Ahad, 13 Ogos 2017

PKR GEMBIRA ADUN DAP DITANGKAP RASUAH




My Nation News – Ahli Dewan Undangan PKR bagi Penanti, Dr Norlela Ariffin menyatakan rasa lega kerana akhirnya satu tindakan dilakukan terhadap kilang haram yang beroperasi di Sungai Lembu di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang memberi kesan buruk termasuk kanser kepada penduduk sekitar.
Dr Norlela berkata beliau membangkitkan isu kilang pemprosesan penapisan haram sejak dua tahun lalu namun tidak diendahkan.
“Penduduk kampung mengadu kepada saya akan kebimbangan mereka pada Februari 2015. Saya membangkitkan isu ini di sidang dewan undangan negeri namun tiada tindakan dibuat oleh pihak berkuasa selama dua tahun,” katanya.
Dr Norlela sebelum ini dikenali kerana terpaksa merintih bagai pengemis di sidang dewan undangan kerana meminta peruntukan bagi pembangunan rakyat tidak diendahkan kerajaan pimpinan DAP.
Siang tadi, tiga individu termasuk Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap kilang haram.
SPRM turut menahan seorang pengurus dan anak kepada pengarah kilang haram terbabit manakala pejabat Boon Poh turut diserbu dan dokumen dipercayai ada kaitan dengan kilang Kampung Sungai Lembu turut dirampas.
Difahamkan, kilang haram itu sudah beroperasi di kawasan ladang kelapa sawit lebih dari 10 tahun.
Operasi terhadap kilang haram itu turut melibatkan pegawai dari Jabatan Imigersen, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Boon Poh pada Mac tahun lalu pernah mencetuskan kontroversi apabila membacakan Akuan Berkanun, Phang Li Koon yang terlibat dalam skandal penjualan banglo kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Guan Eng dan Li Koon sudah dihadapkan ke mahkamah pada 20 Jun tahun lalu oleh SPRM. Keduanya bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

4 comments:

Tanpa Nama berkata... 13 Ogos 2017 9:15 PG

Kalau china tak menipu tu bukan lah china nama nya.Lagi2 kalau dah ada kuasa negeri melayu juga boleh di jadikan hak mak bapak depa.Banyak lagi melayu bodoh2 yang duduk menjilat bontut DAP,lah ni melayu yang bodoh2 tu tak sedah lagi ka? kalau si mat sabu tu dah conform dah mati dalam hidup.Kalau dulu hari2 duk katachercha tun M tapi lah ni bontut tun M jua depa dudok menjilat nya,kasian kak NORMAH.
Sahbas!!!! Dr Norlela teruskan perjuangan mu demi raayat.

Tanpa Nama berkata... 13 Ogos 2017 1:31 PTG

Tak dapat duit kenakan kawan. Sikap Melayu pada akhir zaman. Sepatutnya dia lapurkan kpd Jabatan Alam Sekitar utk ambe tindakan, tapi nak cari publisiti ini lah cara yg dipilih. Busuk didepan busk dibelakang.

Tanpa Nama berkata... 13 Ogos 2017 10:08 PTG

Tapi 09.15 terang benderang Najib juai Negara dgn memberi PRC letak senjata berat di Johor. Mahu tak mahu Malaysia akan terseret ke kancah peperangan kuasa2 besar. Semua ini sebab rasuah Melayu. Rasuah Dan Melayu terpisah tiada. Ini bukan Cina Malaysia tapi PRC. Kemungkinan besar Cina akan diberi kemudahan2 tentera dimerata tempat pada masa depan. Kalau Norlela di beri duit takkan dia akan lapur. Dia berkehendakan pada duit shj. Parti baru PKR tidak dapat menapis siapa yg baik dan siapa yg tak iklas sebab ini parti baru. Utk Norlela mungkin inilah kali terakhir dia dipilih bab itu nak sangat duit.

Tanpa Nama berkata... 13 Ogos 2017 10:38 PTG

aku setuju.

Catat Ulasan