Jumaat, 27 Mei 2016

TUN DR. MAHATHIR TERIMA SURAT TERBUKA

0

Assalamualaikum Tun,

Saya berdoa semoga Tun dan keluarga berada di dalam kesihatan yang baik di samping amal ibadah diterima Allah SWT.

Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, saya telah beberapa kali mengutus surat kepada Tun, dan setiap surat saya itu Tun membalasnya. surat-surat Tun itu masih boleh dibaca di dalam buku saya ini.

Dan pertemuan eksklusif berdua sahaja di antara saya dengan Tun di bangunan Petronas pada 29 Ogos 2012 di sini banyak berkisar mengenai isu-isu semasa di dalam negara kita dan juga UMNO.

Sewaktu saya di usia 20an, saya sudah membaca buku "Menghadapi Cabaran" ini malah saya bertemu dengan ustaz Syed Hassan Al-Attas yang membantu Tun memeriksa buku berkaitan agama Islam itu.

Malah buku ini menjadi inspirasi kepada saya untuk mengubah bangsa saya di Sabah dengan menghasilkan buku yang hampir sama ini

Buku terbaharu saya ini pula adalah tesis sarjana saya di Universti Malaya yang belum diterbitkan.

Apabila Tun M merasakan diketepikan di dalam banyak hal oleh pentadbiran Pak Lah dahulu, saya telah mengutus surat panjang lebar memujuk Tun supaya bersabar kerana dalam hal-hal pentadbiran kerajaan dan politik (politic and government), bukannya suatu perkara yang mudah untuk menyelit di dalam kesukaran nasional dan global. Dalam hal ini, Tun berjaya melakukannya dengan mengenepikan asakan-asakan luar negara.

Saya teringat dua tahun lalu, apabila saya diberitahu oleh seorang pembesar luar negara, bahawa penguasa polis dunia telah menelefon pemimpin jiran tetangga kita untuk menekan Perdana Menteri kita dan menekan kerajaan negara kita. Namun begitu, mereka gagal kerana rakyat kita bersatu. Dan saya berjaya menjalankan misi dengan cemerlang.

Tun M yang dihormati,
Sayugia dimaklumkan, kami di dalam kerajaan, tidak pernah menerima apa-apa arahan untuk memburukkan, menekan atau memalukan Tun. Malah Perdana Menteri tidak pernah memberi arahan untuk menghentam atau memalukan Tun.

Politik dan kerajaan, ataupun UMNO dan kerajaan adalah dua institusi yang berbeza. Masalah yang berlaku di dalam UMNO tidak akan menjejaskan misi kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Cara Tun berpolitik dengan cara Pak Lah amat berbeza, manakala cara Tun berpolitik dengan DS Najib hampir-hampir sama. Apakah persamaan-persamaan itu. Persamaan-persamaan itu ialah keyakinan, keberanian dan kematangan. Namun skil berubah kerana zaman juga telah berubah terutama ke-beyond zaman siber tanpa sempadan.

Saya menulis surat ini mudah-mudahan Tun akan terbuka hati untuk bertemu dengan DS Najib. Namun, ketahuilah bahawa pertemuan itu sangat-sangat dibenci oleh musuh-musuh Islam, musuh-musuh orang Melayu, kerana mereka tahu pertemuan itu adalah pertemuan yang akan menjahanamkan motif belakang tabir mereka.

Masihkah Tun ingat di hujung tahun 1970an dahulu. Ketika Tun bersama-sama Tun Razak menaiki teksi ke rumah ayah Pak Lah. Masih kah Tun mengingati masakan yang dimasak oleh ayahanda Pak Lah ketika itu. Ketika itu, Tun dan Tun Razak melakukan misi memujuk ayah Pak Lah. Akhirnya dengan cara Islam dan cara Melayu misi itu membawa kejayaan.

Saya percaya Tun tidak menolak untuk mengadakan pertemuan dengan DS Najib. Saya bersedia menjadi orang tengah. Saya menulis surat ini bukan oleh arahan sesiapa. DS Najib tidak memberikan apa-apa arahan kepada saya. Saya ikhlas mahu membawa penyatuan yang dituntut oleh agama Islam dan didambakan oleh orang-orang Melayu.

Jika dahulu saya bertemu Jusuf Kalla (2013) di sini untuk menyelamatkan kerajaan dan negara kita. Hari ini, saya mahu bertemu Tun untuk mempertemukan dengan DS Najib juga untuk menyelamatkan kerajaan dan negara kita. Semoga Tun diberikan hidayah oleh Allah SWT dalam hal ini.


Baca seterusnya di sini

NASRUDIN HASSAN: DAP ANTI ISLAM

3
DAP Anti Islam ?
_Oleh : Nasrudin bin Hassan_

1. Kerajaan bagi laluan kepada PAS membentangkan usul pindaan Akta 355 di parlimen, apakah PAS akan bergabung dengan UMNO selepas ini ? Apakah PAS akan bentuk UG selepas ini ? Apakah PAS akan deal dengan UMNO untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagai yang dikata ? 

2. Sebetulnya inilah dendangan lagu dan lirik lama yang dikumandangkan sejak bertahun tahun yang lalu dalam pelbagai genre. Sesekali didendang dengan genre rock dan sesekali dengan genre dangdut dan sesekali yang lain pula didendangkan dengan genre melayu asli bagi mengelak kebosanan masyarakat dengan lagu dan lirik yang lama dan sama.

3. Sebelum wujudnya isu Pindaan Akta 355 ini, isu PAS bergabung dengan UMNO telah didendangkan sekian lama oleh samseng-samseng politik. Tanpa pedulikan fakta dan kebenaran, mereka gembira dan puas dengan fitnah yang mereka cipta. Apabila timbul isu pindaan Akta 355 maka sekali lagi mereka tukar genre untuk didendang buat kesekian kalinya.

4. Realitinya, Inilah kematangan politik yang didambakan selama ini. Sebelum ini kita mempersoalkan sukarnya RUU Persendirian diangkat ke parlimen. Kita mahu transformasi parlimen dilakukan. Nah kini ianya berlaku, maka kenapa masih ada yang terpinga-pinga ? Kenapa fitnah PAS kononnya PAS telah bergabung dengan UMNO ?

5. Ada pula yang kehairanan, kenapa PAS boleh sambut kerjasama UMNO sedang UMNO adalah kerajaan dan PAS adalah pembangkang ? Tidak sukar memahami situasi ini bagi mereka yang berilmu dan mengamalkan politik matang dan sejahtera. Inilah bentuk _ta'awun_ (kerjasama) yang dianjurkan oleh Islam dan menjadi sebahagian dari amalan politik matang dan sejahtera. Firman Allah swt :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

_Dan hendaklah kamu berkerjasama atas urusan  melaksanakan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu berkerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya._

Surah Al Maaidah : Ayat 2

6. Saya lihat DAP dan PAN telah kehabisan idea untuk mendepani PAS. Mereka mula meracau tidak ketentuan hala. Isu sepenting ini pun mereka gagal untuk memahaminya semata-mata kerana ia datang dari PAS. 

7. Walhal pindaan Akta 355 adalah bertujuan untuk memperkasa Mahkamah Syariah. Tentu sekali ia tidak ada kena mengena dengan pihak non muslim. Selayaknya DAP usah campur urusan ummat Islam atau mereka sememangnya sedang berusaha bagi membuktikan kepada umum bahawa mereka benar-benar anti Islam ?

8. Biarlah bagaimana halangan dan rintangan, insyaallah PAS tidak akan berhenti untuk berjuang. Kejayaan membentang usul Pindaan Akta 355 di parlimen hanyalah satu langkah melewati garis mula. Sedang perjalanan masih berliku dan destinasi masih jauh. Perlukan kesabaran dan kesungguhan yang tidak sedikit. Sabar menerima kritikan dan maki hamun dari pihak yang memusuhi serta bersungguh-sungguh mendepani cabaran, halangan dan sabotaj.

9. Semua pihak khasnya pemimpin ummat Islam samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang mestilah mempunyai kesedaran iman dan kemahuan politik yang tinggi terhadap usaha untuk memperkasakan Institusi Syariah di Malaysia.

10. Teruskan berjuang, lipat ganda usaha dakwah kepada semua lapisan masyarakat termasuk kepada non muslim dan banyakkan munajat kepada Allah swt. Jangan dilayan sangat kemuncup di stokin. Firman Allah swt :

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

_Laksanakan apa yang Allah swt perintah dan usah pedulilah perancangan dan bantahan golongan musyrikin (berpalinglah dari mereka)_

Surah Al Hijr : Ayat 94

Sekian

Khamis, 26 Mei 2016

PANAS: RAFIZI AKAN KE SPRM BAWA BUKTI PEREMPUAN JADI RASUAH DALAM KERAJAAN AZMIN ALI

3

Rafizi Ramli diminta mengemukakan semua bukti berhubung dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor yang dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Presiden PKR Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata dalam masa sama, Biro Politik parti akan turut meneliti dakwaan berkenaan yang dibangkitkan Anggota Parlimen Pandan itu beberapa hari lalu.
“Sekiranya melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Biro PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dekat sini, Selasa malam.
Ditanya mengenai kedudukan jawatan Rafizi, Wan Azizah berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat .

Selasa, 24 Mei 2016

RAFIZI TUDUH LATHEEFA KOYA PENAKUT, RAFIZI KATA LATHEEFA KOYA PEREMPUAN PEMBULI

3
watshat
WhatsApp pergaduhan Rafizi ramli dan Lathefa Koya
Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli dilaporkan ‘bergaduh’ dengan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Lattefa Koya di dalam WhatsApp sampai ke pagi.
Pergaduhan di WhatsApp itu dikatakan berpunca daripada warkah Anwar Ibrahim dari penjara yang sengaja dibocorkan kepada umum yang dilihat untuk menjatuhkan kredibiliti Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ia sekaligus menggambarkan perbalahan dalaman PKR kerana Rafizi dikatakan mewakili kem Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, manakala Lattefa pula mewakili kem Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
“WhatsApp Leaks!!!! …. Sudah kantoi!!!! … pergaduhan @Rafizi Ramli/Lateefa Koya!!!!! … bergasak dari jam 9.00 malam berlarutan hingga lewat 1.00 pagi.
“Lateefa Koya beritahu yang Rafizi Ramli sebagai dalang tukang dedahkan surat pedas Anwar Ibrahim mengenai Deklarasi Mahathir kepada umum lepas itu buat muka toya menipu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
“Sekarang Ahli MPP PKR undi terbanyak sudak lanyak Rafizi Ramli sebagai kaki penipu.
“Rafizi ini rupa-rupanya mudah tertekan dan melatah bila diasak .. siap mengeluarkan kata-kata “sexist” lagi bila digasak tersandar di dinding,” dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebooknya.
Sebelum ini, Setiausaha Politik Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei mendakwa tujuan pendedahan ‘permintaan perempuan’ dalam Kerajaan Negeri Selangor sebagai balasan rundingan projek adalah bertujuan untuk mengalihkan perhatian isu kebocoran surat lapan halaman yang ditulis Anwar kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti.
Tanpa menyebut nama, Mat Shuhaimi berkata golongan dalaman PKR ‘marah dengan salah seorang daripada pemimpin’ yang mengendalikan kerja-kerja pentadbiran PKR, kerana didakwa membocorkan surat itu kepada media.
“Dalam usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu berkisar pendedahan surat itu, pemimpin itu menyebarkan khabar angin palsu mengenai tuduhan rasuah melibatkan wang dan perempuan dalam kerajaan negeri,” kataMat Shuhaimi.
Beliau berkata dakwaan rasuah wang dan wanita dalam urusan pentadbiran negeri itu bukan sahaja mencemar imej parti, malah kerajaan Selangor dan kakitangan awam negeri ini.
“Seorang pemimpin kanan yang menghina kerajaan negeri dengan cara ini benar-benar tidak boleh diterima,” katanya.
Rafizi, individu yang menyiarkan mesej dalam kumpulan WhatsApp itu berkata beliau akan mengemukakan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor kepada presiden parti Wan Azizah Wan Ismail.
Rafizi berkata setiap kes berkaitan disiplin akan dibawa kepada biro disiplin parti dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
“Saya akan menyerahkan segala bukti kepada beliau (presiden) dan kita akan menunggu perbincangan dalam parti sebelum membuat keputusan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.
Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujud permintaan “untuk mendapatkan wanita” sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.
Rafizi dalam perbualan itu didakwa mengatakan menerima aduan bahawa selain wang yang diminta untuk urusan dengan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan wanita.

ANAK KECIL INI MAHU JUMPA PM NAJIB

0
" Nama saya Najib. Saya bersekolah di SK Balung Tawau. Saya berumur lapan tahun dan anak bungsu dari empat orang adik beradik.

"Nama saya Najib. Nama saya diambil sempena nama Timbalan Perdana menteri Malaysia pada tahun 2008  iaitu Datuk Sri Najib Bin Razak yang kini menjawat jawatan tertinggi  iaitu Perdana menteri Malaysia.


















"Nama saya Najib, pada 28/5/2016 saya difahamkan yang Perdana Menteri Malaysia bakal berkunjung ke Balung untuk melancarkan satu projek besar untuk orang Tawau dan tapak atau tempat pelancaran betul-betul berdekatan dengan rumah tempat saya tinggal.

"Nama saya Najib, saya sungguh teruja dan tidak sabar menanti untuk melihat secara dekat dan kalau ada peluang saya ingin bersalaman dan mengabadikan kenangan untuk bergambar bersama PM Malaysia yang di saya sayangi sebagai peransang untuk saya agar maju dan cemerlang dalam pelajaran serta penghidupan kelak.

"Nama saya Najib, tapi seperti kebiasaan kawalan sangat ketat dan peluang untuk bersemuka secara dekat apalagi  untuk bersalaman mungkin hanya mimpi kerana saya hanya orang kecil dan saya hanya rakyat marhain yang selalunya hanya di jadikan tukang ramai dan tukan sorak untuk memeriahkan sesuatu majlis.

" Nama saya Najib, apa pun kalau dapat melihat secara "live" ianya merupakan satu bonus untuk saya kerana saya mengerti untuk melihat pemimpin Negara bukanlah sesuatu yang mudah dan agak mustahil tetapi bukanlah mustahil jika trerjumpa dan dapat bersalaman dengan PM Malaysia yang di kasihi.

Isnin, 23 Mei 2016

PERBUATAN SAMAKAN TUN M DENGAN VIJAYAN SANGAT NAKAL

7
Tun Dr Mahathir seorang Nasionalis manakala Vijayan Seorang Komunis
   
     

Sabtu, 21 Mei 2016

ANAK NIK AZIZ SIFATKAN AZMIN ALI KURAG AJAR

2

Pemuda PAS menyifatkan tuduhan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘tidak tahu apa yang berlaku dalam parti’ yang dilemparkan PKR sebagai jahil dan kurang ajar.
Ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan rasa kecewanya terhadap parti itu ekoran Hadi dilabel sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.
“Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal ugamanya (agamanya),” katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebook.
Terdahulu, pada pagi tadi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata, Hadi tidak mengetahui perkembangan bersabit rundingan peletakan calon di kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Ini kerana, kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.
“Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti.
“Saya bertemu dengan Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), saya bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, saya bertemu dengan setiausaha politik Ustaz Hadi, jadi saya percaya pimpinan tertinggi ini akan melaporkan kepada Presiden,” katanya dalam satu majlis pagi tadi – AP

Jumaat, 20 Mei 2016

KERAJAAN AZMIN ALI MINTA "PEREMPUAN" JIKA NAK BERURUSAN, DEDAH RAFIZI

2

 Satu tranksrip perbualan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam kumpulan WhatsApp yang sedang viral mendedahkan wujud permintaan ‘perempuan’ sebagai habuan dalam berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Rafizi dalam perbualan tersebut mengatakan menerima aduan selain wang yang diminta dalam urusan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan perempuan.

“Semalam saya mendapat laporan dan aduan dari orang bona fide bahawa selain dari wang sekarang ini ada juga permintaan ‘perempuan’ bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/saudari tahu apa yang saya maksudkan).

“Mereka datang mengadu kepada saya dan saya sedang kumpul maklumat,” tulis Rafizi dalam kumpulan WhatsApp, Solidariti For Anwar yang dilihat The Malaysian Mirror.

Menurut Rafizi, perkara tersebut sudah menjadi perbualan orang ramai mengenai isu wang dan perempuan semasa berurusan dengan kerajaan Selangor.

Dalam perbualan tersebut juga, Rafizi berkata beliau lebih bimbang mengenai soal dosa dan pahala, bukan semata-mata mementingkan strategi politik sahaja.

“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik dan lain-lain.

“Selama ini tidak pernah sekali pun saya pergi ke SUK sejak saudara Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu,” katanya.

The Malaysian Mirror menyertakan sama transkrip perbualan tersebut yang sedang viral.

Rafizi yang dihubungi enggan memberikan komen dan menjawab “tiada komen” menerusi pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Mirror.

Rabu, 18 Mei 2016

SURAT BALAS WARKAH ANWAR IBRAHIM

0

Assalamualaikum Datuk Seri,

Saya telah membaca warkah DS dengan penuh tekun dan turut merasai kesugulan DS itu. Saya amat memahami kepiluan perasaan DS dalam mengungkap kecelaruan dan kecetekan mereka yang tergoda dengan politiking sesetengah pihak. Mereka sudah semakin alpa, hanyut dan lalai kerana tergoda dengan harapan yang terdesak dan mimpi ngeri. Mereka terasa diri mereka sebagai hero kepada hero sebenar. Mereka kelihatan pasrah DS akan selama-lamanya di dalam jeriji besi yang membungkam itu.

Amat malang lagi, mereka seolah-olah tidak mahu berbicara hal warkah keramat itu, mereka diamkan, seolah-olah itu warkah dari orang usang, barangkali di minda mereka berkata sebegitu. Saya percaya mereka tidak khatam membaca minda buku ‘angin perubahan’ (1985).

Tidak mengapa DS, pak Anhar (Cipinang) berpuluh-puluh tahun di dalam jeriji besi, akhirya dia menakhoda dewan mulia dengan segala kemuliaan. Kini masih duduk di tengah-tengah nadi denyut warga yang kehausan, kedahagaan dan kelaparan. Kesakitan rakyat ada nadi perjuangan. Sebab itu saya sangat tersentuh dengan kekecewaan dan kemenderitaan DS dengan gelagat mereka.

Benar telaan DS, kelihatannya sangat jelas mereka sudah tidak peduli gagasan yang original, kerana mereka terpedaya dengan gagasan memperdaya bukan gagasan yang memberdaya rakyat dan negara. Kini mereka merelakan nafas perjuangan DS disekongkolkan, barangkali mereka juga berfikiran seorang heroan dan banduan tiada beda.

Warkah DS sangat tepat pada masanya tatkala keterlanjuran mereka seperti sudah termuktamad dan membiarkan nadi perjuangan DS direlakan dicincang-cincang lumat. Natijahnya, rakyat menjadi serabut, marah dan merasa jelek kepada partai dan menghukum keseluruhan kapal pakatan di Sarawak dengan begitu terok dan sadis.

Saya bersetuju dengan DS bahawa pemberat dan pembenar perlu jelas dilihat dan dirasai oleh rakyat supaya nadi perjuangan yang asli kembali bergema lebih terkedepan berbanding agenda Deklarasi Rakyat yang lebih bersifat politik.

Memang benar kata DS, bahawa “Di sebaliknya kita perlu memperhebat dan memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara; selaras dengan dasar dan gagasan yang kita gendong selama ini.”

Di sinilah letaknya kelemahan dan kecelaruan pimpinan partai bilamana, “Pelancaran DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding atau fait accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada saat-saat akhir, sebahagian daripada pandangan kita dimasukkan, hanya sekadar mencantikkan deklarasi.

Mereka lupa pengunduran atau tetapnya Perdana Menteri itu adalah sistem yang sudah sedia ada. Maka benarlah DS kini mereka menjadi, "Ia hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri susulan skandal 1MDB. Ini adalah jelas jauh terpesong daripada raison d’etre atau asas perjuangan kita; untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan rasuah, dan keadilan untuk semua!"

Benar kata DS bahawa kealpaan mereka telah menghasilkan kebobrokan minda di kalangan rakyat di mana, “Pimpinan dilihat seperti terpesona dan berpuas hati dengan jaminan bahawa segala tuntutan akan ditangani setelah pengunduran Najib.”

Memang benar kata DS bahawa “Saya bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan Harapan yang terus meletakkan harapan agar ‘perubahan’ boleh berlaku melalui tipu muslihat”.

Saya sangat-sangat bersedih dan memahami perasaan DS bilamana DS mengungkapkan “ Seorang peguam kanan memaklumkan kepada saya beliau memerhatikan bagaimana pemimpin-pemimpin ini terpegun dan merendah diri dalam kehadiran bekas autokrat dalam program terbuka seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal. Walaupun dengan kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu yang lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi hanya menjadi isu sampingan”

Saya amat-amat bersedih apabila DS berkata ”Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan. Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan kepentingan dengan Tun M.”

DS juga dengan tegas berkata, “Pandangan kami, deklarasi telah gagal untuk membawa kebajikan rakyat kebanyakan, terutamanya kesengsaraan ekonomi dan reformasi institusi. Kepada mereka yang taksub dengan Deklarasi, pasti tidak mengalukan kritikan sebegini. Saya minta berbeza pendapat dan mengutarakan penjelasan dalam perkara tersebut."

Peringatan-peringatan DS tidak lagi menjadi pemberat dalam perjuangan mereka, barangkali lantaran keenakan berada di atas sofa empuk dan makanan lazat yang terhidang bersama alunan muzik. "Dalam surat saya sebelum ini kepada Biro Politik, saya menzahirkan keraguan – yang mana deklarasi dan pendekatan baru ini bertentangan dengan perubahan jitu atau reformasi. Saya menyeru pimpinan untuk tidak memandang rendah komplot mereka. Jangan terlalu yakin dengan menganggap kalian mampu mematahkan percaturan mereka. Jangan peringatan ini dipandang remeh.

Saya sokong kata-kata DS ini,”Maaf – tetapi saya tidak dapat mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang melihat dengan kejatuhan Najib cukup untuk membawa perubahan ke arah demokrasi yang beramanah atau democratic accountability.

Saya turut bersedih melihat mereka sewenang-wenangnya mempergunakan Azizah dan Nurul Izzah, “Tetapi saya mengutuk sikap yang tidak peka mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah untuk membuat kunjungan hormat terhadap Tun M atau menyertai program beliau. Kamu mungkin nak mengambil hati beliau, tetapi menuntut pengorbanan daripada keluarga saya, terutamanya selepas cemuhan beliau baru-baru ini adalah sangat tidak berhati perut!

Kegusaran-kegusaran dan kemarahan-kemarahan DS ini memang penting untuk dihighlightkan lantaran kealpaan mereka, "Sejak bergulirnya Reformasi 1998, saya merasakan idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Kekuatan saya sekadarnya, jika diakui adalah dengan meniupkan dan menyemarakkan kesedaran ke arah perubahan – islah mas ta ta’ (perubahan sedaya upaya). Maka kita bergelut selama hampir dua dasawarsa menghadapi kekejaman dan keperitan hidup. Kita pecahkan tembok ketakutan; perkauman; kesempitan takrif agama kepada rahmatan lil ‘alamin."

"Namun kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan? Memadai saya rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas persefahaman baru DR."

Percayalah DS bahawa rakyat turut berasa hampa sebagaimana hampanya DS ini, “Kehampaan saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf kepimpinan yang padu. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan dan kelompok juga kian terhakis. Maka kedengaran keluhan berunsur tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan beberapa krisis sebelumnya. Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas. Perseteruan sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak berurusan dengan musuh politik ketimbang teman seperjuangan”

Kata-kata DS ini “Pelbagai ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan” sangat-sangat menghiris perasaan sesiapa sahaja. Saya terbayang inikah harga perjuangan yang diberikan oleh mereka dalam partai yang kini sedang menikmati kilauan kuasa dan kilauan dana.

Akhir kalam, saya ingin berkongsi bicara saya dengan Pak Anhar di Jakarta, katanya, seingat saya, perjuangan itu mesti ada rohnya yang kental dan kukuh, tidak goyah walau bagaimana ombak dan petir, prinsipnya dan jatidirinya mesti jelas, walau tinggal satu. Adakah mereka sebegitu jua?

Francis Fukuyama (Washington) dalam bukunya, yang saya fahami menyebut begini, "kemenangan dan kekalahan itu bukan tujuan utama rakyat Amerika merelakan diri mereka pergi berperang di medan perang, melainkan membawa maruah dan jatidiri sebuah ketamadunan sama ada hidup atau mati kalah atau menang".

Selamat beristirehat DS. Bersabarlah dengan kerenah mereka.


Dipetik dari sini

Selasa, 17 Mei 2016

GARA-GARA KENA MARAH OLEH ANWAR: RAFIZI DAN SAMSUL GADUH BESAR

6
    

ANWAR MENGAMOK DEK KEBODOHAN & KURANGAJAR RAFIZI TERIKUT RENTAK DEKLARASI RAKYAT, ANWAR PANGGIL RAFIZI PENJILAT

4
ANWAR SANGAT MARAH DENGAN KEBODOHAN, KEDUNGUAN DAN KURANG AJAR RAFIZI TERIKUT-IKUT RENTAK DEKLARASI RAKYAT

Saudara-saudara, presiden, timbalan dan rakan-rakan pimpinan yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Permasalahan yang akan saya utarakan perlu dilacak dan diteliti dengan tenang. Intipati gagasan tidak tersasar dari dasar perjuangan dan konsisten dengan nada lakaran sebelumnya. Kekhuatiran saya adalah jika saudara-saudara sekadar mendengar dengan hormat tetapi gagal membenahinya.

Dalam sejarah perjuangan kita, terdapat episod getir yang menuntut bongkahan pemikiran dan penyuluhan. Permasalahan kini terkait dengan Deklarasi Rakyat yang turut mengheret pimpinan dan wadah kita untuk bersekongkol dengan Tun M dan Daim.

Pandangan saya mungkin bercanggah dengan pendirian majoriti pimpinan. Saya gusar kerana mengandaikan strategi tersebut agak terlanjur dan menggugat sendi nadi dan tunggak perjuangan. Kita perlu menghindari dari bahaya terjebak dengan permainan elit penguasa dan muslihat licik mereka untuk mengekalkan sistem usang. Kendati begitu, ramai rakan-rakan merasakan bahawa strategi baru tersebut ampuh dan terbaik.

Ia dikatakan berjaya memberikan lonjakan baru dengan penggemblengan semua kekuatan yang mungkin untuk menumbangkan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri dan selanjutnya menjana perubahan. Mereka yakin untuk mengawal keadaan dan mengelak dari berlakunya sebarang penyimpangan. Pertembungan idea di kalangan kita mengusutkan memang perlu dirungkai tanpa mengundang perbalahan atau persengketaan peribadi.

Saya amalkan pendirian yang sama tatkala menyingkap inisiatif penandatangan akuan bersumpah bersama Tengku Razaleigh yang kini terkubur. Saya dan pimpinan telah memberikan persetujuan meskipun saya pohon kewaspadaan untuk kembali menegakkan dasar dan khittah perjuangan.

Kita juga tidak wajar mengungkit kebijaksanaan pimpinan menyertai dan menandatangani Deklarasi Rakyat (DR). Dalam beberapa warkah sebelumnya, saya terus menggesa pimpinan agar waspada dengan politik elit penguasa dan keperluan mempertahan dasar perjuangan. Persoalan sekarang adalah menentukan hala tuju seterusnya.

Saya lebih cenderung memilih tidak dilihat berpadu dengan kelompok DR, yakni dengan mula menetapkan jarak. Di sebaliknya kita perlu memperhebat dan memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara; selaras dengan dasar dan gagasan yang kita gendong selama ini. Kelompok DR, termasuk Tun M mungkin saja menyertai program tersebut tetapi perlu ketara agenda perubahan dan bukan DR. Izinkan saya jelaskan selanjutnya:

Saya pernah mempersoalkan dengan penuh kesangsian – ketika perbualan ringkas di mahkamah berkenaan mengapa kesungguhan kempen untuk mengangkat deklarasi yang menafikan kepentingan moral untuk reformasi terhadap demokrasi yang beramanah democratic accountability? Terima kasih kerana maklum balas segera dan nota-nota penjelasan.

Pelancaran DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding atau fait accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada saat-saat akhir, sebahagian daripada pandangan kita dimasukkan, hanya sekadar mencantikkan deklarasi. Secara dasarnya, ia kekal sebagai dokumen Tun M, cacat dan tidak selari dengan pandangan dari sudut reformasi.

Ia hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri susulan skandal 1MDB. Ini adalah jelas jauh terpesong daripada raison d’etre atau asas perjuangan kita; untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan rasuah, dan keadilan untuk semua!

Pimpinan dilihat seperti terpesona dan berpuas hati dengan jaminan bahawa segala tuntutan akan ditangani setelah pengunduran Najib. Ini mengingatkan kembali kepada komplot ‘penguasa elit’ yang saya terangkan sebelum ini. Ia adalah secara jelas menguntungkan yang kaya dan yang berkuasa manakala rakyat akan terus dipinggirkan. Kita hanya baru sahaja terlibat dengan ‘akuan bersumpah – kemelut SD'. Jaminan yang sama diberikan secara tertutup.

Dan dalam keterujaan atau keterdesakan untuk mengubah tampuk kepimpinan negara, kita berikan komitmen. Sekarang ia menjadi bahan sindiran dan memalukan, khususnya apabila Ku Li sendiri menafikan keterlibatan beliau dan menganggap rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal. Beliau licik mempergunakan SD ini untuk meletakkan diri beliau sebagai calon kompromi apabila berlaku pertembungan atau kebuntuan antara Zahid dan Hisham. Saya bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan Harapan yang terus meletakkan harapan agar ‘perubahan’ boleh berlaku melalui tipu muslihat.

Dan kini, meneruskan gerakan tersebut, yang dipimpin oleh mereka daripada kelompok penguasa atau pemerintah, kita bersungguh-sungguh memberi sokongan kepada usaha baru ini, digambarkan seolah-olah sebagai strategi inklusif – rakyat. Hanya satu penjelasan yang boleh diterima iaitu tindakan terdesak. Kita terdesak untuk angka sokongan – yang sebenarnya adalah demi kepentingan dalam politik tanpa sekelumit rasa bersalah.

Kita kena berlaku jujur. Kita terlibat dalam kedua-dua inisiatif dan bersetuju agar Johari Abdul mewakili kita dalam inisiatif SD manakala Azmin Ali, Tian dan Rafizi menyertai dalam inisiatif DR. Tetapi saya sentiasa mengelak daripada menggunakan terma menyokong dan komitmen. Ia meresahkan untuk melihat pimpinan kita menjadi sebahagian daripada pasukan dengan seorang pemimpin yang zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan!

Seorang peguam kanan memaklumkan kepada saya beliau memerhatikan bagaimana pemimpin-pemimpin ini terpegun dan merendah diri dalam kehadiran bekas autokrat dalam program terbuka seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal. Walaupun dengan kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu yang lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi hanya menjadi isu sampingan.

Jangan terpedaya dengan menganggap kenyataan-kenyataan mengutuk kezaliman yang melampau ketika waktu pemerintah Tun M akan mampu mengajak beliau untuk melakukan perubahan yang sistematik. Beliau terkenal dengan kecekalan, begitu tertumpu dengan agenda beliau yang sukar digugat. Ketakutan yang sentiasa menghantui diktator dan autokrat adalah pendedahan jenayah-jenayah yang dilakukan dan berbilion-bilion wang yang dicuri.

Sifat ihsan dan berlapang dada terhadap Tun M tidak pernah dihargai. Bukan sahaja tidak menyesal, beliau menunjukkan sifat terkutuk dalam diri beliau dengan meneruskan serangan peribadi. Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan. Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan kepentingan dengan Tun M.

Malangnya, ini hanya akan meyakinkan beliau untuk tidak rasa bersalah terhadap kerosakan dan pembaziran yang berlaku ketika zaman beliau. Gayanya seperti telah beralih dari menafikan kepada menghapuskan kesalahan lampau! Azizah dan saya merasakan keperluan untuk membantah sebagai prinsip kami dan mempertahankan maruah. Kenyataan kami merujuk kepada pemerintahan autokratik, keperluan untuk wacana menyeluruh bukan seperti pendekatan diktator beliau.

Pandangan kami, deklarasi telah gagal untuk membawa kebajikan rakyat kebanyakan, terutamanya kesengsaraan ekonomi dan reformasi institusi. Kepada mereka yang taksub dengan Deklarasi, pasti tidak mengalukan kritikan sebegini. Saya minta berbeza pendapat dan mengutarakan penjelasan dalam perkara tersebut.

Seterusnya pimpinan NGO telah membuat pendirian yang tegas kepada Tun M; walaupun secara peribadi berbanding dengan Tun M yang sentiasa memberi pandangan secara terbuka. Selepas itu penjelasan dibuat bagi perkara yang tidak mempunyai apa-apa perubahan; iaitu majoriti ahli Parlimen akan menentukan calon perdana menteri yang baru.

Dalam surat saya sebelum ini kepada Biro Politik, saya menzahirkan keraguan – yang mana deklarasi dan pendekatan baru ini bertentangan dengan perubahan jitu atau reformasi. Saya menyeru pimpinan untuk tidak memandang rendah komplot mereka. Jangan terlalu yakin dengan menganggap kalian mampu mematahkan percaturan mereka. Jangan peringatan ini dipandang remeh.

‘The best lack of all conviction,
whilst the worse
Are full of passionate intensity’ [William Butlers Yeats]

‘Yang baik tidak yakin dengan kebaikan,
Manakala yang buruk
Tegar dengan tumpuan sepenuh jiwa mempertahankan keburukan [WB Yeats, penyair dari Ireland]

Berhati-hati dengan Machiavellians yang akhirnya menyerahkan kuasa kepada kroninya.

Kita mengangkat diri kita sebagai mempunyai jiwa yang besar, didorong semata-mata demi kepentingan negara. Apa yang hilang daripada benak pemikiran kita adalah keadaan sebenar yang tatakelola dalam kerajaan telah dimusnahkan dan apa yang membimbangkan adalah tiadanya rasa menyesal dan tiada kesungguhan menyokong reformasi.

Kedua-dua Tun M dan Daim merupakan dalang dan begitu agresif mempertahankan kroni kapitalisme. Melalui proses yang tempang dan korup penjana bebas elektrik IPP dianugerahkan, projek lebuh raya diswastakan, barangan keperluan dimonopoli oleh kroni-kroni. Ianya amat jelas mempergunakan dan membebankan rakyat. Kerakusan ini tidak terhenti dengan pemerintahan mereka dan kesan kerosakannya masih dirasai sehingga kini.

Saudara mungkin dapat rasakan pendirian saya yang semakin tegas setelah pendekatan berjiwa besar dan berdamai yang mana pada awalnya seperti kebanyakan di kalangan saudara, saya agak naif menjangkakan Tun M akan lebih terbuka kepada perubahan. Beberapa siri perbincangan dengan pimpinan PH dan NGO tidak berjaya merubah atau menghalang ketaksuban dan dendam peribadi terhadap Najib tetapi bukan terhadap sistem yang bobrok dan rosak.

Ia seperti tidak masuk akal selepas bekerjasama dengan PH, NGO dan rakan-rakan kepercayaan saya, beliau masih terus menghina dan menyerang saya! Perangai seperti itu menghalang dari kemungkinan untuk pertemuan dengan ahli keluarga saya. Ada sahabat menyebut dengan takzimnya untuk tidak mengharapkan seorang yang telah berusia 92 tahun untuk akhirnya berubah. Ini hanya mengukuhkan keyakinan saya bahawa kumpulan elit penguasa hanya akan berusaha menyelamatkan Umno dan memastikan kebangkitan sistem usang.

‘The serpent that did sting…
Now wears the crown.’ [Shakespeare]

‘Berhati-hati jangan dipatuk dua kali…
Ular itu kini memakai mahkota’ [Shakespeare]

Rakyat kebanyakan kekal, sebagai suara yang penuh kesedaran, harapan rakyat untuk pendirian yang berprinsip. Kita tidak boleh dianggap sebagai menghalang atau melengahkan agenda reformasi; atau tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat.

Kita menuntut kebebasan, keadilan ekonomi, mengurangkan jurang kekayaan, melawan rasuah dan rampasan korporat. Percayalah dalam kebijaksanaan suara rakyat kebanyakan; dan berpandukan kepada aktivis, reformis dan memperkukuhkan akar umbi parti.

Izinkan saya mengulas kepada persoalan-persoalan lain. Maaf – tetapi saya tidak dapat mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang melihat dengan kejatuhan Najib cukup untuk membawa perubahan ke arah demokrasi yang beramanah atau democratic accountability.

Saya telah menegaskan pendirian yang bertentangan dan tiada bukti yang boleh dikemukakan sebaliknya. Saya juga telah diminta untuk menunjukkan pendekatan jelas dan tidak mengelirukan terhadap deklarasi; dan saya berbuat demikian dengan tepat.

Tetapi saya mengutuk sikap yang tidak peka mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah untuk membuat kunjungan hormat terhadap Tun M atau menyertai program beliau. Kamu mungkin nak mengambil hati beliau, tetapi menuntut pengorbanan daripada keluarga saya, terutamanya selepas cemuhan beliau baru-baru ini adalah sangat tidak berhati perut!

Dan tolong jangan melayan yang mengaku sebagai ‘sumber sahih, dipercayai’ yang mana Najib telah menghantar utusan untuk bertemu dengan saya dan telah berlaku satu pertemuan dengan Zahid di HKL minggu lepas.

Ini adalah fitnah dan disebarkan dengan niat untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan. Kepercayaan adalah seperti semakin terhakis. Saya dengan yakin boleh mengandaikan kalaulah pertemuan itu benar-benar berlaku, kredibiliti saya masih kekal tidak terjejas. Dan sebaliknya, saya akan berterus-terang dengan rakan-rakan jika benarlah bahawa berlaku tawaran atau dakwaan terhadap mereka. Ia adalah memalukan untuk menunjukkan sikap sebegini; tetapi kita perlu membina semula kepercayaan dan mempunyai sifat kasih sayang.

Akhirul kalam – saya kini diselubungi rasa sugul. Saya tidak berhasrat membebankan saudara-saudara dengan derita kesepian mendekam di penjara. Ujian sedemikian betapa pun sukar buat saya, Azizah dan keluarga tetapi tidak serumit dan kusut menangani perkembangan parti mutakhir ini. Sejak bergulirnya Reformasi 1998, saya merasakan idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Kekuatan saya sekadarnya, jika diakui adalah dengan meniupkan dan menyemarakkan kesedaran k earah perubahan – islah mas ta ta’ (perubahan sedaya upaya). Maka kita bergelut selama hampir dua dasawarsa menghadapi kekejaman dan keperitan hidup. Kita pecahkan tembok ketakutan; perkauman; kesempitan takrif agama kepada rahmatan lil ‘alamin.

Namun kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan? Memadai saya rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas persefahaman baru DR.

Saya tidak berhalangan jika rapat umum dan sesi ceramah kita diteruskan dengan menekankan agenda Keadilan; menolak kerakusan kuasa dan pemerasan rakyat. Kelompok lain mungkin saja hadir menerangkan DR; tetapi jangan berganjak dari pendekatan kita. Pastinya tokoh lama tersebut yang tidak mendukung gagasan rakyat tidak wajar ditonjolkan kerana ia akan mengelirukan rakyat; mengaburkan agenda reformasi malah mengkhianati amanah islah.

Dalam wacana mengenai mauduk tersebut, itu saja batas yang saya mampu perakui. Jika majoriti memilih untuk mendukung persefahaman DR sepenuhnya; saya akur tetapi akan menyepi dan hanya mengulangi hasrat mendamba perubahan seutuhnya.

Kehampaan saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf kepimpinan yang padu. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan dan kelompok juga kian terhakis. Maka kedengaran keluhan berunsur tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan beberapa krisis sebelumnya. Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas. Perseteruan sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak berurusan dengan musuh politik ketimbang teman seperjuangan.

Pelbagai ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan. Pandangan dan ulasan dari rakan-rakan sebegitu penuh dengan prasangka, dan sekilas mata dapat menyelamai kelompok yang diwakili. Persoalan nilai, akhlak, bahaya fitnah wajib dihindari. Maka keupayaan saya terbantut disini.

Saya pohon setulusnya agar warkah ini tidak diputar dan ditafsir mengikut selera kabilah. Warkah ini berupa wasiat dan amanah perjuangan untuk semua sahabat dalam saf kepimpinan. Telaah dan manfaatkanlah sebaiknya. Maaf dipohon seandainya dianggap terlanjur dan menyinggung.

Dalam kesepian dan murung, saya banyak menyemak puisi termasuk The Best Poems of the English Language: from Chancer through Proust karya Harold Bloom. Sebelumnya saya asyik dengan Pablo Neruda; Anna Akhmatova (Tsarina of Poetry); WS Rendra dan A Samad Said.

Rakan saya penyair Tawfiq Ismail pernah melakar di zaman remajanya – puisi yang saya hafal; dan pernah saya deklamasikan di Bandung sekitar 2005. Judulnya: "Memang Selalu Demikian, Hadi" (1966) di era gerakan mahasiswa menentang PKI dan Sukarno. Pohon izin menggantikan Hadi dengan "Saudaraku": "Memang selalu demikian saudaraku".

Setiap perjuangan selalu melahirkan
Sejumlah pengkhianat dan para penjilat 
Jangan kau gusar, saudaraku.

Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita
Pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang
Jangan kau kecewa, saudaraku.

Setiap perjuangan yang akan menang
Selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian
Dan para jagoan kesiangan.

Memang demikianlah halnya, saudaraku.
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu.
Semoga perjuangan diberkati. Amin

Anwar Ibrahim