Khamis, 9 Februari 2017

Mahukan Islam terus berkuasa di Malaysia? Kuasai ekonomi #AE

Selama bertahun-tahun orang kita dimomokkan dengan tanggapan bahawa kita tidak pandai berniaga. Orang Melayu dikatakan sepatutnya makan gaji dengan Kerajaan atau swasta. Kalau ada yang cuba nak berniaga pun, pastinya akan menemui jalan kegagalan.

Beratus-ratus tahun semenjak 1511 bangsa kita disusun semula pemikiran dan keyakinan diri. Sedangkan satu masa dahulu orang Melayu berupaya menguasai dan menguruskan laluan perdagangan utama dunia sehingga menjadi rebutan pelbagai kuasa dunia ketika itu seperti Portugis, Sepanyol, China dan Britain, sehinggakan Melaka digelar Venice of The East.

Tidak timbul soal kuasa ekonomi dipegang  oleh bangsa lain ketika itu, walaupun ramai juga bangsa lain seperti Cina, India dan Arab yang bermastautin untuk berniaga di Melaka. Hampir 500 tahun bangsa Melayu disusun semula pemikirannya menjadi bangsa yang sentiasa mengharapkan penguasanya, lemah dan tidak mampu berdikari.

Kini hampir 60 tahun Malaysia merdeka. Sudah tiba masanya bangsa yang beragama Islam ini bangkit dan menguasai semula sektor ekonomi. Ya, memang benar sumber bahan dan modal banyak dikuasai oleh bangsa asing terutamanya bangsa Cina ketika ini, namun ini bukan bermakna kita tidak mampu bangkit. Orang Melayu sepatutnya kini sudah mula mengorak langkah sebagai peniaga yang mampu untuk mengimpulkan modal untuk menguasai perniagaan yang lebih besar lagi.

Mengapa isu penguasaan ekonomi ini dibangkitkan? Perhatikan senario politik negara ketika ini. Apa lagi yang tinggal kepada kita selain kuasa politik? Apa akan jadi jika orang yang menguasai ekonomi dan modal mengambil keputusan untuk menekan rakyat dengan pelbagai kenaikan kos hidup agar rakyat marah dan akhirnya membuka ruang kepada mereka untuk merampas kuasa politik? Bersediakah kita untuk menjadi bangsa yang hidup di bawah ehsan orang lain semula?

http://www.bharian.com.my/node/127868


Maka kuasailah ekonomi. Lagi pun Rasulullah SAW sendiri menganjurkan umatnya agar berniaga kerana kebanyakan punca rezeki itu sendiri datang dari sumber perniagaan. Dengan penguasaan ekonomi, maka tidak pening lagi isu siapa yang akan berkuasa selepas pilihanraya. Teorinya, pihak yang mempunyai kuasa ekonomi akan menentukan siapa yang mempunyai kuasa politik. Apa yang tinggal kepada kita sehingga hari ini hanyalah sisa belas ehsan bangsa lain yang telah berjanji untuk berkongsi kuasa. Apa akan jadi jika mereka sudah mulai muak dan hilang sabar? Sedangkan peluang untuk menguasai politik sudah terhidang di depan mata mereka, kerana sesama kita kini semakin berpecah belah.

Jadi jangan takut untuk menjadi usahawan. Keluar dari kepompong sikap terikut-terikut orang Melayu yang suka meniru jualan dan perniagaan orang lain. Jangan takut untuk menceburi bidang perniagaan baru yang kurang persaingan. Dengan itu, masalah berebut pelanggan juga tidak timbul. Dengan kuasa teknologi Internet dan sosial media yang ada kini, sepatutnya ia dijadikan peluang untuk memudahkan usaha pengembangan perniagaan ke tahap yang maksimum. 


Ambil contoh seorang usahawan muda yang cuba memperkenalkan urusniaga kewangan baru menggunakan teknologi Internet ini. Beliau berani untuk mencuba sesuatu yang baharu dan paling kurang persaingan. Memang timbul isu perdebatan berkenaan kesahan perniagaan dan sebagainya, namun apa yang penting adalah usaha dan kreativiti beliau untuk berani mencuba dan memperkenalkan perniagaan yang tidak konvensional sehingga ke peringkat antarabangsa.

Apabila kita berdikari dari aspek kewangan, maka kita pun tidak lagi mengharapkan orang lain seperti Kerajaan untuk menjaga kebajikan kita. Malah, kita pula yang mampu untuk menentukan siapa yang kita mahu kan untuk menjadi Kerajaan.

Tidakkah baik begitu? 

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 9 Februari 2017 2:47 PTG

Orang Melayu Islam boleh berniaga tapi susah nak maju macam orang lain.Ramai orang Melayu tinggal dikampung dan bandar kecil jadi perniagaan yg mereka boleh lakukan ialah perniagaan yg kecil juga dgn kadar pertumbuhannya sangat terhad.Nak sampai ketaraf jutawan pun susah jauh sekali billioner.Kalau nak move berniaga di bandar besar,belanjanya juga besar,berniaga tepi jalan kena tangkap,berniaga di premis perniagaan sewanya pula tinggi.Adajuga lah dua tiga kerat yg mampu,tapi sampai bila nak jadi mejoriti.

Kerajaan pula banyak menumpukan pembangunan di badar besar ,dgn projek ratusan juta dan puluhan bellion.Hasilnya ,pelaburan kerajaan tersebut orang bandarlah yg menikmati limpahan kesan penggandanya.Ianya tak banyak sampai kepada poket orang Melayu,malah Bangla dan Indon yg lebih berbaloi mendapat faedahnya.

Kalau boleh org Melayu terus berkerja di jabatan kerajaan pul alhamdullilah lah,selagi Tony Phua tidak berkuasa.Kalau kuasa dah di tangan TP,kakitangan kerjaan yg ada pun akan di berhentikan,manakala kekosongan pada masa depan pula susah lah nak di capai oleh orang Melayu kerana pesaingan yg hebat.

Catat Ulasan