Jumaat, 20 Oktober 2017

DATUK RASHID: SPR DI BAWAH MAHATHIR PENUH DENGAN PENIPUAN



Malaysian Digest – Kritikan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keturunan Bugis sekaligus mencerca keturunan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata penganalisis politik, Raja Sara Petra.
“Sultan Selangor dari keturunan Bugis. Begitu juga saya. Adakah Mahathir katakan Sultan dan keseluruhan keluarga Diraja Selangor adalah lanun?” soalnya mengulas ucapan Dr Mahathir semasa Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi, Sabtu lepas.
Dr Mahathir pada himpunan berkenaan menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai lanun Bugis, dan mengarahkannya untuk “balik Bugis”.
“Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis,” kata Dr Mahathir.
Jelas Raja Sara, dakwaan menyamakan Najib sebagai lanun hanya kerana terdapat golongan tersebut dari kalangan Bugis adalah sama seperti menyamakan semua Mamak sebagai pengkhianat.
Katanya, hanya kerana seorang Mamak membantu menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511, tidak adil untuk menyamakan semua Mamak dengan perangai sedemikian.
“Dan hanya kerana Mahathir mungkin seorang Mamak jahat, tidak bermakna semua Mamak jahat,” tegasnya lagi.
Raja Sara turut mengulas mengenai sambutan hambar himpunan di Padang Timur, Petaling Jaya tersebut dimana hanya 4,000 peserta hadir pada waktu kemuncak – jauh daripada sasaran awal seramai 100,000 orang.
Antara yang memberi ucapana pada himpunan berkenaan adalah Naib Presiden PPBM Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman yang merupakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga tahun 2008.
Ketika himpunan berkenaan, sewaktu beliau berkhidmat sebagai pegawai kerajaan di SPR, pelbagai program dijalankan untuk meraih undi rakyat semata-mata.
“Dan segala rancangan yang dijalankan adalah untuk menipu, menawan hati rakyat, bagi sikit kaut banyak,” katanya.
Raja Sara mempertikaikan kritikan Ab Rashid yang memalitkan dakwaan tersebut terhadap pemerintahan Najib sekarang, ekoran Najib hanya memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009, setahun selepas Rashid melepaskan jawatan Pengerusi SPR.
“Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Beliau berkhidmat sewaktu pemerintahan Dr Mahathir dan bukannya Najib. Rashid tidak pernah bekerja dibawah Najib.
“Jadi, apabila Rashid mengakui SPR membantu menipu dalam pilihan raya, secara dasarnya beliau beliau menggelarkan Mahathir sebagai penipu,” kata Raja Sara.
Tambahnya lagi, kritikan terhadap sistem pilihan raya semasa juga adalah sistem yang dibawanya ketika mula menggalas tugas selaku Pengerusi SPR pada tahun 2000.
“Jadi mengapa Rashid mengkritik sesuatu yang beliau sendiri lakukan sedangkan bosnya pada waktu itu adalah Mahathir.
Bahagian paling seronoknya, kedua-dua mereka (Rashid dan Dr Mahathir) berkongsi pentas. Inilah yang dikatakan Melayu mudah lupa,” ujarnya lagi.

4 comments:

Tanpa Nama berkata... 20 Oktober 2017 9:51 PTG

Kelentongkrasi dah kantoi

Tanpa Nama berkata... 22 Oktober 2017 1:30 PTG

Terang benderang Abdul Rashid berkata kepimpinan sekarang adalah dari kalangan perompak. Mana video tu. Jangan cuba rekacerita sendiri.

Tanpa Nama berkata... 26 Oktober 2017 2:47 PG

dari dulu tak pernah percayakan mamak @ keling ..

Tanpa Nama berkata... 26 Oktober 2017 12:29 PTG

Kalau tak ada Indon, Melayu dah lama lenyap. Mana boleh kerja main pompuan je jadi teras kehidupan. Kenalah kerja kuat cam buruh Indon. Lebih baik Ganyang Malaysia tak guna langsung.

Catat Ulasan