Isnin, 20 Mac 2017

PRU14 : DIJANGKA TSUNAMI HJ HADI KE ATAS PAKATAN KATA PENGANALISIS DARI WASHINGTON

Ada seorang berkata dalam PRU14 kali ini akan berlaku 'tsunami Tun Dr. Mahathir'. Pada tahun 2008, berlaku tsunami Cina bilamana pengundi-pengundi Cina meninggalkan MCA dan Gerakan. Salahsatu kelemahan BN pada tahun 2008 ialah BN tewas melawan fitnah di alam siber.

Semasa PRU tahun 2013, Rafizi khususnya menjaja isu cincin DS Rosmah. Kemudiannya, pada tahun 2015 Rafizi mengaku dia hanya main-main sahaja menuduh Rosmah. Sebagai orang Islam, Rafizi sepatutnya memohon maaf kepada Rosmah kerana fitnahnya itu turut melibatkan ramai orang tidak berdosa mempercayainya bulat-bulat. Sampai ke hari ini Rafizi belum memohon maaf.

Saya tidaklah hairan kerana seorang AMT PKR memberitahu saya, sememangnya Rafizi ditugaskan untuk menyerang dan spin apa sahaja usahabaik DS Najib dan kerajaan. Walaupun mereka kadang-kadang tension kerana Rafizi over attack dan memberi kesan buruk kepada parti. 

Beberapa rakyat Malaysia di sini berkata rakyat sudah mula mempersoal keikhlasan dengan spin Rafizi yang sukar untuk ditelan bulat-bulat. Kepada mereka, kesilapan Rafizi ialah mengandaikan rakyat Malaysia tidak berfikir.

Kerajaan Trump
Di Amerika Syarikat, saya bertemu beberapa orang Muslim dan bertanya perasaan mereka mengenai Presiden Trump. Ada yang berkata gila dengan dasar-dasar terbaharunya. Ada yang berkata dia menyusahkan kerana banyak welfare seperti dasar-dasar ObamaCare yang baik dikurangkan atau dihapuskan menyebabkan mereka terpaksa membayar lebih untuk insuran. Namun, mereka juga berkata dasar Trump memberi fokus kepada American baik untuk pertumbuhan ekonomi mereka.

Namun begitu, daripada pemerhatian saya sejak 2015, umat Islam di Amerika Syarikat hidup dengan aman. Isunya hanya mainan media yang mencipta pelbagai isu tipu seperti Islam Fobia, Islam terrorist dan sebagainya.

Seorang Muslim Indonesia yang sudah bermastautin di sini berkata, "kami membuka kelas agama Islam setiap minggu, bos saya seorang Jew tetapi apabila masuk waktu solat saya menutup pintu dan mereka faham saya sedang bersolat, apabila hari Jumaat saya memberitahu bos saya akan ambil masa panjang berehat kerana orang Islam solat Jumaat agak lama". Mereka faham apabila diterangkan keindahan Islam. Terdapat lebih 1.5 Billion umat Islam di dunia, katakanlah 100,000 (0.0001%) daripada mereka terlibat dalam kes jenayah, adakah boleh dimomokkan Islam itu terrorist? Bagaimana dengan 90% lebih umat Islam yang baik?

Saya bertemu beberapa pemandu teksi, seorang Melayu dan seorang Bangladesh. Pemandu teksi Bangladesh ini dahulunya seorang guru, tetapi terpaksa berhijrah ke Amerika Syarikat. Katanya setiap bulan dia boleh mendapat USD5,000 sebulan. Pemandu teksi Melayu tadi pula mantan kakitangan kerajaan katanya mendapat kira-kira USD4,500 sebulan. Mereka juga menghadapi saingan daripada Uber Cab. Malah khabar terbaharu bertiup kencang di New York, syarikat Yellow Cab hampir bankrap. Saya melihat isu teksi dan uber cab di Malaysia dan Amerika Syarikat adalah sama.

Semalam seorang Cina Kuala Lumpur menulis surat bertulis tangan mengucapkan terima kasih kepada DS Najib kerana memberikan mereka rumah moden baharu di Razak Mansion. Dahulu ianya rumah pangsa sahaja juga diusahakan oleh allahyarhan Tun Abdul Razak. Sebelum itu, perumahan moden Kerinchi berjaya diserahkan kepada penduduk, malangnya segelintir penduduk tidak dapat kerana terpengaruh dengan hasutan pembangkang untuk menolak projek itu tempohari.

Mantan-mantan Presiden USA, Obama, Clinton, Bush, Jimmy Carter, Reagan, mereka dan anak-anak mereka tidak pernah lagi mengganggu,  apatah lagi memburukkan kerajaan yang sedang memerintah. Di Amerika Syarikat, selepas pilihanraya, apa jua isu yang dicipta oleh musuh-musuh politik, ianya tidak digunakan untuk menggangu kerajaan yang sedang memerintah.

Pilihanraya yang sudah berlalu biarkan ia berlabuh dengan aman dan berikan kerajaan peluang melaksanakan dasar-dasar mereka. Tugggu lagi 4 tahun akan datang. Jika kerajaan gagal mengotakan janji mereka, rakyat Amerika sendiri akan mengubah semula kerajaan mereka. Sebab itulah Republikan dan Demokrat silih berganti memerintah Amerika Syarkat dengan aman.

Tsunami Hj Hadi
Di Malaysia, parti pembangkang tidak sematang itu, kerja menggangggu kerajaan dilakukan dari hari pertama keputusan PRU diumumkan, ianya berterusan sehingga pilihanraya seterusnya. Hj Hadi mengubahnya dengan 'politik matang' namun hanya DS Najib menyambut baik politik matang PAS. Sangat jelas Najib-Hj Hadi adalah pasangan politik yang paling serasi sekarang.

Apabila pelabur China melabur mereka kata Malaysia jual negara, walhal sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi pelabur China melabur di Malaysia. Semalam saya berjala-jalan di China Town Washington dan tulisan China melambak di kedai-kedai China Town Washington. Sama juga suasananya semasa saya melawat China Town di Boston, New York dan Pennyslavania. Adakah itu boleh ditafsir Amerika telah menjual Washington, Boston atau New York kepada China?

Apabila Aramco dari Arab Saudi melabur di Malaysia, ada pihak yang memberi gambaran buruk mengenai Malaysia dengan harapan Aramco akan membatalkan pelaburan mereka. Kenapa hendak hairan, pelaburan Aramco di Amerika Syarikat ini boleh dilihat di mana-mana. Baru-baru ini sahaja di China, negara Arab Saudi melabur sebanyak US$65 Billion. Adakah negara China menjual negaranya kepada Arab Saudi?

Sebab itulah saya tidak hairan jika DS Hj. Hadi dan PAS akan bersama-sama dengan UMNO dalam PRU14 nanti. MCA dan Gerakan tidak perlu takut dan terikut-ikut dengan hasutan DAP, kerana PAS bukan tidak pernah bersama UMNO (1974-1978).

Saya melihat tsunami Hj Hadi akan beri kesan besar dalam PRU14 nanti. Sebab itulah Hj Hadi dan PAS akan bersama kerajaan, bukan kepada DAP, PKR juga Amanah.

Beberapa rakyat Malaysia di Amerika Syarikat yang saya temui meramal Hj. Hadi bagus jika dapat menganggotai kabinet baharu Malaysia bersama-sama dengan kerajaan sedia ada. Mereka bersetuju dan berharap. Anda bagaimana ? Saya ramal akan berlaku tsunami Hj Hadi ke atas pakatan.


0 comments:

Catat Ulasan