Sabtu, 12 Ogos 2017

TAN SRI KHALID ULAS ISU 1MDB: JANGAN PERCAYA DOJ AMERIKA MEREKA DIBAYAR, BUKAN PERCUMA

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana melibatkan saya dalam penerangan meja bulat dengan pengurusan tertinggi 1MDB pada Selasa lalu.
Saya juga bersyukur kerana kedua-dua wakil dari PAS dan 1MDB sangat mesra dan profesional sepanjang perbincangan itu. Ia adalah satu perbincangan yang terus terang dan terbuka.
Keprihatinan saya sebagai seorang rakyat Malaysia lebih menjurus kepada keupayaan 1MDB untuk beroperasi tanpa kerugian, di mana jika gagal, ia akan membebankan negara dan pembayar cukai.
Terdapat dakwaan bahawa pelan rasionalisasi oleh kerajaan bagi 1MDB serupa dengan pelan menyelamat (bailout) mega. 1MDB turut dituduh akan penyelewengan dan salahguna sekaligus mengakibatkan ia gagal menyempurnakan komitmen dan keperluan kewangannya.
Sejajar dengan tuduhan ini, saya memfokuskan perbincangan terhadap pelan penstrukturan hutang 1MDB yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda dan ahli lembaga pengarah yang baharu dilantik.
Ketika perbincangan itu, saya telah mendapati 1MDB beroperasi dengan modal ekuiti yang kecil atau rendah sambil bergantung kepada perimbangan kewangan bagi menyokong pelaburan mereka dengan potensi pulangan modal pada terma jangka sederhana, serta berlandaskan kepada sokongan sosial dan politik dari kerajaan bagi menambah nilai dan keuntungan terhadap projek mereka.
Cabaran utama dihadapi syarikat ini adalah obligasi mereka untuk membayar bayaran faedah pada ketika projek dijalankan adalah pada peringkat permulaan dan fasa pembangunan.
Adalah dibanggakan bahawa 1MDB telah membayar faedah lebih US$10 bilion disebalik modal ekuiti RM10 juta dan sehingga hari ini, ia masih lagi berupaya membayar hutang serta membiayai komitmen kewangan.
Namun drama politik, ditambah pula dengan penyebaran fakta terpersong serta palsu terutama di rangkaian media sosial telah menggambarkan kononnya 1MDB berada dalam kucar-kacir dan dituduh dipergunakan untuk aktiviti politik.
Harus diperjelaskan pada ketika Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) telah berjaya membuat penilaian terhadap operasi 1MDB, ia masih kabur sama ada syarikat ini mampu bertahan. Pada perbincangan ini, Arul telah memberi penerangan akan kedudukan kewangan terkini syarikat dan menunjukkan penyata kira-kira 1MDB susulan pelan penstrukturan yang digerakkan pengurusan.
Kesimpulannya, nilai kini bersih bagi aset dimiliki 1MDB boleh membayar liabiliti kini dan masa depan malah turut menghasilkan lebihan.
Bagi mengelak sebarang kesulitan dalam mengendalikan operasi aset 1MDB, aset terbabit akan dipindahkan kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) sebagai pemilik, sebagaimana pelan penstrukturan. 1MDB akan membuat pembayaran bagi hutang sebagaimana dikehendaki apabila transaksi aset disalurkan kepada MOF Inc daripada 1MDB.
Pengurusan penstrukturan 1MDB perlu memastikan nilai bersih terkini aset dikekalkan agar tiada gangguan terhadap pembayaran hutang dan komitmen kewangan.
Tentu sekali, nilai aset 1MDB seharusnya lebih tinggi daripada nilai aset terkini memandangkan transaksi dilakukan di luar nilai sebenar, akibat dari serangan publisiti politik yang buruk diterima 1MDB.
Mengambil kira senario ini, penstrukturan ini adalah berjalan lancar dan dakwaan ‘bailout’ tidak relevan langsung.
Sebagaimana diperjelaskan Arul, menjelang penghujung 2017, perlaksanaan transaksi aset dan kesinambungan pembayaran hutang serta komitmen 1MDB diunjur akan ditransformasi kepada entiti baharu atau melalui pembubaran. Ini akan menjadi titik kepada entiti pelaburan yang dianggap mengelirukan.
Satu lagi isu diperbincangkan adalah hutang 1MDB kepada IPIC. Penyelesaian kepada IPIC tidak dilaksanakan kerana 1MDB telah membuat pembayaran kepada Aabar BVI, syarikat dimiliki sepenuhnya oleh IPIC. Bagaimanapun, pembayaran itu tidak disalurkan Aabar BVI kepada syarikat induk, IPIC.
Mujurlah, 1MDB berjaya membuktikan perjanjian yang dibuat antara dua pihak dan urusan keduanya kini berada di landasan.
Bagi menjawab gembar-gembur terhadap usaha dilakukan Peguam Negara Amerika Syarikat untuk mendapatkan aset dikatakan milik Malaysia di mana 1MDB dikatakan terlibat dalam transaksi menyalahi undang-undang, Arul telah menjelaskan tiada wang atau aset milik syarikat atau anak syarikat 1MDB terlibat. Mereka turut dinasihatkan untuk tidak mengendahkan drama perundangan yang dibangkitkan di Amerika Syarikat.
Hakikatnya, cubaan Amerika Syarikat untuk ‘menyelamatkan’ aset Malaysia adalah serupa dengan alasan Amerika Syarikat kononnya negara itu mahu menyelamatkan dunia dengan mengebom Saddam Hussein dan rakyat Iraq.
Apabila bercakap mengenai Amerika Syarikat, tiada apa yang diberikan adalah percuma.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan bekas Menteri Besar Selangor.

14 comments:

Tanpa Nama berkata... 12 Ogos 2017 3:35 PTG

Khalid ada hutang RM60 juta . Sesiapa yang nak pakai dia boleh asalkan boleh tolong bayar hutang itu. Dulu jadi MB PKR tapi kemudian sokong UMNO. Inilah contoh manusia durjana.

Tanpa Nama berkata... 12 Ogos 2017 5:08 PTG

Ada org buka mulut hanya bila disuap dengan duit cam Haji Khalid.

Tanpa Nama berkata... 12 Ogos 2017 5:11 PTG

Arul Botak mungkin akan dikorbankan macam lembu korban raya haji untuk menyelamatkan Rosmah Buntut Besar dan Haji Najib.

Tanpa Nama berkata... 12 Ogos 2017 5:20 PTG

Kalau nak selamatkan Rosmah Katek dan Haji Najib susah buat masa ni sebab Jho Loh mungkin dah jadi pemberi maklumat kpd DOJ. Jadi Jho Low haruslah dikorbankan .Keputusan utk mengorbankan Jho Loh sekarang ini terletak pada Haji Najib. Malang sungguh nasib Jho Low kena ikut jejak langkah Morais, Altantuya dan Najadi.

Kak radi berkata... 13 Ogos 2017 12:21 PG

Terbaik Tan Sri Abul Khalid

Tanpa Nama berkata... 13 Ogos 2017 1:25 PTG

Mat Gagap ini datang nak tumpang kerusi dengan PAS kerana benda ini tak laku lagi. Baik PAS sedar diri bahwa Mat Gagap ini dah murtad sebab kuat curi duit awam. Lagipun jenis ini diupah untuk jadi 'trojen hose' utk sepulan2 tertentu. Muka gemuk yg tidak bermaruah itulah sebenarnya Khalid pengkhianat. Sepatutnya dia tahu 1MDB boleh menjahanamkan negara kerana ia sudah pun sangkut kat AS, iaitu satu kuasa besar yg sentiasa cari peluang utk mengunakan negara lain sebagai pengkalan tentera. Sekarang Haji Najib dah buat keadaan lebih terancam dengan membawa masuk Cina. Adalah Malaysia akan jadi tempat berentap kuasa2 besar seperti Afghanistan. Kalau ini terjadi yg bertanggung jawab ialah UMNO.

Tanpa Nama berkata... 13 Ogos 2017 10:41 PTG

GUA TAK MINAT PENJILAT PAKATAN HARAPAN

Tanpa Nama berkata... 13 Ogos 2017 10:43 PTG

DAP PIG DOK LOMPAT PARLIMEN.OREN PUN DOK LOMPAT MA.TALAK TIGA PUN TAK APA MA.

Tanpa Nama berkata... 14 Ogos 2017 11:31 PG

Bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru. Satu dunia dah tahu perihal UMNO parti keramat iblis.

Tanpa Nama berkata... 14 Ogos 2017 11:53 PG

Penjara Alcatraz dah siap utk menyambut ketibaan Najib Dan Rosmah Katek dan dif2 UMNO yg lain. Tak apa lah sekurang kurangnya ada org2 Melayu yg boleh cipta sejarah. Inilah zaman kegemilangan UMNO. Jangan Kita lupa mengikuti peristiwa yg bersejarah ni.

Tanpa Nama berkata... 14 Ogos 2017 1:47 PTG

Khalid duduk atas pagar tengok siapa yang menang supaya lompatannya kena sasaran. Musang yg sentiasa cari peluang.

Tanpa Nama berkata... 14 Ogos 2017 1:48 PTG

Dah tak boleh curi dari Selangor maka inilah kerja2 kotor yang di buatnya.

Tanpa Nama berkata... 14 Ogos 2017 9:34 PTG

byk komen yg kutuk TSKI jer...pattern sama jer tulisan dia...sbbnya org yang sama jer...saja nak bykkan komen mengutuk lah tuwwwwww...kahkahkah

Tanpa Nama berkata... 15 Ogos 2017 11:32 PG

Khalid Bebal ikut skrip UMNO.

Catat Ulasan