Sabtu, 23 September 2017

DESAS-DESUS SHAFIE APDAL MASUK UMNO ?

Ulasan Hujung Minggu

1. Sebelum TS Muhamad Taib kembali semula ke pangkuan UMNO, dua pengasas Parti Pribumi telah keluar parti iaitu Ainina dan Datuk Hamidah. Kemudian desas-desus DS Shafie Apdal turut disebut-sebut akan kembali semula kepada UMNO.

2. Kalau mengikut sejarah UMNO Sabah, Shafie bukanlah pengasas UMNO Sabah. Shafie adalah orang yang menikmati hasil daripada kemasukan UMNO di Sabah. Daripada 20 Ahli-ahli Penaja UMNO Sabah, Shafie tiada di dalam senarai itu. Walau bagaimanapun, Tun Sakaran telah melantik Shafie menjadi Setiausaha Politik beliau dan Shafie terus mengorak langkah di dalam UMNO sehingga menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Kanan dalam kabinet.

3. Kesilapan politik Shafie ialah terpedaya dengan politik Tun Dr. Mahathir. Jika kita lihat sejarah pemerintahan Tun Dr. Mahathir di dalam UMNO Sabah, sebenarnya penggerak utama kemasukan UMNO ke Sabah ialah allahyarham Tun Ghafar Baba dan DS Anwar Ibrahim. 

4. Manakala penggerak dari dalam pula ialah pemuda-pemuda USNO seperti Hj. Karim Ghani dan Datuk Dzulkifli Abdul Hamid yang mendesak Tun Datu Mustapha meminta UMNO dibawa masuk selepas kekalahan USNO kepada BERJAYA (1976) dan kekalahan USNO kepada PBS (1985). Akhirnya, Hj. Karim Ghani dan Datuk Dzulkifli dipecat dari USNO. 

5. Selepas kekalahan BERJAYA kepada PBS pada tahun 1985 dan 1986, usaha membawa UMNO ke Sabah dihidupkan kembali. Kali ini Hj. Karim Ghani lebih berani di mana beliau dan Datuk Pangiran  Othman serta Datuk DUN Banir menubuhkan Jawatankuasa Penyelaras UMNO Sabah pada tahun 1986.

6. Pada tahun 1986, berlaku PRK Sulaman antara USNO vs PBS. Ketika itu USNO diwakili Datuk Osu Sukam. Dalam PRK itu, USNO telah kalah. Tun Dr. Mahathir memberi komen, 'biarlah politik Sabah dan masalah Sabah orang Sabah sahaja selesaikan'. 

7. Pada tahun 1982, USNO telah mengadakan Mesyuarat Agung. DS Anwar ketika itu berjawatan Ketua Pemuda UMNO telah hadir sebagai pemerhati dan mendengar permintaan Pemuda USNO supaya UMNO dibawa masuk ke Sabah.

8. Akhirnya, Tun Datu Mustapha, Tun Sakaran dan AMT USNO mengadakan mesyuarat khas pada tahun 1986 untuk membawa UMNO masuk ke Sabah.

9. Klimaksnya, UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1990 selepas PBS tiba-tiba keluar daripada BN beberapa hari sebelum pembuangan undi PRU10.

10. Kesimpulannya, di dalam politik Sabah, sebenarnya Shafie tidak mempunyai peranan awal. Sebaliknya, Shafie hanya menikmati kemewahan, kekayaan dan kesenangan hasil daripada kemasukan UMNO di Sabah. Kedua, Tun Dr. Mahathir tidak bersungguh-sungguh membantu Shafie di Sabah sebaliknya Tun Dr. Mahathir membiarkan Shafie terumbang-ambing sendirian di Sabah. Baru-baru ini Tun Dr. Mahathir pergi ke Sarawak membantu Pakatan Harapan tetapi tidak pergi ke Sabah walaupun Shafie telah mengorbankan dirinya keluar dari UMNO sejak berbulan lamanya. Barangkali kerana Tun M tidak mempercayai Warisan kerana Warisan tidak menjadi ahli Pakatan Harapan.

11. Sebab itu saya melihat desas-desus Shafie akan kembali kepada UMNO ada kebenarannya. DS Najib bukan seorang yang pendendam, mereka yang keluar UMNO akan diterima semula selepas mereka sedar kesilapan mereka. Jika Tun Dr. Mahathir, sekiranya sudah keluar UMNO amat sukar untuk diterima semula, contohnya Datuk Harun Idris selepas keluar dari penjara telah mengisi semula borang UMNO tetapi sehingga ke akhir hayatnya tidak diterima menyertai semula UMNO walaupun banyak jasanya.

12. Di Sabah bukanlah hairan emosi akan membawa penubuhan parti baharu seperti parti AKAR dan beberapa parti Kadazan. Apabila emosi sudah stabil, mereka akan membubarkan parti tersebut dan kembali ke pangkal jalan. 

13. Tun Sakaran Dandai semalam dianugerahi Tokoh Maal Hijrah 1438H, adakah ia satu signal kemasukan Shafie ke dalam UMNO ?

Selamat Berhujung Minggu.
KLIA.

Rujukan:

1. Political History of Sabah, Daily Epress, 16/9/1996
2. Ross-Larson dan Bruce Clifford, The politics of federalism: Syed Kecik in East Malaysia, Singapore, 1976.
3. Buku Abdul Malik Chua (1990)
4. Buku Sejarah Dan Perjuangan UMNO Di Sabah (2017).
5. Klik Universiti Malaya

SUMBER

3 comments:

Tanpa Nama berkata... 23 September 2017 11:01 PG

Aliran duit sudah tiada lagi. Jadi kenalah masuk balik ke syurga rasuah. Contoh Pemimpin2 di akhir zaman. SPRM tekan penentang2 UMNO. Suruhanjaya Promosi Rasuah Malaysia sememangnya memilih bulu.

Tanpa Nama berkata... 23 September 2017 11:32 PTG

Siapa yg sebenarnya buat aliran wang? bukan ke Anwar yg tendang tun ghafar

Tanpa Nama berkata... 24 September 2017 12:37 PG

Anon 11.01PG menunjukkn tahap & taraf pencacai angkat taik PH brpikir. Bila brpikir pkai kepala lutut gitu laa jadinya. Hahaha

Catat Ulasan