Sabtu, 11 Mac 2017

ANAK KARPAL SINGH KATA ORANG RAMAI SEMAKIN KECEWA DENGAN PAKATAN PEMBANGKANG, DENGARKAN SUARA HATINYA

Mandeep Singh Karpall Singh mengkritik masa depan Pakatan Pembangkang yang menemui jalan kelam pada PRU 14 membuktikan penubuhan parti baharu, PAN dan PPBM tidak mempunyai nilai tambah, bahkan membawa blok pembangkang ke arah kesesatan.

Mandeep berpendapat walaupun kemunculan bekas PM, Tun Dr Mahathir dan bekas TPM Tan Sri Muhyiddin serta bekas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu berada di blok pembangkang, namun ketiadaan PAS, harapan pembangkang menawan Putrajaya pada PRU 14 bakal berkubur.

“Hari ini, Pakatan Rakyat sudah terkubur. Anwar kembali dihumban dalam sel lamanya di Sungai Buluh, Lim Guan Eng pula sedang menghitung hari sebelum dimasukkan ke tirai besi sekali lagi, dan Rafizi Ramli juga menantikan nasib yang sama.

“Hari ini, saya berani berkata bahawa pembangkang akan kekal sebagai pembangkang untuk sedekad akan datang atau mungkin lebih,” tegas Mandeep .

Mandeep menegaskan rumusan itu bukan pendapat peribadinya sahaja, malah pendapat orang ramai yang pernah ditemuinya.

“Saya bercakap dengan ramai orang. Mereka menyatakan kurang minat untuk menyertai pilihan raya akan datang kerana tidak melihat sebarang harapan dalam pembangkang. Saya rasa saya perlu bersetuju. Tidak ada harapan lagi.”

Tambah Mandeep, keadaan lebih buruk lagi apabila PAN pimpinan Mat Sabu gagal melakukan lonjakan politik di luar kotak sebaliknya hanya terhad kepada perbalahan dalaman dengan PAS sahaja.

“AMANAH yang juga sibuk bercakaran dengan bekas teman sebilik mereka – PAS?”

Begitu juga dengan PPBM dilihat Mandeep sebagai satu kapal, dua nakhoda yang sering berbeza pendapat antara satu sama lain.

“BERSATU yang mana presiden dan pengerusi masing-masing bercakap mengenai perkara berbeza mengenai isu sama.”

Ia merujuk kepada keputusan yang berbeza diambil oleh Pengerusi Parti Pribumi, Dr Mahathir dengan Presiden Parti Pribumi, Muhyiddin.

Walaupun Dr Mahathir dan Muhyiddin merupakan nama besar, namun Mandeep seolah-olah mencurigai matlamat kedua-dua tokoh itu menghampiri PH yang ditunjangi DAP.

“Kita tidak boleh menjangkakan satu lagi tsunami politik untuk mengubah status quo. Kita tidak boleh terus mengharapkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

“Rakyat kini keletihan. Mereka bosan dengan rejim yang korup. Mereka juga bosan dengan pembangkang yang berpecah-belah dan asyik bercakaran sesama sendiri.

“Tetapi lebih dikesali bahawa berlaku episod di mana beberapa personaliti mula secara perlahan-lahan menyerlahkan wajah hodoh sebenar mereka.

“Kemenangan rakyat dengan adanya pemimpin sebenar yang mewakili kepentingan mereka dalam kerajaan, hanya akan berlaku jika terdapat kumpulan pembangkang sebenar yang akan muncul; pembangkang dengan agenda pembaharuan sebenar, kuat dan kepimpinan yang bersatu.

“Kita tidak boleh lagi bergantung kepada pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi sebagai kepentingan utama mereka. Tidak ada cara kita boleh menyelamatkan Malaysia dengan pemimpin yang bersikap sedemikian.” Adakah yang dmaksudkannya Tun Mahathir dan Muhyiddin?

3 comments:

Tanpa Nama berkata... 11 Mac 2017 11:31 PTG

Apa macam itu parti ternakan Dap tak laku tpi sembang kencang nak Putrajaya. Bodoh tak blh ajar.

Tanpa Nama berkata... 12 Mac 2017 2:28 PG

Mat Sabu..he..he.. didalam PAS, bila berceramah, kereta parking berkilometer... kini sbg presiden amanah tiada way forward, wawasan, direction untuk parti anda, mcm mana nk jadi presiden ni????? Jadi balaci lim gun enging boleh la!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata... 15 Mac 2017 12:43 PTG

Pembangkang di Malaysia mesti diketuai oleh pemimpin Melayu, bukannya pemimpin Cina. Kalau tidak, ia akan lebih kelihatan seperti perjuangan anti-Melayu.

Catat Ulasan