Sabtu, 11 Februari 2017

BREAKING NEWS: EXCO KANAN KEDUA SELANGOR LETAK JAWATAN, BAHAGIAN KORPORAT PEJABAT MB SELANGOR DIHUBUNGI

EXCO KANAN KEDUA Kerajaan Selangor akan meletak jawatan selepas menerima tekanan daripada pucuk pimpinan parti pusat sebentar tadi. Beliau yang tidak sebulu dengan Presiden parti dijangka meletak jawatan lebih awal memandang jangkaan PRU akan diadakan seawal bulan Mei ini. 

Exco Kanan Kedua dalam senarai Kerajaan Selangor ini dijangka menyertai parti PAN serpihan parti PAS. Pihak kami menghubungi beberapa pemimpin kanan negeri ketika bertemu di Johor dan Terengganu minggu ini dan mereka menutup mulut rapat.

Pegawai Korporat Cik Mas Sakdah binti Kamaruzzaman di Bahagian Korporat, Pejabat Menteri Besar Selangor gagal dihubungi untuk mengesahkan atau tidak desas-desus tersebut. Azmin Ali dijangka membuat pengumuman mengenai desas-desus ini esok.

Dengan perletakan jawatan ini dijangka Azmin Ali akan mengadap DYMM Sultan Selangor esok untuk mempersembahkan perkara yang berlaku di dalam kerajaan negeri Selangor. Umum mengetahui DYMM Sultan Selangor pernah beberapa kali murka kepada Azmin Ali di mana Azmin Ali pernah hampir sebulan tidak mengadap DYMM Sultan Selangor kerana kemurkaan Sultan Selangor tidak mahu bertemu beliau tidak lama dahulu.

Rakyat Selangor yang ditemui di sekitar Shah Alam tidak menafikan desas-desus tersebut. Seorang penyokong PKR mendesak Exco Kanan Selangor tersebut meletak jawatan kerana tidak memberi kerjasama kepada Menteri Besar Selangor.

Esok Update.


1 comments:

Tanpa Nama berkata... 12 Februari 2017 12:25 PTG

Assmin bekas 'pembantu' Raja Liwat......geli ah....

Catat Ulasan