Jumaat, 21 April 2017

DAP PARTI MAKSIAT, LIM KIT SIANG KATA URUS SENDIRI, RAFIZI NO KOMEN

Gambar-gambar intim kedua-dua pasangan merpati sejoli ini terdedah dengan perbuatan yang menjijikkan dan langsung tidak mencermin seorang pemimpin yang bercirikan Islam dan Melayu.
Awal Mac lalu kita dikejutkan dengan video berdurasi 15 saat memaparkan seorang lelaki berkaca mata yang dipercayai Zairil Khir menari dengan seorang wanita tersebar di media sosial. Zairil hanya melarikan dan cuba mengelakkan diri dari media untuk meredakan isu.
Kali ini, isu Zairil dan Dyana dihangatkan lagi dengan Zairil sekali lagi berdepan dengan gambar intim termasuk adegan bercium dan gambar Dyana Sofya yang sedang menikmati minuman yang dipercayai minuman keras iaitu ‘red wine’.
Gambar intim ini semestinya meloyakan semua orang kerana sikap dan perbuatan sebegini adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam.
Gambar intim adegan mesra ini jelas menampakkan wajah Zairil dan Dyana. Hal ini sememangnya mengundang polemik baru untuk Zairil dan Dyana menjelaskan kepada rakyat hubungan terlarang mereka.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Jelas sekali ajaran-ajaran yang diterima kedua-dua pemimpin Melayu DAP ini bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak sepatutnya berlaku.
Mereka umpama menghalalkan perbuatan maksiat dan membenarkan perbuatan tidak senonoh berlaku. DAP hanya membiarkan pemimpin mereka khususnya pemimpin Melayu untuk teruskan maksiat. Itu lah DAP parti liberal! (mn)

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 21 April 2017 8:07 PTG

Jgn kritik Dap nanti Pan marah..

Catat Ulasan