Sabtu, 5 Ogos 2017

ROH, TUNKU ABDUL RAHMAN


Ketika aku dihinadina dahulu
Betapa pedih hatiku
Mengenang segala pengorbananku
Memerdekakan tanah air ini
Dengan segala perit jerih
Berjalan kaki di Kota London
Bermalam di hotel usang
Menaiki teksi ala kadar
Namun aku senyum demi Negaraku
Aku gagahi kemiskinan Negaraku
Supaya Negaraku mencapai kemerdekaan

Sekembalinya aku ke Negaraku
Aku pusing seluruh negara
Menaiki kereta usang
Pernah rosak di tengah malam gulita
Ketika menuju ke Melaka dan Johor Bahru,

Dia baharu tamat belajar pun
Dihantar ke pulau pun tidak tahan
Memohon kembali ke tanah besar,
Tidak dilayan berhenti pula
Tapi itulah dia degil dan keras

Hari ini Tuhan kembalikan balasan
Bagaimana aku dihina dahulu
Kini dia merasainya jua
Bagaimana aku dimalukan dahulu
Kini dia turut menerima malu jua
Didedahkan segala kelemahanku
Kini dibogelkan segala tipu muslihatnya
Supaya rakyat jelata boleh melihat
Siapa ada udang di sebalik batu
Kini rakyat boleh melihat
Dahulu aku dihinadina
Kini hukum karma sudah kembali.

Kepada rakyat jelata,
Marilah bersatu untuk negara
Lupakan manusia yang tamak
Yang pernah menghina aku suatu masa dahulu...

T.A.R. 
Roh Jalanan,
Rumah JKR.
Jalan Bellamy,
Kuala Lumpur.

***Puisi adalah kiriman.




4 comments:

Tanpa Nama berkata... 6 Ogos 2017 11:39 PTG

Tak guna bagi org2 UMNO mengenang Tunku seperti membela lembu kesayangan untuk disembilih. Itulah cara org2 Melayu bangsa yg tak bertamaddun.

Tanpa Nama berkata... 7 Ogos 2017 2:25 PTG

Hello Barua, Tunku terpaksa turun sebab angkara Razak.

Tanpa Nama berkata... 7 Ogos 2017 7:01 PTG

My Massa Puki Mak kau. Dulu kau hentam Tunku, gila betul.

Tanpa Nama berkata... 7 Ogos 2017 9:20 PTG

Jelas pengertiannya..

Catat Ulasan