Khamis, 7 September 2017

VIDEO TUN M: ANWAR HANYA MELEMAHKAN PAKATAN DAN MENIMBBULKAN MASALAH SAHAJA


Perbezaan pendapat Anwar Ibrahim berhubung kedudukan PAS telah menimbulkan masalah kepada Pakatan Harapan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata, PKR yang merupakan sebahagian dalam PH sepatutnya menghentikan sebarang rundingan dengan PAS, selaras dengan keputusan bersama yang dipersetujui gabungan pembangkang itu.
“PKR ada banyak pendirian mengenai kerjasama dengan PAS. Ini akan mengelirukan pengundi.
“Saya akui kita ada sedikit masalah dengan PKR kerana Anwar secara terbuka mahu teruskan kerjasama dengan PAS.
“Sebagai satu pakatan, kita putuskan tiada lagi rundingan dengan PAS kerana tiada ruang untuk kita terima PAS.
“Kita akan hentikan rundingan tersebut. Saya harap kita akan dapat lakukan,” kata Dr Mahathir dalam satu sesi dialog di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata sekiranya PAS sertai PH, maka akan menyukarkan lagi persoalan pembahagian kerusi.
“PAS akan bertegas mahukan 60 kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihan raya lepas.
“Jika mereka ambil 60 kerusi, apa yang tinggal untuk Amanah, dan orang lain (PPBM) kecuali Muhyiddin Yassin,” katanya.

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 8 September 2017 6:46 PTG

Madey dah tunjuk belang nak control pkr

Catat Ulasan