Ahad, 5 Mac 2017

LIHAT VIDEO ZAINUDIN MAIDIN, DIA HINA ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN SUKA MAIN JUDI

Bekas ketua pengarang Utusan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini mengaitkan hak Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai perdana menteri dengan langkah Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan itu sekitar tahun 1970 walaupun masih berhak memegangnya.
"Bagi saya, anggota Parlimen yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya dan atas persetujuan parti berhak untuk menjadi perdana menteri walaupun tidak popular di kalangan majoriti rakyat. Maka itu Datuk Seri Najib berhak dari segi demokrasi.
"Tetapi ketidak stabilan negara, kehilangan keyakinan rakyat yang berpunca dari ketidak cekapan dan ketidak bijaksanaan dalam pengurusan politik, ekonomi dan keselamatan adalah mewajarkan seseorang perdana menteri yang berfikiran demokratik untuk meletakkan jawatan.
"Atas kesedaran dan sentivitinya terhadap perasaan rakyat lah maka Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada Tun Abdul Razak pada 23 September 1970 sekalipun dari segi demokrasi beliau masih berhak untuk terus jadi perdana menteri," kata Zainuddin dalam blognya.
Beliau yang terkenal dengan gelaran Zam dan pernah menjadi menteri penerangan turut menyelitkan kisah peribadi Tunku yang dianggap beliau sebagai perdana menteri Malaysia yang paling jujur.
"Dari pengalaman saya,tidak ada seorang pun Perdana Menteri Malaysia sejujur Tunku.
"Tunku pernah duduk bercerita sehingga lebih jam satu malam antaranya tentang siapakah di sebalik usaha untuk menjatukannya dan memfitnahnya mempunyai skandal dengan seorang seniwati Melayu tersohor.
"Bila suami kepada seniwati ini datang meminta ampun setelah mengetahui hal sebenar, Tunku bertanya 'Hang dah puas aku tak main bini hang'," kata Zam menceritakan pertemuan beliau dan rakan-rakan Utusan selepas Tunku tidak lagi menjawat kerusi nombor satu negara.
Antara wartawan Utusan Melayu yang turut sama dalam pertemuan itu, menurut Zam, ialah Tan Sri Melan Abdullah yang merupakan ketua pengarang ketika itu, Osman Abadi, Harun Hassan dan Jiro.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub mendedahkan Najib akan diminta untuk melepaskan jawatan perdana menteri dalam masa terdekat.
Justeru, kata Salahuddin, presiden Umno itu harus mengawal emosinya daripada begitu terdesak sehingga terpaksa mendedahkan ada pimpinan utama Umno yang meminta jawatan ketua menteri.
"Najib perlu belajar mengawal emosinya kerana akan ada pula di kalangan pimpinan kanan Umno yang meminta jawatan Perdana Menteri daripada beliau dalam tempoh waktu terdekat," kata Salahuddin.
Mengulas lanjut, Zam berkata, Tunku meletakkan jawatan setelah menciumi perasaan dalaman parti dan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu terhadap sikap tolak ansurnya walaupun beliau percaya kebenaran dasarnya sehingga ke akhir hayat beliau.
"Maka itu, beliau memberikan laluan kepada Tun (Abdul) Razak dan demikianlah juga Tun Abdullah (Ahmad) Badawi dalam memberikan laluan kepada Najib.
"Tunku Abdul Rahman tidak takut untuk meletakkan jawatan kerana beliau tidak berasa telah melakukan kesilapan besar terhadap negara dan bangsanya.
"Beliau tidak menyelewengkan wang negara, beliau tidak menyembunyikan kesilapan dan kelemahannya sebaliknya membuat pengakuan terus terang sekalipun yang melibatkan peribadinya dan tidak takut untuk ditangkap atau dihukum oleh rakyat sekiranya beliau berhenti," tambah Zam. Antara pengakuan jujur Tunku kepadanya ialah tabiat bermain judi atau poker, jelas Zam.
"Umpamanya apabila saya menemui beliau selepas tragedi 13 Mei 1969 bertanyakan apakah benar beliau bermain poker bersama kawan-kawannya ketika negara sedang berada dalam kekacauan seperti yang didakwa oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad,Tunku terus mengakui: 'Ya benar, bukan saya ambil duit bapa dia, tulis, tulis.
"Demikian juga bila (Tan Sri) Syed Kechik (Syed Mohamed Al-Bukhary) jutawan Melayu menghadiahkan kereta Rolls Royce kepadanya, beliau berkata dalam suatu majlis ulangtahun kelahirannya yang turut dihadiri oleh ramai wartawan dalam dan luar negara: 'Syed buat apa hang bagi kereta kat aku, hang bagi duit kat aku,aku boleh pi main poker," cerita Zam lagi. (Malaysiakini)
Allahyarham Tunku Abdul Rahman sudah lama meninggalkan kita. Agama Islam telah mengajar umatnya, apabila seseorang telah meninggal dunia hendaklah dicerita kebaikannya sahaja, sebaliknya kelemahannya sebagai manusia biasa, tidak didedahkan, apatahlagi zaman 1950an, 1960an dan 1970an masih tebal dengan cara hidup penjajah Barat, ketika cara hidup Islam belum menebal dalam masyarakat Melayu. Anda boleh lihat sendiri, muslimah-muslimah PAS ketika era itu pun belum lagi menutup aurat mereka sepenuhnya. 
Oleh itu, perbuatan keji Zainudin Maidin yang tidak fasih berbahasa Inggeris itu amat dikesalkan.(Dengar komen DS Anwar Ibrahim perihal bahasa Inggeris Zainudin Maidin ketika Menteri Penerangan, sangat buruk dan memalukan).
Allahyarham Tunku sudah tiada untuk menjawab cerita komik ini. Sesungguhnya kehidupan zaman penjajahan ketika era itu memungkinkan banyak perkara yang tidak terfikir oleh kita pada hari ini yang hidup dengan kehidupan Islami dan dakwah Islami yang subur.
Zainudin Maidin satu-satunya mantan Menteri Penerangan yang kek-wat berbahasa Inggeris patut berhenti bernostalgia! 

HANCUR BAHASA INGGERIS MENTERI PENERANGAN MALAYSIA !

5 comments:

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2017 3:14 PG

persoalannya blh kita percaya pd keling? antara ular dgn keling yg mana lg pandai belit?

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2017 10:30 PG

ajak saudara zainudin maidin ni pi solat jumaat dan dengaq apa isi khutbah, kalau dia tidoq masa khutbah, jentik telinga dia. in shaa Allah dia akan lebih baik daripada sekarang.

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2017 4:01 PTG

Mamak sekor ni dah tak de modal. Menunjukkan peribadi sendiri yg hina.

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2017 4:20 PTG

Bila sangkal komen dalam bloq dia pastinya tak disiarkan. Jika dipuji atau disokong pasti dijaja habis. Itulah ZAM pengarang hebat didikan Mamak Madey.

Ayo! yo! kerala wale...

Tanpa Nama berkata... 23 Mac 2017 4:21 PTG

Tunku adalah contoh terbaik pemimpin berjiwa rakyat. Tak pernah songlap wang rakyat dan berpuas hati dgn apa yg dia ada. Ekonomi negara berada di tempat kedua di Asia. Anak2 dia tak pernah masuk politik atau dapat kedudukan istemewa melalui Tunku. Tetapi dia tidak melantik orang2 yg setia pada dia. Kalau Tunku tak ada niat utk berundur, tak ada apa2 yg boleh dibuat oleh MT UMNO tapi dia bagi laluan sebagai pemimpin yg berjiwa besar.

Catat Ulasan