Isnin, 20 Mac 2017

Selepas Aramco, syarikat Emas terbesar di DUBAI pula menjalinkan kerjasama dengan Malaysia! #Negaraku



Baru-baru ini, PM Najib mendedahkan bahawa Saudi ARAMCO hampir sahaja menarik semula keputusan mereka untuk membuat pelaburan di Malaysia, gara-gara fitnah dan dakyah penyokong pembangkang yang mengatakan negara ini bakal bangkrap. Jelas sekali pihak yang 'menguasai' ekonomi di negara ini telah mengambil kesempatan menyebarkan berita palsu ini ke seluruh rangkaian mereka di serata dunia bagi mensabotaj ekonomi negara, dengan harapan agar rakyat akan tertekan dan menjadi susah kerana tidak mempunyai wang dan pekerjaan, yang akhirnya akan menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui demonstrasi jalanan.




Selaras dengan usaha kerajaan ini jugalah, pihak DinarDirham telah mengambil inisiatif membangunkan perisian aplikasi atau apps khas yang mampu untuk menyokong sistem kewangan berasaskan kepada teknologi blockchain selain menyediakan penyelesaian kepada beberapa masalah yang melibatkan sistem kewangan konvensional. Dengan pelancaran aplikasi ini tanggal April 2017, adalah diharapkan sekurang-kurangnya keyakinan umum kepada sistem kewangan alternatif ini dapat dipertingkatkan dan mengatasi masalah skim penipuan seperti yang pernah didedahkan sebelum ini.



Usaha ini tidak terhenti setakat itu apabila DinarDirham telah turut diberikan kepercayaan penuh oleh syarikat penyedia emas terbesar di Dubai bagi menyediakan bentuk dokongan emas fizikal bagi setiap bitcoin yang diperdagangkan kelak. Bagi yang memahami syarat-syarat sah muamalat yang dianjurkan dalam Islam, perkara ini adalah sangat penting kerana setiap urusniaga adalah WAJIB diasaskan kepada barangan fizikal bagi mengelakkan unsur Gharar atau penipuan. Ini juga merupakan satu lagi usaha yang baik oleh pihak DinarDirham bagi memastikan para pelanggannya memperoleh hasil urusniaga yang sentiasa mematuhi syariah.

Oleh kerana itu, bagi mana-mana pihak yang masih skeptikal terhadap usaha DinarDirham dalam merombak sistem kewangan konvensional ini, adalah dijemput untuk sama-sama hadir ke program meja bulat pengurusan kekayaan Islamik dan isu-isu berkaitan Fintech pada 15 April 2017 ini di PWTC, Kuala Lumpur. Segala persoalan dan pertikaian yang terbuku di hati dapat diutarakan dalam program ini. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan marilah kita sebar berita baik tentang negara kita!

  

0 comments:

Catat Ulasan