Rabu, 14 Jun 2017

MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR HILANG HAK MENGUNDI, ANWAR DIARAH BAYAR KEPADA SPR







PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung haknya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dua tahun lepas.
Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang mengetuai panel tiga hakim juga mengesahkan keputusan yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 15 Julai tahun lepas yang menolak saman pemula Anwar yang memohon perisytiharan bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi pada PRK itu.
“Ini adalah keputusan sebulat suara, rayuan ini ditolak dengan kos,” kata Hakim Umi Kalthum yang mendengar rayuan itu bersama-sama Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.
Beliau memerintahkan Anwar membayar kos RM5,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tindakan guaman Anwar bagi memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai hak untuk mengundi dalam PRK itu, pada 7 Mei 2015.
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa memandangkan Anwar adalah banduan, SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk membenarkan beliau pergi ke tempat mengundi dan menggunakan haknya untuk mengundi.
Anwar, 69, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana meliwat pembantu peribadinya, hadir di mahkamah hari ini.
Pada 6 Mei 2015, Anwar yang juga bekas Anggota Parlimen Permatang Pauh, memfailkan saman pemula untuk memohon perisytiharan terhadap hak beliau untuk mengundi seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
Selain ganti rugi dan kos, Anwar juga memohon defendan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menguatkuasakan haknya sebagai pengundi.
Dalam afidavit sokongannya, Anwar mendakwa pada 30 April 2015 peguam beliau menghantar surat tuntutan kepada SPR dan Pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mendapatkan pengesahan berhubung kelayakan beliau untuk mengundi dalam PRK itu, bagaimanapun tiada jawapan yang diterima daripada mereka.
Beliau mendakwa tindakan SPR dan Abdul Aziz yang tidak membalas surat itu telah menafikan hak beliau sebagai pengundi dan melanggari Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.– BERNAMA

2 comments:

Tanpa Nama berkata... 14 Jun 2017 3:17 PTG

sudah-sudahlah nuwar weiiii...kau lebih berbelit dari ular sawa...cukup2lah satu pihak jer berbelit-belit...jgn ditambah dengan putar belit pihak kau pulak...yang jadi mangsa rakyat marhaen macam aku ni...negara2 maju berpolitik pada masa kempen pilihanraya jer, lepas pilihanraya diorg terus bekerja untuk majukan negara, sebab itu diorg maju....negara kita pulak berpolitik sepanjang masa sampai masalah sebenar rakyat pun terabai, politik matang apakejadah kalau lagu tu... tambah pula semua org nak jadi ahli politik...cikgu, pensyarah, staf kerajaan, lawyer, tok hakim, mufti semua berangan dan bercakap mcm ahli politik...sampai tanggungjawab hakiki pun terabai...hampehhhh politikus malaysia ni...

Tanpa Nama berkata... 14 Jun 2017 8:36 PTG

Peliwat tiap2 hari keluar masuk mahkamah la, hospital la, itu ini la.

Bila masa raja liwat sial ni berada dalam penjara?

Catat Ulasan