Selasa, 8 Ogos 2017

HADI BERSIHKAN NAMA NAJIB: MAHKAMAH LONDON DAPATI SARAWAK REPORT PEMBOHONG, MACAI DI MALAYSIA TERKEDU


Mahkamah London Sahkan Tiada Bukti Najib Korup


Malaysian Digest – Sewaktu prosiding saman PAS terhadap Clare Rewcastle Brown di London, mahkamah mendapati tiada bukti untuk menyokong dakwaan pengendali blog Sarawak Report itu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayar rasuah RM90 juta kepada parti teraju Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mahkamah juga menolak hujah Clare meminta Hadi mendepositkan wang RM4.5 juta (£800,000) sebagai jaminan untuk membayar kos guaman sekiranya PAS kalah didalam prosiding saman berkenaan.
Ekoran itu, mahkamah bersetuju dengan peruntukan deposit keselamatan RM80,000 oleh Presiden PAS diatas dasar Clare gagal menunjukkan bukti bahawa badan kehakiman, kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan Abdul Hadi.
“Mahkamah London juga mendapati tuduhan serius itu tidak disokong bukti oleh Clare walaupun beliau mempunyai masa berbulan-bulan untuk berbuat demikian,” kata Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Mahkamah juga tidak menerima hujah Clare tanpa membawa bukti bahawa sebuah negara luar berdaulat yang mempunyai hubungan diplomatik baik dengan United Kingdom telah mengamalkan rasuah.”
Sehubungan itu kata Ahmad Samsuri, Clare diarahkan membayar dua pertiga daripada kos guaman Abdul Hadi iaitu £15,000 (RM84,000).
“Mahkamah London juga mengarahkan Clare untuk membuat pembelaan beliau dalam tempoh 21 hari supaya kes ini dapat diteruskan dan beliau tidak lagi berlarutan untuk berdolak dalih. Permohonan rayuan Clare terhadap keputusan itu juga telah tidak dbenarkan oleh Mahkamah London,” katanya.
Presiden PAS diwakili oleh peguam dari firma Carter Ruck dan Barrster Jacob Dewan.
Ahmad Samsuri melihat keputusan mahkamah sebagai perkembangan positif untuk membersihkan nama Presiden PAS daripada fitnah Sarawak Report.
“Presiden PAS juga sebenarnya dimaklumkan oleh firma Carter-Ruck bahawa Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London juga menghantar wakil dalam prosiding ini, dan telah memaklumkan bahawa kehadiran mereka adalah sebagai pemerhati prosiding kerana banyak tuduhan politik yang dibuat terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia serta Badan Kehakiman di Malaysia oleh Clare dalam dokumen beliau yang dikemukakan ke mahkamah,” tulis Ahmad Samsuri didalam satu kenyataan.
Sarawak Report yang dikendalikan oleh Clare sebelum ini menerbitkan artikel menuduh PAS menerima rasuah RM90 juta daripada Najib.
Ironinya atrikel itu diterbitkan sejurus PAS menolak pelawaan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bekerjasama.
Tuduhan Sarawak Report itu kemudian dicanang oleh pemimpin dan penyokong PKR, DAP serta Parti Amanah Negara (PAN) di media sosial bagi memburuk-burukkan PAS dan Najib.

6 comments:

Tanpa Nama berkata... 8 Ogos 2017 7:18 PTG

Nampak macam CRB kalah kerana diarah tunjuk bukti. Tapi bagi yang arif tentang undang2 sebenarnya ini adalah masa mencemarkan nama Najib dan Hadi dengan memberi segala butiran 1MDB dan hujah2 dari kedua dua pihak akan berlarutan sampai berbulan bulan. Jadi tidak boleh diramalkan apa boleh berlaku. Sekarang segala galanya bergantung kpd budi bicara M16 dan CIA. Mereka akan akan minta konsesi dari segi dasar negara utk dikiblatkan kerah AS/UK utk melepaskan Najib/Hadi. Inilah yg dinamakan percaturan politik antarabangsa.

Tanpa Nama berkata... 8 Ogos 2017 8:08 PTG

Kebenaran akan mengalahkan segala fitnah dan dusta.

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2017 9:42 PG

aku takde lah excited sangat kemenangan awal ni, tapi kemenangan awal inilah yang membuktikan bahawa tuduhan tanpa bukti takde makna...hanya pembangkang dan macai pembangkang saja suka tuduhan2 tanpa bukti ni...politik tak matang...

Tanpa Nama berkata... 11 Ogos 2017 8:43 PG

ini saman fitnah tak ada kena mengena dengan 1MDB...mahkamah bukan bodoh nak melalut ke 1MDB pulak...kalau macam tu bila nak hbis bicara ni?? Tanpa Nama 7.18 petang gunalah otak kat atas kepala bukan kat buntut...

Tanpa Nama berkata... 11 Ogos 2017 4:34 PTG

Sekarang ini 1MDB sudah masuk tahap prosiding jenayah. Adakah nama Hadi Akan timbul Kat Sana. Kita tunggu Dan lihat.

Tanpa Nama berkata... 12 Ogos 2017 9:36 PTG

Hello 08:43 PG yg beranak dari buntut, kenapa wakil2 Kedutaan datang berduyun duyun utk kes ini. Adakah Hadi Awang PM atau Menteri Malaysia. Mungkin HAji Awang jadi anak angkat UMNO buat masa ni. Manakala tak ada se ekor burung pun dari Kedutaan Malaysia di Amerika yg hinggap di tangkap kat DOJ walaupun 'prima facie' utk merampas aset2 yg dibeli oleh wakil2 Haji Razak telah dipastikan. Jadi Haji Razak terpaksa minta bantuan Cina utk berlindung, macam juga Parameswara minta perlindungan Dinasti Ming utk melepaskan diri dari Empayar Siam di Temasek yg menjadi tuan tanah semananjung ketika itu.

Catat Ulasan