Sabtu, 19 Ogos 2017

TUBUH RCI PRU1999, MANTAN SETPOL TUN M KATA MEREKA DIPAKSA SABOTAJ KERTAS UNDI LIM KIT SIANG & MENDIANG KARPAL SINGH


Seorang mantan ketua agensi sekarang dah berumur 70an menceritakan bagaimana Setpol Tun M telah menipu pada tahun PRU1999 dahulu. Katanya, Tun M telah mengarahkan supaya kertas-kertas undi disabotaj di Permatang Pauh dan kawasan parlimen Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh. 

Dalam PRU1999 itu, barisan pembangkang telah berjaya menambah kerusi parlimen kepada 42 kerusi dan berjaya menawan Terengganu dan Kelantan. BN pula merosot 14 kerusi kepada 148.

Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh kalah. Dr Wan Azizah pula menang sangat tipis dan hampir-hampir tewas. Mantan Setpol Tun M itu menceritakan Tun M telah mengarahkannya supaya di ketiga-tiga kawasan itu disabotaj. Kertas-kertas undi telah disalahgunakan dan disabotaj untuk memastikan ketiga-tiga tokoh pembangkang itu tewas. Tun M mahu selepas Anwar dipenjarakan, ketiga-tiga tokoh ini juga mesti dibungkus dalam PRU1999.

Kata mantan Setpol Tun M, RCI PRU1999 PATUT DITUBUHKAN untuk menyiasat Kekalahan mengejut Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh dan kemenangan tipis Dr. Wan Azizah.

4 comments:

Tanpa Nama berkata... 19 Ogos 2017 12:10 PTG

Mulut yang sekian lama ditutup sekarang ini dibuka untuk makan suap UMNO. Itulah kuasa duit ke atas Melayu. Prinsip digadaikan. Sememangnya orangramai tahu rahsia kemenangan UMNO utk 6 dekad iaitu dgn mengunakan penipuan SPR. Haramlah UMNO ini.

Tanpa Nama berkata... 20 Ogos 2017 3:57 PTG

Kesian madey...satu demi satu terbongkar.

Tanpa Nama berkata... 23 Ogos 2017 10:23 PG

Itu UMNO dulu...semasa di bawah diktator guna demokrasi TDM. Sekarang sudah berbeza. Mana-mana parti pun boleh menang. Tengok dalam 2 PRU yang lepas pun boleh tahu. Hampir2 lagi BN kalah.

Tanpa Nama berkata... 23 Ogos 2017 3:55 PTG

RCI yang bermula dari Jamban UMNO akan berakhir di Jamban tu juga.

Catat Ulasan