Selasa, 24 Oktober 2017

KATA PAS: TANAH RUNTUH KERANA DOSA LIM GUAN ENG DAN PKR

0


Tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah yang mengorbankan lebih daripada 10 nyawa berpunca daripada keangkuhan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Perkara itu dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu semasa melawat lokasi kejadian.
“Pesuruhjaya (PAS negeri) sempat menyatakan kepada YB DAP Tanjung Bungah hasil dari kesombongan Ketua Menteri Guan Eng mengadakan Oktoberfest di Pulau Pinang, negeri bukan Taliban menyebabkan Kemurkaan Allah Azawajala telah mendatangkan bala bencana Alam satu persatu petaka bencana dari banjir kilat 24 kali kejadian sejak awal tahun dan kini tanah runtuh membunuh 14 nyawa.
“Ini adalah suatu dosa DAP Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang yang perlu dipertanggungjawabkan oleh Ketua Menteri DAP,kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Iszuree Ibrahim dalam Facebook.
Sementara itu, ADUN DAP Tanjung Bungah meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan negeri dan syarikat pemaju yang enggan mendengar bantahan orang ramai sebelum ini.
“Kerajaan negeri dan pemaju perlu bertanggungjawab,”katanya.
Yee Cheu berkata, beliau mengetahui mengenai projek itu sejak tiga tahun lalu, dan ia tidak mendapat kelulusan daripada pihaknya.
“Tiga tahun lalu, pihak pemaju ada menghantar permohonan mengenai projek ini ke pejabat saya untuk ulasan, tetapi saya tidak setuju.
“Apabila ia diluluskan, saya terkejut kerana saya langsung tidak dimaklumkan. Saya hanya tahu melalui orang awam yang memaklumkan projek ini sudah mula,” katanya ketika ditemui ketika melawat tapak runtuhan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Yee Cheu berkata, pihaknya mengesan tiga lagi projek perumahan puluhan tingkat sedang dijalankan di kawasan lereng bukit di Tanjung Bungah.
Malah, katanya, sekurang-kurangnya 10 lagi projek pembangunan berisiko tinggi sedang dalam proses untuk diluluskan oleh pihak bertanggungjawab.
“Kawasan Tanjung Bungah mempunyai nilai hartanah yang tinggi dan ia memberi keuntungan kepada kapitalis yang tidak mengendahkan kepentingan alam sekitar,” katanya.
Untuk rekod, Yee Cheu adalah antara ADUN DAP yang paling lantang dalam isu membabitkan pembangunan di kawasan lereng bukit dan alam sekitar.

Ahad, 22 Oktober 2017

TAHUN 1982 MAHATHIR BAWA TANDAS KOREA UNTUK BANDUAN KOREA BERAK !

3

Kasihan Tun Mahahthir, di bawa ke sana sini ke sana ke mari serupa apa yang dia buat dulu kepada Tunku Abdul Rahman Putra sekarang kena semula kepada dirinya.

Tun M tanya kenapa ramai pekerja dari negara China. Sama jugalah dahulu semasa membina Jambatan Pulau Pinang, kenapa pekerja, paku, besi dan segalanya didatangkan dari Korea. Makanan pun dari Korea. Gaji pun dalam wang Korea. TANDAS PUN BAWA DARI KOREA ! 

Tak caya pi sana tanyak orang Penang noo. Nak tahu lagi pekerja Korea yang bina Jembatan Penang itu Banduan-Banduan Korea tau, kalau depa mati main buang kat laut jer...Meka duk mana? Meka dikurung dalam kapal laut makan minum semua kat situ. Apasal tak da berita? Sebab masa tu takdak internet ler, takde whatsapp, tak der Handphone , lagi TV Akhbar Mahathir Kontrol! Tak caya? Tanya Nuar Berahim?

Dulu masa buat Proton tak ada ker pekerja Jepang di Shah Alam? Cuba cerr..

Bahasa Mandarin tu syarat tambahan yang memberi kelebihan kepada pemohon supaya boleh berkomunikasi. Memang terdapat ramai tenaga kerja mahir dalam kalangan warga China di MCKIP dan sudah tentu syarikat di situ memerlukan orang tempatan yang memiliki kelebihan bahasa Mandarin untuk berhubung dengan keperluan di bandar Kuantan misalnya.

Bab pagar tembok Tun M tak kanlah tak tahu, kawasan tapak merupakan kawasan merbahaya kepada umum dan larangan memasuki kawasan adalah prosedur biasa yang dilakukan pemaju bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan sehingga kini pihak syarikat masih membenarkan delegasi luar dan juga agensi kerajaan memasuki kawasan tapak. Tapi macam biasalah kena ada Pass Lawatan lapor diri macam kita masuk Yayasan Kepimpinan Perdana ler, macam kita nak pergi rumah mewah Tun M tepi tasik Sri Kembangan tu, security guard punyalah jauh kena isi borang kena minta pass.


Mahathir melakukan penipuan yang terlalu ketara atau lebih tepat terlalu “bodoh” apabila beliau mendakwa kawasan tersebut tidak boleh dimasuki. Kawasan mana-mana syarikat pun, jika tanpa pass masuk yang sah maka tidak ada sesiapa pun dibenarkan masuk tanpa mengira bangsa pun.

Kawasan perindustrian ini dimajukan oleh sebuah syarikat pemaju hartanah dari Malaysia dan ia adalah syarikat dari Malaysia juga, Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd yang memegang 51% ekuiti manakala baki 49% dipegang oleh Guangzhi Beibu Gulf Asean Investment dari China.

Mahathir mendakwa kawasan ini tidak dibenarkan orang Malaysia untuk memasukinya dan konon semua pekerja adalah dari China seolahnya ada bahagian dalam negara ini yang telah digadaikan kepada negara China. Ini untuk menyokong pembohongan Mahathir kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggadaikan negara ini kepada China. Aduhai Tun cara lama nak jatuhkan Anwar Ibrahim tak sesuai lagi lah Mahathir ooi...

Dakwaan ini ternyata tidak berasas sama sekali. Bagaimana sebuah kawasan perindustrian yang dimiliki secara majoritinya oleh syarikat dari Malaysia, pemajunya pulak juga syarikat dari Malaysia tapi orang Malaysia tidak boleh masuk? Lagipun, tidak ada pos imigresen negara China dikesan di kawasan tersebut sehingga nak dikatakan orang Malaysia tidak dibenarkan masuk.

Kalau orang Malaysia tak dibenarkan masuk, bagaimana pula satu-satunya syarikat yang beroperasi dalam kawasan perindustrian tersebut mengiklankan kekosongan melalui portal mencari kerja di Malaysia dan ironinya, jawatan yang diiklankan itu ialah Eksekutif Sumber Manusia yang antara lain memerlukan calon tersebut mahir dengan undang-undang buruh di Malaysia!!! Siapa pulak rakyat China yang mahir dengan undang-undang buruh Malaysia?

Tapi itulah Mahathir, reputasinya sebagai penipu semakin terserlah dari hari ke hari. Sudah tentulah “masuk” yang dimaksudkan ni bukan main redah bangunan orang begitu saja, nak kena ada kebenaran pemilik bangunan lah dulu. Tapi ini benda biasa, Yayasan Kepimpinan Perdana pun bukan semua orang boleh redah masuk, tapi tak bermaksud ia milik negara asing.


MAHATHIR MUDAH LUPA !

[BREAKING NEWS] DEMO BESAR-BESARAN ANTI MAHATHIR DI JAKARTA BESOK SIANG: PERINGATAN KEPADA PENDEMO

1
Mahathir bertemu ibu Megawati dan Calon Persiden Indonesia Jokowi tanggal 14/4/2014. Ini Campurtangan Mahathir Dalam Politik Indonesia Karena Selepas Menang Mahathir Memaksa Jokowi Membeli Mobil Proton ! Seterusnya gambar di bawah.
Kemudian Jokowi Dipaksa Melawat Proton (2015) Di Mana Mahathir Memaksa Jokowi Membeli Proton Sebagai Balasan Dibantuin Ketika Pemilihan Persiden  


Kemudian Mahathir Menghina Bangsa Bugis. Ini tidak berlaku di Indonesia tetapi Diktator Mahathir Yang Memfitnah Anwar Ibrahim Menghina Bugis. Dengarin Dia Menghina

Besok para mahasiswa, dosen di universitas-universitas sekitar Jakarta, Bandung, Jogja, Surabaya, Makassar dan Kerukunan Keluarga Sulawesi Selatan (KKSS) Jakarta akan mengadakan rapat umum di KEDUBES Malaysia di Jakarta pusat dan di Konsul Jeneral Malaysia di Makassar.

Seluruh masyarakat Bugis di luar negara terasa sangat tersinggung dan terhina dengan ucapan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad karena menggelar Bugis sebagai lanun. Kelmarin sore, di Instanbul Naib Persiden Indonesia bapak Jusuf Kalla menyatakan rasa tersinggung yang amat sangat dengan keceluparan Mahathir. Jusuf Kalla mengajar Mahathir bahawasanya cop lanun itu segaja dibikin oleh orientalis penjajah barat karena pahlawan-pahlawan Bugis menentang mereka karena menjajah Nusantara Melayu.

Pahlawan-pahlawan Bugis bukan sahaja menentang VOD Belanda, juga membantu Raja-Raja Melaka dan Johor, Selangor, Perak, Pahang, Negeri 9 serta Kedah menghalau penjajah Portugis, Belanda serta Siam. Pahlawan-pahlawan Bugis juga membantu Kesultanan Sulu pada tahun 1500an untuk menghalau penjajah Spain. Maka karena itu mereka dituduh lanun oleh orientalis-orientalis ini. Adakah Mahathir juga sebahagian dari Orientalis berpikiran penjajah?

Namun begitu peringatan kepada pendemo besok siang di Jakarta dan di Makassar agar supaya tidak membakar bendera Malaysia. Yang bikin sial adalah Mahathir si pemfitnah Anwar Ibrahim dan yang campurtangan dalam politik Indonesia semasa pemilihan Persiden Indonesia yang baru lalu.

Ini masanya ngajarin Mahathir. Cobain koreksi ketika bertemu ibu Megawati beberapa minggu sebelum pemilihan Persiden Indonesia berapa juta dia memberi dana agar supaya PDPI dan Jokowi menang. Kemudian, dipaksa Jokowi melawat Malaysia dan kilang proton dan Mahathir memaksa Jokowi membeli Proton karena membalas budi dana itu.

Mahathir ini kepala batu. Sudah disuruh memohon maaf kepada bangsa Bugis tetapi dibilangnya orang Bugis dibayarin diupah membuat demo. Kalau begitu pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi keluarga Sul Sel di Jakarta dan Makassar, mari besok sore kita ngajarin Mahathir bahawa ini bukan demo dibayar. Ini adalah maruah bangsa Bugis seluruh nusantara dan dunia.

Esok kita kumpulin kereta Proton Mahathir dan Foto Diktator KKN Mahathir dan kita bakarin dan ajarin sama Mahathir Kutty apa erti Maruah dan apa erti Bangsa Bugis!

Ayok para Siswa Sul Sel dan seluruh rakyat Indonesia, bertemu besok siang di KEDUBES Malaysia di Jakarta. Hancurkan Mahathir !

Bapak Herman.
DKI Pusat Jakarta.

Jumaat, 20 Oktober 2017

DATUK RASHID: SPR DI BAWAH MAHATHIR PENUH DENGAN PENIPUAN

2



Malaysian Digest – Kritikan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keturunan Bugis sekaligus mencerca keturunan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata penganalisis politik, Raja Sara Petra.
“Sultan Selangor dari keturunan Bugis. Begitu juga saya. Adakah Mahathir katakan Sultan dan keseluruhan keluarga Diraja Selangor adalah lanun?” soalnya mengulas ucapan Dr Mahathir semasa Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi, Sabtu lepas.
Dr Mahathir pada himpunan berkenaan menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai lanun Bugis, dan mengarahkannya untuk “balik Bugis”.
“Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis,” kata Dr Mahathir.
Jelas Raja Sara, dakwaan menyamakan Najib sebagai lanun hanya kerana terdapat golongan tersebut dari kalangan Bugis adalah sama seperti menyamakan semua Mamak sebagai pengkhianat.
Katanya, hanya kerana seorang Mamak membantu menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511, tidak adil untuk menyamakan semua Mamak dengan perangai sedemikian.
“Dan hanya kerana Mahathir mungkin seorang Mamak jahat, tidak bermakna semua Mamak jahat,” tegasnya lagi.
Raja Sara turut mengulas mengenai sambutan hambar himpunan di Padang Timur, Petaling Jaya tersebut dimana hanya 4,000 peserta hadir pada waktu kemuncak – jauh daripada sasaran awal seramai 100,000 orang.
Antara yang memberi ucapana pada himpunan berkenaan adalah Naib Presiden PPBM Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman yang merupakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga tahun 2008.
Ketika himpunan berkenaan, sewaktu beliau berkhidmat sebagai pegawai kerajaan di SPR, pelbagai program dijalankan untuk meraih undi rakyat semata-mata.
“Dan segala rancangan yang dijalankan adalah untuk menipu, menawan hati rakyat, bagi sikit kaut banyak,” katanya.
Raja Sara mempertikaikan kritikan Ab Rashid yang memalitkan dakwaan tersebut terhadap pemerintahan Najib sekarang, ekoran Najib hanya memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009, setahun selepas Rashid melepaskan jawatan Pengerusi SPR.
“Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Beliau berkhidmat sewaktu pemerintahan Dr Mahathir dan bukannya Najib. Rashid tidak pernah bekerja dibawah Najib.
“Jadi, apabila Rashid mengakui SPR membantu menipu dalam pilihan raya, secara dasarnya beliau beliau menggelarkan Mahathir sebagai penipu,” kata Raja Sara.
Tambahnya lagi, kritikan terhadap sistem pilihan raya semasa juga adalah sistem yang dibawanya ketika mula menggalas tugas selaku Pengerusi SPR pada tahun 2000.
“Jadi mengapa Rashid mengkritik sesuatu yang beliau sendiri lakukan sedangkan bosnya pada waktu itu adalah Mahathir.
Bahagian paling seronoknya, kedua-dua mereka (Rashid dan Dr Mahathir) berkongsi pentas. Inilah yang dikatakan Melayu mudah lupa,” ujarnya lagi.

TAN SRI MUHYIDDIN TERSINGGUNG, PENDAM KEMARAHAN KEPADA TUN M

0

Tindakannya yang mengejek masyarakat Bugis langsung tidak menunjukkan sifatnya sebagai seorang negarawan.
Disebabkan ucapan yang biadap itu, Persatuan Bugis Johor telah membuat laporan polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ucapan Mahathir Mohamad.
Yang Dipertuanya, Datuk Awang Mohamad, berkata kenyataan Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun, mengguris hati seluruh masyrakat Bugis di Malaysia dan Nusantara, yang dianggarkan seramai enam juta orang.
Sementara 200 anggota Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM) pula telah Yayasan Kepimpinan Perdana bagi mendesak beliau meminta maaf dan menarik balik kenyataannya itu.
“Sebagai negarawan dan bekas pemimpin negara, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Soal perkauman jangan kita bangkitkan kalau mahu Malaysia terus maju, keamanan perlu kita jaga. Soal politik itu adalah ideologi masing-masing, tidak perlu kita campur adukkan. Jangan khianati keamanan ini.
“Kita minta beliau tarik balik kenyataan itu kerana ia bukan hanya membabitkan masyarakat Bugis di negara ini tetapi juga negara lain seperti di Indonesia,” kata Timbalan Presidennya, Tasman Matto.
Tan Sri Muhyiddin banyak berdiam diri. Kemarahannya kepada Tun M dipendam-pendam.

Rabu, 18 Oktober 2017

GARA-GARA MULUT CELUPAR TUN M: KEDUTAAN MALAYSIA DI JAKARTA DAN MAKASSAR DIANCAM BOM, JUSUF KALLA TERSINGGUNG

10

Laporan dari Jakarta menyatakan beberapa kumpulan Front Islam dan Kerukunan Bugis Jakarta sedang mengumpul ribuan warga untuk bergerak ke Kedutaan Malaysia di Jakarta. Mereka menyatakan penentangan karena pernyataan kurang ajar Mahathir Malaysia menghina bangsa Bugis sebagai lanun. 

Bicara di perumahan elit di Jalan Prapanca JakSel semalam melaporkan Pak Jusuf Kalla, Naib Persiden Indonesia sangat tersinggung bilamana Bugis dihina lanun oleh ortu diktarorist Mahathir Malaysia.

Kondisi yang serupa sedang berlaku di Makassar Sulawesi Selatan Indonesia di mana penduduk Bugis kira-kira 20 juta jiwa. Situasi di bangunan Konsul Malaysia di Makassar dalam keadaan tegang dan panas. Pasukan keselamatan Indonesia direncana sedang berjaga-jaga di bangunan Dubes Malaysia.

Dipanjangkan salah satu rencana dari Indonesia:-

*MAHATHIR MALAYSIA HINA BANGSA KITA, SANGAT KURANG AJAR MAHATHIR WARISI KETURUNAN BANGSA PEMBELOT*

*SERUAN BANGUN BANGSA BUGIS INDONESIA MALAYSIA SINGAPURA BRUNEI*


Salam persaudaraan kepada anda di Malaysia, ibuku asal Malaysia, bapa ku dari Sulawesi, Indonesia. Aku warganegara Malaysia dan ada banyak lagi keturunan Bugis di Nusantara bukan sahaja di Malaysia tapi di Brunei, Singapur mahu pun di Philipina.

Kelmarin aku diberikan video ucapan Mahathir, bilangnya bapak Najib pulanglah ke Sulawesi. Ini sangat kurang ajar karena dalam zaman moden begini masih ada orang yang dulunya MahaFiraun Maha Diktatorist tiba2 apabila sudah tidak ada kuasa, melabelkan suku bangsa dengan nama-nama yang jelek. Sudah terlalu desparado.

Jadi kamu Mahathir pulang aja ke tanah nenek moyang kamu di negeri bangsa Kutty. Kamu memang tidak sadar diri, dulu kamu datang ke Jakarta kamu biaya PDPI untuk menang pemilihan Persiden Indonesia, kemudian apabila Pak Jokowi menang kamu paksa Jokowi beli Proton kamu. Apa kamu pikir bangsa Indonesia boleh mengikuti cara diktator kamu!

Kamu lupa dulu di kala Sultan Mahmud Melaka meminta bantuan tantara Bugis 5 bersaudara, nenek moyang kami bertempur tidak berundur, kami juga bantu Sultan Kedah melawan Siam sehingga Daeng Parani mati di Kedah, kami bantu Sultan Sulu menghalau penjajah. Kamu bangsa Kutty hanya tahu belot ! Apa jasa kamu kalau tidak hanya mengkayakan anak beranak keturunan kamu !

Kamu Mahathir bangsa yang hina, karena selepas kamu menghinakan Anwar Ibrahim kamu menjilat semua tuduhan kamu, sekarang kamu mahu membunuh Najib karena kamu punya nafsu sangat rakus. Kami bangsa Bugis di Indonesia sangat terhina dengan gelaran-gelaran yang kamu lakukan kepada bangsa kami di Malaysia.

Kami menyeru seluruh bangsa Bugis di Nusantara bangun menentang penghinaan Mahathir kepada bangsa Bugis. Ayok Bangsa Bugis Indonesia mari turun di jalanraya bantah penghinaan Mahathir kepada bangsa kita.

Ayok Bangsa Bugis Indonesia bangun... bangsa kita sedang dihina oleh kaum-kaum Mahathir di Malaysia! Apabila saudara kita dihina bererti kita juga dihina ! Ayok hancurkan Mahathir Malaysia.

*Andi Makmur Andi Rahman* H.Md.
Sulawesi Selatan.
16 Oktober 2017.










Ahad, 15 Oktober 2017

HARAKAH : TUN MAHATHIR SUDAH MELAMPAU, TUN M KURANG AJAR KATA HARAKAH

5
TUN Mahathir Mohamad sudah melampau dan rasis! Beliau boleh sahaja menghentam Datuk Seri Najib Razak, tapi bila beliau menghina bangsa Bugis ini melampau dan kurang ajar!
Mahathir menyebut secara jelas dalam ucapannya di Himpunan Anti-Kleptokrasi malam tadi:
"Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."
Lebih menjengkelkan hadirin di himpunan tersebut turut bersorak dan seolah-olah bersetuju dengan sikap rasis yang ditunjukkan Tun M!
Ini bukan ajaran Islam! Melayu, Cina, India, Mamak, Bugis, Jawa, Banjar, Iban, Kadazan dan semua bangsa sama di sisi Allah melainkan taqwa!
Lebih daripada itu, ini juga bukan ucapan seorang negarawan yang ingin mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara. Bahkan beberapa Sultan di Malaysia juga beketurunan Bugis.
Saya menyeru pihak berkuasa untuk menahan Tun M di bawah Akta Hasutan! Say No To Kleptocracy! Say No To Racism!
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman di dalam Al-Qur'an, Surah Al-Hujurat ayat 13:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." –HARAKAHDAILY 15/10/2017

Sabtu, 14 Oktober 2017

AININA SAMAN RM7 JUTA PEMIMPIN PARTI PRIBUMI BERSATU, TERMASUK MUHYIDDIN DAN TUN M ?

1


Anina Saadudin, memaklumkan pihaknya telah memfailkan saman fitnah terhadap enam individu termasuk empat daripadanya merupakan pemimpin tinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Langkawi.
Anina, melalui peguamnya, Tetuan Abdul & Yazmin telah memfailkan saman berkaitan fitnah yang dilontarkan terhadapnya mengenai dakwaan penerimaan wang sebanyak RM7 juta daripda UMNO di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.
Bagimanapun beliau enggan mendedahkan identiti keenam-enam individu tersebut sehingga penyerahan notis daripada pihak mahkamah terhadap mereka.
“Saya melalui barisan peguam saya, telah memfailkan suatu tindakan saman fitnah di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam terhadap beberapa individu untuk membersihkan diri dan nama saya yang dituduh menerima wang sejumlah RM7 juta dari pihak UMNO,” katanya dalam sidang media di Bangi hari ini.
Antara faktor tindakan memfailkan saman itu dilakukan berikutan tiada sebarang tindakan diambil oleh kepimpinan tinggi PPBM berkenaan fitnah yang dilontar terhadapnya, memandangkan beliau juga antara pemimpin tinggi dalam parti sebelum ini, meskipun sudah membuat aduan ke Jawatan kuasa Disiplin PPBM pada awal Ogos lepas.
Sementara itu, Anina memaklumkan beliau telah membuat laporan kepada polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung dakwaan wang sogokan RM7 juta itu.
Namun, fitnah berterusan yang dimainkan di laman-laman media sosial secara terbuka oleh individu-individu tersebut, mendorong Anina untuk mengambil tindakan undang-undang.
Sementara itu, Anina turut mempersoal kredibiliti pemimpin tinggi PPBM yang tidak mengambil sebarang tindakan berhubung pendedahan awal ketua sayapnya, Syed Saddiq Abdul Rahman berkenaan ‘Rangkaian Dedak Terancang’ dalam sidang media terdahulu.
“Syed Saddiq dengan sedih dan sebak menyatakan beliau sudah mengetahui perancangan ‘Rangkaian Dedak Terancang’ sejak Disember 2016 lagi.
“Malah katanya lagi, ini turut diketahui pimpinan tertinggi PPBM. Peliknya jika mereka mengetahui semua perancangan ini kenapa tidak bertindak lebih awal?
“Kenapa tidak didedahkan dan diambil tindakan? Saya difitnah mendapat RM7 juta bermula Jun 2017. Kenapa perancangan ‘Rangkaian Dedak Terangkai’ yang kononnya diketahui sejak Disember 2016 hanya didedahkan baru-baru ini?” kata Anina.
Anina, yang juga bekas Ketua Srikandi PPBM menyifatkan sidang media Syed Saddiq pada 2 Oktober lalu menjurus untuk menutup kelemahan parti itu sendiri dengan membuat dakwaan habuan RM7 juta tersebut.
Syed Saddiq pada sidang medianya awal bulan ini mendakwa wujudnya rangkaian dedak yang sistematik sedang digunakan untuk mempengaruhi pemimpin kanan keluar meninggalkan parti.
Beliau juga mendedahkan tiga pengasas PPBM yang telah keluar parti sebelum ini iaitu Kamarulazman Habibur Rahman, Datuk Hamidah Osman dan Anina adalah individu yang didakwa turut menerima habuan berkenaan.
Syed Saddiq mendakwa beliau juga ditawarkan RM5 juta untuk mengadakan sidang media mengumumkan beliau akan meninggalkan negara dan memburukkan parti dan pimpinannya.
Ketua Armada PPBM itu mendakwa wang tersebut ditawarkan dengan syarat beliau menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir – bertujuan bagi menggambarkan pemimpin parti hanya memikirkan perjuangan peribadi.
“Saya percaya sehingga ke hari ini Syed Saddiq mahu pun mana-mana pimpinan PPBM masih belum membuat laporan kepada SPRM tentang dakwaan berkaitan usaha yang disebut ‘Rangkaian Dedak Terancang’ itu.”

Jumaat, 13 Oktober 2017

PEG PENERANGAN LIM GUAN ENG DITAHAN AKTA HASUTAN KERANA CADANG SISTEM RAJA-RAJA DIHAPUSKAN

0


Polis telah menahan Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin ( gambar-tengah) di luar Masjid Sembilang,Seberang jaya selepas solat Jumaat.
Ia dipercayai ada kaitan dengan satu kes hasutan yang melibatkan dirinya.
Katanya Wan Ji hari ini menyampaikan khutbah Jumaat di masjid itu.
Menurutnya Wan Ji dibawa ke Ibupejabat Polis Seberang Perai Tengah.
Wan Ji yang juga Ketua Biro Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) terlibat dalam kontroversi hina Sultan.
Pada awal September lalu beliau dilantik sebagai Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang – Agendadaily
PENAHAN USTAZ WAN JI WAN HUSIN
Kenyataan Media | 13 Oktober 2017
1. Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ustaz Wan Ji Wan Husin sebentar tadi telah ditahan oleh pihak polis.
2. Ustaz Wan Ji hari ini menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya Pulau Pinang.
3. Sejurus selesai solat Jumaat sepasukan anggota polis telah menahan beliau.
4. Kini beliau dibawa ke IPD Seberang Perai Tengah. Belum lagi diketahui alasan penahanan beliau.
5. Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Ustaz Wan Ji ditahan.
Saifuddin Nasution Ismail
Penasihat Strategik
Ketua Menteri Pulau Pinang

Rabu, 11 Oktober 2017

CINA MALAYSIA KALAH LAWAN CINA INDONESIA

4

Dr. Mohd Ridhuan Tee – MEMBACA tesis kedoktoran Aimee Dawis, warganegara Indonesia berbangsa Cina, bertajuk “Orang Indonesia Tionghua mencari identitas” begitu menarik perhatian saya. Orang Cina Indonesia sudah tidak lagi kelihatan seperti orang Cina seperti di Malaysia. Indonesia mengamalkan asimilasi secara paksaan bermula tahun 1965, apabila jatuhnya rejim komunis pimpinan Sukarno.
Suharto yang menggantikan Sukarno mengambil tindakan drastik memutuskan hubungan orang Cina Indonesia dengan negara asalnya secara kekerasan. Asimilasi dilaksanakan seratus peratus. Cara hidup orang Cina diubah sepenuhnya menjadi orang Indonesia termasuk dari segi nama, pakaian, bahasa, sambutan perayaan dan segala cara hidup yang lain. Rancangan televisyen, radio, filem, sekolah, makalah, perayaan kebesaran dan sebagainya yang ada berbau kecinaan diharamkan. Proses ‘pengIndonesiaan’ berlaku secara ekstrem. Tujuannya tidak lain, untuk membina sebuah negara bangsa. Hal ini tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku di Thailand dan Filipina, tetapi tidak seagresif Indonesia.
Hari ini, orang Cina Indonesia tidak lagi seperti orang Cina. Mereka tidak ada beza langsung dengan orang Indonesia dari cara hidupnya. Hatta, perkara-perkara kecil melibat istilah juga dijaga rapi. Orang Cina di sana tidak dipanggil orang Cina Indonesia tetapi dipanggil orang Indonesia Tionghua. Negara Indonesia didahulukan berbanding dengan bangsa.
Semua ini mengingatkan saya iklan 1Malaysia di kaca televisyen yang disiarkan saban hari. Antaranya berbunyi, “nama saya Saifuddin, saya orang Melayu, nama Pugalmani a/l Maniam, saya orang India, begitulah seterusnya seterus orang Cina, Iban dan sebagainya. Kenapa kita tidak dahulukan Malaysia seperti saya orang Malaysia Melayu, orang Malaysia Cina atau orang Malaysia India? Hari ini kita sibuk memperkatakan bangsa Malaysia. Tidakkah wajar perkara sebegini ini diteliti walaupun kelihatan ‘kecil’ oleh penerbit?
Saya lihat dari sudut lain, cara kita menamakan universiti sudah tepat iaitu Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak dan sebagainya. Kenapa kita tidak praktikkan istilah yang sama dalam konteks anak bangsa yang hidup bersama di sini?
Membandingkan Malaysia dan Indonesia, ternyata bukan Melayu di bumi bertuah ini cukup bernasib baik dan beruntung. Mereka masih boleh mengekalkan semua identiti mereka, tanpa diubahsuai dan langsung tidak diasimilasikan.
Semuanya mengingatkan saya kepada ceramah Profesor Rupert Brown daripada Univeriti Sussex, England baru-baru ini, mengenai dinamika akulturasi di negara lain, di kalangan minoriti atau imigran. Akulturasi bermaksud peminjaman budaya orang lain (majoriti) untuk diamalkan (minoriti) tetapi tidak kekal. Misalnya, bangsa minoriti meminjam budaya majoriti seperti pemakaian baju Melayu dan bersongkok oleh bukan Melayu. Sama juga, seperti orang Melayu memakai pakaian tradisi bukan Melayu dan sebagainya.
Persoalannya, adakah proses akulturasi sebegini berjalan dengan baik? Dari segi pemakanan, saya tidak menafikannya, seronok melihat rakyat Malaysia makan roti canai dan nasi lemak bersama-sama.
Pengalaman di negara lain menunjukkan akulturasi berjaya menyatupadukan rakyat. Berbanding dengan Malaysia. Kita masih lagi bertatih atau merangkak-rangkak. Ini kerana masih ada perasaan takut diasimilasikan.
Saya lihat orang Melayu lebih terbuka kepada proses akulturasi. Mereka tidak segan silu makan bersepit atau memakai pakaian bangsa lain. Sambutan Tahun Baru Cina akan menyaksikan segalanya bagaimana semangat 1Malaysia diraikan.
Tetapi saya jarang melihat bangsa lain mengakulturasikan budaya Melayu. Kalau adapun, hanya pada pemakaian baju kurung ketika majlis tertentu oleh kaum wanita. Lelaki bukan Melayu amat jarang sekali memakai baju Melayu penuh berbanding sekali sekala melihat orang putih memakainya. Bilakah agaknya kita dapat melihat keunikan akulturasi ini, meskipun asimilasi tidak dapat diterima lagi?

Selasa, 10 Oktober 2017

PRU14 KAUM CINA AKAN DIPINGGIRKAN GARA-GARA DAP KATA ARTHUR SIM

0

Agenda DAP bahaya untuk masa depan kaum Cina di Malaysia dan jika dibiarkan berterusan ia akan memudaratkan keseluruhan kaum itu sepertimana yang pernah berlaku di Indonesia, kata Arthur Sim.
Menurutnya pada era 60-an, Presiden Indonesia Sukarno telah dijatuhkan kerana dituduh mempunyai hubungan intim dengan parti Komunis China dan Parti Nasionalis Cina Komintang, namun kenaikan Presiden Indonesia yang baharu, Suharto bukan menguntungkan masyarakat Cina di republik itu, sebaliknya membinasakannya.
“Presiden baharu Suharto menyedari bahawa orang-orang Cina akan menimbulkan masalah dan harus dipinggirkan untuk menyelamatkan Indonesia dari kekacauan.
“Kerajaan baharu (Indonesia) bermula dengan memaksa mereka (kaum Cina) mengubah nama mereka ke bahasa Indonesia, watak Cina tidak dibenarkan untuk dipamer di tempat awam, sekolah Cina ditutup dan Jabatan Cukai Pendapatan berada di atas mereka untuk memastikan mereka membayar balik apa yang telah mereka ambil.
“Lesen perniagaan dilanjutkan hanya untuk tempoh tertentu bertujuan untuk menghalang mereka (kaum Cina) daripada mengawal keseluruhan ekonomi dan sebagainya,” ulas Arthur Sim dalam Facebook.
Tambahnya, walaupun era kepimpinan Suharto telah tumbang, namun pemerintahan pasca reformasi terus memudaratkan masa depan masyarakat Cina di republik itu.
“Dalam acara baru-baru ini, Gabenur berbangsa Cina di Jakarta, Ahok terpaksa meletak jawatan dan meringkuk selama dua tahun dalam penjara hanya kerana salah petik satu ayat Al Quran dalam salah satu ucapannya.
“Adakah kita mahu semua ini berlaku di Malaysia?,” soalnya.
Katanya, apa yang berlaku di Indonesia itu tidak mustahil juga bakal berlaku di Malaysia.
“Ramai kawan-kawan Cina saya dari Indonesia memberitahu supaya berhati-hati dengan DAP. Parti ini (DAP) jahat dan mesti dibasmi sebelum terlambat.
“Mereka terus mengingatkan saya bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang hebat …. sebuah negara yang aman dan harmonis untuk semua orang.
“Kenapa DAP masih berusaha keras untuk memusnahkannya ?
“Sejarah kaum Cina Indonesia mungkin berulang di Malaysia jika kaum Cina terus menyokong DAP dalam mewujudkan ketidakpercayaan yang tidak menentu bagi masyarakat Melayu sederhana.
“Apakah Datuk Seri Najib boleh lakukan sekiranya beliau dipaksa memperjuangkan hanya nasib bangsa Melayu kerana orang Melayu adalah Melayu dan untuk mempertahan survival hidup bangsa mereka pasti mereka akan bersatu dalam apa keadaan sekalipun.
“Buktikan kenyataan saya salah?.”
Menurutnya, tanda-tanda awal pemingGiran kaum Cina di Malaysia sudah mula berlaku selepas PRU 13.
“Selepas PRU13, dilihat pakatan pembangkang Pakatan Rakyat telah membawa orang Cina ke destinasi yang jelas.
“Akhir-akhir ini, ahli-ahli parlimen gabungan baharu Pakatan Harapan masih berusaha keras untuk menggali kubur untuk orang Cina dan orang bukan Melayu untuk melompat dan menguburkan diri mereka ke dalam lubang kotor yang lebih dalam.
“Kaum Cina lebih baik bangun dan mula berfikir secara serius sebelum perkara ini sudah tidak boleh dikawal lagi.
“Menongkah arus dengan melawan UMNO sederhana yang sedang memerintah akan membawa kita tanpa haluan dan anda hanya akan memaksa mereka (kaum Melayu) mengambil langkah-langkah melampau untuk mengecualikan semua kaum bukan Melayu dalam arena politik negara demi kelangsungan kehidupan bangsa mereka (kaum Melayu) sendiri.
“Hidup Malaysia!.”