Selasa, 14 Mac 2017

DAKWA PAS DAPAT RM90JUTA, PEGUAM AKAN PAS SAMAN HUSAM

PAS kini memulakan inisiatif menyaman individu yang menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno.
Saman itu dibuat pasukan peguam menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham).
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan, perkara tersebut sudah berada dalam tindakan peguam Luham.
"Hendak saman, bukan perkara yang mudah, dia kena kaji dahulu kes dan banyak perkara lagi ia bukan semudah buat laporan polis," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar tahunan PAS Kawasan Tanah Merah kali ke-56 yang diadakan di Kampung Manal disini.
Dalam pada ketika berucap merasmikan mesyuarat agung itu beliau menjelaskan PAS Pusat tidak mempunyai sebarang akaun dalam institusi perbankan, Affin Bank.
Isu tersebut timbul apabila bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa dana RM90 juta disalurkan kepada PAS Pusat melalui Affin Bank.
Anggota parlimen Kota Bharu itu menambah, sebaliknya PAS hanya mempunyai dua akaun di Bank Islam dan MayBank Islamik.
"Kalau orang kata, pemimpin PAS dapat duit daripada Umno RM90 juta, dimasukan dalam Affin Bank, boleh jadi dana itu dapat masa dia dahulu," katanya. – HARAKAH

1 comments:

Ahmad berkata... 14 Mac 2017 11:50 PG

Salam Admin Blog MyMassa,

Korang group pro Kerajaan tak perasan ke Blogger GAP main talam bermuka-muka, dulunya bernama Gerakan Anti PKR dan sekarang Gerakan Arus Pembaharuan main strategi slow and steady untuk membaham UMNO BN?

Cuba lihat style postingnya, dia tak balun UMNO BN atau Najib direct tapi dia tabur paku di tepi PM dan orang-orang UMNO. Dan dia amat anti PAS.


Kerana PAS tidak mau berpakat dengan Tun MamakDey, jadi setiap 2-3 hari dia akan keluarkan artikel balun PAS.

Strategi melemahkan dulu PAS sebelum fokus kepada UMNO secara tepat.

Paling ketara, kandungan link bloggers di page nya sekarang sudah menjangkau lebih 50% bloggers BANGANG 93.4% Tun Mamak Chap Bunga.

Dengan rating blog pagenya yang agak tinggi dia telah berikan sepenuh ruang kepada Pakaton terutama kepada geng MamakDey untuk membalun UMNO BN cukup2.

Jangan percaya kalau yang datang dari puak PGayR. Nampak mereka seperti insaf tapi sebenarnya mereka SESUMPAH. Sama seperti Ezam Kotak.

Asal kata dari PGayR lidah mereka bercabang dan kesetiaan mereka TIDAK BOLEH DIPERCAYAAI.

Sebelum blogger pro Kerajaan tersungkur eloklah tubuhkan platform baru dan JANGAN sama sekali meletak keutamaan bersandar pautan kumpulan pro UMNO BN di blog GAP.Tubuhkan satu page baru yang menghimpunkan bloggers pro UMNO BN dengan konsep yang sama digunakan GAP. Pada saya GAP ini semakin pelik dan merbahaya.

Sekarang dedak lumayan dari Chap Bunga telah ditawarkan.. muka depan lain dalam perut lain.. HATI-HATI2 ya sahabat2...

Wassalam

Catat Ulasan