Isnin, 14 Ogos 2017

KATA PAS: TRAGEDI MEMALI MERCU TANDA KEZALIMAN TUN M

SEHARIAN ini alam siber berdecak dengan isu Memali ekoran daripada keganasan yang tercetus di program Tun Mahathir, Nothing to hide di Shah Alam petang 13 Ogos. Soalan berkaitan tragedi Memali dikatakan permulaan detik huru hara dalam program mantan Perdana Menteri yang kini mengetuai blok Pakatan Harapan, sehingga Tun diselamatkan oleh petugas keselamatan.
Tragedi Memali yang telah terpahat selama 32 tahun adalah mercu tanda kezaliman BN di zaman pemerintahan Tun Mahathir, segalanya sangat rahsia seperti membuka kotak pandora yang malu. Generasi muda yang kritis membuncah rasa ingin tahu apakah sebab kematian sebenar empat orang anggota keselamatan yang terlibat dan apakah yang dimaksudkan SOP pihak keselamatan oleh Tun, yang menyebabkan 14 orang rakyat menjadi korban tragedi ini.
Tokoh utama yang menjadi watak tragedi ini ialah assyahid Ustaz Ibrahim Mahmud yang dikenali juga sebagai Ustaz Ibrahim Libya. Beliau adalah pendakwah dan ulama yang pernah mendapat pendidikan di Deoband India, Universiti al-Azhar Mesir dan juga Maahad Dakwah di Tripoli Libya. Beliau yang juga pemidato yang handal sehingga pernah dinobatkan sebagai pendakwah terbaik di Wilayah Persekutuan, aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama di Lembah Klang.
Ustaz Ibrahim berkerja dibawah Pusat Islam sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk berhenti makan gaji dan pulang ke daerah kelahirannya untuk sepenuh masa menyebarkan pencerahan dan ilmu agama untuk masyarakat desa yang dahagakan ilmu.
Baling sekali lagi melakar sejarah, namun dengan lebih tragis dan merobek jantung hati dengan berlakunya peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985. 14 penyokong PAS dan empat orang polis terkorban akibat kerakusan dan kesilapan regim BN menanggani peristiwa ini yang mengundang kritikan berpanjangan sepanjang tiga dekad ini.
Panggung misteri belum terungkap, dengan senjata apakah anggota polis itu terbunuh. Usai tragedi Memali, seluruh media perdana terus menghukum Ustaz ibrahim dan pengikutnya sebagai penganut ajaran sesat , manakala ulama PAS dan ulama pondok di Kedah seperti Tuan Guru Haji Umar Zuhdi, Tuan Guru Yahya Juneid mengistiharkan mereka yang teraniaya itu sebagai syuhada. – HARAKAHDAILY 14/8/2017
(Penulis ialah Pengerusi Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat)
* SSD - Suruhanjaya Siasatan Diraja
Tulian penuh boleh dibaca dalam Harakah cetak bilangan 2273

7 comments:

Tanpa Nama berkata... 14 Ogos 2017 11:14 PTG

Di manakan tekad 3 juta ahli2 UMNO untuk menyiasat tragedi tersebut pada masa itu. Menjadi kuli MT sudah menjadi kebiasaan utk makluk2 ini sebab duit. Makluk2 ini hanya dahagakan duit. Sampai hari ini pun pondan2 ini tidak berani menyoal Najib mengenai 1 MDB, dan 3 pembunuhan yg berlaku.

Tanpa Nama berkata... 15 Ogos 2017 12:26 PG

Harap ahli keluarga yang meninggal bukakan fail semula dan buat tuntutan gantirugi dari Mahathir dan penjarakan Mahathir atas kes bunuh.

Tanpa Nama berkata... 15 Ogos 2017 11:31 PG

Kenapa Tun dan bukan UMNO. Mana ada UMNO protes terhadap tindakan kat Memali.

Tanpa Nama berkata... 15 Ogos 2017 7:58 PTG

Apabila Allah buka pekung seseorang tiada siapa yg mampu menghalangnya.

Tanpa Nama berkata... 16 Ogos 2017 5:25 PTG

Isu Memali dah tidur sekian lama dan bila dapat kesempatan politik utk PAS maka dibangunkan untuk meraih laba politik. Sudahlah PAS nak berbaik baik dgn parti rasuah UMNO mengambarkan bahwa ia sudah menyimpang dari dasar parti tersebut. Kenapa Memali shj sedangkan ada ahli2 parti dibunuh UMNO diKelantan dan Terengganu tapi tindakan tidak diambe oleh polis. Sepatutnya PAS takleh bersama UMNO sebab UMNO adalah parti perompak dan gengster yg tak bermaruah.

Tanpa Nama berkata... 16 Ogos 2017 8:34 PTG

Yang melakukan nya adalah kerajaan UMNO tapi cam mana PAS dapat berkerjasama dgn UMNO kerana satu UMNO sokong tindakan itu. Hipokrate lah PAS ni.

Tanpa Nama berkata... 19 Ogos 2017 10:24 PG

Ni nak tanya Hadi, sedar ke tidak Amanat Hadi Awanglah yg telah mencetuskan Peristiwa Memali?
Mana perginya duit berjuta dlm Tabung Memali? Dah disonglap oleh lebai2 PAS. Mereka ni sama spt Najib kleptokrat.
Ada ahli PAS yg mengaku mencurah minyak wangi di kubur Ibrahim Libya setiap subuh mengikut arahan pihak atasan PAS utk memperdayakan orang2 yg melawat kubur bhw Ibrahim Libya dan rakan2nya telah mati syahid!
Elok juga ditubuhkan RCI Memali utk mencari jawapan2 sebenar????

Catat Ulasan