Rabu, 8 Februari 2017

VIDEO LIM KIT SIANG MENGAMOK


Kit Siang Melenting Ditanya Pendirian Skandal BMF-Tun M

Sidang media bagi mengumumkan penyertaan Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP, semalam, tegang seketika apabila penasihat parti itu, Lim Kit Siang mempertikaikan soalan yang diajukan seorang wartawan.
Ia bermula apabila seorang wartawan bertanyakan soalan kepada Kit Siang, sama ada beliau akan menukar nada bersabit skandal Forex dan Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) yang mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, sekiranya Pengerusi Parti Pribumi itu tidak ‘semeja’ dengan beliau.
Pertanyaan itu membuatkan Kit Siang melenting dan bertanyakan kembali, bagaimana ucapannya yang dikatakan berubah nada.
Wartawan itu kemudian cuba menjelaskan kembali soalannya kerana Kit Siang ‘tersalah tafsir’ dengan menyangka dia seolah-olah mendakwa pemimpin DAP itu membuat kenyataan berbeza bersabit isu berkenaan.
Bagaimanapun Kit Siang terus ‘menyerang’ wartawan berkenaan dan menyindir bahawa seorang pemberita tidak wajar membuat laporan yang tidak benar.
“Tidak, bagaimana yang saya kata berbeza? Bagaimana? Jika anda tak boleh nyatakan, anda sedang membuat tuduhan tidak berasas.
“Buktikan, buktikan…anda kata saya cakap dengan berbeza, beritahu saya, jika tidak anda membuat tuduhan tak berasas,” tegasnya. Dengarkan Lim Kit Siang Mengamok. 

0 comments:

Catat Ulasan