Rabu, 30 Mac 2016

ANWAR TOLAK KERJASAMA LIM KIT SIANG-TUN M

5
   

ABDUL JALIL MOHON MAAF, SEMALAM TENGKU RAZALIEGH KATA TAK TERLIBAT

0
L
  
Semalam dalam siaran TV, YB Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak terlibat Dan tidak menyokong gerakan menjatuhkan DS Najib .

Sebelum itu, Abdul Jalil Di atas memohon maaf.

Isnin, 28 Mac 2016

WAJAH-WAJAH CURIGA LIM KIT SIANG

4
   
   
   

GARA-GARA RASUAH LIM GUAN ENG, WAKIL RAKYAT DAP ISYTIHAR KELUAR PARTI

0
   

Ahad, 27 Mac 2016

TONY PUA DESAK HAPUSKAN DISKAUN BUMIPUTERA, LIM GUAN ENG DAPAT DISKAUN 34%

4
Menurut Stop The Lies, pembelian kereta Mercedes-Benz untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Guan Eng telah menarik minat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak dari tahun 2014.
Difahamkan pembelian Mercedes-Benz S300L dari Lowe Motors Sdn Bhd itu ada kaitan dengan taikun Tan Sri Tan Kok Ping yang dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.
Harga asal kereta Mercedes-Benz adalah RM657,218, walau bagaimanapun, oleh kerana kereta itu akan digunakan Ketua Menteri, Guan Eng, kerajaan negeri hanya perlu membayar RM298,263.75 sahaja.
Pembelian Merz S300L itu adalah melalui syarikat Lowe Motors Sdn Bhd, di mana antara pemegang saham syarikat ketika itu ialah Tan Kok Ping.
Tan Kok Ping pernah menjadi Pengarah Urusan untuk syarikat Lowe Motor sehingga sebahagian daripada kepentingan syarikat itu dibeli oleh Cycle & Carriage Bintang (CCB).
Taikun itu dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Ketua Menteri, Guan Eng sendiri.
Namun, Tan Kok Ping menafikan bahawa beliau merupakan antara ‘sumber kewangan’ DAP Pulau Pinang, walaupun beliau mendapat ‘keistimewaan’ daripada kerajaan negeri apabila mendapat beberapa konsesi seperti membangunkan tanah di Bukit Relau.
Syarikat milik Kok Ping, General Accomplishment Sdn Bhd itu pernah didenda sehingga RM 30,000 pada bulan Julai 2014 kerana pembangunan tanah secara haram.
Kok Ping yang dikenali sebagai seorang wakil Berjaya Corp yang diasaskan oleh Tan Sri Vincent Tan juga dikatakan menjadi orang tengah untuk berunding pembelian Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang (Penang Turf Club) untuk Berjaya Land Bhd pada harga RM500 juta sedangkan nilaian sebenar ialah bernilai RM1.5 bilion.
Beliau telah menyumbang sehingga RM 1 juta untuk penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
Vincent dan adiknya Tan Sri Danny Tan yang kini telah mengambil alih kepentingan dalam pembangunan kasino di Bukit Bendera.
diskaunSudah menjadi viral di media sosial perbandingan polisi DAP yang disifatkan hipokrit.

DAP menentang polisi diskaun pembelian rumah untuk golongan Bumiputera, namun secara praktikalnya, parti itu memejamkan mata apabila Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng menikmati diskaun pembelian kereta Mercedes-Benz dan banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown.

ISU BUNGALOW KETUA MENTERI, INI DIA WAJAH WANITA ITU

5
miss p-lgeKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan bahawa beliau mengetahui banglo yang dibelinya mempunyai nilai pasaran RM4.2 juta.
Beliau yang menafikan laporan berita tentang dirinya tidak mengetahui nilai pasaran hartanah berkata, fakta-fakta telah diputarbelit.
Guan Eng berkata, semasa beliau menjemput media datang ke rumahnya untuk lawatan selepas timbul kontroversi berkenaan, seorang wartawan bertanya sama ada beliau tahu tentang hartanah berkenaan bernilai RM6.5 juta seperti yang didakwa pemimpin-pemimpin Umno.
“Saya tahu nilai hartanah adalah RM4.2 juta.
“Apa yang saya katakan ialah saya tidak tahu bagaimana pemimpin-pemimpin Umno mendapat tahu rumah saya pada RM6.5 juta kerana saya seorang ketua menteri, bukannya ejen hartanah,” katanya sebelum menghadiri sesi dialog bersama anggota DAP Johor di sini, Sabtu.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menolak dakwaan mengenai beliau tidak menyedari nilai pasaran apabila beliau membayar duti setem banglo yang dilaporkan kira-kira RM122,000.
Beliau mendakwa, insiden itu merupakan serangan peribadi Umno terhadapnya bagi mengalihkan perhatian daripada kontroversi 1MDB, dana politik RM2.6 bilion dan kes penyelewengan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan .
miss p-1

Jumaat, 25 Mac 2016

KESILAPAN KAMI, ORANG MALAYSIA JANGAN IKUT KESILAPAN KAMI !

6
Kesilapan kami di Libya ialah kami mengabaikan pengajian turath selama 40 tahun sedangkan kami dulu bermanhaj Asha'ari dari segi aqidah, Maliki dari segi fekah dan Junayd al-Baghdadi dari segi tasawuf. Akibatnya unsur-unsur luar meresap masuk merosakkan  pemikiran generasi kami sehingga ramai terpengaruh dengan ISIS. Nasihatku kepada saudaraku di Malaysia, perkukuhkan pegangan mazhab Shafie kamu, Ashaari dan tasawuf kamu kerana itu benteng yang paling kukuh.

Intipati syarahan Prof Dr. Aref Ali Nayed, Duta Besar Libya ke UAE, IKSIM, 23 Mac 2016.

Khamis, 24 Mac 2016

HJ HADI SERU BERSATU HADAPI KURANGAJAR DAP

1

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menyeru umat Islam supaya bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu yang berhasrat untuk memerintah negara ini.
Beliau berkata, DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus.
“DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.
“Selain itu, kita juga telah mengingatkan UMNO supaya kembali kepada Islam demi penya­tuan dan kekuatan ummah ke­rana memulihkan agenda politik merupakan satu sumbangan yang besar,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah Pas Bandar Tun Razak di sini malam tadi (Ahad)
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad.
Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mempersoalkan peranan PAN yang dipimpin Pre­sidennya, Mohamad Sabu dalam memperjuangkan agenda politik di negara ini bersama DAP dan PKR.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata, beliau bimbang berhubung situasi politik sekarang yang berpecah-belah dan menggugat kestabilan po­litik orang Melayu.
“Saya lihat DAP yang diwakili oleh kaum Cina telah berjaya walaupun mereka hanya terdiri daripada 30 peratus, lebih-lebih lagi mereka telah menguasai penda­patan per kapita yang lebih tinggi serta ada cita-cita lebih daripada itu.
“Kita akan tubuhkan unit tertentu seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memantau orang Islam yang bersekongkol dengan DAP tidak menang pada pilihan raya umum akan datang. Perjuang­an kita merupakan satu perjuangan yang berterusan,” ujarnya 

Rabu, 23 Mac 2016

LIM GUAN ENG BALAS DENDAM

5
chalet6

chalet7
chalet3
chalet1
chalet4
Adakah usaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) meroboh berberapa premis di tepi laut di Bayu Senja Batu Feringghi semalam sebagai usaha untuk menutup skandal banglo Ketua Menteri Lim Guan Eng, soal Azman Haj.
Ia merujuk kepada beberapa premis milik Melayu di belakang Condominium By The Sea telah diroboh MBPP yang didakwa tidak mengikut peraturan.
“Chalet Wave Runner yang dimiliki oleh Hj Ismail Din dan Rosli Bakar dan empat lagi pengusaha sukan air dirobohkan.
“Perobohan adalah atas alasan chalet dan perniagaan-perniagaan di situ tidak mempunyai lesen perniagaan dan pembinaan bangunan tersebut juga adalah secara haram.
“Pengusaha terkejut kerana tidak dimaklumkan atau diberi notis sebelum mereka merobohkan premis,”lapor Azman Haj.
Tambahnya lagi kehidupan golongan bawahan di Pulau Pinang sentiasa dilanda masalah akibat polisi pilih kasih MBPP.
“Ada maklumat yang menyatakan terdapat aduan daripada pihak Condominium By The Sea kepada MBPP bahawa premis-premis tersebut telah mencemari keindahan kawasan pantai di sini.
“Sekarang ni semakin susah untuk mencari rezeki di negeri Pulau Pinang atas ketegasan pihak MBPP, sedangkan banyak lagi premis bukan milik Melayu dibiarkan beroperasi, padahal status mereka juga meragukan dan haram,”lapornya lagi.
chalet2
chalet5

PERHATIKAN VIDEO: LIM KIT SIANG DIBALING TELOR BUSUK OLEH AHLI DAP

0


Penyokong DAP membaling telur busuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang, lapor Tan Khai Beng.
“Lim Kit Siang kena buang telur busuk di Jerantut, Pahang..,”lapornya dalam Facebook hari ini.
Kes penyokong DAP membaling telur kepada Kit Siang itu turut disahkan oleh Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah.
Menurutnya kejadian itu berlaku sesi ceramah kedai kopi di Jerantut semalam apabila beberapa penyokong DAP membaling telur kepada Kit Siang dan dirinya sendiri.
“Kit Siang duduk di belakang saya. Mereka kemudian serbu masuk dan bersorak pada kamu berdua. Mereka jadi agresif jadi saya bangun.
“Mereka baling telur pada saya, tapi ceramah kami tetap berlangung selepas itu.
“Saya mengenali salah seorang daripada mereka sebagai ahli DAP,”katanya kepadaMalaysiakini.
Menurut Sinar Harian, kejadian membaling telur itu dilakukan oleh penyokong bekas Naib Pengerusi DAP Pahang Koh Boon Heng yang tidak berpuas hati ketua mereka (Koh) tidak dipilih DAP bertanding di DUN Damak.
“Kami kecewa kerana DAP pilih untuk letakkan calon lain sedangkan Cikgu Koh (Boon Heng) telah lama memberikan khidmat kepada masyarakat Dun Damak.
“Cikgu Koh mula beri khidmat pada 2009 sehingga PRU 13 namun sebaliknya mereka meletakkan calon yang tidak melakukan sebarang usaha,”kata Setiausaha Parlimen DAP Jerantut, Hussein Chou Abdullah.
Kumpulan penyokong Koh itu marah apabila DAP melepas kerusi DUN Damak ditandingi PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 menyebabkan Koh bertanding sebagai calon bebas.
“Kesan dari perpecahan itu, MCA memenangi kerusi hanya dengan 64 undi sedangkan jika mereka mencalonkan Cikgu Koh, kita pasti dapat menang kerusi DUN Damak ketika itu,” katanya.
Tambahnya lagi, susulan daripada itu, pihaknya berhasrat untuk membubarkan tiga cawangan DAP daerah ini iaitu cawangan Taman Sri Tahan, Taman Intan dan Bandar Inderapura di mana satu pemilihan baharu akan dibuat untuk ketiga-tiga cawangan terbabit.

Selasa, 22 Mac 2016

RASUAH LIM GUA ENG ADA KAITAN BETINA

10
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat mula terperangkap dengan jawapannya sendiri berkenaan dengan skandal rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn, George Town.
Guan Eng berkata pemilik rumah itu, Miss Phang Li Kung telah menawarkan untuk menjual kepadanya dengan harga RM2.8 juta pada tahun 2012.
Walaupun Guan Eng hanya membeli rumah itu 3 tahun kemudian, iaitu pada pada 2015, namun pemilik rumah masih mengekalkan harga asal (2012) berdasarkan persefahaman dengan isterinya, Betty Chew.
Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditanya sama ada beliau tahu bahawa rumah itu dibeli di bawah harga pasaran,Guan Eng berkata beliau bukan seorang ejen hartanah.
“Saya tidak tahu harga. Hanya terdapat pemahaman lisan,” katanya ketika membawa kira-kira 30 pengamal media melawat banglo miliknya di Jalan Pinhorn pada Ahad.
Jawapan Guan Eng itu dianggap naif kerana beliau selain Ketua Menteri merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan negeri.
Selain itu, Dr MiM turut mendedahkan dua dokumen yang menunjukkan harga pasaran untuk banglo di kawasan Jalan Pinhorn pada tahun 2015 adalah lebih daripada RM4 juta.
“Yang amat mengejutkan ialah setelah beberapa kenyataan akhbar yang beliau keluarkan tentang skandal bungalow Diskaun ini, tiba-tiba sahaja Lim Guan Eng DAP membuat ‘pengakuan’ bahawa RM2.8 juta itu adalah nilai banglo itu pada tahun 2012 !
“Dan setelah 3 tahun (2015), Lim Guan Eng telah membeli rumah itu dengan harga yang sama pada tahun 2012! Alasan beliau ialah berdasarkan persefahaman dengan isterinya, Betty Chew.
“Di manakah logik perniagaan apabila seseorang sanggup ‘rugi’ menjual rumahnya sendiri dan nilainya bukan seringgit atau seratus ringgit tetapi jutaan ringgit?,”soalnya
Dr MiM turut mempertikaikan jawapan Guan Eng berkenaan dengan harga semasa banglo berkenaan.
“Lim Guan Eng DAP bukan sahaja Ketua Menteri tetapi beliau memegang potfolio Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah. Beliau juga seorang akauntan bertauliah.
“Apa mungkin Lim Guan Eng DAP tidak tahu menahu atau ingin tahu tentang harga pasaran rumah apabila mahu membeli banglo mewah beliau itu? Di manakah rasionalnya alasan beliau itu?
“Tambahan pula, pembelian aset hartanah bukan yang pertama oleh Lim Guan Eng! Dokumen deklarasi aset tahun 2012 menyatakan bahawa Setiausaha Agung DAP ini memiliki 2 rumah kedai di Melaka.
“Satu daripadanya adalah harta milik bersama Betty yang bernilai RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau juga membuat pinjaman RM650,000 bagi membayar hartanah itu.
“Dan ketika membeli 2 rumah kedai di Melaka, Guan Eng DAP pun tidak tahu atau ingin tahu nilai pasaran hartanah yang beliau beli itu?,” soalnya lagi. (adcw)

Isnin, 21 Mac 2016

WAJAH TERBAHARU PM BERSAMA PAS

9
 
   
   
  
  Tatkala Mat Sabu mengharap bantuan DAP, timbul pula isu Rasuah Lim Guan Eng membeli Rumah baru Di bawah harga pasaran. 

  PM Najib Dan pemimpin PAS istiqamah

Khamis, 17 Mac 2016

CASSANDRA CHUNG LI HOOI MALU BESAR DI UK

7
   

Rabu, 16 Mac 2016

SULTAN SELANGOR SANGAT MURKA KEPADA AZMIN ALI

9
    

Selasa, 15 Mac 2016

CASSANDRA CHUNG LI HOOI BAKAL DIBUANG NEGARA

13



Petisyen yang dilakukan oleh Cassandra Chung Li Hooi kepada University of Nottingham supaya "Removing Dato' Seri Najib Razak's portrait at the University of Nottingham" adalah satu penghinaan kepada pemimpin dan negara.

Mohd Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia telah dipilih secara demokratik dan mengikut Perlembagaan. Justeru untuk seorang pelajar Malaysia membuat pestiyen sebegini kepada universiti luar negara dan membuat tuduhan-tuduhan yang beliau sendiri tidak pasti kebenarannya adalah satu tindakan pengkhianatan kepada negara. 

Alasan Cassandra Chung Li Hooi mengemukakan petisyen kerana kononnya keengganan Perdana Menteri menjawab pemindahan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya adalah tidak berasas kerana pihak SPRM serta Peguam Negara telah mengesahkan dana RM2.6 b bukan dari IMDB dan sumbangan dari keluarga Diraja Arab Saudi. 

Sikap Cassandra Chung Li Hooi seorang pro DAP ini jelas sekali bertujuan untuk menghina Perdana Menteri Malaysia. Membawanya dalam Mesyuarat Agung di universiti itu jelas untuk mewujudkan persepsi betapa mahasiswa Malaysia di Universiti Nottingham sedang menolak YAB PM. 


SIAPA CASSANDRA CHUNG LI HOOI?

BIODATA :
Name: CASSANDRA CHUNG LI HOOI
IC: 941206145606
Old IC: 
Birthday Place: HOSPITAL BERSALIN CINA 106
Father Name: CHUNG KUANG ANN
Mother Name: CHLOE LAE WA THEAN
Birthday: 1994-12-06
Married Status: Single
Gender: Women/Perempuan
Person Status: Alive
Address 1: 67 JALAN SS 22/39 
Address 2: DAMANSARA JAYA 
Address 3: PETALING JAYA, SELANGOR
Postcode: 47400

Ibu bapa
Name: CHUNG KUANG ANN
IC: 570915086207

Name: CHLOE LAE WA THEAN
IC: 610110055394

Adik beradik
Name: ISABEL CHUNG YIN HOOI
IC: 970625565384




Cassandra Chung Li Hooi dan rakannya, Justin Ong adalah penggerak Pro DAP. Bersekongkol dengan Sarawak Report untuk viralkan petisyen yang mereka kemukakan. Semua orang tahu Sarawak Report mempunyai agenda politik menjatuhkan Perdana Menteri. Claire Brown, Editor Sarawak Report menyerang bertali arus menggunakan maklumat palsu Xavier Justo yang ditangkap di Thailand. 

Claire Brown, Editor Sarawak Report mengambil ruang untuk mempopularkan gesaan Cassandra.



Cassandra sudah terbukti aktif sebagai aktivis pembangkang bila menyertai Bersih 4 di Kuala Lumpur malah dalam beberapa siri demonstrasi Akta Hasutan dan pernah cuba memalukan Perdana Menteri dalam satu lawatan ke London pada 2014. 

Cassandra yang bermentorkan Tony Phua akan terus berusaha untuk memalukan Perdana Menteri. Tindakan menggesa menurunkan gambar Perdana Menteri ini dilihat sebagai usaha terdesak dan terakhir untuk menjatuhkan Dato Seri Najib. 

Sikap Cassandra dan beberapa mahasiswa yang terlibat wajar dilapor kepada Malaysia Student Department di London dan Kedutaan Malaysia di London agar passport mereka ditarik balik akibat penghinaan kepada Perdana Menteri dan Negara. 

Menteri KDN, YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi yang juga TPM perlu mengambil tindakan tegas  ke atas pelajar ini. Ini bukan soal demokrasi tapi membabitkan maruah negara di universiti tersebut.

Ahad, 13 Mac 2016

PRESIDEN PKR ATAU PRESIDEN DAP JANJI WANG DENGAN SYARAT BURUKKAn NAJIB, KATA ISTERI

7
A.Santamil Selvi, isteri mendiang P.Balasubramaniam mengadakan sidang media di pejabat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin hari ini
Balu penyiasat persendirian, mendiang P.Balasubramaniam mengakui suaminya dan beliau sendiri telah diperdaya dan ditipu oleh pimpinan sebuah parti politik untuk mengaibkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak sekeluarga.
Balu A.Santamil Selvi berkata pimpinan sebuah parti politik itu tidak menunaikan janji menyebabkan beliau menghadapi kesukaran untuk membiayai pendidikan anak-anaknya selepas kematian suaminya itu.
“Saya dan mendiang suami saya tertipu dengan segala janji yang telah diberikan oleh pihak tertentu. Sehingga akhir hayat mendiang suami saya, mereka tidak tunaikan apa-apa yang telah dijanjikan.
“Minggu lepas saya pergi ke pejabat parti politik (untuk menemui) presiden parti itu, (namun) dia kata sibuk dengan sidang Parlimen, dia kata akan hantar orang pergi jumpa saya nak bagi duit.
“Tapi sampai sekarang dia tak datang. Bila saya telefon, dia kata sibuk,”dedahnya di pejabat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), hari ini.
Dalam sidang media itu, Selvi turut mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menuduhnya membunuh suaminya pada 2013.
Selvi mengakui beliau telah membuat tuduhan palsu itu dalam keadaan tertekan dan tanpa bukti.
“Selepas kematian suami saya, PKR bawa saya pergi ceramah sana sini, masa itu saya terlepas cakap, masa itu saya betul-betul kecewa sebab Bala tiada, saya terlepas cakap Datin yang bunuh suami saya.
“Tiada siapa yang hasut saya, saya sendiri terlepas cakap, sebab saya betul-betul geram pada masa itu, keadaan kami tertekan kerana kena lari dari Malaysia, kemudian balik Malaysia, suami pula sudah tiada,” katanya.
Presiden PMSP, Ramesh Rao pula berkata kehadiran Selvi menemui beliau adalah untuk mendapatkan bantuan pendidikan anak-anaknya yang terabai.
“Saya beritahu dia (Selvi), selain pendidikan, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada geran untuk ibu tunggal, jadi saya beritahu dia, kita akan bantu dia mohon skim ini, ada kursus jahitan dan sebagainya.
“Apa salahnya dia cuba minta geran ini, untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk teruskan hidup, tak perlu bergantung kepada sesiapa lagi selepas ini. Jadi kita akan cari jalan keluar, supaya dia boleh berdiri dengan sendiri, itu yang lebih penting,” jelasnya.
Tambah Ramesh, pihaknya akan membuat kutipan amal bagi mengumpul dana sebanyak RM20,000 bagi membantu Selvi membiayai kos pendidikan anak-anaknya di sebuah pusat pengajian tinggi.
“Dana ini hasil daripada perniagaan saya sendiri, bukan bantuan BN, dan beberapa rakan lain bagi membantu anak-anak Selvi. Tiada kaitan dengan kes mendiang Balasubramaniam sebelum ini,” katanya lagi.

Jumaat, 11 Mac 2016

MALAYSIAKINI HADAPI MASALAH ?

7
    

Mogok? Gaji? Dana? 

TAHNIAH UNIVERSITI MALAYA KE 48 RANKING DUNIA

0
   

   Cabaran kepada University Selangor yang disebut-sebut.

Khamis, 10 Mac 2016

PM NAJIB DI BANK NEGARA

4
   

PENDEDAHAN TAN SRI ANNUAR MUSA...

13
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempergunakan orang lain demi mencapai agenda politik peribadinya.

Annuar berkata, bekas perdana menteri itu merupakan seorang strategis dan sepanjang karier politiknya, matlamatnya sentiasa menghalalkan cara.

"Beliau seorang strategis. Kita perlu lihat beberapa langkah ke hadapan termasuk apa yang telah dilakukan baru-baru ini (Deklarasi Mahathir yang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak).

"Bagi Dr Mahathir, (apabila bersekongkol dengan pembangkang), matlamat menghalalkan cara dan beliau sangat cekap dalam menggunakan orang lain demi merealisasikan impiannya," kata Annuar ketika menjadi tetamu program 'Soal Jawab' di TV3, Sri Pentas, Rabu.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata permainan politik itu juga dapat dilihat sepanjang beliau (Dr Mahathir) memimpin negara ini sebagai perdana menteri ke-4.

"Ada satu waktu, beliau tidak suka kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li kerana sebab tertentu. Bayangkan, Ku Li, orang yang bina PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), urus perbelanjaan parti, juga Naib Presiden (ketika itu) tetapi Mahathir tidak suka caranya.

"Oleh kerana beliau tidak mahu mengambil Ku Li, maka atas kepintaran politiknya, jawatan itu dipertandingkan dan secara langsung dia beri sokongan kepada (Datuk Seri) Musa Hitam (kini Tun) untuk mengalahkan Ku Li," katanya.

Annuar mendakwa, namun selepas Dr Mahathir tidak selesa dengan pengaruh Musa, beliau mula mempergunakan Tun Ghafar Baba menyingkirkan Musa.

Namun selepas itu, Dr Mahathir berpaling tadah lagi dan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga memenangi jawatan menjadi timbalan presiden Umno dengan menyingkirkan Ghafar.

"Apabila perjalanan politik Anwar menjadi kuat malah membina kekuatannya sendiri yang akhirnya menimbulkan lagi kebimbangan, maka Dr Mahathir sekali lagi menggunakan strategi dan permainan yang sama untuk menyingkirkan Anwar," katanya.

Annuar berkata, Dr Mahathir kemudian sekali lagi mempergunakan Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan anak jati Pulau Pinang untuk menjadi Timbalan Presiden Umno yang seterusnya menjadi Perdana Menteri.

"Usaha itu dengan harapan kuasa masih di tangan Dr Mahathir sehingga di saat beliau tidak menyukai Paklah, Datuk Seri Najib pula digunakan. Dan terkini, beliau menggunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula untuk mengatur segalanya bagi memastikan usaha beliau menjatuhkan Najib berjalan lancar.  

"Memandangkan usaha tersebut gagal, Dr Mahathir menjelmakan pula Deklarasi Rakyat (Jumaat lepas). Malah beliau sanggup bekerjasama dengan pembangkang setelah tidak mendapat sokongan dari Umno sendiri termasuk dalam isu pemecatan anaknya, (Datuk Seri) Mukhriz," dakwanya.

Annuar berkata, apa yang dilakukan Mahathir itu jelas tidak melambangkan perjuangannya dalam parti tetapi lebih kepada dendam, kepentingan dan agenda peribadi. - Bernama

Rabu, 9 Mac 2016

HAJI HADI: ISLAM TIDAK AJAR UMATNYA PECAT PEMIMPIN

7
Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk memecat pemimpin sebaliknya perlu 'membetulkan' mereka.

Sambil memetik kata-kata Saidina Abu Bakar As-siddiq, presiden PAS itu berkata parti politik dan rakyat sendiri perlu bersabar berbanding menjatuhkan pemimpin.

"Budaya pecat pemimpin tak digalak Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul pemimpin boleh.....

"Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin. Walaupun saya tak setuju dengan kerajaan tapi kita (PAS) sabar," katanya.

GERHANA DI GUNUNG KINABALU, SUBHANALLAH

3