Ahad, 12 Februari 2017

Malaysia sebagai kuasa ekonomi dunia menjelang 2030? #AE

PricewaterhouseCoopers, one of the world's largest professional-services firms, just released its predictions for the most powerful economies in the world by 2030.
The report, titled "The long view: how will the global economic order change by 2050?" ranked 32 countries by their projected global gross domestic product by purchasing power parity.
PPP is used by macroeconomists to determine the economic productivity and standards of living among countries across a certain time period.
While PwC's findings show some of the same countries right near the top of the list in 13 years, they also have numerous economies slipping or rising massively by 2030.
Check out which countries made the list. All numbers cited in the slides are in US dollars and at constant values (for reference, the US's current PPP is $18.562 trillion):
32. Netherlands — $1.08 trillion 
31. Colombia — $1.111 trillion 
30. South Africa — $1.148 trillion 
29. Vietnam — $1.303 trillion 
28. Bangladesh — $1.324 trillion 
27. Argentina — $1.342 trillion 
26. Poland — $1.505 trillion 
25. Malaysia — $1.506 trillion 
24. Philippines — $1.615 trillion 
23. Australia — $1.663 trillion 
22. Thailand — $1.732 trillion 
21. Nigeria — $1.794 trillion 
20. Pakistan — $1.868 trillion 
19. Egypt — $2.049 trillion 
18. Canada — $2.141 trillion 
17. Spain — $2.159 trillion 
16. Iran — $2.354 trillion 
15. Italy — $2.541 trillion 
14. South Korea — $2.651 trillion 
13. Saudi Arabia — $2.755 trillion 
12. Turkey — $2.996 trillion 
11. France — $3.377 trillion 
10. United Kingdom — $3.638 trillion 
9. Mexico — $3.661 trillion 
8. Brazil — $4.439 trillion 
7. Germany — $4.707 trillion 
6. Russia — $4.736 trillion 
5. Indonesia — $5.424 trillion 
4. Japan — $5.606 trillion 
3. India — $19.511 trillion 
2. United States — $23.475 trillion 
1. China — $38.008 trillion 
Kedudukan Malaysia mungkin bukan dalam 10 yang paling berkuasa, tetapi jelas sekali Malaysia berjaya mengatasi Singapura sebagai 30 negara yang bakal menguasai ekonomi dunia menjelang 2030. Ini secara jelas menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ekonomi Malaysia semakin merosot di bawah pentadbiran PM Najib Razak. Sebagai seorang graduan ekonomi, jelas sekali beliau berjaya meletakkan negara dalam arah yang betul dalam mencapai misi negara maju dan berpendapatan tinggi, selaras dengan  aspirasi Transformasi Nasional 2050 atau TN50.

Namun begitu, adakah kita sebagai rakyat telah turut mempersiapkan diri untuk menghadapi perubahan yang mendadak ini? Atau kita masih lagi di takuk lama mengharapkan pembelaan pihak Kerajaan akibat tempias langsung perkembangan ekonomi kapitalis ini? Satu perkara yang perlu diingat, untuk mencapai sesuatu, sesuatu yang lain perlu dikorbankan, dan dalam aspek mencapai negara maju ini, keselesaan kerana dibela oleh Kerajaan setiap masa perlu dikorbankan jika kita berkehendakkan negara berdiri sama tinggi dengan ekonomi maju seluruh dunia. 
Hakikatnya, tiada negara maju di dunia ini yang menawarkan kos hidup yang rendah seperti di Malaysia ketika ini. Malah, kos hidup di Malaysia ketika ini masih lagi jauh lebih baik berbanding kos hidup di sesetengah negara dunia ketiga.
Tiada lagi subsidi, tiada lagi bantuan dari pihak Kerajaan. Setiap rakyat seharusnya sudah mampu untuk berdikari dalam asas ekonomi sendiri yang kukuh yang dibina atas kreativiti dan inovasi sendiri. Mentaliti hidup makan gaji dan mengharapkan belas ehsan orang lain sepatutnya sudah lama ditinggalkan jika kita serius untuk lihat Malaysia menjadi sebuah negara MAJU.
Oleh kerana menyedari akan hakikat inilah, seorang anak muda Malaysia telah mengorak langkah untuk menjadi kelompok yang menguasai ekonomi masa hadapan dengan menandingi kemampuan pakar dalam bidang teknologi kewangan. Azrainuddin Zainal atau Arai Ezzra melalui teknologi DinarDirham telah berjaya memenangi anugerah Most Innovative Gold Fintech Provider di Shenzen Forex Expo tahun lepas - Rujukan: http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/dompet-digital-emas-pertama-di-malaysia-1.592625
Kita mungkin tidak lagi mampu untuk menguasai pasaran emas dunia yang dikongkong oleh negara-negara bekas penjajah dan yang memenangi perang dunia, namun anak muda tersebut telah mengatasi halangan yang wujud melalui kaedah yang tidak konvensional, iaitu mengaplikasi kuasa media sosial dan internet yang tidak terbatas. Ini baru contoh seorang anak muda Malaysia, sebenarnya ramai lagi sedang mengorak langkah serupa agar mereka tidak ketinggalan dalam merebut peluang yang ada.
Jadi, berapa banyak masa lagi kita hendak bazirkan dengan memaki hamun GST dan pihak Kerajaan hanya kerana duit belanja dan gaji yang tidak mencukupi untuk menampung gaya hidup kita? Orang lain pula semakin jauh meninggalkan kita.


0 comments:

Catat Ulasan