Ahad, 12 Februari 2017

TERKINI: AZMIN ALI RAMAL ANUAR MUSA MENANG PRESIDEN FAM


wakilrakyat_dap_keluar.jpg
Selepas ramalan Azmin Ali semalam kononnya Menteri Kanan meletak jawatan, Seluruh rakyat Malaysia termasuk Anwar Ibrahim di Penjara Sg Buloh terkejut apabila 4 wakil rakyat DAP di Melaka, termasuk Ahli Parlimen tunggalnya di negeri itu, keluar parti kerana semakin kecewa dengan pimpinan Lim Guan Eng.
 
Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, Lim Jack Wong (Bachang) and Chin Choong Seong (Kesidang) mengambil tindakan mengejutkan itu ekoran perbalahan dalaman yang berlarutan.
 
Pada sidang akhbar sebentar tadi, Tong Him berkata beliau bersama rakan-rakannya kecewa kerana perjuangan DAP semakin tersasar daripada landasan asal.
 
"Selepas berfikir mendalam, saya dengan rasa kesal menyatakan saya sudah hilang keyakinan dan amat dukacita dengan kepimpinan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng dan pimpinan pusat beliau dalam menangani isu-isu dalaman dan luar DAP.
 
“Saya juga tidak boleh menerima dan menyokong dengan  penjajaran semula perjuangan politik yang diambil oleh DAP baru-baru ini,” kata Tong Him kepada wartawan.
 
Selepas lebih tiga dekad menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai diktator dan zalim, Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang menjalin kerjasama politik dengan mantan Perdana Menteri itu yang memimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Malah Kit Siang dilihat mempertahankan rekod buruk Mahathir, khususnya berhubung dengan isu forex Bank Negara Malaysia dan skandal kewangan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
 
Menurut Mahathir,  PPBM, DAP bersama PKR dan Amanah akan menggunakan logo sama dan meletakkan calon yang dipersetujui  untuk menyaingi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
 
Menurut Tong Him, mereka kini akan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas dan tidak berhasrat menyertai parti lain.
 
Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan bertanding sebagai calon bebas pada PRU14.
 
Jawatankuasa Disiplin DAP menggantung keahlian Tong Him dan Leong San selama setahun sejak 7 Februari tahun lalu kerana didakwa merosakkan reputasi parti.
 
Perkembangan terbaru itu menyaksikan DAP kini hanya menyandang tiga kerusi ADUN iaitu Kota Laksamana, Bandar Hilir and Ayer Keroh.
 
Tindakan keluar parti oleh Tong Him juga bererti DAP tidak lagi mempunyai sebarang Ahli Parlimen di Melaka.

KHABARNYA Azmin Ali akan membuat tweet baru bertajuk "Anuar Musa Akan Menang Presiden FAM". Kita tunggu dan lihat.

2 comments:

Tanpa Nama berkata... 13 Februari 2017 2:22 PG

maknanya madey la puncanya ni... madey2 kemana2 bw masalah.. masih ingat lg FRU yg memijak2 mcm anjing ahli refomasi d zaman madey dulu.. budak2 kencing bercabang mana tau benda ni..

Tanpa Nama berkata... 16 Februari 2017 8:41 PG

-- tak kan jadi peramal kot ...

Catat Ulasan