Rabu, 30 November 2016

VIDEO PERWAKILAN DAP KATA TUN DR MAHATHR BAPA AYAM, LIM GUAN ENG TIDAK BANTAH

5

Kenyataan Anthony Loke Siew Fook yang menegaskan bahawa parti itu tidak mempelawa Pengerusi Parti Pribumi Tun Dr Mahathir Mohamad ke Persidangan Kebangsaan DAP minggu depan menimbulkan banyak persoalan.
DAP memberi alasan bahawa Parti Pribumi belum membentuk pakatan rasmi dengan Pakatan Harapan, sebab itu Dr Mahathir tidak boleh dijemput menghadiri persidangan tersebut.
Kenyataan DAP itu bercanggah dengan tindakannya sebelum ini, di mana Dr Mahathir dijemput menghadiri Konvesyen Pakatan Harapan baru-baru ini, malah Pengerusi Pribumi itu diberi slot khas untuk memberi ucap utama dalam konvesyen itu sedangkan ketika itu PPBM belum lagi diterima sebagai salah satu parti kerabat PH yang sah.
Serentak dengan penolakan DAP menjemput Dr Mahathir ke Persidangan Kebangsaan parti itu tersebar satu rakaman ucapan akar umbi DAP yang diberi ruang seluas-luasnya untuk mengecam bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.
Perwakilan DAP dari Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind diberi ruang berucap kepada perwakilan Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 dengan disaksikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Guan Eng seolah-olah merestui kecaman Shamsher Singh kepada Dr Mahathir itu yang melabelkannya sebagai bapa ayam atau bapa pelacur.

Isnin, 28 November 2016

LIHATLAH BERSIH5 BELUM BERKUASA GUNA UNDANG-UNDANG RIMBA

4

Inilah dia ajaran Bersih5, melaung-laungkan mahukan pilihanraya bersih dan adil, tapi perangai pemimpin dan penyokong sama-sama kotor. Belum berkuasa, sudah pandai mengambil tindakan sendiri. Mereka ini memang jenis yang suka membelakangkan undang-undang.

Satu persatu kita diperlihatkan wajah mereka yang sebenar, lepas memperlakukan pegawai penguatkuasa MBSA, kali ini warga asing dipukul tanpa peri kemanusian.


Berita:

Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi.

Berdasarkan video, lelaki warga asing itu merayu-rayu agar lelaki berbaju biru dipercayai majikannya tidak memukulnya. Namun, rayuannya tidak diendahkan lalu dipukul bertubi-tubi tanpa sebarang belas kasihan sementara seorang lagi lelaki yang memakai baju Bersih 5 hanya melihat mangsa dipukul. Video berdurasi 51 saat itu telah ditonton 63,000 kali dan 3,395 shares di laman Facebook.

“Habis kerja, boleh main? CCTV tak ada, you cakap?” kata lelaki itu sebelum menyambung memukul mangsa dengan kayu dengan kuat sehingga meninggalkan kesan pada dinding bilik.

Netizen rata-rata mengutuk tindakan kejam dua lelaki berkenaan yang dianggap tidak berperikemanusiaan dan memperlakukan mangsa seperti hamba abdi.

“Dia salah apa sekali pun, tiada keperluan untuk dipukul dengan teruk seperti itu. Ini zaman moden, tiada lagi istilah hamba abdi. Semua orang kerja makan gaji. Mohon polis ambil siasat dan ambil tindakan terhadap dua lelaki berkenaan,” kata netizen. - The Coverage

Ahad, 27 November 2016

ANUAR TAHIR KATA PAS SANGAT BIJAK BERMAIN TIPU HELAH

4

Parti Amanah Negara mengingatkan ahlinya supaya jangan meletakkan harapan besar PAS akan kembali bersama dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan.
Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir berkata, ini berikutan hubungan kerjasama politik di antara PAS dan Umno kini semakin ketara serta tidak menampakkan sebarang tanda parti itu mahu kembali bersama dengan pembangkang sedia ada.
Namun, sebagai pembangkang yang mahu mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, beliau menggesa semua supaya terus berdoa agar PAS kembali kepada perjuangan asalnya melawan Umno.
“Saya harap janganlah meletak harapan terlalu tinggi supaya PAS menyertai kita bersama. Umno dan PAS ketika ini sudah dilamun angau percintaan.
“Janganlah mengharap sangat walaupun kita harus mendoakan supaya Allah melembutkan hari mereka.
Anuar berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen AMANAH Selangor di sini hari ini.
Dalam ucapannya, Anuar turut mengingatkan bahawa PAS bijak bermain tipu helah.
“Saudara-saudari sekalian, kami kebanyakannya di depan ini (pemimpin) lebih kenal PAS macam mana. Tahu sangat ‘kona’ ikut mana, ‘kona baring.’ Yang letih kita nak ikut.
PAN yang dipimpin oleh Mohamad Sabu, terdiri golongan profesional PAS yang meninggalkan parti itu selepas kalah dalam pemilihan parti pada 2015.
Parti yang dilancarkan pada 16 September 2015 itu mempunyai enam Ahli Parlimen yang sebelum ini menang atas tiket PAS pada PRU lalu.
PKR, salah satu anggota dalam Pakatan Rakyat, selain DAP serta PAN, dan parti baru tubuh, Parti Pribumi  sedang berusaha memujuk PAS untuk bersetuju mewujudkan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional pada PRU akan datang.
Namun usaha itu tidak mendapat sambutan kerana PAS tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan PAN.

Sabtu, 26 November 2016

AKIBAT KEGAGALAN BERSIH5, DAP TIDAK LAGI MAHU DIKAITKAN DENGAN TUN MAHATHIR

1

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dipelawa ke Persidangan Kebangsaan DAP minggu depan kerana Pribumi bukan parti komponen Pakatan Harapan, alasan diberi Anthony Loke Siew Fook. Namun, ramai menyebut alasan sebenar kerana Tun M ambil kesempatan mempopularkan dirinya semasa Bersih5 dan kegagalan mengumpul 100,000 peserta, hanya 15,000 sahaja.
“PPBM belum membentuk pakatan rasmi dengan Harapan. Ia adalah tradisi kami hanya mempelawa parti komponen pakatan kami ke persidangan kebangsaan.”
Persidangan kebangsaan DAP dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam pada 4 Disember ini.
Loke berkata, antara pemimpin Pakatan Harapan yang dijemput ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Amanah, Mohamad Sabu serta timbalannya, Salahuddin Ayub.
“Kami sudah menjemput veteran parti kami dan turut menjemput pucuk pimpinan 2 parti komponen dalam PH, iaitu PKR dan Amanah.”
Beliau berkata, hanya 2 pemimpin DAP akan menyampaikan ucapan di persidangan itu, iaitu pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.
“Tiada ucapan daripada pemimpin parti lain. Hanya 2 pemimpin DAP akan berucap pada persidangan itu dan akan ada perbahasan di kalangan perwakilan kami.”
Katanya, seramai 2,732 perwakilan dari seluruh negara dijangka menghadiri persidangan kebangsaan itu yang bakal meraikan ulang tahun ke-50 parti itu.
“Parti dijangka menerima pakai pengisytiharan ‘DAP pada 50’, di mana ia akan memperbaharui asas perjuangan parti untuk 50 tahun akan datang.” 

Jumaat, 25 November 2016

KENALI KENAPA ROHINGYA ASYIK BERMANDI DARAH

0
1. Ramai orang forward dalam group wassap kisah pelarian Rohingya kemudian menekan dan menyalahkan kerajaan Malaysia dan Indonesia kerana kurang membantu dan tidak memberi tekanan kepada Mynmar. 

2. Namun, tidak ramai tahu bahawa sejarah penderitaan, kekejaman dan kesengsaraan orang Rohingya bermula beratus-ratus tahun dahulu. Pembunuhan beramai-ramai oleh Raja Arakan ke atas Putera Suja Moghul dan seluruh keluarganya pada tahun 1661. Di sinilah bermulanya trend penghijrahan di rantau Arakan-Chittagong.

3. Kemudian, bapa saudara Suja membalas dendam dan berjaya menawan Chittagong. Wilayah Arakan juga ditawan menyebabkan Arakan kehilangan sumber pendapatan daripada perlanunan dan perhambaan.

4. Peperangan besar di antara pemerintah Mynamar dengan Kerajaan Arakan berlaku sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1044, 1406 dan 1784. Peperangan tahun 1784 paling sadis dimana tentera Mynmar melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk Arakan iaitu Orang Rohingya(Muslim), Chandra (Hindu) dan Orang Rakhine. Semua dimusnahkan termasuk masjid, kuil, perpustakaan di Raja dan tempat-tempat suci mereka.

5. Orang-orang Rohingya dan Rakhine terpaksa lari menyelamatkan diri ke Selatan Chittagong (ketika itu sudah menjadi jajahan Inggeris).

6. Apabila berlaku Perang Burma-British (1824), Burma tewas dan British membawa masuk semula orang-orang Rohingya, Rekhanie dan lain-lain kembali semula ke wilayah Arakan di Mynmar.

7. Pada tahun 1930-1938, penjajah British iktiraf Rohingya sebagai Org India-Muslim.

8. Pada tahun 1942, apabila Jepun menduduki Mynmar sekali lagi orang Rohingya diusir dan orang-orang Mynmar membalas dendam dengan membunuh lebih 100,000 orang Islam Rohingya (dikenali sebagai peristiwa Karbalai Arakan).

9. Pada tahun 1948 Mynmar mencapai kemerdekaan, Aung San cuba menyatupadukan rakyat Burma termasuk orang Rohingya, malangnya Aung San dibunuh.

10. Pada tahun 1960, Mahkamah Agung Burma memberi arahan untuk mengusir orang Rohingya dari wilayah Mynmar kembali semula ke Bangladesh (Chittagong).

11. Pada tahun 1978, United Nation (UN) memberi kad pengenalan NRC kepada orang Rohingya, malangnya pihak berkuasa Mynmar memusnahkan kad-kad itu dan menghalau mereka ke Chittagong semula tanpa kad NRC di tangan mereka. Maka status mereka kembali menjadi kabur.

12. Pada tahun 1982, kerajaan Mynmar membuat keputusan nenek moyang orang Mynmar yang menetap di Mynmar sebelum tahun 1826 adalah orang asing. Maka status orang Rohingya adalah orang asing di negara Mynmar.

13. Pada tahun 1990-92, sebanyak 268,000 orang Rohingya dihantar pulang ke Bangladesh. Mereka menetap semula di wilayah Chittagong Hill yang dikawal tentera Bangladesh. 

14. Hari ini, kerajaan Bangladesh tidak lagi mahu menerima Org Rohingya, kerajaan Burma pula mahu mengusir mereka keluar dari Arakan.

Kesimpulan
1. Sejarah penindasan dan pergolakan orang Rohingya berpunca daripada perebutan kuasa dan wilayah kerana isu-isu perebutan kuasa, kaum dan agama. Mereka adalah masyarakat yang tidak ada negara, tidak ada dokumen negara tetapi sejarah membuktikan mereka berasal dari wilayah Bangladesh yang melarikan diri ke Arakan, Burma akibat peperangan.

2. Negara-negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia telah melakukan banyak usaha diplomatik, malah Perdana Menteri DS Najib telah membangkitkan isu ini di persidangan ASEAN dahulu.

3. Ianya masih tidak mencukupi, usaha ini perlu dibuat lagi melalui OIC, EU dan UN untuk menekan kerajaan Mynmar dan Bangladesh supaya menerima kehadiran orang Rohingya sama ada di Chittagong Hills atau di Arakan, Burma.

4. Bantuan kemanusiaan dari negara-negara lain termasuk Malaysia boleh digerakkan.

5. Nampaknya, selepas menang besar dan berkuasa, Aung San Suu Kyi mendiamkan diri. Barangkali Suu Kyi tidak mahu mengulangi kejadian yang menimpa ayahnya.


KEKEJAMAN CINA MALAYSIA KE ATAS ORANG ISLAM MALAYSIA SERUPA DI MYANMAR

7


Perangai lelaki dan wanita cina ini sememangnya amat biadap dan tidak boleh diterima di negara ini. Apa salah pegawai penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sedang menjalankan tugas diperlakukan seperti ini.

Kami mendesak agar Pihak Polis segera mengambil tindakan kepada dua orang cina biadap ini. Jangan sampai rakyat membuat tindakan sendiri.

Jom sama-sama kongsi dan sebarkan agar pelakunya pemilik kereta WYW 6361.diambil tindakan kerana menghalang sambil mencabul kehormatan penjawat awam.


VIDEO:



KUALA LUMPUR 25 Nov. - Video berdurasi dua minit memaparkan seorang penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang diganggu oleh dua individu ketika melaksanakan tugas mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial malam ini.

Insiden pada pukul 10.24 pagi semalam di Bukit Rahman, Sungai Buloh dekat sini itu bermula apabila penguatkuasa berusia 23 tahun terbabit mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak meletakkan kupon pakir.

Namun sebaik sahaja saman dikeluarkan, penguatkuasa itu didatangi oleh seorang wanita yang bertindak memarahinya kerana mendakwa dia telah meletakkan kupon parkir mengakibatkan pertengkaran antara mereka berdua.

Bagaimanapun situasi bertambah panas apabila wanita berkenaan memanggil seorang lelaki yang kemudiannya cuba melakukkan gangguan terhadap penguatkuasa itu.

Enggan untuk terus berbalah dengan mereka, penguatkuasa itu yang mahu beredar dari situ telah dihalang oleh lelaki berkenaan sambil merakam video selain bajunya ditarik oleh wanita itu kononnya untuk mengambil namanya.

Difahamkan, penguatkuasa itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh kira-kira pukul 11 pagi semalam. - UTUSAN ONLINE 

Khamis, 24 November 2016

VIDEO: KHAIRUDDIN LAH SOTONG LAUT YANG MENGHASUT TUN MAHATHIR JADI TIDAK KERUAN

4



Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan Khairuddin Abu Hassan yang sering mengeluarkan kenyataan mengenainya.
Khairuddin hanya memegang jawatan kecil ketika berada dalam UMNO tetapi dilihat ‘gemar’ membidasnya dalam banyak perkara.
“Siapa dia untuk buat kenyataan? Berapa pengikut? Suka sangat ‘bantai’ saya.
“Mungkin dia cari kredit untuk bersuara,” 
Susulan itu, beliau mengelarkan Khairuddin sebagai ‘sotong laut’ kerana sikapnya seolah-olah menunjukkan hanya dirinya yang boleh membela Pengerusi Parti Pribumi, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau menjelaskan, tindakan orang seperti Khairuddin ini juga menjadi antara sebab Tun Mahathir berkelakuan kini.
“Saya tidak pernah komplen apabila ditahan dan waktu itu adalah pemerintahan Tun Mahathir.
“Berbeza dengan kini apabila ditahan selama 10 hari tetapi riuh berkumpul di Dataran Merdeka, soladiriti,” katanya yang semangat memperjuangkan supaya ISA dikekalkan.

Rabu, 23 November 2016

PAS PUSAT DAKWA YB ISKADAR ABDUL SAMAD TERIMA HABUAN BESAR, SEBAB ITU BERANI LAWAN HJ. HADI

8

iskandar-hadi


Dato’ Iskandar Abdul Samad didakwa tidak akur dengan arahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membelakangi dan ‘menikam dari belakang’ Presiden Parti Islam itu.
Krisis dalaman itu semakin memuncak sehingga berlaku pertikaman lidah di antara Iskandar dan sesetengah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS pusat dalam mesyuarat parti itu pada 14 Nov di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.
“AJK PAS pusat tidak berpuas hati dan bimbang Iskandar bakal mengkhianati PAS dengan berpihak kepada PAN Selangor.
“Ini berdasarkan kenyataan-kenyataan Iskandar sebelum ini tidak sependapat dengan Presiden PAS, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang, antaranya mendesak PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan agar parti Islam itu kekal menang dan memerintah Selangor pada PRU 14,” dedah satu sumber dalaman.
Sumber dalaman itu berkata pertikaman lidah itu bermula sebaik sahaja isu penstrukturan semula industri air Selangor dibangkitkan.
“Iskandar mengkritik sesetengah AJK PAS pusat yang didakwanya tidak meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya berkaitan isu tersebut.
“Pesuruhjaya PAS Selangor cuba memberi penjelasan berkenaan dengan isu air Selangor itu, namun penjelasannya kurang memuaskan hingga mengundang ketidakpuasan hati, syak wasangka mengenai wang tawaran yang dihebohkan sebelum ini,” dedahnya.
Tambah sumber itu, sesetengah AJK PAS pusat itu percaya Iskandar turut sama terlibat dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tanpa pengetahuan Presiden PAS.
“AJK PAS pusat percaya Iskandar turut sama-sama terlibat dengan MB Azmin Ali dalam soal habuan dan kepentingan lain.
“Perang mulut sesama sendiri dalam mesyuarat tersebut tidak dapat dielakkan sehinggakan mesyuarat terpaksa dihentikan,”dedahnya.
AIDCNews turut diberitahu bahawa mesyuarat AJK PAS Pusat itu turut membincangkan tentang masa depan kerjasama politik PAS dan PKR di Selangor.
“Soal kerjasama PAS dengan PKR di Selangor masih dalam penelitian sama ada perlu dipanjangkan atau diputuskan hubungan.
“Segala keputusan akan dibuat selewat-lewatnya pada Mac 2017,” dedah sumber itu lagi.

Selasa, 22 November 2016

PARTI PAN TIPU RAKYAT KELANTAN KATA DR. KAMARUL

5

Parti serpihan baharu mula dilanda masalah


KOTA BHARU: Biar pun impian Parti Amanah Negara (PAN) menggantikan PAS bagi menguasai gelanggang politik Islam, namun tidak sampai setahun penubuhannya, parti itu dikatakan dilanda masalah.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata berdasar kepada perkembangan yang berlaku sekarang, PAN dilihat tidak mempunyai keupayaan bagi menggantikan PAS.

Katanya isu utama yang mengugat kredibiliti parti itu apabila pengerusi PAN Kelantan sejak tahun lepas mendakwa 10 wakil rakyat PAS akan menyertai parti tersebut.

“Apabila conggakan itu tidak menjadi biarpun acap kali disebut, ia memberi imej negetif kepada sebuah parti yang baharu ditubuh,” katanya pada wacana anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di JKR 10 malam tadi.

Difahamkan beberapa pemimpin PAN Kelantan yang dilantik ketika awal penubuhannya kini dipinggir kerana dikatakan tidak sebulu dengan pemimpin utama.

Malah lebih parah lagi parti baharu itu berhadapan masalah kewangan bagi mengurus kelangsungan parti.

Kredibitinya menjunam apabila kenyataan Pengerusi PAN Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mendakwa 10 wakil rakyat PAS akan menyertai parti itu tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

Wacana itu dimoderatorkan Timbalan Pengarah IPTG Mohd Fadhli Ghani. Hadir sama wakil-wakil rakyat, Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof dan Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Zainiah Halim.

Dr Kamarul juga berkata, apa yang dilakukan pemimpin PAN di Kelantan seolah-olah dilihat mereka bekerja untuk Umno bagi menumbangkan kerajaan di bawah pimpinan ulama. – HARAKAHDAILY 21/11/2016

Isnin, 21 November 2016

MALAYSIA DICADANG HANTAR NOTA BANTAHAN CAMPURTANGAN SENATOR GAY

0
1. KEGAGALAN BERSIH5 semalam sudah dijangka, kerana kesedaran rakyat semakin matang. Rakyat tidak lagi mahu diperbodohkan dengan slogan turun jalanan untuk menjatuhkan kerajaan demokratik.

2. Syabas kepada PDRM kerana tidak menggunakan penyembur pemedih mata sebagaimana digunakan kepada kumpulan Reformasi 1998. Tidak ada insiden mata lebam kepada Maria Chin, dan lain-lain yang ditahan polis. Semua tahanan mendapat layanan yang baik oleh PDRM.

3. Kira-kira 200,000 demonstran di Jakarta, 100,000 orang di Seoul tetapi hanya 15,500 di Kuala Lumpur. Malaysiakini dalam laporannya memberi gambaran kemerosotan 90%. Sepatutnya BERSIH5 paling sedikit boleh mengumpul 100,000 orang dan paling banyak 500,000 orang kerana kehadiran orang baru Tun Dr. Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin. Nampaknya petunjuk baru ini meresahkan parti serpihan, Pribumi.

4. Tidak ada BERSIH5 di Bangkok, Washington, Taiwan, Hong Kong, Singapura, London, Paris, Madinah tetapi ada sedikit di Melbourne, Australia.

5. Pada hujung 1990an, apabila Australia campurtangan dalam urusan politik Malaysia, Tun Dr. Mahathir menempelak kerajaan Australia.

6. Ucapan Senator Jamie Parker dari Australia yang memperjuangkan Gay di negaranya semasa perhimpunan BERSIH5 di Australi semalam patut diberi perhatian keras. Kerajaan Malaysia hendaklah menghantar Nota Bantahan jika tidak mahu memutuskan hubungan diplomatik dengan Australia.

7. Hal negara kita tidak boleh ditentukan oleh seorang warga asing apatah lag dia seorang yang memperjuangkan Gay. Sebagai negara merdeka dan berdaulat, kita mesti mempertahankan kedaulatan negara kita.

8. Orang-orang putih seperti Jamie Parker di Australia bukanlah boleh dibanggakan pun, mereka sendiri tidak memberikan keadilan kepada orang asli Australia. Mereka boleh menghalalkan gay tetapi bukan di Malaysia.

Siapa Jamie Parker (MP Balmain, Parliment of NSW):-

Tonight I speak about the important matter of marriage equality, recognising that this weekend the Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras will celebrate its thirty-fifth anniversary festival “Sydney Mardi Gras 2013—Generations of Love.”

As a strong supporter of marriage equality I have joined my Greens colleagues in calling on the Parliament of the Commonwealth of Australia to amend the Commonwealth Marriage Act 1961 to provide for marriage equality, that is, to remove discrimination and allow people to marry regardless of sex, sexual orientation and gender.


http://www.jamieparker.org.au/state-mp-calls-for-marriage-equality-as-sydney-gears-up-for-mardi-gras/

Ahad, 20 November 2016

DEMO JAKARTA 200,000, SEOUL 100,000, MALAYSIA 15,500 : MALAYSIAKINI SALAHKAN TUN DR MAHATHIR

3



tun-m-2

Tun Mahathir & PPBM Punca Kehadiran Peserta BERSIH Merosot Lebih 90 Peratus


tun-mahathirBAYANGKAN lebih 200,000 umat Islam tunjuk perasaan protes terhadap Gabenor Jakarta di ibu kota Indonesia itu pada 4 November lalu kerana hina al-Quran dalam demonstrasi hampir 20 jam.
Begitu juga kira-kira 100,000 rakyat Korea Selatan berkumpul padat di pusat bandar raya Seoul sebagai membantah skandal amalan penyelewengan presiden negara ‘kimchi’ itu dalam himpunan sepanjang hari 12 November lalu.
Itu cerita di luar negara namun di ibu kota Malaysia, hanya 15,500 orang menyertai perhimpunan haram Bersih 5 pada 19 November dan berlangsung cuma sembilan jam waima ‘dicanangkan’ ke seluruh dunia sejak tiga bulan lalu.
Angka rasmi itu disahkan pihak polis Kuala Lumpur hasil pemantauan rapi dengan mengambil kira waktu puncak demonstrasi berlangsung iaitu pukul 2.30 petang susulan kehadiran secara mengejut Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Manakala lawan Baju Kuning yang disebut juga sebagai gerakan Baju Merah pula jauh lebih kecil dengan pihak polis menganggarkan hanya disertai kira-kira 2,500 orang pada masa kemuncak iaitu selepas selesai solat fardu Zohor.
Itulah angka rasmi dikeluarkan pihak berkuasa yang lazim menjadi rujukan kebanyakan organisasi media tempatan dan antarabangsa jika berlaku sebarang acara keramaian melibatkan penyertaan jumlah peserta agak tinggi.
Ironi, portal berita propembangkang pula membuat angka yang jauh lebih tinggi iaitu 30,000 orang, dan itupun diuar-uarkan ke seantero dunia seolah-olah kerajaan Malaysia sudah pun habis ‘tumbang’ kepada pembangkang!
Untuk rekod, tahun lalu ketika berlangsung Bersih 4 selama dua hari menjelang Hari Kebangsaan 31 Ogos, portal itu lebih dahsyat apabila gah melaporkan seramai 500,000 peserta menyertai perhimpunan tanpa permit tersebut.
Ia bukan sahaja kelakar, malah ketika media arus perdana menganggarkan kira-kira 20,000 peserta sahaja terlibat, portal antikerajaan itu pula ‘tongkah arus’ dengan dakwa Bersih 4 konon disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Lucunya, sewaktu Himpunan Rakyat Bersatu pada Hari Malaysia tahun lalu yang diadakan susulan demonstrasi Bersih 4, portal itu ‘bijak’ mengatur ayat: “hanya 200,000 orang menyertai perhimpunan anjuran Baju Merah.”
Malangnya, kali ini di sebalik boikot berterusan PAS, Bersih 5 betul-betul boleh dianggap gagal teruk selepas ditolak faktor hujan lebat, penahanan beberapa aktivis Bersih dan perarakan Baju Merah serentak di kawasan berbeza.
Jelaslah, perhimpunan haram yang secara nyata disertai PPBM diterajui Mahathir buat kali pertama membuktikan tahap pengaruh parti kecil itu tidaklah sehebat mana pun dan sebenarnya amat lemah menarik ramai peserta.
Bayangkan bermula jam 9 pagi dan berakhir 6 petang, PPBM terpaksa mengharapkan ‘belas ihsan’ penyokong totok DAP yang majoritinya etnik Cina untuk hadir memeriahkan Bersih 5 di sebalik menyusahkan aktiviti warga kota.
Dengan kehadiran ramai nama besar dari Pakatan Harapan diketuai DAP selain sekutunya PKR dan PAN, Bersih 5 ternyata sekadar ‘tin kosong’ pihak pembangkang yang berselindung di sebalik isu konon tuntutan pilihan raya adil.
PPBM rupa-rupanya tidak dapat sokongan rakyat, hatta bukanlah memiliki ramai penyokong sebagai mana PAS mampu menjayakan siri Bersih 1, 2 dan 3 sebelum memulaukan Bersih 4 pada tahun lalu. – 

SEWA JET KL - KHARTOUM - KL RM350,000.00 SIAPA BAYAR ?

12

Kelihatan Jet Mewah 

Pilot Mat Salleh DI Tangga Jet

Menurut consultan private jet, anggaran harga minyak sahaja Jet mewah dari Kuala Lumpur - Khartoum Sudan - Kuala Lumpur dalam RM350,000.00 . Dalam tempoh 48 jam wang sebanyak RM350,000.00 dibelanjakan. Itu belum kira sewaan jet.

Sabtu, 19 November 2016

RAKYAT SINGAPORE CAMPURTANGAN LAGI

1

Jumaat, 18 November 2016

RAFIZI ARAH YB ZURAIDA AMPANG LETAK JAWATAN GARA-GARA GAMBAR SEPARUH BOGEL TERDEDAH

9



Khamis, 17 November 2016

TUN DR MAHATHIR U TURN, BERI SIGNAL JANGAN HADIRI BERSIH 5, LIM KIT SIANG MENGAMOK

5

BANGLO DISNEY: PENGUNDI SABAH TANYA ADAKAH ADAM ROSLY SUDAH MERASUAH PEGAWAI-PEGAWAI SPRM PUTRAJAYA ?

3



KELIHATAN SPRM MASIH BERDIAM DIRI DAN INI MEMBAYANGKAN SPRM BERAT SEBELAH BILAMANA MENELANJANG PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI SABAH TETAPI MENUTUP RAPAT KES RASUAH ADAM ROSLY KERAJAAN SELANGOR. RAFIZI SURUH SIASAT TAPI SPRM MASIH TAK SIASAT ! SPRM MASIH TUTUP MULUT MENIMBULKAN PERSOALAN ADAKAH ADAM ROSLY TELAH MERASUAH SPRM PUTRAJAYA ?


Captain M – 1. Percayakah anda bahawa rumah mewah Disneyland Ampang milik Adam Rosly adalah RM 1 juta? Kata Adam.
“Rumah itu saya bida dalam bank dengan nilai RM1 juta bukannya RM7 juta. Bank jual rumah terbengkalai, reka bentuk rumah itu kekal sama. Bukan saya yang reka nak duduk rumah dalam Disneyland (taman tema),”
2. Walau bagaimanapun dua gambar didedahkan menunjukkan rumah itu sedang dibina dan diubah suai membuktikan Adam Rosly berbohong dengan status rumah Disneylandnya.

3. Adam Rosly Ketua AMK Ampang 28 tahun dengan bongkak mengaku dia memang kaya. “Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa ramai anak muda yang kaya sekarang, ramai.. bukan saya seorang. Katanya.
4. Adam mendakwa harga rumahnya dibeli dengan harga sangat murah. Oleh itu Adam meminta rakyat menyelami perasaannya. “Kalau tuan-tuan berada di Ampang dengan rumah di Ampang harga RM1juta sangat murah. Rugi kalau tak beli dengan reka bentuk yang begitu cantik..”.
5. Antara dua darjat itulah rumah Adam di kawasan itu di tengah-tengah kawasan setinggan. Selain berbohong dengan status rumahnya yang lelong dan terbengkalai dengan harga RM 1 juta, Adam tidak hanya memiliki rumah gaya Disneyland itu tetapi dua lagi rumah iaitu di Ampang Saujana Elite berharga RM880 ribu dan di Putrajaya berharga RM 2 juta.


Pengakuan Adam Rosly dalam Instagramnya mengenai rumahnya di Ampang Saujana kawasan elit.
Pengakuan Adam Rosly dalam Instagramnya mengenai rumahnya di Ampang Saujana kawasan elit.
Adam memiliki rumah berharga RM 2 juta di Putrajaya
Adam memiliki rumah berharga RM 2 juta di Putrajaya

6. Ketika berumur 26 tahun Adam dianggap comot dan kaku dalam politik. Dari seorang pembawa beg Zuraida MP Ampang menjadi proksi kepada Zuraida, rapat dengan tan Sri Khalid hinggalah sekarang Azmin Ali. 2 tahun Adam sangat cepat mendaki. Menjadi seorang jutawan dalam dalam umur 27 tahun memiliki rumah Putrajaya dan Ampang Saujana hinggalah kini Banglo mahligai “disneyland” ketika berumur 28 tahun.
7. Gaya hidup “show off” dalam media sosial menunjukkan kemewahan rumah, kereta dan gaya hidup menjadikan ramai tertanya apakah perniagaan Adam yang menjadikannya kaya? cukai pendapatan yang dibayarnya kepada LHDN dan lain-lain lagi. Berapalah sangat gaji pegawai khas Zuraida Kamaruddin MP Ampang tu. Yang pasti Adam bijak menggunakan kedudukannya untuk mengaut keuntungan sebagai Ketua AMK Ampang.
8. Agaknya bagaimana Adam Rosly menjawab kekayaan diusia muda 28 tahun bukan sahaja punya mahligai Disneyland Ampang yang berharga lebih RM 1 juta juga rumah Putrajaya RM 2 juta dan Ampang Saujana elit hampir RM 1 juta!
Adakah alasannya harga murah juga?

Rabu, 16 November 2016

SPRM TIDAK ADIL! PEGAWAI SABAH DIKOREK BAGAI NAK RAK, PEGAWAI KERAJAAN SELANGOR TUTUP MATA !!!

1







Isnin, 14 November 2016

TUN MAHATHIR TUDUH PAS MAKAN DEDAK

4



Salleh Said Keruak – Hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menempelak PAS dan berkata bahawa parti Islam tersebut ‘makan dedak’. Mahathir menambah lagi bahawa sesiapa yang menentang pihak pembangkang mesti telah ‘makan dedak’. 
Ini sama seperti Doktrin Presiden Bush Senior “jika kamu tidak bersama saya maka kamu menentang saya”, ungkapan itu keluar bila Bush cuba untuk mendapatkan sokongan untuk perang di Timur Tengah”, yang mana Amerika telahpun mengakibatkan Timur Tengah dalam keadaan kucar-kacir.
Apa yang beliau gagal lihat adalah PAS tidak meninggalkan Pakatan Rakyat. Tetapi DAP yang telah menutup Pakatan Rakyat supaya PAS boleh ditendang keluar daripada pakatan pembangkang dan apabila mereka membentuk Pakatan Harapan, PAS tidak dijemput untuk menyertainya.
Mahathir kini bercakap tentang satu parti, satu simbol, satu manifesto. Ini adalah apa yang telah diperkatakan oleh pihak pembangkang sejak tahun 1999. Tetapi selepas 17 tahun mereka masih belum dapat melaksanakannya.
Bercakap tentang perkara tersebut memang mudah. Melakukannya pula adalah satu perkara yang sama sekali lain. Pihak pembangkang tidak bersatu dalam banyak perkara jadi bagaimana ia boleh mencapai persetujuan dalam satu parti, satu simbol, satu manifesto?
PAS tidak akan sesekali meninggalkan ‘bulan’ mereka bahkan DAP juga tidak akan meninggalkan ‘roket’ mereka. Ia merupakan identiti bagi setiap parti itu sendiri. Untuk meminta setiap parti membuang simbol tradisional mereka dan menggantikannya dengan simbol lain merupakan satu perkara yang telah mereka bincangkan tetapi tidak akan sekali-kali melakukannya sejak 17 tahun yang lalu.
Lagipun, PPBM, PKR, DAP dan PAN semuanya mempunyai agenda yang berbeza. PPBM dengan agendanya untuk memecat Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan menggantikannya dengan proksi Mahathir.
PKR dengan agendanya untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada penjara dan menjadikannya Perdana Menteri.
PAN merupakan sebuah parti yang terdiri daripada ahli PAS yang kecewa kerana gagal menyingkirkan Tn Guru Dato’ Sri Hj Abdul Hadi Awang.
DAP pula merupakan parti dengan agenda ‘Malaysian Malaysia’ nya yang ditentang oleh kebanyakannya Melayu.
Manifesto bersama adalah masalah lain bagi pihak pembangkang. DAP bercakap tentang Negara Sekular. Dalam hal tersebut mereka mestilah jujur untuk memasukkan perkara tersebut dalam manifesto bersama mereka.
Tetapi adakah PKR, PAN dan PPBM; malah PAS; bersedia untuk menerima Negara Sekular DAP?
PAS kemudian akan meminta impiannya terhadap Negara Islam untuk dinyatakan. Dan itu juga tidak boleh dimasukkan ke dalam manifesto bersama.
Jadi ia bermakna, seperti biasa, selain daripada manifesto bersama, setiap parti akan mempunyai manifesto individu dan malah manifesto berbeza untuk setiap negeri, seperti pada masa lalu.