Rabu, 9 Ogos 2017

RAFIZI ANGGAP TUAN IBRAHIM BODOH DAN DUNGU BAB EKONOMI



Rafizi ‘Bengang’ PAS Puas Hati Isu 1MDB


MUNGKIN kerana bimbang isu jadi ‘basi’, Rafizi Ramli meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan rasmi kepimpinan PAS Pusat semalam berpuas hati dengan pelan rasionasasi dilakukan 1MDB.
Rafizi yang terkenal sering memburuk-burukkan imej 1MDB itu sebaliknya berkata, beliau tidak percaya penjelasan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Saya baca beberapa kali laporan mengenai taklimat 1MDB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda kepada PAS. Saya juga menonton rakaman sidang media itu untuk memastikan saya tidak tersalah dengar,” kata Rafizi.
Namun dalam satu kenyataan pada Selasa, seperti biasa, Rafizi yang selalu berlagak serba tahu dalam isu 1MDB, cuba memperlecehkan kenyataan pemimpin PAS bahawa konon mereka berpuas hati dengan perkara tersebut.
“Saya tidak pasti sama ada pimpinan PAS yang hadir dalam taklimat itu faham apa makna proses rasionalisasi 1MDB yang dihukumkan mereka sebagai “memuaskan” itu,” tulis Rafizi seolah-olah menyindir tahap IQ mereka.
Ahli Parlimen Pandan yang kini berdepan pelbagai saman fitnah itu terus melemparkan tohmahan dengan dakwa rasionalisasi 1MDB adalah “tindakan rompak wang rakyat, kemudian jual harta rakyat untuk tutup lubang hutang.”
Menurut Rafizi, beliau kecewa dengan kenyataan Tuan Ibrahim dan pendirian kepimpinan PAS itu kerana bimbang konon ia akan dijadikan modal oleh UMNO/BN untuk menghalalkan tindakan memindahkan hutang kepada rakyat.
“Sewajarnya, apabila pengurusan 1MDB menawarkan untuk memberi taklimat, Tuan Ibrahim mengambil peluang itu untuk membawa Arul Kanda tampil berhadapan dengan anggota-anggota Parlimen terutama pembangkang.
“Ini kerana selama ini beliau elak daripada hadir menjawab soalan anggota parlimen,” dalih Rafizi sambil ‘menasihatkan’ PAS supaya berhati-hati dan tidak terperangkap dengan permainan propaganda UMNO dan BN.
Petang Isnin, 30 orang kepimpinan utama PAS yang diketuai Tuan Ibrahim serta bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pengurusan 1MDB termasuk Presiden, Azrul @ Arul Kanda.
Turut hadir dalam pertemuan julung kali serta berlansung selama tiga jam setengah itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Ahmad; Naib Presidennya, Idris Ahmad dan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan.
Bercakap dalam sidang akhbar di sebuah hotel di Ampang, Selangor, Tuan Ibrahim berkata mereka berpuas hati dengan pelbagai penjelasan oleh Arul Kanda khususnya mengenai pelansanaan pelan rasionalisasi 1MDB.
Beliau malah berharap 1MDB diberi peluang menyelesaikan segala hutangnya kerana lelewatan akan menyebabkan faedah atas pinjaman bertambah. Menurutnya pertemuan itu berlangsung dalam suasana baik, mesra dan terbuka.
Arul Kanda, juga membentangkan kepada mereka beberapa dokumen berkaitan 1MDB. PAS ujar Tuan Ibrahim berharap Kementerian Kewangan memberi laporan kepada kepada setiap ahli Parlimen segala perkembangan berkaitan 1MDB.

6 comments:

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2017 1:22 PTG

rafizi lagilah bodoh dan dungu kata GST 18% perlu dibayar oleh rakyat masa bahas kat parlimen...kau akauntan, takkan pasal mekanisma GST pun x tahu...pelik aku tgk rakyat percaya rafizi ni seorg bijak,..bijak klentong plus bijak fitnah ada lahhhh...macai2 rafizi, sila meroyannnnn...kahkahkah

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2017 4:13 PTG

Rafizi sememangnya handal dlm perakaunan dan adalah harus dia ajar org lain. Sepandai pandai nya tupai UMNO, di tangkap juga akhirnya. Sepatutnya menjadi aset negara.

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2017 10:11 PTG

Tanpa Nama 9 Ogos 2017 4:13 PTG

Tengkorak hang... rafizi pandai sebagai akauntan tapi bodoh lembu dalam akta bafia... nmpk sgt bodoh lembu...

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2017 11:49 PTG

Tukang fitnah mcm rafizi usah dilayan. Buang masa je. Dia bukan cari jalan penyelesaian tpi sekadar nak wujudkan kesangsian.

Tanpa Nama berkata... 14 Ogos 2017 3:37 PTG

Rafizi barua DAP

Tanpa Nama berkata... 14 Ogos 2017 8:47 PTG

Tapi jadi barua DAP utk cakap benar lebih baik dari sujud buntut orang yang membunuh dan menyamun. Penyamun UMNO mana berhenti kat situ, sekarang sibuk juai negara. Lain kali tukar blog ini kpd bahasa Mandarin kan tentera China dah tiba. Belajarlah menghormati tuan rumah yg baru. Kalau tidak mampuslah kamu kat tangan komunis. Tak mampui pun Melayu jadi kuli kat kandang babi. Tapi itu lebih mulia dari mencuri.

Catat Ulasan