Isnin, 14 Ogos 2017

CERITA PROFESOR AMERIKA TENTANG NAJIB DAN AKHBAR TIDAK LAKU

HIASAN
1. Semalam saya bersembang dengan seorang Profesor mengenai ASEAN dari Universiti di Arizona, Amerika Syarikat. Kami berbincang hal ehwal semasa. Beliau menceritakan kesukaran Presiden Trump sekarang, survival dan aktiviti kumpulan elit traders di belakang tabir dalam politik di Amerika Syarikat.

2. Saya bertanya apakah pandangan beliau terhadap media Amerika Syarikat seperti Washington Post, New York Times dan DoJ baru-baru ini menyerang Kerajaan Malaysia. Katanya, anda jangan terlalu percaya mereka kerana rakyat Amerika juga tidak mempercayai mereka. Di belakang mereka adalah traders dan semua yang mereka bangkitkan bukannya percuma tetapi mempunyai kepentingan perniagaan.

3. Maka benarlah kata Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa cubaan Amerika Syarikat untuk ‘menyelamatkan’ aset Malaysia adalah serupa dengan alasan Amerika Syarikat kononnya negara itu mahu menyelamatkan dunia dengan mengebom Saddam Hussein dan rakyat Iraq. Kata TS Khalid lagi, apabila bercakap mengenai Amerika Syarikat, tiada apa yang diberikan adalah percuma.

4. Semasa saya duduk di Amerika Syarikat, saya membaca Washington Post, New York Times dan lain-lain kerana jiran saya tidak membaca akhbar-akhbar itu walaupun penjual akhbar setiap pagi membaling akhbar-akhbar itu di depan pintu rumahnya. Saya bertanya dia kenapa tidak baca. Dia jawab, 'okey kamu boleh ambil untuk membacanya jika kamu mempercayainya'. Oleh kerana setiap pagi saya berjalan kaki menghantar anak-anak ke sekolah, maka setiap hari saya lalu di rumahnya dan memungut akhbar-akhbar dalam bungkusan plastik itu dan membacanya.

5. Walaupun ada ruangan antarabangsa, tetapi tidak pernah saya membaca apa-apa berita mengenai Malaysia di dalam akhbar-akhbar itu. Oleh itu, berita memburukkan Kerajaan Malaysia yang hanya muncul sekali dua kali dalam 5 tahun apa cerita? Adakah ia dibayar? Siapa bayar?

6. Semalam saya bertemu kawan lama dari ibu pejabat UMNO. Sepuluh tahun dulu saya mengenalinya dengan kerjanya yang sama, perawakan alim yang sama, kelembutan berbicara yang sama, watak Islamnya jelas terpancar. Apabila saya bertemu dengannya semula selepas 10 tahun, saya melihat tiada apa-apa berubah kepada dirinya. Dia kekal seperti itu. Kami berpelukan ketika hendak berpisah. Katanya, di keliling UMNO ini ada pelbagai ragam manusia, ada yang ikhlas berjuang ada juga yang traders. Nasihatnya, 'apabila kita meninggal dunia, kita dikubur di atas tanah yang sama, yang tinggal kepada kita amalan, amanah dan tanggungjawab'. Kesimpulan saya, patutlah dia boleh kekal lama walaupun Ketua dia silih-berganti.

7. Baru-baru ini saya ke Abu Dhabi, bersembang-sembang dengan ahli perniagaan di sana. Mereka membawa saya melawat bangunan Burj Khalifa tertinggi dunia. Mereka sebut syarikat Aabar yang dimiliki penuh oleh syarikat Ipic. Mereka kenal syarikat 1MDB dari Malaysia kerana mempunyai bisnes dengan syarikat Aabar. Bagi mereka tiada yang pelik dalam perniagaan hutang-berhutang. Hampir semua peniaga syarikat besar atau syarikat kecil akan meminjam untuk memulakan perniagaan mereka. Jika tidak, bagaimana Bank hendak untung?

8. Sama seperti anda ingin berniaga tetapi hanya memiliki syarikat trading lesen bernilai RM20.00. Anda kemudian mendapat projek memasang 1000 unit penghawa dingin di dalam sebuah bangunan baharu. Anda terpaksa meminjam dengan pelbagai pihak untuk menjayakan bisnes baharu itu kerana pembekal/kilang mahukan deposit dan cash money. Namun, akibat serangan bertubi-tubi musuh perniagaan anda yang cemburu, syarikat anda terjejas. Siapakah yang bersalah? Anda? Syarikat induk anda? Pemberi pinjaman? atau Perdana Menteri jugakah yang bersalah?

Rujukan:
1. Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan MB Selangor
2. Catatan perjalanan di USA
2. Catatan perjalanan di Abu Dhabi

4 comments:

Tanpa Nama berkata... 14 Ogos 2017 9:06 PG

Yang ni kes kencin guna china gemok. bukan menega. denial syndrome

Tanpa Nama berkata... 14 Ogos 2017 12:53 PTG

Macam mana boleh sampai ke tangan Reza dan Jho Low. Lagi satu org mula tak percaya dgn UMNO selepas berlaku skandal Scorpene, dan berbillion yg dibagi kpd Scomi dan KJ oleh Dollah Badawi. Tapi bezanya kali ini skandal berlaku di AS. Nak settle dgn duit dah tak boleh. Inilah keadaan yg menimpa UMNO hari ini.

Tanpa Nama berkata... 20 Ogos 2017 8:52 PG

Anom 1253. Sah dengar cakap orang gila. Dia pun ikut gila sama. Jika mau cakap ikut suka mak dia siapa2 pun boleh.

Hentam, maki saja tapi realitinya pocik e'elek ! Macamlah Guan Eng, Madey tu miskin sangat. Macamlah Vincent Tan, Ananda Krisna pun hidup merempat.

Komen gila macam ni orang dah boring!

Tanpa Nama berkata... 24 Ogos 2017 7:22 PTG

UMNO Parti serba boleh main duit dan pantat sekali gus.

Catat Ulasan