Ahad, 30 Oktober 2016

CUKUP 1 KALI KITA TERSEKSA DAN DITIPU DALAM PAKATAN RAKYAT

3









“Cukuplah Pakatan Rakyat menjadi pelajaran untuk PAS”
Demikian tegas Murysidul Am PAS, Hashim Jasin mengenai pelawaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan untuk menjalin kerjasama politik.
Kata beliau, kerjasama politik atau tahaluf siyasi PAS dengan mana-mana parti selepas ini mesti dibina berdasarkan Islam dan dipimpin oleh umat Islam.
“Mereka mesti menerima Islam sebagai pemimpin. Kerjasama politik mestilah berasaskan ‘hablullah’ (tali Allah) yakni Islam.
“Sekiranya mana-mana pihak tidak mahu terima Islam, ia tidak boleh bekerjasama dengan PAS. Cukuplah Pakatan Rakyat menjadi pelajaran,” tegasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini memujuk supaya PAS menjalin kerjasama.
PAS bagaimanapun bertegas tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan memandangkan gabungan parti pembangkang itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun lalu bertindak membubarkan Pakatan Rakyat bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.
Kedua-dua parti itu kemudian menubuhkan Pakatan Harapan yang disertai PAN selaku parti Islam baharu bagi menggantikan PAS.
PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan tunduk kepada beberapa isu akidah yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan.
Hashim dalam pada itu menegaskan bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya dengan memetik hadis Nabi Muhammad S.A.W. – 

Khamis, 27 Oktober 2016

HJ HADI: BERDOSA KER JIKA PAS BEKERJASAMA DENGAN BN ?

8


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tidak menjadi kesalahan untuk berunding dengan mana-mana pihak termasuk dengan kerajaan persekutuan berhubung perbentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355).
“Oleh kerana perkara ini (RUU 355) berkait dengan kepentingan bersama orang Islam, tidak menjadi kesalahan rundingan diadakan sama ada di peringkat politik, peringkat kerajaan dan pegawai.
“Sekiranya hal yang berkaitan seperti hal lebuh raya dan hal jambatan kedua Pulau Pinang boleh berunding (kerajaan) negeri dengan pusat, adakah salah kami berunding dengan kerajaan pusat?” katanya menjawab celahan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Chong sebelum itu mempersoalkan kemungkinan Abdul Hadi diperalatkan kerajaan pusat dalam membolehkan rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Dewan Rakyat.
Pada 26 Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul rang undang-undang berkenaan yang antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang turut melahirkan rasa dukacita apabila rang undang-undang itu mendapat maklum balas negatif termasuk daripada bukan Islam.
Jelasnya ia melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan penganut Islam dan tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam. 

PROJEK BESAR DAN DS ROSMAH

1
Hasil carian imej untuk ROSMAH MANSUR PERMATA INSAN USIM
Jika kita mendengar suara-suara di luar, terdapat pandangan mengatakan jika mahu mendapat projek besar mintalah melalui DS Rosmah, isteri YAB Perdana Menteri. Kononnya senang untuk mendapat kelulusan.

Namun begitu, anda barangkali terkejut apabila saya memberitahu bahawa DS Rosmah Mansur tidak pernah melayan, menandatangani atau melibatkan diri dengan mana-mana permohonan projek-projek kerajaan.

Saya berhubung dengan Datuk Rizal Mansur, sebenarnya anda silap jika berfikiran anda akan mudah mendapat projek besar jika melalui DS Rosmah. Itu bukan kerja DS Rosmah. Sebagai isteri Perdana Menteri, peranan beliau hanyalah lebih kepada kerja-kerja kebajikan.

Bezanya, DS Rosmah mempunyai idea menarik melalui program PERMATA. Terdapat ramai pengusaha-pengusaha Tadika yang berdaftar turut menerima bantuan kewangan daripada PERMATA. Malahan, anda juga patut melawat USIM untuk melihat sumbangan (PERMATA Insan) dalam memartabatkan pendidikan Islam.

Semasa saya di USA, anak perempuan DS Rosmah juga turut masuk kelas dan belajar ekonomi di salah sebuah sekolah ekonomi di bandar lama Philly. Malah, apabila cuti anaknya balik ke Malaysia dan membantu program-program PERMATA seperti pembelajaran bahasa Inggeris.

Saya dapati DS Rosmah mempunyai sifat yang penyayang bukan sahaja kepada anak-anak, malahan beliau turut menyokong supaya DS Anwar Ibrahim mendapat layanan yang sepatutnya di dalam penjara. Baca ulangan anda di sini

Saya bersetuju dengan Rizal Mansur di sini, mengapa anda menyerang DS Rosmah, beliau bukan ahli parlimen?


Agak pelik, setiap tahun kem pembangkang tidak mahu kalah membentangkan Bajet Alternatif mereka, malangnya setiap tahun selepas pembentangan mereka, tidak ada satu pun pakar-pakar ekonomi mahupun rakyat biasa yang mengulas bajet mereka. Ianya bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan, tiada siapa minat membacanya. Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang pun tidak minat untuk hinglight apa-apa dalam bajet pembangkang.

Rabu, 26 Oktober 2016

VIDEO LAJIM BERKATA: PKR SILA KELUAR SABAH & JANGAN BERTANDING DI SABAH !

1


Walaupun PKR masih ada saki baki penyokong di Sabah, namun parti itu akan mengalami kelemahan untuk bersaing dengan parti-parti baharu yang berasaskan lokaliti, kata bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.
“Tetapi saya yakin mereka (PKR) akan kekurangan lah sokongan kerana rakyat Sabah sekarang inginkan sebuah parti yang berasaskan kepada lokal (tempatan),”kata Lajim ketika ditemui pemberita di Putrajaya semalam.
Kehadiran Lajim ke Putrajaya untuk menerima sijil pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang telah meluluskan pendaftaran penubuhan parti baharu pimpinannya, Parti Harapan Rakyat Sabah.
Pada 2 Okt lalu, Lajim bersama pengikutnya telah mengumumkan keluar PKR, parti yang diketuainya sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Tindakan Lajim itu disertai oleh Ketua Penerangan PKR Sabah yang juga ADUN Moyog, Terrance Siambun; Setiausaha PKR Sabah, Datuk Majjol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.

Isnin, 24 Oktober 2016

PENGURUSAN AIR SELANGOR TERBURUK DI DUNIA, DITUTUP LAGI DENGAN ALASAN BARU PULA

5

Loji Rawatan Air di Sungai Semenyih ditutup lagi, kali ini dengan dakwaan baharu iaitu pencemaran bau air sungai disyaki berpunca daripada kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.
“Beberapa kawasan di Daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sedang mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran penutupan Loji Rawatan Air Sg. Semenyih akibat pencemaran bau air sungai pada pukul 7:30 pagi pada 23 Oktober 2016.
“Pencemaran bau air sungai disyaki berpunca daripada kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan,”kata Amin Lin Abdullah, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan Air Selangor dalam satu kenyataan semalam
syabas-air

DAP AKAN BUANG HAMPIR 900 RIBU KAKITANGAN AWAM KATA PAS PUSAT

6


Jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), benarkah hampir 900 ribu kakitangan kerajaan akan dibuang, soal Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman.
“Cadangan dari badan penasihat polisi kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Kalau DAP dan PH perintah Putrajaya, agaknya hampir 900 ribu kakitangan kerajaan akan dibuang?
“Sama-sama kita fikirkan,”katanya dalam Facebook hari ini.
Huzir berkata demikian sebagai mengulas laporan FMT berkenaan cadangan badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute berkaitan dengan reformasi sektor perkhidmatan awam.
Lapor FMT, badan pemikir DAP itu telah menggesa kerajaan supaya mereformasikan dan mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.
“Selain itu ia juga melepaskan bakat dan sumber manusia dalam kerajaan ke sektor swasta,” kata Penang Institute.
Menjawab pembentangan Bajet 2017, badan pemikir itu berkata terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.
Kenyataan daripada unit ekonominya mengakui kemungkinan penurunan belanjawan defisit yang kecil dalam belanjawan kali ini berbanding angka tahun lalu.
Bagaimanapun ia berpendapat belanjawan berimbang tidak mungkin tercapai dalam masa terdekat ekoran perbelanjaan untuk perkhidmatan awam yang besar.
Penang Institute memberitahu belanjawan kali ini memperuntukan RM214.8 bilion sebagai perbelanjaan mengurus, dimana RM77.4 bilion untuk emolumen dan RM32 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan.
“Semua ini secara terkumpul 51% daripada jumlah keseluruhan belanjawan mengurus atau 42% daripada keseluruhan belanjawan,” katanya.
Menjelaskan keberkesanan perkhidmatan awam yang dimaksudkan, Penang Institute mengambil contoh penjawat awam Singapura cuma 1.4% daripada penduduk negara pulau itu.
Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, bersamaan 5.5% daripada penduduk negara ini.
Menurut badan pemikir itu lagi, Jerman juga mempunyai perkhidmatan awam yang besar tetapi 4.18 juta penjawat awam itu bekerja dalam ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar mencecah AS$3.636 trilion.
“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” katanya.
akhabr
akhcina
dap-buang-pekerja-melayu

Ahad, 23 Oktober 2016

NIK ABDUH: JANGAN IKUT PERANGAI BINATANG MP PEMBANGKANG DALAM DEWAN, KITA NE MANUSIA BUKAN BINATANG

7
nik-abduh





PAS tidak mengikut perbuatan biadap Ahli Parlimen pembangkang lain meninggalkan Dewan Rakyat sewaktu pembentangan Bajet 2017 kerana tidak bersetuju dengan tindakan kurang ajar tersebut.
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS sentiasa mempromosi kesederhanaan dan menyeru rakyat untuk melakukan pembaikan dalam negara dengan cara yang harmoni dan sejahtera.
“Ahli Parlimen perlu lebih profesional ketika berada di dewan persidangan. Pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk Perdana Menteri berucap membentangkan bajet.
“Tiada hak untuk mana-mana Ahli Parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.
Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam melakukan provokasi dengan bertindak meninggalkan Dewan Rakyat sewaktu pembentangan Bajet 2016 masih berlangsung.
Kumpulan pembangkang terbabit dipercayai berasa sakit hati dengan Bajet 2016 yang cukup komprehensif untuk kesejahteraan rakyat yang dibentangkan oleh Perdana Menteri tersebut.
Bajet 2016 berkenaan malah dikatakan boleh menjejaskan kepentingan politik mereka yang sebelum ini sentiasa menyebarkan dakyah dan propaganda jahat ke atas pihak kerajaan.
Nik Abduh turut mengingatkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan PPBM terbabit bahwaa masa untuk Ahli Parlimen membahas dan menghujah bajet itu adalah selepas pembentangannya.
“Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua Ahli Parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional,” tegasnya. 

Sabtu, 22 Oktober 2016

RAFIZI SEMAKIN BAIK ? SELEPAS MENDENGAR NASIHAT ANWAR

3
Hasil carian imej untuk RAFIZI SOGKOK
BAJET 2017 telah dibentangkan semalam, namun beberapa jangkaan dan harapan pihak pembangkang tidak menjadi kenyataan. Selama sebulan mereka memomokkan dan memberi gambaran kepada rakyat kononnya Kerajaan akan gagal membentangkan belanjawan negara. Berikut adalah beberapa kekecewaan pembangkang:-
1. Pembangkang Kecewa Tidak Naik GST
Awal tahun lalu mereka berkata GST akan naik 10% di sini. Seminggu dua ini mereka juga sangat berharap GST akan naik 2%. Tujuan mereka mudah dibaca, supaya rakyat akan marah dan memberi sokongan kepada mereka.
Namun, mereka sangat terkejut apabila Kerajaan mengecualikan GST kepada OKU. Saya percaya, pada masa hadapan Kerajaan akan berupaya mengubahsuai GST kepada lebih fleksible sebagaimana amalan di Amerika Syarikat. Saya yakin Kerajaan akan mengekalkan GST yang lebih rendah berbanding negara-negara ASEAN. Mereka lupa, baik PKR atau DAP mereka sendiri tidak mahu GST dihapuskan.
2. Pembangkang Kecewa Kakitangan Awam dapat bantuan kewangan
Pembangkang juga memberi bayangan kepada kakitangan awam kononnya tahun ini tiada bantuan kewangan diberikan kerana masalah ekonomi global yang memberi kesan kepada kerajaan di seluruh dunia.
Malangnya, Kerajaan Malaysia masih mampu memberikan bantuan kewangan RM500 kepada hampir 1.6 juta kakitangan awam dan RM250 kepada lebih 1 juta pencenis.
3. Kenaikan BR1M mengejutkan pembangkang
Dengan keadaan ekonomi global merudum, harga minyak di bawah USD50 setong, Kerajaan yang banyak diberi bantuan oleh PETRONAS diuar-uarkan oleh pembangkang kononnya bakal menghapuskan BR1M. Namun, Kerajaan menambah BR1M daripada RM1050 kepada RM1200 melibatkan 7 juta penerima BR1M. Tujuan BR1M, supaya bantuan ini sampai ke tangan rakyat bawahan yang memerlukan tanpa mengira fahaman parti politik.
Begitu juga elaun-elaun Imam, Siak, Bilal, JKKK semuanya dinaikkan. Pembangkang pening bagaimana kerajaan boleh melakukannya.
4. Bajet Alternatif
Sehari sebelum Bajet 2017, seperti tahun-tahun sebelumnya, pembangkang mencetak semula dan recycle bajet alternatif mereka hampir serupa seperti tahun- tahun sebelumnya. Hanya berubah sedikit sahaja untuk membezakan Bajet Alternatif 2016 dan 2017.
Nampaknya Rafizi mendengar baik nasihat DS Anwar Ibrahim supaya kurangkan bercakap dan kurangkan menulis perkara yang tidak benar. Itu lebih baik kepadanya dan kepada PKR.


PEMBANGKANG KECEWA NAJIB TIDAK NAIKKAN GST, MEREKA HARAP JIKA NAIK GST RAKYAT AKAN MARAH !

3

Bajet 2017 : PAS Kekal Dalam Dewan, Tidak Ikut Budaya Politik Tidak Matang

pas1Kecuali Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang terikut-ikut dengan budaya politik tidak matang yang dipercayai didalangi oleh Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan bajet 2017, Ahli Parlimen PAS masih kekal dalam dewan itu mendengar pembentangan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu sampai habis.
“Politik Matang dan Sejahtera menuntut ahli dan pimpinan PAS bertindak secara matang dalam berbeza pandangan.
Bajet 2017 akan dibahas oleh ahli-ahli Parlimen. Sokongan dan bangkangan dizahirkan pada waktu tersebut. Bukannya dengan bertindak keluar dewan sebagai protes.
“Di saat PAS menjadi kerajaan nanti kita juga mengharapkan pembangkang mendengar pembentangan bajet sehingga akhirnya sama ada menyokong atau membangkang.
“Adab dan akhlak perlu menjadi hiasan pemimpin Islam dan pemimpin rakyat,”kata Ahli Parlimen PAS, Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS pusat dalam Facebook sekejab tadi.
Perkara sama turut dikongsi oleh Ahli Parlimen PAS Temerloh, Nasruddin Hassan.
“PAS mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet dan YAB PM yang membentang bajet pada hari ini.
“Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujjah bantah secara ilmiah dalam perbahasan. Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.
“Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sessi pengundian,”katanya yang juga Ketua Penerangan PAS pusat.
Dalam Dewan Rakyat, ketika Perdana Menteri Najib membentangkan bajet 2017, Ahli Parlimen Pembangkang telah membuat provokasi sehingga mengundang campur tangan Speaker dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Ini bukan perbahasan bajet, itu minggu depan. Tolong duduk. Kalau tak nak dengar pembentangan bajet, sila keluar dewan,” kata Pandikar.
Turut keluar dewan bersama Kit Siang adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang lain.
najib
Sebelum keluar dewan, Kit Siang sempat menayangkan sepanduk “Siapa MO1?” ke arah PM Najib yang menggambarkan sudah ada perancangan dari awal lagi untuk mensabotaj pembentangan bajet tersebut.
Ketaksuban Kit Siang dengan ‘Projek MO1’ itu mengesahkan bahawa DAP adalah dalang perhimpunan #TangkapMO1 di depan pasar raya Sogo di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu melalui proksi Anis Syafiqah Md Yusof, alumni Sekolah Demokrasi tajaan DAP.
muh

Jumaat, 21 Oktober 2016

DAP 'WARNING' NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYA BEBASKAN REKRUT MEREKA ANIS SYAFIQAH

5

anis-syafiqah

Selepas Anis Syafiqah Md Yusof, pelajar Fakulti Bahasa dan Lingustik menerima surat tunjuk sebab daripada Universiti Malaya semakin terserlah siapa dalang penganjuran perhimpunan #TangkapMO1 di depan pasar raya Sogo di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.
Sebaik sahaja Anis Syafiqah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 12 Oktober daripada bahagian Hal Ehwal pelajar Universiti Malaya, Pemuda Sosialis DAP pusat (DAPSY) segera menyelar universiti berkenaan.
Ketua DAPSY, Wong Kah Woh menggesa Universiti Malaya menarik balik surat tunjuk sebab itu yang disifatkannya sebagai telah menggugat kebebasan mahasiswa.
“Namun, fokus Naib-Naib Canselor Universiti Malaya jelas terpesong dan sebaliknya memilih untuk menjadi alat pihak pemerintah dalam menggugat kebebasan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswi.
“DAPSY dengan ini mengesa supaya Universiti Malaya balik kepada hala tuju akademik yang asal dan memberikan fokus untuk meningkatkan prestasi akademik Universiti Malaya, serta menarik-balik surat tunjuk sebab terhadap Anis Syafiqah demi menjaga integriti dan kebebasan Universiti yang kini kerap dipersoalkan,” katanya sepertimana dilapor Malaysiakini.
Wong berkata tindakan itu bukan sahaja tidak menghormati hak asasi untuk berhimpun seperti tertera dalam perlembagaan, tetapi jelas menunjukkan interpretasi politik.
“Adalah jelas bahawa tindakan dan keputusan Universiti Malaya ini adalah dipengaruhi dengan interpretasi politik yang memihak kepada pihak pemerintah.
“Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif,” katanya lagi.
Serentak dengan kenyataan Wong, organ DAP, Roketkini turut gesaan yang sama daripada Alumni Sekolah Demokrasi.
“Kami Alumni Sekolah Demokrasi dengan sekeras-kerasnya menolak tuduhan yang mengatakan ia merosakkan atau memudaratkan nama universiti.
“Anis dan rakan-rakan sebaliknya telah menjadi teladan dan ikon kepada masyarakat atas keberanian beliau meminta agar pihak berkuasa menangkap dalang yang telah memalukan imej negara di mata dunia,” jelas organ DAP itu.
Alumni Sekolah Demokrasi adalah merupakan himpunan bekas ‘pelajar-pelajar’ yang telah direkrut oleh DAP melalui satu program ‘brainwash’ yang dinamakan Sekolah Demokrasi.
Anis Syafiqah merupakan salah seorang alumni ‘sekolah’ tajaan DAP itu.
Dalam kenyataan pembelaan itu, Alumni Sekolah Demokrasi itu berkata, Anis Syafiqah berhak untuk melibatkan diri dalam apa jua perhimpunan aman kerana hak itu dijamin di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Tindakan beliau (Anis Syafiqah) menganjurkan demonstrasi Tangkap MO1 bukan saja tidak bertentangan dengan Perlembagaan malah menjunjung semangat dan nilai yang diangkat Perlembagaan Malaysia,” tegas alumni ‘sekolah’ DAP itu.
anis-dapPada 1 September lalu, bekas Ketua DAPSY, Teo Kok Seong telah menafikan mengenali dalang perhimpunan #TangkapMO1 meskipun dia salah seorang daripada 9 individu yang disiasat polis berkaitan dengan perhimpunan haram tersebut.
“Saya secara peribadi tidak mengetahui siapa sebenarnya pihak penganjur tapi pada hari ini saya dipanggil.
“Ini telah buka peluang pada saya untuk mengenali anak-anak muda yang mempunyai hasrat dan wawasan yang sama untuk kita sama-sama menyuarakan harapan kita kepada negara,” katanya.
Teo merupakan Ahli Parlimen DAP Rasah dan mentor kepada Ketua DAPSY sekarang, Wong.
“Apa yang saya nak kata ialah, bagi saya pada hari tersebut anak-anak saya, saya rasa mereka telah melakukan yang terbaik dan membanggakan kita semua.
“Cuba bayangkan anak muda kita telah menganjurkan perhimpunan yang betul-betul aman, kecekapan dan kemampuan mereka,” katanya lagi.
kaldai
Kira-kira 17 hari sebelum perhimpunan #TangkapMO1 di depan pasar raya Sogo itu, Ketua DAPSY, Wong menyeru semua akar umbi DAPSY turun beramai-ramai menjayakan perhimpunan haram tersebut.
“DAPSY menggerakkan kesemua bahagian-bahagian dan anggota-anggotanya turun di ibu kota pada 27 Ogos nanti bagi menyokong himpunan #tangkapMO1 dan berhimpun secara aman untuk mendesak supaya MO1 dan mana-mana pihak yang terlibat dalam 1MDB dihadapkan ke muka pengadilan,”kata Wong yang juga ADUN DAP Canning.
Bagaimanapun Wong tidak hadir semasa perhimpunan itu dijalankan, namun tempatnya itu telah diganti oleh mentornya, bekas Ketua DAPSY, Teo.
Ketua DAPSY, Wong (bertanda bulat) bersama mentornya, Teo
Ketua DAPSY, Wong (bertanda bulat) bersama mentornya, Teo
dapsy-kit
meeting-dapsy

Khamis, 20 Oktober 2016

KESILAPAN SEJARAH: PAIRIN DAN JEFREY JADI MANGSA KEADAAN

3


1. Pada tahun 1990an dahulu, DSP Pairin Kitingan dan adiknya Datuk Dr. Jefrey Kitingan antara yang ditahan di bawah ISA kerana antaranya memperjuangkan sentimen Sabah for Sabahan

2. Saya perhatikan berlaku kesilapan besar dalam sejarah itu. Dalam sebuah buku yang saya baca, sebenarnya keputusan Pairin keluar dari BN di hari-hari terakhir PRU ke-10 dahulu bukanlah keputusan peribadi Pairin, ianya adalah keputusan parti. Jika tidak silap saya, dalam buku itu menyebut Pairin pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan itu, tetapi sebagai Presiden parti terpaksa akur dengan ketetapan MT PBS pada malam yang penuh tragis itu.

3. Sebab itu pada tahun 2002, Pairin mengunjungi Tun Dr. Mahathir di pejabat Perdana Menteri dan selepas itu Pairin berjaya membawa semula PBS menyertai BN.

4. Manakala penangkapan Jefrey, ketika itu sebagai Pengarah Yayasan Sabah dan Pengarah Institute Development of Sabah (IDS), juga berkait dengan sentimen Sabah For Sabahan. Ianya kemudian diapi-apikan dengan propaganda lain kononnya mereka mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia.

5. Dengan semua alasan itu, Pairin ditahan dan Jefrey telah ditangkap di bawah ISA. Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah menangkap Jefrey dan ramai lagi di bawah undang-undang tanpa bicara ISA. 

6. Di bawah pentadbiran DS Najib, ISA dihapuskan. Seandainya ISA masih ada, apakah agaknya nasib mereka yang memainkan sentimen Sabah for Sabahan hari ini? 

6. Daripada sejarah di atas, saya percaya jika Tun Dr. Mahathir masih memerintah, mereka yang memainkan sentimen Sabah For Sabahan sudah pasti akan ditahan dan ditangkap di bawah ISA tanpa bicara.

7.  Dalam perhimpunan dan kempen politik oleh DS Shafie Apdal di seluruh Sabah sekarang, bendera Jalur Gemilang sudah tidak lagi dikibarkan seperti biasa. Shafie yang dahulu bukanlah Shafie yang ada sekarang. Namun, Shafie beruntung kerana ISA sudah dihapuskan.

8. Saya tidak percaya Pairin akan berpaling tadah lagi !

Selamat membaca.
Kota Kinabalu.