Khamis, 30 Jun 2016

EKSKLUSIF BERTEMU MUFTI PAHANG

9
1. Nampaknya, terdapat segelintir pihak yang hati sakit dan sakit hati dengan kenyataan Mufti Pahang dalam isu Kafir Harbi. Amat malang juga, mereka tidak memeriksa kenyataan yang sahih keluar dari mulut Mufti Pahang sebaliknya mereka lebih tergoda dan mempercayai cerita atas angin yang dibentangkan di lembaran wassap, facebook dan media maya. 

2. DAP kelihatan sangat-sangat marah. Amat malang pula beberapa kerat individu Islam turut sama membalun Mufti Pahang secara membabi buta, semberono dan mentafsir sendiri bacaan portal atas angin, FB dan wassap sahaja. Saya yakin Mufti Perlis pun tidak pernah menemui Mufti Pahang untuk mendapatkan penjelasannya. Maka kelihatan buruklah Islam itu kerana Mufti sesama Mufti dilihat saling bercakaran. Musuh-musuh sebenar Islam pun bertepuk-tanganlah.

2. Saya menggunakan pendekatan lain. Saya berjumpa sendiri dengan Mufti Pahang dan mendengar sendiri dari mulut beliau. Berikut catatan saya seterusnya.

3. Selepas mendengar penerangan Mufti Pahang, saya mendapati tidak ada asas untuk mendakwa beliau dalam Akta Hasutan. Sebaliknya, bagi saya mereka yang mengapi-apikan, mereka yang menambah-nambah cili padi dalam kenyataan itu yang perlu dikenakan Akta Hasutan.  Mufti Pahang tidak pun menujukan kenyataan itu kepada DAP dan kita semua sangat pelik mengapa DAP kelihatan kepanasan dan sangat takut ?

4. Mufti Pahang tidak pernah menyebut menyeru umat Islam mengangkat senjata supaya memerangi bukan Islam yang menentang Islam. Perbuatan sesetengah pihak memberi gambaran Mufti Pahang sebagai pengganas adalah sangat tidak bertanggungjawab. Mereka inilah yang sepatutnya dikenakan Akta Hasutan kerana mengapi-apikan rakyat Malaysia dan mengganggu-gugat kestabilan negara.

6. DAP dan mereka yang sewaktu dengannyalah yang patut diperbetulkan. Kenapa reaction DAP berlebih-lebihan? Adakah untuk melarikan isu rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang dibicarakan? Sebenarnya, saranan Mufti Pahang adalah untuk kebaikan umat Islam. DAP tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam sebagaimana jua Mufti-Mufti tidak pernah mencampuri urusan agama lain.

7. Contohnya, pindaaan enakmen Mahkamah Syariah yang dibacakan oleh DS TG Hj. Hadi Awang adalah untuk orang Islam dan bukannya untuk mereka yang Bukan Islam. Kenapa DAP khususnya gundah gulana?. Jika undang-undang mengenai salahlaku mencuri, merompak, menipu dan sebagainya dikuatkuasakan, yang untungnya semua orang termasuklah peniaga Bukan Islam. Bukankah itu satu kebaikan? Undang-Undang Islam memberi kebaikan kepada semua pihak termasuklah yang bukan Islam turut menikmatinya.

6. Islam mengajar umatnya untuk tidak memerangi mana-mana pihak melainkan Islam itu diperangi maka wajib bagi umat Islam mempertahankannya. Perbuatan memusuhi Islam tidak hanya dalam bentuk ancaman fizikal dan persenjataan semata-mata tetapi juga dalam bentuk ideologi, politik dan sosio-ekonomi. Justeru, perbuatan memusuhi Islam dan menyokong kumpulan yang memusuhi Islam wajib ditentang dengan penuh hikmah dan bijajksana.

7. Perangi itu bukannya bermaksud perang mengangkat senjata. Perangi yang dimaksudkan ialah dengan tidak menyokong sesiapa yang menentang ajaran Islam. Maknanya sesiapa sahaja yang bukan Islam yang tergolong di dalam kafir harbi (kerana dia menentang syariat Islam) maka umat Islam tidak boleh menyokongnya terutama apabila sangat-sangat nyata dia menentang Islam. Perangi juga boleh dalam erti kata jihad membantu ekonomi umat Islam. Maka perangi itu bukanlah bermakna mengangkat senjata. 

Selasa, 28 Jun 2016

DATUK RAMLI MARHABAN ADA CIRI-CIRI KETUA BAHAGIAN SEMPORNA YANG BARU

3
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hari ini, 28.06.2016 lebihkurang jam 11.00 pagi saya telah memanggil Sidang Media di pejabat saya. Sidang media ini adalah untuk menjelaskan beberapa perkara berhubung perletakan  jawatan dan keluar UMNO YB Dato' Jaujan Sambakong sebagai Naib Ketua Bahagian Semporna dan  dan kenyataan kononnya lebih 300 Ketua Cawangan UMNO Bahagian Semporna keluar daripada UMNO;

1. Saya menafikan bilangan 300 orang Ketua Cawangan yang keluar UMNO. Mengikut semakan dan laporan kepada saya, bilangan Ketua Cawangan yang hadir semalam hanya lebih kurang 50 orang. Itupun kebanyakannya terdiri daripada kakitangan pejabat UMNO bahagian yang juga Ketua Cawangan.

2. Berhubung dakwaan UMNO Semporna sudah terbubar, saya menyangkal kenyataan ini. Ini kerana tidak majoriti ahli UMNO yang keluar daripada parti, tidak semua AJK Bahagian dan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang meletakkan jawatan.

3. Kehadiran orang ramai ke dalam program tersebut adalah bukan secara sukarela. Ada yang hadir atas jemputan untuk Majlis Berbuka Puasa dan tidak tahu-menahu agenda untuk mengajak mereka keluar daripada UMNO.

Sehubungan itu, saya ingin menegaskan UMNO Semporna tetap kukuh dan berfungsi walaupun YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada digantung keahlian UMNO. Ini kerana, UMNO Semporna adalah parti, dan bukan individu Datuk Seri Shafie Apdal.

Saya berharap sidang media ini dapat merungkai kekeliruaan yang timbul akibat tindakan individu-individu yang sengaja mencalarkan imej Parti UMNO yang kita perjuang dan pertahankan.

Sekian, terima kasih.

Salam Ramadhan

Daripada;
YB Datuk Hj. Ramlee Hj. Marahaban
ADUN N54 Bugaya, Semporna

KOMEN TUAN IBRAHIM KEPADA MUKHRIZ

3
PAS mempelawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai parti itu untuk bertugas kembali bertugas sebagai Menteri Besar Kedah, jika benar sepertimana dakwaannya UMNO sedang ‘berunding’ untuk menyerahkan negeri itu kepada PAS pada pilihan raya akan datang.

Pelawaan itu dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Beliau (Muhkriz) kena masuk PAS, baru boleh jadi Menteri Besar semula. Barulah hatinya boleh puas. Hal ini kerana beliau akhirnya dapat menumpaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah yang memberontak terhadapnya sehingga beliau kehilangan jawatan sebagai menteri besar,” kata Tuan Ibrahim.

Semalam, Mukhriz memberi peringatan kepada Umno Kedah yang ia bakal kehilangan negeri kepada PAS akibat “pakatan peringkat tertinggi” UMNO-PAS.

“UMNO Kedah perlu siap sedia menyerahkan kerajaan Negeri kepada PAS. Seolah-olah ada pakatan antara UMNO dan PAS di peringkat tertinggi, dan sudah nampak menjurus ke arah itu.

“Mereka cuba menyatukan PAS dan UMNO. Saya merasakan Kelantan, Terengganu dan Kedah akan diberikan kepada PAS (untuk tujuan itu),” kata bekas Menteri Besar Kedah yang baru dilucutkan keahlian UMNO itu.
Mengulas kenyataan itu, Tuan Ibrahim berkata sebagai sebuah parti pembangkang, PAS akan terus berusaha merampas semula Kedah daripada UMNO.

“PAS tetap akan bertanding melawan UMNO di Kedah. Penentu kemenangan ialah rakyat dan bukannya mana-mana parti politik,” katanya kepada FMT, hari ini.

Beliau turut mengingatkan Mukhriz mengenai sokongan ahli Dewan Undangan Negeri dari pembangkang ketika mengadakan pertemuan dengan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dulu.

“Harap-harap Mukhriz ingat semula siapa yang dokong dia dan siapa yang tidak dokong dia ketika istana minta berjumpa dengan semua Adun dari pembangkang dan BN,” jelasnya.

Mengulas isu sama, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mukhriz tersebut.

“Sangkaan Adun Ayer Hitam Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengesyaki wujud perjanjian antara Umno-PAS untuk membahagi negeri pemerintahan ialah tuduhan sangat dangkal dan ternyata berunsur fitnah.

“Selaku ahli politik, dakwaan itu hanya cubaan mencipta persepsi negatif dan propaganda buruk yang tidak selayaknya daripada seorang yang pernah menjawat kedudukan menteri besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MUFTI PAHANG: KENAPA DAP MENGGELUPAR KEPANASAN, BETUL LAH TU ...

4

guan
noraini
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman hari ini menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya atau meminta maaf kepada DAP berhubung kenyataannya sebelum ini yang didakwa melabelkan parti itu tergolong dalam kalangan kafir harbi

Beliau menjelaskan kenyataannya sebelum ini tidak merujuk kepada DAP, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menentang Islam boleh diistilahkan sebagai pemikiran kafir harbi iaitu cuba hendak memerangi umat Islam dan agama Islam.
“Saya tidak akan meminta maaf dan menarik balik apa yang saya katakan ini. Apa yang saya cakap itu bukan khusus kepada DAP sahaja, kepada semua yang menentang Islam.
“Asas yang saya bagi tahu kepada akhbar itu (Utusan Online) dalam bentuk semua, namun kalau mereka kata (tulis) DAP pun tidak salah, sesiapa pun yang menentang Islam jika mereka tulis tidak salah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan kenyataan Mufti Pahang itu keterlaluan dan tidak boleh diterima kerana DAP tidak pernah menentang Islam.
Sehubungan itu, beliau mahu Abdul Rahman menarik balik kenyataan berkenaan dan memohon maaf 
pkr
ustaz

Isnin, 27 Jun 2016

DOKUMEN BARU RASUAH LIM GUAN ENG

6

Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew adalah rakan perniagaan Phang Li Koon sejak tiga tahun lalu, dedah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.
Beliau membuat kenyataan itu berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Raja Kamaruddin dalam lamannya, Malaysia-Today.
Betty Chew dan Phang merupakan pengarah syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.


Ahad, 26 Jun 2016

DR HARON DIN: BERSAHABAT DENGAN MUSUH ISLAM AKAN MENJADI SEPERT MEREKA JUGA

11

Dr Haron Din membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana turut bersama dengan DAP, yang menurutnya nyata memusuhi Islam.
“Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga"

Sabtu, 25 Jun 2016

BRITAIN BREXIT : SARAWAK TIDAK AKAN KELUAR MALAYSIA, KATA MAJLIS PROFESOR NEGARA

7

 1. Profesor Datuk Dr. Raduan Che Ros di akhir persidangan meja bulat ini memberi kesimpulan tuntas, "Jika Esok PRU-14, UMNO dan BN Akan menang besar".

2. Menurut beliau lagi, kemenangan besar BN di Sarawak dan UMNO di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar memberi nafas baru dan penemuan cara baru kepada BN. Menurut beliau lagi, BN boleh bermimpi untuk mendapat majoriti 2/3 dgn syarat BN hendaklah memainkan cara berpolitik seperti sekarang iaitu "memahami keperluan rakyat".

3. Tambahnya lagi, BN hendaklah menjadi Juara Rakyat sepertimana BN lakukan sekarang, majoriti 2/3 itu boleh diperolehi termasuk pengundi atas pagar, pengundi Cina dengan syarat BN dapat memenuhi keperluan rakyat.

4. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin pula berkata, jika ahli-ahli politik terlampau banyak politiking rakyat akan muak sebagaimana berlaku kepada Pakatan pembangkang yang terlampau berpolitik segala hal akhirnya rakyat muak dengan mereka.

5. Walaupun BN menang di Sarawak dan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, tetapi isu-isu 1MDB dan GST akan terus dimainkan oleh pembangkang, maka BN tidak boleh menggunakan keputusan PRK dan PRN sebagai penanda aras konon isu-isu telah selesai.

7. Tambah Profesor Ulung lagi, Track record 5 tahun seseorang Wakil Rakyat di kawasannya akan menjadi penentu seseorang calon di kawasan itu untuk menang.

8. Kemenangan BN di Sarawak disebabkan kelemahan pakatan pembangkang, dan rakyat Sarawak telah mendapat apa yang mereka inginkan melalui desakan-desakan ke atas Kerajaan Persekutuan.

Menurut Prof Jayum, tuntutan itu sebenarnya bukan baharu ianya sudah disebut sejak 1963 lagi seperti tuntutan melantik orang-orang Sarawak yang berkelayakan di kedudukan penting seperti Ketua Setiausaha (KSU), Timbalan KSU, Ketua-Ketua Jabatan, Vice Canselor dan sebagainya.

9. Menurut Prof Jayum lagi, rakyat Sarawak tidak akan meminta untuk keluar dari Malaysia tetapi apa yg berlaku sebenarnya seumpama anak-anak yang meminta perhatian daripada bapanya.



Jumaat, 24 Jun 2016

TABUNG HAJI SEWA 12 PREMIS UNTUK KESELESAAN JEMAAH HAJI

0

YB ZURAIDA BENGANG PAN SANGAT DEGIL, PAS JUGA SANGAT BENGANG YB ZURAIDA SANGAT DEGIL, SIAPA DEGIL NE ?

1

Kedegilan Pakatan Harapan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar sebenarnya menjadi punca kekalahan Pas di Sungai Besar.
Tidak puas hati dengan kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, hasil keputusan pilihan raya yang diperoleh mungkin tidak akan sama seandainya Pas ‎diberi laluan oleh PKR.
“Pakatan Harapan sangat degil untuk bertanding juga di Sungai Besar.‎
“Jika Pas dibiarkan untuk berlawan hanya dgn BN keputusan sudah tentu sahaja berbeza,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Sebelum ini, Zuraida melahirkan rasa terkilan kerana kedegilan Pas untuk bertanding pada PRK Sungai Besar menyebabkan partinya, PKR‎ kehilangan peluang untuk menawan kerusi Parlimen tersebut.
Zuraida berkata, hasil keputusan pilihan raya yang diperoleh Sabtu lalu mungkin tidak akan sama seandainya Pas memberi laluan kepada PKR meneruskan perjuangan pembangkang di Sungai‎ Besar.‎
zu
zu1
Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata, Pas ‎sepatutnya diberi ruang bertanding Sungai Besar kerana ia adalah kerusi tradisi bagi Pas bertanding.
Khairuddin juga berkata, tindakan PKR yang membantu Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan salah satu faktor kemenangan BN.
“Selepas ini diharap Zuraida tidak lagi berdegil seperti mana degilnya pimpinan PKR yang lain.
“Hasil kedegilan PH menunjukkan undi cina sudah mula lari kepada BN yang tentu sahaja menakutkan DAP di Sekinchan dan juga masa depan politik DAP dan PKR di seluruh negara,” katanya lagi.
Pada 18 Jun lalu, negara menyaksikan calon BN bagi‎ kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid‎ memenangi PRK Parlimen itu selepas menewaskan tiga pencabar lain.‎
Manakala Parlimen Sungai Besar pula kekal milik BN selepas calonnya, Budiman Mohd Zohdi diumumkan memenangi PRK itu‎.
Dalam pertembungan yang‎ melibatkan tiga penjuru itu, Budiman berjaya menumpaskan calon Amanah, Azhar Ab Shukur dan calonl Pas, Dr Abdul Rani Othman‎

Khamis, 23 Jun 2016

TIDAK TAHAN DIUGUT RM25,000 SEBULAN

1


Pengerusi NGO anti-jenayah, MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan ditahan polis ketika sedang menerima wang daripada pengusaha judi ekor haram malam tadi.
Terdahulu, sebelum ditahan, Sanjeevan dilaporkan sedang bertemu dengan pengadu yang juga dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram.
Bagaimanapun, kerana tidak tahan akibat sering diperas ugut oleh Sanjeevan sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.
Malah, mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Sanjeevan melakukan ugutan ke atasnya sekiranya tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis.
Polis hari ini mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret di Seremban untuk menahan reman Sanjeevan bagi membantu siasatan kes meminta wang perlindungan.
Perintah reman dua hari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban Nor Anida Norhamdan.

Rabu, 22 Jun 2016

PRK KECIL AMPANG: WAN AZIZAH ARAH SIASAT KEKAYAAN LUAR BIASA, ZURAIDA BAKAL LEPAS JAWATAN YB

7

AHLI PARLIMEN AMPANG PERLU JAWAB DAKWAAN DAN ISYTIHAR HARTA


Satu Malaysia hari ini telah digegarkan laporan berita di media sosial yang mendakwa Ahli Parlimen Ampang mampu memiliki 9 kenderaan mewah.
Antara senarai kenderaan yang dimiliki Ahli Parlimen Ampang setakat ini seperti yang didakwa adalah:-
1. No kenderaan : WRL 575No enjin : B5254 T2 A027402Model : VOLVO XC90 2.5 TTarikh daftar : 01.07.2008Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan : RM 355,000.00
2. No kenderaan : BLR 9680No enjin : 1129 1331 8818 93Model : Mercedes Benz E240Tarikh daftar : 24.05.2012Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206RM 133,000.00
3. No kenderaan : WNA 276No enjin : 1KD687 8384Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 ATTarikh daftar : 03.11.2011Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 107,000.00
4. No kenderaan : WTY 1547No enjin : 2KD650 8915Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 ATTarikh daftar : 31.05.2010Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 99,000.00
Dan juga beberapa buah kenderaan yang difahamkan milik Ahli Parlimen Ampang tersebut.
Ahli Parlimen Ampang tidak punyai pilihan dan tidak boleh berdolak-dalik. Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini.
Ahli Parlimen Ampang juga wajib membuat satu kenyataan bersumpah untuk mengisytiharkan harta dan aset-aset yang beliau miliki.
KEADILAN menggesa agar satu badan siasatan bebas ditubuh secepat mungkin untuk menyiasat dakwaan-dakwaan ini, dan jika perlu akan berusaha mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas ini diwujudkan.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
21 Jun 2016

Selasa, 21 Jun 2016

KEKAYAAN LUAR BIASA YB PKR ZURAIDA, MILIKI 9 KERETA SEKALIGUS TIDAK TERMASUK BANGLOW EKSKLUSIF

15

9 buah

Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dipertikai sumber pendapatan untuk melayakkan beliau memiliki sembilan buah kenderaan peribadi.
“Gaji Ahli Parlimen yang baru RM16k. Agak-agak sepadan tak dengan pendapatannya. Belum masuk rumah dan lain-lain, “soal Rafi Awg Kechik dalam Facebook hari ini.
Turut ditempelak Rafi berkaitan sikap Zuraida yang dilihatnya ‘tertekan’ apabila mencabar individu yang membuat pendedahan mengenai peribadinya tampil ke hadapan.
“Dulu bukan main dia terpekik macam betina tak puas main mendakwa PKR itu bersih dan suci?
“Kutuk dan keji NFC dan Zahida Rafik hal dana RM1.5 libatkan Shafie Apdal. kali ini terpalit ke muka dia..”tempelaknya.
Sembilan buah kereta yang didakwa milik Zuraida adalah seperti berikut :
1. BNT9138 – KERETA MERCEDES BENZ S280
2. BAT1111 – KERETA TOYOTA VELLFIRE
3. WTY575 – KERETA MERCEDES BENZ C200
4. BHT63 – KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G
5. W2956U – MOTORSIKAL DEMAK EX 90
6. W6901J – KERETA HONDA CIVIC HYBRID
7. WWA276 – KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
8. WTY1547 – KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
9. WRL575 – KERETA VOLVO XC90 2.5T
“Mengejutkan! BNT 9138, Sebuah KERETA MERCEDES BENZ S280 didaftarkan atas nama sebuah syarikat cina iaitu ; Hanspec (M) Sdn Bhd, Suite 6.01 6th Floor, MENARA TKSS NO 206, JALAN SEGAMBUT, 51200 KL,” dedah Rafi lagi.
harris

Isnin, 20 Jun 2016

RAFIZI PUNCA UTAMA PAKATAN KALAH TEROK KATA PENGANALISIS

6
Hasil carian imej untuk rafizi tuduh bn
Tujuh hari sebelum berlangsungnya PRK di Sg. Besar dan Kuala Kangsar, saya telah menulis 7 Sebab BN Akan Menang Besar di sini. Nampaknya semua ramalan saya itu benar belaka. Pada kali ini, saya akan memberikan 7 lagi sebab kenapa Pakatan Harapan tewas terok.

1. Peranan Rafizi Ramli
Kesilapan besar Rafizi Ramli ialah dia mengandaikan semua rakyat Malaysia bodoh belaka dan boleh menerima fitnah-fitnah yang dilemparkannya. Contohnya, Rafizi membangkitkan isu DS Rosmah katanya menyewa jet bernilai jutaan ringgit. Anda boleh membaca tuduhan dalam blog Rafizi ternyata tuduhan-tuduhan itu adalah fitnah politik.

Fakta-fakta yang dipungut oleh Rafizi adalah daripada sumber-sumber sekunder dan sumber ketiga, hear say dan info daripada laman penerbangan umum yang tidak boleh diterimapakai di dalam perundangan. Maklumat di dalam laman media sosial yang bersifat umum tidak boleh diterima kerana pergerakan rasmi adalah bergantung juga kepada faktor keselamatan dan faktor-faktor lain.

Gambar dan video dari sumber wassap, youtube, dan sekunder tidak boleh diterimapakai sebagai betul contohnysa tuduhan caption semua beg itu kononnya beg DS Rosmah kerana rakyat pun berfikir sudah tentu beg kakitangan lain jua. Rakyat yang berfikir pun tahu, tak kanlah beg pakaian Rosmah 10 beg! Maka janganlah memberi gambaran sedemikian rupa.

Sedangkan jika kita pergi melancong ke luar negara, kita sendiri membawa berbelas beg milik isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain.

Kita faham, harapan Rafizi ialah semoga tuduhan-tuduhannya itu akan mempengaruhi pengundi-pengundi di Sg. Besar dan Kuala Kangsar supaya tidak mengundi calon Barisan Nasional. Malangnya, harapan Rafizi itu dijawab dengan pukulan TKO apabila pengundi-pengundi memberikan majoriti luar biasa di Sg. Besar (majoriti 6,969) dan Kuala Kangsar (majoriti 9,191).

Angka majoriti yang luar biasa ini menutup terus mulut Rafizi daripada terus menyerang Perdana Menteri dan isteri. Angka itu adalah suara rakyat dan benchmark. Jika PKR dan Rafizi peka, dia patut meletak jawatan ataupun PKR memecatnya dan menukar dengan orang lain yang lebih sederhana seperti Tan Sri Annuar Musa!

Saya berpendapat, jika Rafizi banyak berdiam diri, Pakatan Harapan akan memperolehi undi dan sokongan yang lebih besar berbanding sekarang. Parti PKR perlu memikirkan kaedah lain iaitu mendiamkan pemimpin-pemimpin mereka yang celupar dan suka menunjuk-nunjuk kononnya dialah yang terbaik.

UMNO dan BN telah melakukan kaedah ini dan nampaknya ianya membuahkan hasil di luar dugaan.

2. Kesilapan Tun Dr. Mahathir
Kesilapan Tun M bekerjasama dengan DAP. Orang-orang Melayu di dalam UMNO dan PAS, termasuk yang tidak berparti tidak boleh menerima sebarang kerjasama dengan DAP kerana mereka mengetahui matlamat Malaysian Malaysia yang akan merugikan hak istimewa orang-orang Melayu dan Islam. Rakyat amat menghormati Tun M sebagai Negarawan, namun rakyat tidak dapat menerima kerjasama politik Tun M dengan DAP. Itulah keadaannya.

3. Rakyat Semakin Bijak
Rakyat tidak lagi boleh menerima cara pembangkang menghasut rakyat dengan kempen memburuk-burukkan peribadi Perdana Menteri dan isterinya. Sebaliknya, rakyat telah melihat kesungguhan dan keikhlasan Perdana Menteri bekerja menjayakan satu demi satu usaha ekonomi untuk kebaikan rakyat pada masa hadapan. Berbeza dengan pembangkang yang lebih banyak bercakap daripada membuat kerja.

4. Mindset Orang Ramai Parti PAN Proksi DAP
Parti PAN bukanlah jawapan kepada parti PAS. Kepimpinan TG Hj Hadi Awang dengan Mohamad Sabu dilihat bagaikan langit dengan bumi. Selagi PKR dan DAP bergantung harap kepada PAN selagi itu mereka akan terus merosot. Orang Melayu melihat PAN adalah proksi DAP. Mengundi PAN samalah mengundi DAP. Maka orang Melayu dan Islam, majoriti akan menolak PAN. Ianya dibuktikan dalam PRK Sg. Besar, Kuala Kangsar dan Pilihanraya Negeri Sarawak. Walaupun bendera PAN lebih banyak di Sg. Besar dan Kuala Kangsar tetapi undi mereka masih gagal mengatasi undi PAS walaupun PAS berseorangan.

5. Rakyat Semakin Yakin Dengan Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri
Kejayaan jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan merealisasikan program-program Kerajaan untuk rakyat seperti UTC, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1malaysia (KR1M), projek MRT Kuala Lumpur-Ipoh, Projek Lebuhraya Tanpa TOL PAN Borneo dan sebaginya dilihat oleh rakyat sebagai kerja yang bersungguh-sungguh berbanding kritikan Rafizi yang tidak henti-henti. Rakyat pun bertanya apa Rafizi buat di Parlimen Pandan ?

Kemampuan Kerajaan Persekutuan memberikan Bantuan RM500.00 untuk sambutan Hari Raya baru-baru ini memberi petunjuk pe ngurusan ekonomi negara oleh Perdana Menteri dan Kerajaan bergerak tepat. Menjelang Bajet 2017 pada buolan Oktober nanti, kerajaan pasti tidak mensia-siakan jua pemberian Bonus kepada kakitangan awam.

Kemampuan Perdana Menteri semakin meyakinkan apabila Perdana Menteri meluluskan Kenaikan Gaji baharu kakitangan awam pada bulan Julai ini. Itu tidak termasuk kenaikan tahunan yang diterima pada bulan April baru-baru ini.

6. Hubungan Baik UMNO dan PAS
Hubungan akrab PAS-UMNO sangat menggembirakan orang-orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Pengundi di atas pagar telah memberikan kemenangan kepada UMNO kerana kedua-dua kerusi tersebut adalah kerusi yang dimenangi oleh UMNO. Jika di DUN Chempaka, Kelantan pengundi-pengundi UMNO memberi undi kepada calon PAS, kali ini mereka memberi undi kepada UMNO pula. Ada timbalbalas kerjasama yang cantik di situ. Nampak macam ada secret policy atau gentlemen agreement tetapi boleh dibaca oleh pengundi.

7. Tsunami Cina Sudah Berakhir
Zaman 'tsunami Cina' sudah berakhir. Zaman rakyat mempercayai segala tuduhan pembangkang sudah berakhir, sebaliknya rakyat telah menilai sendiri dan membuat keputusan yang bijak berdasarkan apa yang mereka lihat, apa yang mereka nikmati. Bukannya apa yang pembangkang fitnah. Zaman telah berubah, rakyat kembali memberi sokongan kepada Kerajaan dan Perdana Menteri.


Kesimpulan, jika Rafizi meletak jawatan atau berdiam diri, saya yakin Pakatan Harapan akan kembali dihormati oleh rakyat biasa. Sebaliknya, jika Rafizi terus dengan metodologi menanam kebencian dan menanam fitnah, rakyat akan menjauhi Pakatan Harapan. Tetapi ia baik kepada UMNO dan BN. Maka kekalkanlah Rafizi.

Sabtu, 18 Jun 2016

BAS PLKN BAWA PENGUNDI PAS !

3
    
   
   
   
Bas PLKN dikesan membawa penyokong PAS dari Manong menghala ke Pekan Kuala Kangsar. PLKN diminta bertanggungjawab !

SIAPA SALAH PAN ATAU PAS?

5