan Allah Azawajala telah mendatangkan bala bencana Alam satu persatu petaka bencana dari banjir kilat 24 kali kejadian sejak awal tahun dan kini tanah runtuh membunuh 14 nyawa.
“Ini adalah suatu dosa DAP Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang yang perlu dipertanggungjawabkan oleh Ketua Menteri DAP,kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Iszuree Ibrahim dalam Facebook.
Sementara itu, ADUN DAP Tanjung Bungah meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan negeri dan syarikat pemaju yang enggan mendengar bantahan orang ramai sebelum ini.
“Kerajaan negeri dan pemaju perlu bertanggungjawab,”katanya.
Yee Cheu berkata, beliau mengetahui mengenai projek itu sejak tiga tahun lalu, dan ia tidak mendapat kelulusan daripada pihaknya.
“Tiga tahun lalu, pihak pemaju ada menghantar permohonan mengenai projek ini ke pejabat saya untuk ulasan, tetapi saya tidak setuju.
“Apabila ia diluluskan, saya terkejut kerana saya langsung tidak dimaklumkan. Saya hanya tahu melalui orang awam yang memaklumkan projek ini sudah mula,” katanya ketika ditemui ketika melawat tapak runtuhan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Yee Cheu berkata, pihaknya mengesan tiga lagi projek perumahan puluhan tingkat sedang dijalankan di kawasan lereng bukit di Tanjung Bungah.
Malah, katanya, sekurang-kurangnya 10 lagi projek pembangunan berisiko tinggi sedang dalam proses untuk diluluskan oleh pihak bertanggungjawab.
“Kawasan Tanjung Bungah mempunyai nilai hartanah yang tinggi dan ia memberi keuntungan kepada kapitalis yang tidak mengendahkan kepentingan alam sekitar,” katanya.
Untuk rekod, Yee Cheu adalah antara ADUN DAP yang paling lantang dalam isu membabitkan pembangunan di kawasan lereng bukit dan alam sekitar.

0 comments:

Catat Ulasan