Sabtu, 31 Disember 2016

KHAIRUDDIN SERANG PRESIDEN PPBM ISU CUTI KE EROPAH

2


Selepas menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan skandal seks, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terus mengasak Presiden PPBM itu berkaitan dengan isu cuti yang terlalu lama di Eropah.
Khairuddin berkata tindakan presiden Muhyiddin tidak sepatutnya bercuti ketika parti itu masih baharu kerana ia akan merencatkan gerak kerja ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi.
“Semua orang kelam kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Tun Dr Mahatahir Mohamad sendiri tidak bercuti.
“Pilihan raya umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, April, Ogos. Segala kemungkinan boleh berlaku. Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia presiden parti,” katanya kepada FMT.
Muhyddin kini dilaporkan masih berada di Eropah. Sepanjang beliau bercuti, pelbagai kemelut dalaman berlaku dalam PPBM dan antaranya ialah Anina Saadudin tersingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti, Srikandi.
Bahkan, bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor turut memutuskan untuk keluar PPBM, kurang 3 bulan selepas penyertaannya.
Pada 27 Oktober lalu, Khairuddin turut mengumumkan keluar PPBM berkuat kuasa serta merta dengan alasan untuk memberi tumpuan kepada kes mahkamah yang sedang berlangsung.
“Kalau PPBM sudah mantap tidak mengapa, tetapi PPBM baru ditubuhkan. Tindakan Muhyiddin bercuti tidak wajar dan tidak bijak sama sekali.
“Lepas PRU kalau dia hendak bercuti, bercutilah. Tetapi ini masa untuk kita kumpul tenaga, turun habis-habisan. Ini tidak, keluar negara berminggu-minggu,” bidas Khairuddin.
Bagaimanapun, katanya kemelut dalaman yang berlaku dalam PPBM tidak akan merencatkan gerak kerja yang dilakukan parti komponen dalam Pakatan Harapan.
“Pakatan Harapan (PH) amat kuat kali ini, kerana saya lihat gerak kerja Amanah, DAP, PKR dan NGO yang menyokong, mereka bergerak amat kuat di peringkat akar umbi.
“Soal sama ada PPBM boleh ‘perform’ atau tidak dan menjejaskan prestasi PH, saya rasa tidak relevan kerana apa yang saya lihat mereka masih lagi teruskan perjuangan walaupun bersama PPBM atau tidak,” katanya. - AIDCNEWS

Jumaat, 30 Disember 2016

AZMIN ALI BIDAS PRESIDEN PKR ISU BR1M

4



SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ternyata berbeza pandangan dengan presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail apabila mengibaratkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai sogokan politik.

Mohamed Azmin berpendapat sedemikian kerana nilai bantuan tersebut dilihatnya tidak mampu membantu menjana ekonomi rakyat.

“Bagi saya, BR1M adalah salah satu bentuk rasuah. Ini adalah salah satu cara sogokan. Sogokan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk.

“Kalau nak dikatakan bantuan untuk jana ekonomi, ia tidak mampu berbuat demikian. Nilai RM600 boleh habis dalam dua hari,” katanya.



Menteri Besar itu ditemui pemberita selepas memberi keterangan kepada polis di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Kelmarin, Wan Azizah menyangkal dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menganggap program BR1M sebagai rasuah.

Wan Azizah berkata, BR1M memang sepatutnya diberikan kepada rakyat kerana ia adalah hak mereka.

Ketika diminta mengulas kenyataan Wan Azizah itu, Mohamed Azmin memberitahu, pendapat Presiden PKR tersebut perlu dilihat dari sudut lain.

“Tidak adil bandingkan pandangan saya dengan dia (Wan Azizah) tapi saya tetap nyatakan yang BR1M adalah salah satu bentuk sogokan (rasuah),” ujarnya – Utusan

Isnin, 26 Disember 2016

PAS UCAP TAHNIAH KEPADA KERAJAAN PIMPINAN DS NAJIB

1

Resolusi PBB: PAS ucap tahniah kepada wakil Malaysia




RESOLUSI PBB HENTIKAN AKTIVITI PENEMPATAN ISRAEL: PAS UCAP TAHNIAH KEPADA WAKIL MALAYSIA

PAS mengucapkan tahniah kepada wakil Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di atas resolusi menghentikan aktiviti penempatan Israel di bumi umat Islam Palestin. Ini adalah suatu tamparan besar kepada kerajaan Israel yang sering kali bertindak menindas rakyat Palestin meskipun perkara tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

US tidak menggunakan kuasa veto yang dimilikinya bagi mempertahankan Israel walaupun telah dipinta oleh Perdana Menteri Israel sendiri. Akhirnya resolusi yang diusulkan semula oleh wakil negara Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela itu dibincang dan diluluskan.

Resolusi tersebut mengarahkan Israel supaya menghentikan sebarang aktiviti penempatan haram di Palestin dan Jerusalem. Israel telah membina penempatan haram sejak 1967 dan terus berdegil dengan aktiviti tersebut walaupun jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Kejayaan resolusi tersebut tepat pada masanya ketika isu konflik Syria yang berkongsi sempadan dengan Israel sedang rancak diperdebatkan.

PAS masih konsisten tidak mengiktiraf negara haram Israel dan menolak solusi dua negara (two-state solution). PAS mengharapkan agar wakil Malaysia di PBB mempunyai pendirian yang tegas dalam memberikan tekanan kepada organisasi dunia tersebut supaya bertindak dengan cara yang sepatutnya dalam menangani konflik berpanjangan di Palestin.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahad, 25 Disember 2016

VIDEO PENSYARAH DAN MAHASISWA BENGANG DENGAN TUN M

5



Dr Mahathir Mohamad seorang yang tidak berprinsip berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej 1971 (AUKU), Dr Baharuddin Aziz.

“Bercakap pasal AUKU ni, sebenarnya semua sedia maklum, diperkenalkan ketika dia menjadi Menteri Pelajaran.

“Masa itu, bukan saja kegiatan pelajar dikongkong, kerja-kerja akademik (kumpulan) pensyarah juga turut dikongkong jika berbanding sekarang,” katanya. Mahathir, baru-baru ini hadir satu pentas bersama aktivis mahasiswa yang digantung pengajian, Anis Syafiqah Md Yusof bercakap mengenai AUKU dalam satu forum di Petaling Jaya.
Dalam forum tersebut, Mahathir bagaimanapun tidak menjawab secara tepat tentang pendirian semasanya sama ada akta tersebut akan dimansuh atau dikekalkan sekiranya pembangkang menerajui negara. Kumpulan Mahasiswa yang hadir pada majlis tersebut seterusnya melahirkan rasa kurang senang dengan jawapan berdolak-dalih oleh Mahathir itu.

Sabtu, 24 Disember 2016

EPISOD BARU ANINA: HAMIDAH DIKATA DALANG KES

4

anina2

Anina Saadudin mengakui terdapat krisis dalaman dalam parti itu yang berusaha untuk menjatuhkannya.
“Sekarang ini, mereka buat apa-apa pun, mereka lompat bagaimapun pun, dia tidak ada pemilihan parti sekarang, yang ada hanya penajaan.
“Maknanya atas kuasa Kak Nina nak pilih..I am the King…”katanya dalam satu rakaman.
Sumber netizen menyebut skandal seks Anina yang tersebar di media sosial adalah salah satu daripada plot untuk menjatuhnya sebagai Ketua Srikandi PPBM.
Sebelum ini Malayan News mendedahkan terdapat krisis dalaman Anina dengan Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman.
“Bagi mereka, Anina adalah seorang yang keras kepala dan tidak mahu menerima pendapat orang lain kecuali diri sendiri. Ketegangan yang dicetuskan oleh Anina juga adalah atas sebab tindakannya yang membuat keputusan sendiri untuk melantik Ketua-Ketua Bahagian Sri Kandi PPBM tanpa merujuk kepada pihak atasan.
“Perkara ini menimbulkan rasa tidak senang hati Datuk Hamidah Osman dan Akhramsyah Sanusi yang tidak bersetuju dengan tindakan dan perbuatan Anina. Bagi mereka, Anina sebenarnya telah mencetuskan suasana huru hara dalam parti.
“Terdapat juga desas desus yang menceritakan bahawa terdapat sekumpulan pemimpin dari kalangan parti PPBM yang akan menggerakkan gerakan untuk menjatuhkan Anina kerana tidak sehaluan dengannya dan juga atas faktor sikapnya itu.
“Perkara ini akan dibawa kepada pucuk pimpinan tertinggi parti bagi menjatuhkan Anina,” dedahnya.

VIDEO: YDP MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM TERIMA RASUAH JUDI

4

Datuk Seri Jamal Md. Yunos menyerbu sebuah premis judi haram di Sekinchan.

Jamal mendakwa, premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah namun masih tetap dibenarkan beroperasi sehingga hari ini.

“Di mana MDSB…saya dah hubungi majlis daerah, saya nak tengok mereka datang atau tidak untuk gempur pusat perjudian ini,” 

Beliau mendakwa, kerajaan negeri Selangor selalu bermain politik hinggakan pusat judi dibiarkan berleluasa di Pekan Sekinchan.

“Resort saya yang jadi pusat pelancongan diroboh, tetapi pusat judi ini dibiarkan terus beroperasi,” katanya.

ADAKAH YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM BERSUBAHAT MENERIMA RASUAH DENGAN MENYEMBUNYIKAN KEGIATAN JUDI HARAM INI? SPRM BUKA FAIL 

Jumaat, 23 Disember 2016

DEWAN ULAMA PAS: INSHAALLAH KITA AKAN BERGABUNG

1

Image result for UMNO PAS GABUNG
Dewan Ulama PAS tidak menolak kemungkinan akan membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional, asalkan parti Islam itu dihormati.
“Sekarang ini PAS bersendirian dan PAS hanya dengan Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti gabungan itu yang menguntungkan PAS, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan parti lain,” kata ketua sayap tersebut, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, kepada FMT.
PAS kini mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, di bawah apa yang dikenali Gagasan Sejahtera.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki baru-baru ini berkata parti itu bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana pakatan politik selepas pilihan raya umum akan datang untuk menubuhkan kerajaan campuran.
Katanya, PAS yakin memainkan peranan itu memandangkan negara sedang menuju ke arah sistem kerajaan campuran (multi-party system), di mana tiada gabungan yang mampu membentuk kerajaan kukuh secara bersendirian.
Mahfodz bagaimanapun mengulangi pendirian pemimpin PAS untuk tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, yang kini mempunyai kerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
“Kita tetap dengan pendirian sebelum ini gabungan dengan parti dalam Pakatan Harapan kita sudah tolak awal-awal DAP dan Amanah, tetapi dengan parti-parti lain yang menghormati PAS, kita masih sedia,” katanya.
Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menegaskan parti itu masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran selepas PRU14.
“Saya menolak dakwaan mengenai kerjasama tersebut, memandangkan PAS kini komited bersama Gagasan Sejahtera untuk menumbangkan Umno dan BN pada PRU14,” katanya – 

Rabu, 21 Disember 2016

SKANDAL SEKS: MUHYIDDIN PECAT ANINA, TUN M BERDIAM DIRI

5


anina-ppbmAIDCNews -20/12/16 – Anina Saadudin mungkin bakal dipecat Ketua Srikandi PPBM esok ekoran skandal seksnya, dakwa facebooker Inspirasiku Mahathir.
“Serangan demi serangan dari dalam Parti BERSATU sendiri ke atas Ketua Srikandinya bakal menempuhi titik noktahnya esok.
“Pejuang WANITA yang berani selepas era Rafidah Aziz ini berkemungkinan besar diPECAT???
“Sama-sama kita tunggu dan lihat percaturan politik serta kematangan parti yang berusia 100 hari ini,”dakwanya.
Empat hari lepas, sebuah blog mendedahkan kenyataan bekas pembantu Anina berkenaan skandal seks Ketua Srikandi PPBM itu.
Pendedahan itu dibuat melalui blog Captain M adalah seperti berikut :
Pendedahan isu skandal seks Anina yang menjadi kecoh sejak beberapa hari ini sebenarnya bermula dari pendedahan Pembantu Peribadinya. Ikuti perbincangan dalam Blog Captain M.

1. Dua hari ini nampaknya Isu Skandal Seks Anina Saadudin Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  mewarnai dunia media sosial. Perkataan trending sekarang ialah “Salam 4 kali”.Bermula dengan pendedahan sebuah laman blog bernamaKAMIKAZENEWS yang dikongsi oleh portal Tv14, selain didedahkan oleh blog pembangkang seperti milosuam Amenoworld, dan beberapa blog lain. Anina pada 15 Disember 5.23 petang melalui kenyataannya dalam Facebook Anina Saadudin didapati tidak membuat sebarang penafian secara umum sebaliknya menyifatkan tuduhan skandal seks dengan “4 kali klimaks” itu sebagai salah satu lumrah dalam kehidupan berpolitik.
“Skandal seks yang dikaitkan dengan saya adalah salah satu lumrah dalam kehidupan ahli politik Malaysia. Saya didatangi seorang anak murid dan mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tanyakan kenapa? Beliau menjawab “sekarang pensyarah saya telah sah menjadi ahli politik Malaysia kerana sudah dipalit skandal seks. Sabarlah kerana jika kita hendak mencuci jamban, sudah pastilah kita perlu terkena kotorannya juga. Jika tidak bagaimana nak cuci jamban”.
2. Kemana hilangnya singa betina Anina Saadudin? Dulu dia pernah hina Tuan Guru HAdi Awang, hina Islam malah keberaniannya sehingga menyaman Presiden UMNO seakan tenggelam dibalik madah jawapan Anina yang sepatutnya beliau melaporkan kepada pihak polis dan bersedia menyaman pihak yang mendedahkan skandalnya jika itu tidak benar. Mengapa Anina takut? atau ada sesuatu yang Anina sembunyikan?.

Selasa, 20 Disember 2016

SALAH KAH HAJI HADI KE IRAN ?

1


PADA 17 Disember 2016, genaplah 6 tahun kebangkitan dunia Arab yang lebih dikenali sebagai "The Arab Spring".

Kisah Arab Spring ini bermula apabila Mohammed Bouazizi, seorang pemuda di Tunisia telah membakar dirinya sebagai tanda protes kepada pihak berkuasa tempatan yang menganiaya dirinya yang merupakan peniaga kecil.

Semenjak daripada itu, protes kebangkitan rakyat terhadap rejim diktator yang berkuasa telah merebak daripada Tunisia (Disember 2010) ke;
ii.Mesir (Januari 2011)
iii.Libya (Februari 2011)
iv.Yaman (Januari 2011)
v.Syria (Januari 2011)

Kaedah revolusi yang diambil itu telah berjaya menumbangkan;
i.Presiden Tunisia, Zainal Abidin Bin Ali
ii.Presiden Mesir, Hosni Mubarak
iii.Presiden Libya, Muammar Ghadafi
iv.Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh
v.Presiden Syria, Basyar Al Assad pula masih tidak berjaya dilucutkan kuasanya sehingga kini.

Namun, kebangkitan ini tidak membuahkan hasil seperti yang diidamkan. Ya, sememangnya rejim diktator yang zalim lagi korup berjaya ditumbangkan tetapi ianya perlu dibayar dengan kehilangan nikmat sebuah negara yang aman dan stabil. Hanya Tunisia sahaja yang sedang menjalani proses penyuburan demokrasi sedangkan Mesir kembali ke zaman gelap apabila Jeneral As Sisi merampas pula kuasa daripada Presiden Mohd Morsi.

Bagaimana pula dengan Libya, Yaman dan Syria? Negara tersebut sudah musnah, kacau-bilau akibat tiada Kerajaan yang stabil memerintah.

Apa yang lebih malang lagi ialah apabila Arab Spring ini telah menjadi medan Perang Wakalah (Perang Proksi) di sebalik tabir. Hakikatnya, ummat Islam telah menjadi mangsa pertaruhan pertembungan blok kuasa besar dunia iaitu antara Amerika dan Rusia. Kelihatan zahirnya seolah perang ini antara Sunni dan Syiah. Satu pihak menyokong Sunni, satu lagi pihak menyokong Syiah.

Kuasa besar ini menyalurkan sumbangan dana, senjata bagi menyemarakkan api permusuhan sehinggalah berlaku pertumpahan darah sesama ummat Islam.

Maruah, tanah air, nyawa, harta benda ummat Islam telah hancur sekelip mata akibat persengketaan yang tidak berkesudahan ini.

Pada masa sama, muncul pula kelompok esktrem Sunni yang menggelar diri mereka sebagai IS/ISIS. Kita pun tidak pasti siapa sebenarnya mereka ini? Silap gaya, mereka ini adalah ciptaan dan tajaan musuh bagi memburukkan imej Islam sebagai agama yang ganas. Mereka sanggup membunuh, menyeksa dan memerangi orang Islam sendiri atas nama menegakkan "Islamic State".

Kita juga hairan melihat Pakatan Negara Arab yang diketuai Arab Saudi sanggup pula berpakat dengan Amerika Syarikat bagi menyerang Yaman. Sudah berapa ramai orang awam yang menjadi mangsa korban pertempuran ini. Mungkin kita boleh minta pandangan hukum berkenaan hal ini daripada penyanjung Arab Saudi, seperti Dr Maza dan Dr Juanda?

Kesimpulannya, konflik Asia Barat yang sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya ini tidaklah semudah zahir apa yang kita lihat. Kita mungkin lihat ini hanyalah pertembungan antara Sunni dan Syiah sehingga terlupa bahawa adanya kuasa besar di belakang yang sedang mencatur dan memetakan masa depan dunia Islam.

Saya tetap berkeyakinan penuh kepada kebijaksanaan Tuan Guru Presiden PAS, yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang gigih berusaha mencari jalan penyelesaian melalui kaedah rundingan dan diplomasi.

Beliau sering menyebut dalam ucapan samada ketika kuliah di masjid, majlis ceramah parti mahupun berbahas di Dewan Parlimen bahawa urusan ummat Islam sewajibnya diselesaikan oleh kita sendiri, usahlah kita menjemput kuasa besar kuffar masuk campur hal ehwal negara ummat Islam.

Apabila perang yang masih tidak bernoktah itu berlaku, adakah jalan penyelesaiannya hanya melalui kaedah perang juga.?

Adakah salah untuk kita memilih jalan perdamaian seperti perbincangan dan diplomatik agar kedua-belah pihak menghentikan serangan.?

Kepada yang begitu bising lagi tidak keruan apabila terlihat gambar Tuan Guru Presiden PAS menghadiri persidangan di Tehran itu, apa pula usaha kamu untuk menyelesaikan konflik di negara Arab itu?

Atau sekadar gah menjadi pahlawan pengkritik tegar di alam media sosial sahaja? – HARAKAHDAILY 20/12/2016

Isnin, 19 Disember 2016

5 SEBAB, PKR TIDAK KONSISTEN NAMAKAN ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI

2
DS Anwar Ibrahim, mantan TPM
Situasi 1
Untuk menang persepsi, Lim Kit Siang mendahului rakan-rakannya dalam PH/Pribumi dengan menamakan DS Wan Azizah Perdana Menteri sementara dan TS Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri. Kita tahu kedua-dua penama di atas tidak membalas politiking Lim Kit Siang itu, kerana sudah pasti mereka tidak bersetuju.

LKS tahu Muhyiddin mahu menjadi PM, manakala DS Wan Azizah mahu suaminya DS Anwar Ibrahim menjadi PM. Oleh kerana LKS tahu itu, LKS awal-awal memberi gentlemen warning kepada mereka berdua supaya mereka tidak mendahuluinya sebagai pemimpin de facto utama PH.

Situasi kedua
Cita-cita Anwar dan PKR adalah mahu menjadikan Anwar sebagai PM. Saya mendapati Nurul Izzah, Wan Azizah mahupun Saifuddin Nasution yang merupakan orang-orang kepercayaan Anwar sangat lambat menjaga reputasi Anwar dalam permainan persepsi LKS di atas.

Pada pandangan saya, PKR mesti segera menamakan semula Anwar sebagai PM Pakatan Harapan, bukannya Muhyiddin dan Mukhriz. PKR tidak sepatutnya berdiam diri dengan membiarkan LKS menguasai game tersebut. Mereka tidak sepatutnya membiarkan penyokong melihat PKR tidak lagi konsisten memperjuangkan Anwar.

Situasi ketiga
Saya meramalkan, Muhyiddin dan Shafie akan kembali semula kepada BN dan UMNO selepas PRU14. DS Nazri Aziz sudah pernah menyatakannya dan ada asas yang kuat. Saya juga sudah meramalkan di perenggan ke 8 di sini.

Situasi keempat
Sejak mereka mendekati Pakatan Harapan, rakyat tidak pernah mendengar dari mulut Tun Dr. Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Afdal untuk bersetuju menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kerana sejak 1998, mereka berkempen untuk menolak Anwar sebagai Perdana Menteri. Memang sah mereka tidak mahu Anwar Ibrahim.

Jika begitu, mengapa PKR menerima kerjasama Parti Pribumi? Jawapannya mudah, mereka mahu mendapatkan undi daripada penyokong-penyokong Pribumi, manakala parti Pribumi juga mahu mendapatkan undi dari penyokong-penyokong PH.

Malangnya, mereka gagal meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pilihan Perdana Menteri tanpa perlu dipersoal.

Situasi kelima
Kenyataan Prof Dato' Dr. Mohammed Ridzuan, VC UNISEL bahawa BN akan menang besar dalam PRU14 di sini sangat berasas. Punca utamanya ialah mereka gagal memuktamadkan Anwar sebagai Perdana Menteri PH.


Sejak Prof Ridzuan mengeluarkan kenyataan di atas, seolah-olah beliau sudah digam untuk bercakap lagi sehingga ke hari ini. Tiada lagi kelibat dan komentar beliau di dada akhbar.

Ahad, 18 Disember 2016

MAT SABU DIAM DIRI CADANGAN PAN DIBUBAR, MAT SABU SUDAH DIBELI ?

9

muh1

Penyertaan Parti Pribumi ke dalam Pakatan Harapan telah menyebabkan masalah pembahagian kerusi semakin rumit sehingga menimbulkan cadangan agar PAN dibubar dan diserapkan ke dalam PKR.
Namun cadangan itu dibantah oleh Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan yang berkata sepatutnya kelima-lima parti pembangkang, DAP, PKR, PPBM, PAN dan PAS perlu duduk semeja untuk berunding soal pembahagian kerusi.
“Dulu kita ada tiga parti, PAS-PKR-DAP. Sekarang ni kita dah ada lima parti, kalaulah dikatakan persefahaman (baru) ini menjadi kenyataan (sebab itu) soal pembahagian kerusi ini tidak boleh (dibahagi) ikut ‘status quo’ lagi dah.
“Kelima-lima parti ini kena bincang balik, duduk di meja rundingan untuk dibincangkan. Parti Pribumi pun nak bertanding. Kalau PKR, PAS, DAP tak beri kerusi kepada Parti Pribumi akan jadi masalah.
“Sebab itu dalam soal pembahagian kerusi tu kena bincangkan semula supaya biarlah ada situasi menang-menang,” katanya.
Sany berkata demikian bagi mengulas cadangan Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin, supaya PAN dibubar dan bergabung dengan PKR untuk mengelakkan berlaku ketegangan dalam soal pengagihan kerusi pada PRU14.
“Amanah dan PKR mempunyai nilai yang dikongsi: mengambil jalan tengah, menyokong semua kaum, jalan Islam yang sederhana, mempertimbangkan kebajikan rakyat.
“Apabila kita bergabung, kita lebih baik. Masih ingatkah semasa kita bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia? Kita menjadi lebih kuat.
“Jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berjabat tangan dengan Anwar, apatah lagi Amanah dan PKR,” katanya.
Afif yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan orang kepercayaan Azmin Ali.
Bagimanapun cadangan Afif itu dibidas oleh Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution yang disifatkannya sebagai cadangan kurang matang.
Presiden PAN tidak memberi komen, petanda barangkali sudah dibeli ?

Jumaat, 16 Disember 2016

VIDEO: SAIFUDDIN NASEHAT SRIKANDI PARTI PRIBUMI JANGAN GELOJOH, SAMA-SAMA NIKMATI PUNCAK KEMENANGAN

3

Saifuddin Nasution menasihati Presiden Parti Pribumi, Muhyiddin Yassin agar tidak terlalu gelojoh menuntut kerusi sedangkan parti itu masih baharu berada dalam Pakatan Harapan. Ini bukan adegan seks.
“Kita baru 2,3 hari buat MOU (memorandum persefahaman), jadi perlaksanannya belum dibincangkan lagi. Apabila sampai masa, insya-Allah (perbincangan pembahagian kerusi bertanding). Tapi sekarang belum lagi,” katanya.
Pada 13 Disember lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, muafakat kerjasama antara Parti Pribumi dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada partinya.
“Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan PAN) untuk menyumbangkan kerusi.
“Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral,” katanya.
Kena sama-sama menang, sama-sama rasa puncak kemenangan.

Khamis, 15 Disember 2016

TUN M DAN MUHYIDDIN BERKRISIS PULA

0


Keputusan Parti Peribumi hanya bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan tanpa menyertai gabungan pembangkang itu sepenuhnya seolah-olah membayangkan terdapat krisis dalaman di antara pengerusi parti Tun Dr Mahathir Mohamad dengan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semalam, Parti Peribumi yang diwakili Muhyiddin tidak menyertai Pakatan Harapan sebagai parti kompenan keempat sebaliknya hanya mengikat perjanjian dengan gabungan parti yang diterajui DAP, PKR dan PAN itu semata-mata untuk mendapat kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Tun Mahathir tidak hadir dalam masjlis menandatangani perjanjian di antara Muhyiddin (Peribumi), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Mohamad Sabu (PAN) dan Lim Guan Eng (DAP) itu.
Majlis menandatangani perjanjian di antara Perbumi dengan Pakatan Harapan semalam seumpama menyerupai konsep ‘Pakatan Harapan plus’ yang pernah diperkatakan sebelum ini.
Pakatan Harapan plus bermaksud hanya bersetuju bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU 14 tanpa terikat sepenuhnya dengan terma-terma perjanjian yang telah ditandatangani di antara DAP, PKR dan PAN sebelum ini.
Pada 27 November lalu, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub menafikan Peribumi hanya menuntut parti itu dimasukkan sebagai ‘Pakatan Harapan plus’, sebaliknya parti itu mahu menjadi kompenan ke-empat PH yang sekarang ini diwakili DAP, PKR dan PAN.
“Saya sendiri mendengar dari mulut Yang berbahagia Tun Mahathir bahawa konsep yang Peribumi mahu adalah bukannya Pakatan Harapan plus.
“Dia (Tun Mahathir) mahu Pakatan Harapan menerima kehadiran Bersatu…Pakatan Harapan akan jadi empat iaitu Amanah (PAN), PKR, DAP dan Bersatu,”kata Salahuddin.
Pada 12 November lalu, Tun Mahathir ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam menafikan dakwaan Muhyiddin tidak bersetuju untuk bergabung dengan Pakatan Harapan.
“Tidak benar sama sekali bahawa yang menentang perpaduan antara PPBM dengan Pakatan Harapan adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Dia (Muhyiddin) bersama saya, bersetuju supaya kita akan menyertai secara langsung dengan Pakatan Harapan,” katanya.
Walaupun dinafikan Tun Mahathir, namun Muhyiddin yang diberi peluang berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan itu mengumumkan penangguhan Peribumimenyertai Pakatan Harapan.
“Minta maaf, perjanjian ditangguhkan hari ini. Minta maaf,” kata Muhyiddin.
Majlis menandatangani kemasukan Peribumi sebagai anggota ke-empat Pakatan Harapan yang sepatutnya menjadi acara kemuncak konvesyen itu telah ditukar dengan acara mengangkat sepanduk ‘Bebas Anwar’.
Muhyiddin berkata, beliau akan mendapatkan tarikh untuk berbincang dengan pimpinan parti dan pakatan pembangkang mengenai draf perjanjian yang akan ditandatangani.
“Saya minta supaya beri peluang kepada pimpinan Peribumi untuk mengadakan pertemuan kali pertama dengan pimpinan Pakatan Harapan.
“Walaupun saya telah mengadakan perbincangan dengan presiden PKR, tetapi ahli-ahli kita tidak tahu hal ini.
“Jadi wajarlah saya beritahu kepada mereka dan mendapatkan tarikh untuk bersama dengan kepimpinan Pakatan Harapan, selepas itu kita boleh mewujudkan persefahaman,” katanya.
Sebelum ini, pernah mendedahkan terdapat pergolakan dalaman di peringkat akar umbi di antara penyokong Tun Mahathir dan Muhyiddin.
Muhyiddin dan orang-orangnya dilaporkan telah menguasai parti dan tidak akur sepenuhnya arahan yang dikeluarkan oleh pengerusi parti berkenaan, Tun Mahathir.

Rabu, 14 Disember 2016

MAT SABU SENGAJA BANKRAPKAN MAZLAN ALIMAN, MUSTAHIL DAP TIDAK TOLONG BAYAR !

2


Kita sangat kasihan kerana Mazlan Aliman telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Johor Bharu pada 30hb November 2016 berikutan kegagalan membayar denda dan gantirugi selepas kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh FELDA.
Mahkamah Tinggi tersebut telah menolak permohonan Mazlan, yang juga ahli jawatankuasa nasional PAN, untuk penggantungan prosiding serta turut menolak permohonan untuk mengenepikan petisyen pemiutang.
Pada 20 Julai 2009, FELDA telah mengemukakan saman terhadap Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. diatas kandungan sebuah buku yang memfitnah FELDA iaitu “FELDA… Dulu Tolong Sekarang Ah Long”.
Buku tersebut menggambarkan FELDA mengaut keuntungan yang banyak sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya akibat salah laku plaintif, dan mereka dijadikan seperti hamba abdi ekoran dasar FELDA yang didakwa menindas.
Selain itu, FELDA juga mendakwa kandungan buku tersebut berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi FELDA bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.
Pada 29 Mei 2015, FELDA telah memenangi kes saman fitnah tersebut dan Mahkamah telah memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise untuk membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk serta kos guaman kepada FELDA.
Kesemua Defendan diarahkan untuk membayar kepada FELDA gantirugi berjumlah RM350,000.00, 8% faedah, kos RM150,000.00 dan keuntungan dari penjualan buku tersebut.
Akibat kegagalan membayar keseluruhan jumlah tersebut, FELDA telah melaksanakan prosiding kebankrapan terhadap Mazlan 

Selasa, 13 Disember 2016

LIM KIT SIANG TELEFON PAKSA TUN M HADIIR KONVENSYEN DAP

2
Pada 3 Disember, Kit Siang menelefon Mahathir dan merayu kepadanya agar menghadiri konvensyen DAP. Mahathir bersetuju dengan syarat Kit Siang bersetuju Boboi sebagai calon Pakatan untuk Perdana Menteri. Kit Siang, sebaliknya, meletakkan syaratnya sendiri: menjadikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Ditambah dengan menghapuskan monarki dan jadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik. Dan itulah sebabnya pada 5 Disember Agong membatalkan nama Mahathir dari senarai jemputan protokol.
Semalam, dalam artikel yang bertajuk “Hina Raja : Mahathir Dalam Gelanggang Kemurkaan Agong”, kami mengatakan, Tun Dr Mahathir Mohamad pada mulanya dijemput untuk majlis pertabalan Agong dan kemudian, pada 5 Disember 2016, beliau dibatalkan undangan tersebut. Sebenarnya, Agong sebelum ini menjemput beliau (yang secara automatik jika anda berada dalam senarai protokol) manakala Agong terkini membuang nama Mahathir dari senarai protokol dan menghantar kepadanya surat pembatalan undangan tersebut (BACA LAGI DI SINI).
Ada yang menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tamparan ke muka Mahathir ini. Sebenarnya ianya bukan dilakukan oleh Najib kerana Perdana Menteri tidak akan mampu untuk mengarahkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, untuk membuang nama Mahathir dari senarai protokol atau membatalkan undangan beliau ke majlis pertabalan. Ini hanya boleh datang dari peringkat yang lebih tinggi, dari individu itu sendiri, Seri Paduka Baginda Agong.
Seperti yang telah dinyatakan dalam artikel semalam, rakyat Kelantan secara umumnya dan Istana Kelantan membenci Mahathir sejak tahun 1980-an apabila beliau memfitnah Monarki dan menjadikan mereka bahan ketawa seluruh dunia. Malah media antarabangsa telah mengejek Raja-Raja Melayu disebabkan oleh Mahathir. Pada tahun 1990, rakyat Kelantan, atas perintah itu Sultan Kelantan sebelumnya, DYMM Sultan Ismail Petra, menendang parti Mahathir (Umno Baru) keluar dan mengundi PAS-Semangat 46 sebagai Kerajaan Negeri Kelantan yang baru.
Umno Baru, yang ditubuhkan dua tahun sebelumnya, telah dikenali sebagai ‘Parti Mahathir’ dan apa-apa yang mempunyai sebarang kaitan dengan Mahathir tidak dialu-alukan di Kelantan. Mahathir kemudian menghukum rakyat Kelantan dengan membatalkan geran RM600 juta yang sebelum ini telah diluluskan untuk menaik taraf bekalan air di negeri ini.
Beratus-ratus rakyat Kelantan mati kerana taun jadi mereka perlu memulihkan bekalan air di negeri ini. Mahathir mengejek rakyat Kelantan yang mengundi kerajaan yang tidak dapat menghalang orang daripada mati akibat taun dan berkata jika rakyat Kelantan mahu RM600 juta maka mereka lebih baik mengundi Umno dalam pilihan raya umum akan datang. Bagi lima pilihan raya umum lalu rakyat Kelantan masih mengundi untuk PAS.
Ini, ditambah dengan semua isu-isu yang telah dinyatakan dalam artikel sebelum ini (A royal snub: Mahathir courts the Agong’s displeasure), adalah cukup untuk membuat rakyat Kelantan dan Istana Kelantan membenci Mahathir. Lagipun, dia bukan sahaja mengisytiharkan perang ke atas Sultan, beliau juga mempunyai darah di tangannya, darah ratusan rakyat Kelantan yang meninggal dunia akibat taun sejak 26 tahun yang lalu. Tetapi itu bukan lagi sebab utama mengapa Agong membuang nama Mahathir dari senarai protokol dan membatalkan undangan dia ke majlis pertabalan. Ia adalah disebabkan oleh pengkhianatan Mahathir bahawa Agong memutuskan yang kali ini Mahathir sudah keterlaluan. Menurut Malaysia Today.
Pada hari Sabtu, Najib mendedahkan agenda politik DAP: iaitu untuk menghancurkan penguasaan politik Melayu dan melantik Timbalan Perdana Menteri Cina sebagai langkah pertama kepada Perdana Menteri Cina kemudian hari. Selepas itu Lim Kit Siang panik dan menelefon Mahathir dan merayu kepadanya untuk menghadiri konvensyen DAP yang akan diadakan pada hari berikutnya. Kit Siang memerlukan kehadiran Mahathir sebagai menunjukkan ‘Muka Melayu’ di konvensyen supaya mereka boleh membuktikan Najib salah.
Terdahulu DAP telah mengumumkan bahawa Mahathir tidak dijemput ke konvensyen itu dan ini, sudah tentu, mengecewakan orang tua itu. Sekarang Kit Siang merayu supaya Mahathir menghadiri selepas menghina beliau di depan publik dengan mengumumkan bahawa beliau tidak dijemput. Mahathir berkata, beliau akan bersetuju untuk menghadiri hanya pada satu syarat, iaitu Kit Siang perlu bersetuju jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang Boboi beliau, Mukhriz, akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
Ini meletak Kit Siang, yang sebelum itu bersetuju bahawa jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang Anwar Ibrahim akan dilantik Perdana Menteri, menjadi serba salah. Untuk mengatakan ya bermakna dia terpaksa menjual Anwar. Walau bagaimanapun, Kit Siang nampak peluang di sini. Walaupun dia terdesak untuk Mahathir bersetuju supaya menghadiri konvensyen DAP, Mahathir sebanarnya adalah lebih terdesak dari Kit Siang untuk bersetuju bahawa Boboi akan dijadikan Perdana Menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum.
Selepas berfikir mengenainya untuk sementara, Kit Siang bersetuju dengan syarat beliau akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Boboi dan Menteri Kewangan. Mahathir hanya mengambil berat tentang masa hadapan anaknya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan tidak peduli apa pun yang berlaku selagi hasratnya boleh dicapai. Jadi Mahathir bersetuju dan perjanjian telah dibuat pada malam itu-3 Disember 2016.
Kit Siang cerdik. Dia tahu bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri digabungkan dengan jawatan Menteri Kewangan akan membuat dia lebih berkuasa daripada Perdana Menteri. Mahathir bagaimanapun merasakan bahawa dia perlu untuk menyelamatkan terlebih dahulu jawatan Perdana Menteri dan kemudian barulah dia boleh berurusan dengan Kit Siang kemudian. Siapakah yang akan makan siapa boleh diselesaikan kemudian: sama ada Kit Siang makan Boboi atau Boboi makan Kit Siang. Dapatkannya terlebih dahulu dan fikirkannya kemudian.
Untuk memastikan bahawa Mukhriz akan memenangi pilihan raya itu, Kit Siang bersetuju bahawa beliau akan diberikan kerusi PJ Utara untuk bertanding, kerusi yang memiliki DAP. Dan Anwar, calon lain bagi Perdana Menteri, akan perlu dibunuh. Dan ianya telah pun dilakukan pada hari berikutnya semasa konvensyen DAP apabila Dr Wan Azizah Wan Ismail diletakkan jauh dari tengah pentas, di sebelah Mat Sabu, manakala Mahathir diberikan tempat di tengah pentas.
Ya, kedudukan tempat duduk bukannya rambang tetapi telah dirancang dengan teliti untuk menghantar isyarat yang betul kepada semua mereka yang memerhatikan konvensyen DAP. Mahathir dan Kit Siangkini sebagai pembuat keputusan manakala Anwar dan PKR hanya iklan sampingan. Itulah sebabnya kedudukan tempat duduk sentiasa dirancang dengan berhati-hati dalam semua majlis rasmi kerana ianya menghantar mesej.Siapa duduk di mana dan bersebelahan dengan siapa bukan suatu perkara mudah dan sekiranya anda silap ianya boleh cetuskan perbalahan. Dan mesej pada hari Ahad ialah Anwar tidak lagi relevan dalam politik Malaysia.
Mahathir tidak berbincang ‘perjanjian’ ini dengan Muhyiddin Yassin terlebih dahulu tetapi sekitar tengah malam dia dimaklumkan mengenainya. Dan ini membuatkan Muhyiddin yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum, begitu kecewa hinggakan dia enggan menghadiri konvensyen DAP pada hari berikutnya. Jadi sekarang kita mempunyai tiga calon Perdana Menteri dari pembangkang: Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir. Dan jika DAP menang paling banyak kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang (yang akan berlaku) dan jika calon Melayu mereka memenangi kerusi (yang mungkin berlaku) akan ada calon keempat untuk Perdana Menteri?
Jadi, pada hari berikutnya, Mahathir menghadiri konvensyen DAP dan dia bersama Kit Siang berbincang bukan sahaja bagaimana untuk merebut kuasa tetapi juga bagaimana untuk mengekalkan kuasa itu. Satu elemen yang sangat penting ialah Umno sinonim dengan Raja-Raja Melayu atau Monarki. Oleh itu, jika anda mahu untuk menghancurkan Umno untuk selama-lamanya, anda juga perlu menghapuskan sistem Beraja dan menjadikan Malaysia sebuah republik. Jika tidak Umno akan sentiasa menjadi ancaman kepada Pakatan Harapan pimpinan DAP.
Menurut Malaysia Today lagi, Kit Siang – yang seperti kebanyakan ahli DAP adalah sebenarnya anti-Raja – bersetuju dengan idea Mahathir. Sistem beraja perlu ditamatkan dan Malaysia mesti menjadi sebuah negara republik. Islam juga dalam proses yang sama yang mana merupakan satu masalah yang amat besar bagi DAP, akan tidak lagi menjadi agama rasmi persekutuan kerana tiada lagi Raja yang akan menjadi ketua agama Islam. (BACA : Allah didn’t create the world for Muslims alone, Dr M says).
Pada hari yang sama, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Agong sebelumnya, dan Agong sekarang, semuanya telah dimaklumkan mengenai pakatan baru antara Mahathir dan Kit Siang. Menurut Malaysia Today, secara teknikalnya Mahathir telah melakukan pengkhianatan terhadap Agong. Apa yang mereka perlu lakukan ialah untuk memerintahkan penahanan Mahathir dan dia juga dinafikan ikat jamin. Tetapi itu hanya akan membuatkan Mahathir menjadi seorang hero. Sebaliknya, Agong mengarahkan Syed Danial menghantar kepada Mahathir surat pembatalan jemputan dengan alasan yang paling rapuh: tidak ada kerusi yang cukup.
Sesiapa yang telah pernah pergi ke istiadat istana atau ke Istana Negara (saya biasa berlari keliling istana negara ketika umur saya 10 tahun pada tahun 1960) tahu bahawa menambah hanya satu kerusi tambahan tidak menjadi masalah sama sekali. Lagipun, Mahathir adalah seorang bekas Perdana Menteri dan Tun jadi walaupun tiada ruang untuk meletak kerusi mereka boleh menggugurkan seseorang yang statusnya jauh lebih rendahbagi memberi laluan kepada Mahathir. Sebab mereka menggunakan ‘tidak cukup kerusi’ sebagai alasan adalah untuk menambah bisa ke atas keperitan. Alasan yang tiada siapa pun akan percaya, namun ianya terjadi kerana Mahathir tidak dialu-alukan ke dalam istana.
Ia hanya menunggu masa untuk ini berlaku. Sebagai Tun, Mahathir dijangka mengekalkan kesopanan dan menjaga sedikit harga diri dan mematuhi kod tingkah laku yang diperlukan. Ia adalah ok untuk Kit Siang untuk berkelakuan seperti pariah kerana dia tidak membawa apa-apa status. Tetapi bagi Mahathir untuk berkelakuan seperti Kit Siang dan untuk membawa dirinya ke tahap Kit Siang adalah sangat memalukan. Walaupun peristiwa-peristiwa pada hujung minggu lalu tidak berlaku, Mahathir masih akan akhirnya dipulaukan juga.
Jika Mahathir mahu berkelakuan seperti Kit Siang maka dia harus melepaskan gelaran Tun. Seorang Tun perlu berkelakuan macam negarawan kerana dia dianggap sebagai “Lord of the Realm”. Dia tidak boleh bertindak seperti pariah politik dan pada masa yang sama mengharapkan untuk dipanggil Tun. Dan 24 bulan yang lalu Mahathir telah menunjukkan dia tidak layak mendapat gelaran Tun.(rpk)