Khamis, 9 Mac 2017

Anak Malaysia yang berjaya "menawan" dunia!



Percayakah anda, dalam situasi di mana kecekalan negara diuji oleh sebuah negara samseng, masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang bersikap umpama pengkhianat bangsa? Kelompok ini tidak tahu untuk membezakan bilakah masanya kita harus berhenti berpolitik dan mula bersatu untuk mempertahankan negara. Kehidupan mereka 24/7 adalah dengan bernafas kebencian terhadap kerajaan semata-mata.


Ini membuatkan kita tertanya-tanya, apakah golongan yang membenci kerajaan ini mampu untuk bersikap patriotik? Atau adakah setelah menggadaikan maruah bangsa dan agama sendiri dengan menjadi zombi parti keturunan anak-anak komunis atau DAP, menyebabkan mereka menjadi tidak lagi yakin kepada diri sendiri untuk berjuang mempertahankan tanah air?

Kadangkala sikap mereka ini membuatkan kita terfikir mengapakah sampai begitu sekali rasa rendah diri itu wujud dalam diri mereka? Tidakkah mereka sedar anak Malaysia bukan calang-calang dan telah 'menawan dunia' berkali-kali?

Adakah anda tahu bahawa seorang anak muda dari Malaysia telah dijemput untuk memberikan nasihat pakar ekonomi kepada negara gergasi minyak UAE?

https://cointelegraph.com/news/suddenly-dubai-aims-to-become-first-blockchain-powered-city-by-2020

Co Founder DinarDirham, Arai Ezzra telah diberikan kepercayaan oleh kerajaan UAE sendiri untuk berkongsi kepakaran beliau dalam bidang teknologi blockchain melalui Keynote 2017, World Blockchain Forum yang berlangsung di Burj, Al Arab, Dubai pada 6 Mac lalu yang turut dihadiri Mohammed Shael Al Saadi, CEO of Strategic Affairs at Department of Economic Development dan Wesam Lootah, CEO at Smart Dubai Government. Malah, usaha beliau ini telah dijadikan contoh oleh beberapa syarikat antarabangsa. Baca di sini untuk maklumat lanjut tentang perkara ini --> https://www.ethnews.com/amp/virtual-gold-digitizing-gold-on-the-blockchain



Jika sebuah kuasa ekonomi dunia seperti UAE sendiri merujuk anak Malaysia untuk nasihat ekonomi masa hadapan mereka, apakah ini tidak cukup untuk meyakinkan kita bahawa kita lebih dari mampu untuk berhadapan dengan negara samseng seperti Korea Utara? Jangan kerana sifat terlalu membenci pemimpin negara menjadikan kita pengecut dan mengkhianati bangsa sendiri! 



1 comments:

Tanpa Nama berkata... 13 Mac 2017 5:20 PTG

Selagi ada Para Badut seperti Mat Sabu, Mahpus, Kit Siang, Guan Eng, Fizi Sotong selama itulah rakyat di buai mimpi Raja Lawak.

Catat Ulasan