Isnin, 29 Februari 2016

RAFIZI, MOHON MAAF ATAS KETERLANJURANNYA

9

Pengkhianat ISLAM nombor 1 Negara, Rafizi telah membuat fitnah terbaru kepada Lembaga Tabung Haji kononnya pelaburan Tabung Haji di TH Heavy Engineering akan mendedahkan Tabung Haji kepada risiko kerugian RM1.4 bilion dan TH telah memberikan "corporate guarantee" sebanyak RM981 juta. 
Rafizi telah mendedahkan dua dokumen membuktikan dakwaannya iaitu surat kelulusan "corporate guarantee” Kementerian Kewangan dan laporan penuh Penilaian Risiko Pelaburan (“Investment Risk Assessment”)yang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Risiko dari mukasurat 1 hingga mukasurat 10. Laporan Risiko Pelaburan adalah perkara dan prosedur biasa.

Dan Rafizi menyimpulkan masalah kewangan THHE mempunyai risiko berjangkit kepada kedudukan kewangan Tabung Haji. Wah hebat cara Rafizi mencipta persepsi!

Hakikatnya Tabung Haji setiap tahun kekal mengumumkan keuntungannya serta pembayaran dividen yang tinggi kepada pendepositnya. 

Dimana-manapun setiap pelaburan ada untung ruginya. Cuma dengan segala macam pendedahan Rafizi mengenai THHE ia hanya memberi kesimpulan Rafizi sotong  tidak tahu hujung pangkal mengenai pelaburan THHE. TH Heavy mempunyai kontrak jangka panjang FPSO dengan Nippon Oil dan Petronas. Tapi hendak menyiapkan kapal tu melibatkan perbelanjaan yang besar. Sekiranya projek FPSO dibatal THHE terpaksa menghadapi pelbagai tindakan undang-undang termasuk ganti rugi yang berpuluh kali ganda lebih besar. 

Tapi jika diteruskan sudah tentu kedudukan kewangan THHE kembali positif walau pun kontrak kerja kerja fabrikasi terutama Petronas di tangguh. Kata seorang ahli Lembaga Pengarah THHE. 

Kesilapan Rafizi dengan mendedahkan dokumen Kementerian Kewangan yang dianggap sebagai kelulusan"corporate guarantee" sebanyak RM981 juta adalah satu kesilapan kerana surat dengan rujukan KK/BSBB (S) 10/72-1 Jld.16 sk.4 (8) bertarikh 8 Disember 2016 yang ditandatangani Dato’ Dr Mohd Isa Hussain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) hanya dokumen biasa dari Kementerian Kewangan sebagai badan yang memberi perakuan serta kelulusan. Dari segi prosedur kerajaan Tabung Haji mengikut peraturan. Itu pun jika sekiranya Tabung Haji menggunakan kemudahan ini. 

Proses ini sama dengan Kementerian serta agensi lain yang memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) seperti permohonan pelaksanaan Projek Tender Terhad dimana nilai RM 10 juta ke atasmemerlukan perakuan dan kelulusan MOF. Sama ada laksana atau tidak ia terpulang kepada kementerian itu. Kementerian atau agensi boleh memulangkan semula jika tidak menggunakannya atau membatalkannya. Di sini saja membuktikan TH tidak melanggar Akta Tabung Haji.

Cuba baca surat MOF itu secara teliti. Rafizi mempunyai beban pembuktian berat

1. Surat itu hanya menunjukkan RM 981 juta (USD228.2) "corporate guarantee" jika sekiranya Tabung Haji menggunakannya. Adakah TH menggunakannya?

2. Surat ini juga bukan menunjukkan Tabung Haji telah memberi "corporate guarantee" kepada THHE. Boleh Rafizi tunjukkan surat dari TH kepada THHE? 

3. Jika berlaku sekali pun CG, Bank atau entiti apakah yang telah memberi CG kepada THHE?. Ada surat dan dokumen itu?
Surat perakuan dan kelulusan MOF seperti ini biasa kepada kementerian, agensi atau GLC. Lagipun ia hanya digunakan untuk projek FPSO. Tidak terpakai projek lain. Jadi terpulang kepada Tabung Haji sama ada beri kepada THHE atau tidak.
Sekiranya gagal maka Lembaga Pengarah TH akan bertanggungjawab. Bermakna bukan mudah. Jadi menggunakan CG ini perlu komitmen dan tanggungjawab 
Lembaga Pengarah TH
Sebagaimana Rafizi boleh mendapat dokumen MOF serta dokumen risiko pelaburan TH tentu Rafizi boleh mendapatkan bukti Bank atau entiti yang beri CG kepada THHE.

Dan penulis menjangka Rafizi akan bergelut kepada isu bukti ini apabila kini di media sosial FB Rafizi diganyang habis-habisan dan Rafizi berhempas pulas menjawabnya. 

serangan di media sosial kepada Rafizi meminta bukti.

Dan jika Tabung Haji tidak menggunakan atau melaksanakan CG ini maka lantaran itu Tabung Haji berani membuat laporan polis kepada Rafizi kerana memfitnahnya dengan dokumen bertaraf “Sampah”. 

Tabung Haji membuat laporan polis dan mencabar Rafizi menamakan bukti pinjaman Bank. 

Apa helah Rafizi selepas ini? mari kita lihat sama-sama.

Ahad, 28 Februari 2016

AHLI PAS DILARANG HADIRI KEMPEN ANTI NAJIB, ARAHAN PRESIDEN PAS

5

Presiden Pas Tuan Guru Haji hadi dan  Tuan Guru Dr Haron Din Majlis syura Ulamak  Pas tidak benarkan Ahli Pas terlibat  Himpunan Anti Najib atau berdepan dengan tindakan dari badan disiplin Pas 




Jumaat, 26 Februari 2016

TUDM BUKAN TERHEMPAS, HANYA MENDARAT CEMAS

0
    
SIARAN AKHBAR : PESAWAT CN235 TUDM MENDARAT CEMAS BERHAMPIRAN KUALA SELANGOR

KUALA LUMPUR  -- Sebuah Pesawat pengangkut TUDM CN235 yang berpangkalan  di PU Subang telah membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada lebih kurang jam 8.50 pagi tadi.

Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal adalah dilaporkan selamat dengan dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut.

TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. TUDM juga akan berusaha untuk membuat recovery pesawat tersebut.



Khamis, 25 Februari 2016

THE MALAYSIAN INSIDER BANKRAP KER? DITUTUPKAH?

4
    

KDN ADAKAH ANDA BERDIAM DIRI SAHAJA ???

4

Ini terlampau kurang ajar. Kalau di Arab Saudi dia sudah dipancung ! Kalau di China dia sudah digantung! Kalau di Indonesia dia sudah dibakar hidup-hidup! Kalau di USA dia sudah mati dalam lokap! Kalau di Malaysia... Dibiarkan bermaharajalela !

Rabu, 24 Februari 2016

FITCH RATING AKUI LANGKAH PM NAJIB TEPAT

0
Lewat semalam,badan penarafan antarabangsa ,Fitch Ratings mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing kepada 'A-' dan 'A' dengan unjuran stabil DAN ini merupakan bukti jelas keyakinan masyarakat antarabangsa ke atas asas ekonomi dan kedudukan kewangan Malaysia. 

Paling menarik adalah penarafan yang baik oleh agensi penarafan antarabangsa ini turut memberi beberapa pengiktirafan besar ke atas dasar Dan kemampuan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengendalikan ekonomi negara.

Baru 28 Januari lalu Perdana Menteri mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 demi memastikan ekonomi dan kewangan negara kekal berada pada jajaran yang betul.

Berasaskan kepada sesi-sesi perundingan dengan pelbagai economic stakeholders, pihak-pihak NGO dan sebagainya, Perdana Menteri waktu itu menyebut betapa negara ini tidak dan bukannya berada dalam kegawatan ekonomi ataupun technical recession.  betapa dalam pengumuman tersebut, Perdana Menteri menegaskan meskipun situasi ekonomi global dan penurunan harga minyak mentah memberi kesan kepada hasil negara, Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi terhadap apa yang betul untuk negara dan rakyat, khususnya dengan meneruskan langkah perbelanjaan berhemat dengan mengutamakan program dan projek yang berimpak tinggi berpasakkan falsafah people economy. 

Di antara lainnya, Perdana Menteri menyebut empat perkara berikut:

(1) Dengan mengambil kira senario ekonomi semasa, Kerajaan telah membuat keputusan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK tahun 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus dan andaian purata harga minyak mentah Brent pula pada 30 hingga 35 dolar Amerika setong.

(2) Kerajaan tetap komited mengekalkan langkah konsolidasi fiskal bagi tahun 2016, iaitu untuk mencapai sasaran 3.1 peratus kepada KDNK.

(3) Kadar hutang negara akan terus berkurangan dan tidak melebihi paras berhemat 55 peratus kepada KDNK.

(4) Kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tambatan ringgit.

Di sebalik kecaman dan kritikan pembangkang, hari ini, 23 Februari, tidak sampai pun sebulan pengubahsuaian Bajet 2016 diumumkan oleh Perdana Menteri, tindakan ini telah diakui betul oleh Fitch, sekaligus menggambarkan pandangan jauh Perdana Menteri dalam menguruskan ekonomi negara.

Lihat sahajalah kata-kata pengiktirafan Fitch ini:

(1) The authorities have remained committed to their fiscal consolidation path, adopting a budget recalibration in January 2016 that cut 0.6% of GDP from spending to match a decline in oil revenues and other smaller revenue adjustments.

(2) Fitch views the macroeconomic assumptions in the recalibrated budget as broadly realistic: the budgeted oil price is expected to average USD30-35 per barrel in 2016 while Malaysian GDP is projected in a range of 4%-5%.

(3) Fitch expects the ratio of federal government debt to GDP to rise modestly to 2017 but to remain below the authorities' 55% policy ceiling. 

(4) The currency and reserves have stabilised since September 2015, despite a further decline in oil prices. 

Sudah tentu lapuran ini bukan BERITA gembira buat pengkritik dan pembenci PM.
Saya ingat lagi tatkala Fitch memberikan penarafan yang kurang positif kepada Malaysia pada tahun 2012 dan 2013 dahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAN Mohamad Sabu malah selewat Mac 2015 sekalipun Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pernah meramalkan bahawa Malaysia akan bankrap.

Bagaimanapun, setelah Fitch memberikan penarafan stabil kepada Malaysia pertengahan tahun lalu ada pula pemimpin pembangkang yang menyebut bahawa pujian tidak perlu diberikan kepada Kerajaan.

Kini kita lihat apa pula alasan yang akan digunakan oleh pemimpin pembangkang untuk memperkecil-kecilkan penarafan baik Fitch ke atas Malaysia ini.

Penarafan baik Fitch ini pada akhirnya adalah satu tamparan hebat ke muka siapa sahaja yang beria-ia mahu mencalar imej positif Perdana Menteri 

Kepada mereka "if it ain't broke, don't fix it."

MAT SABU MENGADU WANG SEMAKIN KURANG

1

Sebagai sebuah parti baharu, Presiden Parti Amanah Negara (PAN) mengakui berdepan masalah kewangan untuk menguruskan parti terutamanya melibatkan kos operasi bulanan.

Mohammad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, PAN memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk pengurusan operasi keseluruhan termasuk elaun kakitangan parti.

Menurutnya, PAN kini hanya ada lima kakitangan di peringkat pusat yang menguruskan hal-hal berkaitan di seluruh negara termasuk setiausaha agung, dua timbalan dan dua kakitangan lain.

“Kita akui berdepan dana kewangan dan sebab itu kita buat majlis makan, kutipan derma dan lain-lain sumber termasuk dari ahli parlimen dalam Amanah untuk menampung kos operasi ketika ini.

“Ada yang kata kita terima sumbangan berjuta dari DAP itu semua tak betul, kita akui berdepan sumber kewangan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat di Wisma PAN Pahang di Taman Chengal di Temerloh, hari ini.

Sebelum ini, media alternating telah mendedahkan PAN sebuah parti yang berlagak mewah dengan pembukaan pejabat pusat dan negeri serta program jamuan makan malam, walaupun majoriti penggerak parti itu bukan bergelar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selasa, 23 Februari 2016

WANG RAHSIA LIM GUAN ENG - SURAT DIDEDAHKAN

0


KOMUNIS - TAK MUNGKIN BISA DILUPAKAN BEGITU SAHAJA !

1
23 Feb 1950-23 Feb 2016 genap 66 tahun serangan berdarah komunis di Balai Polis Bukit Kepong Muar. Al Fatihah dan takziah pada anggota yang terkorban.

Isnin, 22 Februari 2016

USTAZ CELUPAR TERIMA AKIBAT DITAHAN BAWAH AKTA HASUTAN

16

Repot: 05360/2016

2. Fakta Kes
Pada 20/2/16@ 2035 hrs semasa bertugas sbg Peg Bertugas di Bilik Gerakan Trafik KL telah menerima satu video ceramah agama melalui whatsapp dimana seorg lelaki melayu bersarban dlm ceramahnya memaki hamun polis dgn kata-kata:-

Roadblock polis tak sembayang , nampak bodoh punya  polis .  Hari jumaat kadang-kadang buat speedtrap. Bodoh punya polis trafik. Semlm semasa di lraya polis trafik punya bodoh buat speedtrap .Hari jumaat kau boleh jaga negara. Hari jumaat kau boleh cuti jika ada rusuhan. Hari jumaat kau boleh tak sembayang jumaat jika ada bab yang mengganggu tentang ketenteraman negara. Kalau saja-saja buat speedtrap nak buat roadblok yg tiada unsur bersangkutan dgn undang-undang maka haram gaji pada hari itu. Tau jangan jadi bahalol itu gaji haram. Nak bagi makan anak bini. Anak bini tak boleh jadi orang alim, anak bini tak boleh jadi orang soleh. Sebab yg masuk unsur-unsur duit haram.

3. Dicadangkan jika YDH Dato setuju supaya kes ini disiasat dibawah Akta Hasutan oleh USJT Bukit Aman.


Ahad, 21 Februari 2016

GAYA PLAYBOY KETUA MENTERI PULAU PINANG DAN GAYA SEKSI SEKSA ISTERI KETUA MENTERI PULAU PINANG

4


lge-betty
Pakaian Betty Chew, 52, isteri Lim Guan Eng jadi perhatian netizen
Pakaian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew telah menjadi perhatian netizen.
Tan Khai Beng mengibarat pakaian Guan Eng seperti James Bond, manakala isterinya seperti wanita Bond.
“James Bum 007 ..In For Your Eyes only …Can See No Touch,”katanya.
Blog khairulryezal pula lebih tertarik dengan pakaian Betty Chew.
“Agak seksi dan seksa melihat Betty Chew mengayakan baju seksi yang menampakkan sebahagian besar belakang badannya.
“Mungkin dengan cara berpakaian sebegini dapat mengelakkan suaminya dari melihat wanita lain?,”katanya.
betty
betty1
Guan Eng dan Betty Chew memperagakan pakaian di atas ketika mereka meraikan majlis makan malam bersempena sambutan hari lahir ke-75 Lim Kit Siang di Hotel Equatorial, Pulau Pinang pada malam ini.
kit2
Majlis hari jadi Lim Kit Siang ke-75 di Hotel Equatorial, Pulau Pinang. Dari kiri; Lim Hui Ying (anak), Betty Chew (menantu), Lim Guang Eng (anak), Neo Geok Tee (isteri) dan Lim Kit Siang
kit
Sambutan hari lahir Lim Kit Siang ke-75 di sambut di di Hotel Equatorial, Pulau Pinang pada Sabtu 20 Februari 2016.
kit1
kit2
Azman Haj berkata keluarga Lim kini sudah bertukar imej dari keluarga marhaen kepada keluarga elit.
kit3
“Keluarga Lim dah tak macam dulu yang sentiasa “zuhud” untuk memikat hati rakyat.
“Sekarag ni bila anak kesayangan mereka dah jadi Ketua Menteri di negeri yang sangat rancak dengan projek-projek mewah, keluarga Lim jugak sudah mewah.
“Bercuti ke Eropah berminggu-minggu satu keturunan dan semalam berbelanja besar pulak di Hotel Equatorial Penang umtuk sambut hari jadi Lim Kit Siang yang ke 75 tahun.
“So nak kata DAP parti rakyat, zuhud dan sosialis tidaklah boleh lagi, sebab DAP sekarang adalah parti nepotisme, making money dan diktatorisme,”katanya.

Lim Sian See
 pula berkata acara sambutan mewah hari jadi yang ke-75 di hotel terkemuka berlawanan dengan dakwaan Kit Siang selama 40 tahun yang mendakwa Malaysia bakal muflis.
kit4
“Tahniah kepada Uncle Lim Kit Siang pada ulang tahun 75.
“Selamat ulang tahun, tuan. Sambutan besar-besaran!
“Ini adalah contoh orang bagaimana tertindas di negara yang didakwa akan bankrap dan gagal selama 40 tahun untuk meraikan hari lahir mereka.
“Dan walaupun penindasan dan kebankrapan, majoriti orang-orang ini kini jutawan yang melancong ke luar negara banyak kali setiap tahun, telah berjaya mengumpul keluarga dan juga akan menikmati jaminan kewangan dalam kehidupan mereka melalui pencen besar.
“Tidak boleh percaya setelah 40 tahun sejak Malaysia (dituduh) mula menjadi muflis, dan Uncle Lim sudah 20 tahun melepasi umur persaraan tetapi dia masih sihat dan kuat walaupun sistem penjagaan kesihatan yang didakwa buruk di Malaysia.
“Tetapi jangan bimbang! Uncle Lim berkata beliau tidak mahu bersara lagi,”katanya.

LIM GUAN ENG MENGAMOK

3

Dua daripada lima wakil rakyat PKR yang tidak mengundi dalam usul tambakan laut pada sidang Dun Pulau Pinang tahun lalu ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) negeri itu.
Memetik laporan sebuah portal, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pihaknya sudah tidak mempunyai keyakinan dua Adun tersebut dapat berfungsi secara profesional dan berkesan.
“Apabila anda hilang keyakinan terhadap seseorang yang bersetuju dengan anda dan kemudian memungkiri janji mereka, bagaimana mereka boleh berfungsi dengan berkesan dan secara profesional, terutamanya apabila saya jadi pengerusi,” katanya.
Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen, telah ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Sementara Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.
Namun menurut Guan Eng, tiga lagi Adun PKR, Lee Khai Loon (Machang Bubok), T Jayabalan (Batu Uban) dan Norlela Ariffin (Penanti) yang juga berkecuali daripada mengundi menentang usul Umno itu tidak terjejas.
Chin Wen mengesahkan menerima surat penamatan khidmatnya itu tetapi enggan mengulas lanjut sementara Kah Peng masih belum mengulas mengenai perkara itu.
Guan Eng menjelaskan bahawa kedua-duanya menimbulkan kemarahan rakan-rakan mereka dalam kerajaan negeri apabila mereka sebelum ini telah bersetuju untuk tidak menyokong usul Umno, yang dibentangkan oleh Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad November tahun lepas.
“Mereka kemudiannya menikam kami dari belakang apabila mereka berkecuali daripada mengundi menentang usul itu.
“Sekarang, kita tidak yakin mereka akan dapat berfungsi secara profesional dan berkesan dan jika saya, sebagai seorang pengerusi, tidak mempunyai keyakinan terhadap anda, maka anda perlu tahulah apa yang patut dibuat,” katanya.
Sebelum ini, Chin Wen yang juga Whip PKR di Dewan Undangan Negeri berkata mereka mengundi berdasarkan suara hati, manakala Kah Peng ketika berucap di konvensyen PKR di Selangor berkata wakil PKR akan terus mempertahankan kepentingan awam.
Memetik laporan sama, Guan Eng berkata kedua-duanya telah dimaklumkan mengenai keputusan itu pada bulan Januari dan ia juga telah dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang 

Sabtu, 20 Februari 2016

VIDEO ANALISIS TERKINI MAT SABU - MELAYU DAN ISLAM MENOLAK PAS

4

Mohamad Sabu mendakwa pengundi Melayu-Islam khususnya di kalangan kelompok ‘middle class‘ telah menolak calon PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS berkata keputusan itu dapat dilihat di DUN Selat Klang yang ditandingi Dr Halimah Ali dan Parlimen Shah Alam yang ditandingi Khalid Samad.
“Misalnya di (DUN) Selat Klang, calon kita Dr Halimah Ali. Dia menang kerana undi Cina dapat sampai 85 peratus.
“Semua peti undi Melayu, dia kalah. Sebab kawasan itu kawasan separuh bandar.
“Khalid Samad di Shah Alam. Peti undi yang dia kalah adalah peti undi elit Melayu, Seksyen 4, Seksyen 6 dan Seksyen 2. Semua yang tinggal di situ, pensyarah, pegawai bank dan orang-orang yang kita kata ‘middle class‘ Melayu. Di situ (Khalid) kalah.Tetapi peti undi Melayu yang duduk flat menang.
“Kerana apa (golongan middle class tolak PAS), mereka yakin kalaulah BN kalah, ITM akan ditutup dan mereka takut tak dapat projek dan sebagainya.
“Bukan masalah (undi) wanita, masalahnya (undi) Malay Middle Class. Dia takut nak buat perubahan, kerana mereka diasuh, menghantui soal perkauman ini,”katanya ketika menafikan undi wanita sebagai punca kegagalan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya pada PRU 13.
Mat Sabu berkata demikian semasa sesi soal jawab  bersama Presiden PAN  anjuran PAN  dan Pakatan Harapan Terengganu di Suria Beach Resort Cherating, Kuantan pada 17 Feb.
“Semasa post mortem pilihan raya, saya mengepalai dua kali dalam parti Islam dulu.
“Sebab PRU 13, undi Melayu secara umumnya merosot sedikit di seluruh negara, tetapi kita menang 52 peratus itu kerana undi Cina begitu menyucuk naik tinggi,”katanya lagi.

Jumaat, 19 Februari 2016

AKHIRNYA LGE MENGAKU TERLIBAT

6
CARA LIM GUAN ENG JUAL TANAH PULAU PINANG
Lim Guan Eng didapati menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri selaku orang yang memegang portfolio tanah.

Bagi memudahkan cengkaman dan mempercepatkan urusan mengambil atau menjual tanah LGE menubuhkan Chief Minister of Penang (Incorporated). Selaku Ketua Menteri LGE adalah Pengerusinya.

Inilah cara LGE mengarahkan penjualan tanah Bayan Mutiara seluas 102 ekar pada 11/11/2011 dengan nilai RM 1.07 Bilion kepada Ivory Properties Group. Datuk Low Eng Hock pengerusi merangkap CEO Kumpulan Ivory mendapat laba dari projek ini.

Dalam masa sama Penang Development Corporation ( PDC) selaku pemilik tanah– melepaskan tanah negeri itu selaku rakan niaga Chief Minister of Penang (Incorporated). PDC turut dipengerusikan oleh LGE selaku Ketua Menteri.

Titik tarikh 11/11/2011 adalah satu perlambagan permulaan LGE mengorak langkah dan menjadi nombor satu dari kalangan masyarakat Cina, termasuk dalam hubungan dengan kelompok Big Business.

CMI (Inc) dan PDC menjual tanah Bayan Mutiara supaya boleh dibuat projek mega yang diberi nama Penang World City bernilai RM10 billion GDV (gross development value).

Pemajunya ialah Tropicana Ivory, iaitu JV (usaha sama) di antara Ivory Properties dan Dijaya Corporation iaitu syarikat Tan Sri Danny Tan, adik kepada taikun terkenal Vincent Tan.

Lim Guan Eng dan DAP terus menggerakkan usaha baru. 

Tahun 2011-2014 sepanjang pentadbirannya LGE  lebih 1,100 ekar tanah telah pun dijual oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak luar samada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Jumlah hasil jualan ini dianggarkan mencecah RM 12.5 bilion. 

Segalanya bermula pada tahun 2011. Lim Guan Eng seorang yang cepat belajar mengenai proses dan prosedur kerajaan. Beliau licik untuk meletakan semua proses urusan mempunyai dokumentasi sah yang sukar dipertikaikan. LGE benar-benar menggunakan kuasanya semaksima mungkin. 

Mereka kata DAP has arrived.


Khamis, 18 Februari 2016

HAMPIR 13 BILLION DISIMPAN DI SINGAPURA?

7

Agenda DAP ialah menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua. Selepas lawatan Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang sebagai permulaan tampuk kekuasaan DAP ia sudah menunjukkan hala tuju DAP di negara ini. Lihat sahaja cara DAP menutup kg Melayu di Singapura kini sudah berlaku di Pulau Pinang. 

Tahun 2011-2014 sepanjang pentadbirannya LGE  lebih 1,100 ekar tanah telah pun dijual oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak luar samada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Jumlah hasil jualan ini dianggarkan mencecah RM 12.5 bilion.

Segalanya bermula pada tahun 2011 dimana kerajaan negeri menjual sebidang tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri kepada Ivory Properties dengan nilai RM 1.07 bilion. Ini dikuti oleh pejualan 110 ekar lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM 6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM 600 juta kepada P. E Land.

Pada 2014, kerajaan DAP Pulau Pinang dengan 4 transaksi jual beli dilakukan. Sebidang tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM 2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM 57 juta kepada Paramount Group.

Sebidang lagi tanah berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan diakhiri dengan penjualan 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.09 bilion kepada Temasik Holding. 

Apa yang sebenarnya DAP lakukan?Pengumpulan dana besar-besaran? Mengapa dalam masa lima tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju proksi DAP?

Kemanakah wang RM 12.5 bilion ini pergi dan dibelanjakan?

Selasa, 16 Februari 2016

AKHBAR 'UBAH SARAWAK' TIADA PERMIT ! KDN PERIKSA

0
AKHBAR UBAH SARAWAK TIADA PERMIT PENERBITAN

1. Akhbar Ubah Sarawak yg diedarkan kpd pengundi semasa aktiviti kempen / walkabout calon2 DAP tidak mempunyai permit dan tidak sah utk diedarkan atau dijual.

2. Akhbar ini telah lama diedarkan (kadangkala dijual) di seluruh Sarawak oleh parti DAP Swak. Mereka meniru dan mencetak nombor siri permit akhbar Roket bg mengelirukan KDN.

3. Akhbar Roket adalah media cetak utama parti DAP dan mempunyai permit yg sah dan boleh diedarkan di mana2 sahaja. Akhbar Ubah Sarawak hanya dikeluarkan di Sarawak dan tidak pernah memohon permit penerbitan dari KDN.


Isnin, 15 Februari 2016

ASTAGAFIRULLAH AZIM KOTORNYA NEGERI SELANGOR

1
    
    
    
   

SELAMAT DATANG ILUMUNITI FREEMASON KE PULAU PENANG

0


Ahad, 14 Februari 2016

TS MOKHTAR TERSiNGKIR

1
Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya di negara ini walaupun nilai kekayaannya dilaporkan menyusut kepada RM2.2 bilion pada tahun lalu.
Kekayaan Robert dilaporkan mencecah RM35.42 bilion, jauh mengatasi individu kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan yang memilki kekayaan mencapai RM22.89 bilion.
Enam individu paling kaya pada 2015 tidak berbeza dengan tahun sebelumnya iaitu Robert, Ananda, Tan Sri Lim Kok Thay, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow, Tan Sri Lee Shin Cheng dan Tan Sri Quek Leng Chan.
Portal FMT melaporkan analisis akhbar Nanyang Siang Pau menyenaraikan, kekayaan enam hartawan Malaysia ini telah menyusut walaupun mereka berjaya mengekalkan kedudukan enam tangga teratas.
Di tangga ketujuh hingga ke-10 ialah Tan Sri Lau Cho Kun, Tan Sri Yeoh Tiong Lay, Tan Sri G. Ganalingam dan Kuan Kam Hon.
Sementara itu, satu-satunya hartawan Bumiputera yang berada dalam senarai 10 individu terkaya pada 2014, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary terkeluar daripada senarai.
Selepas mengambil alih Proton dan berikutan suasana perniagaan semasa, kekayaan Syed Mokhtar dilaporkan menyusut sebanyak 22.9 peratus kepada RM4.43 bilion pada 2015.
Keadaan itu menyebabkan kedudukan Syed Mokhtar dari segi kekayaan menurun daripada tangga ke-10 kepada ke-11.
Akhbar itu melaporkan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia mencecah RM225 bilion pada 2015 iaitu meningkat sebanyak 3.5 peratus berbanding RM217 bilion pada tahun sebelumnya.
40 individu paling kaya itu juga dilaporkan mampu membeli satu perempat Malaysia yang mempunyai 30 juta penduduk.

Selasa, 9 Februari 2016

YB PAS JADI DEWA MAHARAJA CHINA MOHON MAAF

4
dewa1Adun PAS Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman mencetuskan kontroversi kerana berpakaian seperti seorang Maharaja Cina.
Bagaimanapun, beliau tidak tahu bahawa kostum yang dipakainya itu menyerupai kostum Dewa Cao Guojiu.
Khairuddin mengakui kesilapannya dan menjelaskan bahawa beliau telah diberitahu oleh penduduk di Wangsa Permai, Kepong bahawa pakaian itu adalah pakaian Maharaja Cina.
“Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat Cina sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama mereka,” beliau berkata.
Khairuddin, yang juga Setiausaha PAS Selangor bagaimanapun akan menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama terhadapnya.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Setiausaha Majlis Syura Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan kejadian itu sebagai ‘mengecewakan’.
“Tetapi kita tidak merasakan tindakannya bertujuan untuk menentang ajaran atau memperkecilkan Islam,” katanya.
Zawawi kemudian menasihati ahli-ahli PAS supaya berhati-hati dengan perkara-perkara yang melibatkan agama untuk mengelakkan sebarang salah faham 

Isnin, 8 Februari 2016

VIDEO: MUHSIN LATEEF MAHU LIM GUAN ENG BUKA MULUT

1


Jika sebelum ini Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menuntut DAP menjelaskan isu RM1.2 billion dana Israel sepertimana yang didedah oleh bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abd Rahman, kini desakan yang sama turut dibuat oleh Persatuan Mukabuku Pulau Pinang.

Setiausaha Persatuan Mukabuku Pulau Pinang Muhsin Lateef menuntut agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak berdiam diri dalam isu itu sebaliknya mempunyai keberaniaan untuk menyaman Razali jika dakwaannya tidak benar.
Desakan itu dibuat semasa ketika sekumpulan Persatuan Mukabuku Pulau Pinang berhimpun sambil membawa plakad ‘bilion RM1.2’ di luar rumah terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang di Arena SPICE di Bayan Lepas hari ini.
Pada 2012, ketika berceramah di Putrajaya, Razali mendedahkan wakil Israel di Singapura yang ditemui Lim telah bersetuju untuk memberikan sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) kepada DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
“Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.
“Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.
“Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.
“Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.
“Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel,” dedah Razali.